Monday, November 26, 2012

tak tahu nama

Seorang kawan tanya aku semasa kami bersms, kenapa dah lama blog aku tak ada masak2? Aku terdiam sekejap, sebab rasanya blog aku ni tak adalah rajin sangat nak main masak2. Tuan punya blog lagilah malas. Kebetulan balik kerja petang tadi aku tak singgah ke pasar, dan sambil drive tu sempatlah aku fikir apa yang ada dalam fridge. So, untuk teman yang bertanya tu, selamat menjamu mata.. hehe.

Aku tak tahu apa nama masakan ni. Tiap kali balik kampung aku selalunya request dengan mak, 'nanti mak masakkan udang letak santan, ya?' Dan itulah nama yang aku selalu sebut. Sampai sekarang aku tak terfikir pun nak tanya mak apa namanya. 

Okay, jom kita main masak2 udang tak tahu nama ni.
  • Udang - Banyaknya terpulang pada korang, bersihkan dan toskan.
  • Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Aku memang tak ada spesifik berapa ulas ke, berapa inci.. sebab aku letak sesuka hati.
  • Masukkan udang ke dalam kuali, bahan yang dah ditumbuk, rempah cap bunga ros rempah ni memang banyak kat Terengganu, tapi aku tak pernah jumpa kat sini, cili boh, asam gelugur dan sedikit kerisik.
  • Masukkan sedikit air, gaul sebati. Jangan lupa nyalakan api.
  • Agak2 dah sebati, masukkan santan dan kacau rata. Kemudian biarkan.
  • Masukkan garam semasin rasa, agak2 dah kering boleh lah diangkat.



Udang berenang2, putih kat tengah tu sebab santan beku sedang mencair. Waktu ni kalau nak letak garam pun boleh. Tapi aku prefer masukkan garam bila dah dekat nak masak.


Dah masak, boleh lah ready untuk dimakan. Aku suka, sebab terasa rempah, lemak santannya.. sedap. Confirm jilat jari lah. 

Kalau terasa nak makan tapi malas nak masak, mungkin ada kat mana2 restoran agaknya. Kalau tak ada kat restoran cik sri kebaya mungkin ada kat restoran cik berbaju kurung.. hehe. 


5 comments:

  1. hehehe.. cayalah!..lenkali post lg ek entry ni..hihi

    ReplyDelete
  2. rajin bermusimlah, ejan.. hehe

    ReplyDelete
  3. Kena buat pertandingan menamakan masakan ni hehehe ...

    ReplyDelete
  4. mahu pening kepala saya nak pilih pemenang, wak jan.. hehe
    =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...