Thursday, December 20, 2012

keterujaan separuh hari

Dah hampir seminggu sebenarnya kejadian ni. Dah berhari2 tersimpan kat dalam draft. Aku tak ada idea nak menaip, writer's block agaknya. Tambah pulak akhir2 ni vitamin M nampaknya dah take over my body and soul. Jenuh nak recover nih, haih!

Khamis petang aku ke Palace of the Golden Horses. Nak merasa diri dibelai bak puteri kat Tanjung Wellness Spa. Alah, bukan aku bayar full pun. Kebetulan ada offer so aku bayar cuma RM58.00 je. First time aku merasa diurut dengan buluh. Mengekek aku tahan gelak sebab geli. Sampaikan akak tukang urut tu pun tergelak sama. Siap kenakan aku lagi, hampeh betul. Mentang2lah aku insan yang lemah, hanya mampu berserah...  


Pakej tu termasuklah merelakan diri dikukus panggang, grill... kukus, panggang, grill... dalam infra red sauna, yang belah kiri dalam gambar kat atas ni. Lepas dah separuh masak kena kukus, berendam pulak dalam herbal bath. Makin masaklah jadinya, cuma nasib je tak sempat jadi bubur. 


Lepas dah settle kat situ, aku ke The Mines yang selangkah kuda aje jaraknya. Sesi menambah lemak pun bermula. Tak senonoh betul, elok2 bersauna kikis lemak kat badan, tak sampai setengah jam lepas tu dah tambah balik lemak tepu. Sampai bila2 pun memang tak kuruslah jawabnya.

Sebenarnya masa aku ke sini berbulan yang sudah, aku ternampak tripod yang harganya dalam RM80++ je. Masa tu ada promotion. So, aku berharap tripod yang sama masih ada kat tempatnya macamlah orang lain tak berminat. Malangnya, tripod yang dicari dah tak ada. Confirm lah dah diambil orang. Dah terasa ke'frust'an di situ.

Nak ubatkan rasa kecewa, aku carik kedai lain. Cuma kedai yang second ni agak mahal masa aku survey dulu. Sungguh tak kusangka, cempedak memang tak jadi nangka! Ada tripod yang lebih kurang macam aku duk termimpi2 sebelum ni, dan paling menarik harganya lagi murah! Dengan senang hati aku keluarkan RM68.00 dari wallet. Janganlah nak expect aku beli tripod yang cun meletup, sebab aku cuma guna digicam je. Tapi aku rasa berbaloi2 dengan harga yang aku laburkan. Terus rasa frust masa awal2 tadi diganti rasa bahagia teramat sangat. 

Sempat jugak aku sambar sepasang kasut kerja dan jugak poncho. Meriah The Mines dengan year end sale. Aku prefer datang ke sini kalau nak bershopping, sebab aku boleh cari semua benda under one roof. parking pun senang. Tak adalah aku nak kena tawaf berejam semata2 nak cari parking macam kat MidValley Megamall. Buat tambah dosa aku je duk mengutuk menyumpah seranah, haish!


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...