Saturday, November 24, 2012

berbelanja dari rumah

Semenjak dua menjak ni aku addicted betul dengan promotion kat living social. Selalunya kalau ada best deal untuk spa ataupun barang2 yang aku rasa berbaloi lah untuk dibeli. Alhamdulillah, setakat hari ni semuanya masih boleh dipercayai. 

Last Friday aku nampak ada deal untuk E-Table yang portable tu. RM 55.00 untuk meja tu dan RM 5.00 untuk delivery. Sebelum ni dah banyak kali aku nampak offer tu, tapi selalu je terlepas deal. Khamis sepatutnya dah sampai ke rumah, tapi disebabkan aku bekerja maka esoknya lah aku pergi ambik. So, lepas kerja petangnya aku pergi collect kat Skynet.


Yang aku suka sebab boleh lipat2. Bila dah lipat macam ni lebih kurang satu kaki je lebarnya dan ringan.


Bila dah siap pasang. Ada tempat untuk letak gelas, dan untuk mouse. Kaki tu boleh adjust, sesuka hati seenak rasa. Semalam aku dah test guna atas katil, okay je. Selesalah jugak.

Sekarang ni aku betul2 terlebih kedekut, memang susah lah nak ke shopping mall. Tapi yang tak bestnya senang pulak terbeli di alam maya. Oh ya, untuk living social ni pembayaran boleh dibuat sama ada menggunakan kad kredit, kad debit mahupun internet banking. Senang dan mudah. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...