Wednesday, October 31, 2012

berkorban apa saja...

Tetiba terngiang2 pulak lirik lagu ni. 'Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia.....' Mungkin sebab Aidil Adha yang baru saja berlalu, maka lagu ni pulak yang aku duk teringat. Dan aku teringat gambar yang sempat aku snap masa balik beraya tempoh hari. 

Lepas habis kerja petang Khamis tu, aku terus bertolak ke kampung. Sewaktu di Bangi, kereta agak banyak dan traffic perlahan sehinggalah melepasi laluan tol UPM traffic kembali lancar. MRR2 juga lancar, namun sebaik menghampiri Pandan, traffic sesak dan bergerak amat perlahan. Kusangka terang hingga ke malam, petang tu jugak hujan turun dengan lebatnya. Aku cuma follow kereta depan berdasarkan lampu yang menyala, line putih langsung tak kelihatan sebab dah ditenggelami air. Sesampai di Gombak, hujan lebat berganti renyai. 


Pesta lampu, selepas tol Gombak, on the way sebelum masuk terowong rasanya. Masa ni masih lagi hujan. Di sepanjang jalan kereta masih banyak, agak selesa bila aku dah boleh pecut setelah melepasi tol Karak. Aku berhenti rehat di R&R Gambang sebelum menyambung perjalanan yang masih jauh berbaki. 


Hampir 1 pagi aku melepasi Kerteh yang bercahaya di kiri kanan jalan. Sempat aku snap sambil drive. 

Aidil Adha kali ini adik bongsu kami tiada, kebetulan sewaktu raya dia berada di Jepun. Yang lain semuanya ada, sedikit sebanyak kami tak terasa sangat dengan ketiadaan Fatah dek kerenah anak2. 


Pokok salak di belakang rumah. Kami memang kenduri salak kali ni, cukuplah untuk kami sekeluarga. 


Pelepahnya berduri. Seksa sungguh nak ambil buahnya kalau tersorok kat tengah2 cenggitu. 


Kalau tandannya keluar macam ni, senanglah kerjanya. 


Kat buah ni pun ada duri halus. Sakit jugaklah kalau tertusuk. Kredit untuk Sarah, sebab gambar ni dia yang snap. Si kecik tu sekarang dah pandai berebut kamera dengan aku.


Ini selepas dibersihkan. Kopek kulit, dah boleh makan. 

Entry ni langsung tak ada kena mengena dengan apa jua jenis pengorbanan. Tak sehati dengan tajuk, tak apalah... sesekali lari tajuk pun okay apa. 

Dalam sedar atau tidak, setiap apa yang kita ingin lakukan, kadang2 bukan sedikit pengorbanan yang perlu dibuat. Berkorban untuk diri sendiri, untuk keluarga mahupun untuk negara; terlalu banyak pengorbanan untuk disenarai hitamkan. Walau apapun pengorbanan yang anda lakukan, lakukanlah dengan seikhlas hati. Mudah2an kita akan mendapat kemanisan dari pengorbanan yang telah dibuat.

footnote: gembira sungguh Sarah bila dah dapat apa yang dihajati sekian lama. Malam2 pun berendam, excited terlampau! 


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...