Sunday, October 14, 2012

sesat dalam terang

Hari ni aku betul2 down, frust pun ada. Untuk pertama kalinya aku rasa apa yang aku jawab dalam exam hari ni betul2 disappointing. Bukan aku tak baca, tapi langsung tak keluar masa nak jawab exam tu. Dahlah paper hari ni Law of Business and Carriage, celah mana nak goreng pun tak tahu. Dengan act, section, agreement, case study bagai... satu pun aku tak ingat. Bukanlah langsung tak boleh jawab, tapi aku rasa kalau aku pass for this paper, tu kira bonus besar dah tu. 

Aku keluar sejam lebih awal. Selalunya aku orang terakhir keluar dari dewan exam, tapi hari ni dah terbalik pulak. Lepas kekecewaan berganda bila double check dengan note lepas exam aku drive ke KL. Tujuan nak ke Midvalley Megamall. 

Bulan lepas aku ada beli kamera dekat website livingsocial dan hari ni aku nak pegi ambiklah. Since untuk kamera yang aku beli ni takde delivery service, so kena pick uplah. Hari lain aku tak ada masa nak pergi pick up. Lagi pun paling lewat untuk pick up pukul 6.00 petang. 


Olympus TG-310 ni aku beli dengan harga RM449.00, waterproof dan shockproof. Yang paling penting waterproof tu sebab hujung December ni aku akan caving di Gunung Kidul dengan kawan2 blogger, insya Allah. 

Selain dari ambik kamera ni kat living social office, aku memang tak ada intention lain ke Midvalley. Nak shopping atau cuci mata memang tak ada mood lah. Mana taknya, masih terbayang2 kekecewaan tak dapat jawab exam pagi tadi. 

Untuk rekod, Midvalley bukanlah tempat yang aku selalu kunjungi. Dah bertahun2 aku tak ke sini, cuma awal tahun hari tu aku datang jumpa kawan. Dan hari ni sekali lagi datang untuk ambik barang. Jenuh aku mencari tempat aku keluar dari parking. Berpusing2, ke timur ke barat, selatan dan utara, pun tak jumpa2 jugak. Padahal bukan nya besar sangat pun. Aku sesat dalam terang!

Bila dah penat merayau tak jumpa2 jugak, aku akhirnya decide untuk reverse psychology laluan yang aku ikut. Finally! Aku berjaya jugak jumpa kat mana aku patut keluar untuk ke parking. Alhamdulillah.

footnote: lepas ni aku akan cuba habiskan pasal trip ke Hoi An. Exam dah settle, so akan ada sedikit ruang untuk aku habiskan kisah kembara tak seberapa tu sebelum next exam this December.  


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...