Sunday, September 30, 2012

day 1 | kul - dad

Masa Pak Tony buat promo launching new route to Da Nang last year, aku sempat grab tiket murah. Asalnya aku plan nak ke sana on February, tapi aku tak dapat fare yang aku nak. Lepas try and error, akhirnya September jugak tarikh terpilih. 

Seperti biasa, semua preparation aku buat last minute. Lepas browse info kat internet tapi tak melekat kat kepala pun dan salin pape yang patut, perjalanan ke Central Vietnam diteruskan. Most of my friends ingat aku nak ke Saigon atau Hanoi, tapi bila aku kata ke Da Nang dan Hoi An, masing2 tertanya2 kat manakah tempat tu. 

Flight tengah hari tu mostly Vietnamese, Chinese, Indian, beberapa kerat mat saleh dan a few Melayu. Rasanya aku je kot yang buat solo trip. Sebab masing2 either company trip aku dengar diorang sembang, balik kampung dan jugak trip dengan kengkawan. 

Sesampainya di Da Nang Airport, aku antara orang terakhir disembark dan beratur untuk melepasi imigresen. Ada 3 kaunter dibuka tapi aku rasa service macam slow giler. Kat sini tak perlu nak scan jari bagai, sempoi giler prosedur. Lepas ambik beg, aku keluar dan satukan beg kat bangku yang tersedia. Masa ni mostly yang satu flight dengan aku dah dijemput dengan bas dan van. Lepas settle, aku berjalan keluar dari kawasan airport, hajat di hati nak menapak sehingga ke bus stop yang terdekat. Patutnya masa keluar dari airport boleh terus berjalan ke sebelah kiri, tapi aku menyeberang terus ke main road dari depan arrival hall. 

Agaknya dah hampir setengah kilometer aku menapak, telah berjaya menepis dua biji moto yang dipanggil xe om. Aku dah bermandi peluh. Bila moto ke tiga approach, aku tanya harga. Bila dia kata VND30,000 untuk ke bus stop, aku setuju. Masa aku naik moto tu, dia kata dia boleh terus bawak aku terus ke Hoi An dengan moto untuk VND150,000. Masa tu aku berkira2 sebab bas terakhir ke Hoi An pukul 5.30 petang dan masa tu dah 4 lebih. So, aku setuju. 

Perjalanan dengan moto ke Hoi An untuk jarak lebih 30km memang menarik. Aku nampak pasar kat tepi main road, sempoi giler tapi sayangnya tak sempat aku nak ambik gambar! Aku nampak jugak sampan bakul yang ditiarapkan kat depan rumah penduduk di sepanjang jalan tu. Perjalanan jauh tu aku rasa macam dekatlah pulak, dek scenery di sepanjang jalan tu. 


Tak jauh lepas simpang ke Hoi An, aku melalui jambatan ni. Cantik sungguh ciptaan Ilahi. 

Kemudian aku melalui sawah padi di kiri dan kanan jalan. Kat tengah sawah ada tasik, sungguh indah. Perjalanan seterusnya memasuki Hoi An, ada rumah di kiri kanan jalan. Driver moto berhenti kat tepi jalan dan aku tunjukkan alamat homestay. Kitorang macam ayam dan itik, akhirnya bahasa isyarat jugak yang mudah difahami.  

Homestay aku agak ke dalam dari main road, kalau menapak cuma beberapa minit aje. Loc Phat Homestay ni antara penginapan termurah untuk solo traveler macam aku. Based on good reputation kat Trip Advisor, aku booked tempat ni untuk dua malam sebelum kembali ke Da Nang.


Bilik ni besar, ada kipas meja dan jugak air cond. TV flat screen lagi, tapi channel biasalah. Masalah komunikasi, cuma ada few channel berbahasa Inggeris. Tapi aku tak tengok tv sangat pun. Bilik air kena kongsi, ya.  

Linh, host tempat yang aku stay ni baik. Katanya aku Muslim kedua yang stay kat rumah dia. Before ni ada mak dan anak yang stay situ, pun dari Malaysia jugak. Kedai halal di Hoi An ni memang aku tak jumpa. Malam tu aku ke kedai vegetarian, Hong An. Tapi suku je yang mampu aku telan. Sudahnya aku balik ke homestay. Aku tak suggest korang makan kat sini, sebenarnya ada lagi a few vegetarian kat Hoi An ni, cuma ini yang terdekat dengan homestay ni. 

Malam tu aku tak ke mana2, lepas balik dari makan aku berborak dengan Linh. Esok aku keluar lewat sikit, sebab aku dah janji nak jumpa someone. Katanya pukul 9.++ dia datang. 


Friday, September 21, 2012

cuti & rehat

Insya Allah, tengah hari nanti aku akan ke Da Nang setelah kian lama menyepi tanpa sebarang cuti dan rehat. La ni aku tengah duk kalut carik info sana sini, dan print map apa yang patut. Beg pun belum kemas, baru je settle buat web check-in. 

Mata dah ngantuk, nampaknya pagi esok baru aku packing apa yang nak dibawak. Harap2 tak ada apa yang tertinggal. Setelah berbulan2 padahal baru je balik awal July tempoh hari berpeluh dengan kelas, assignment dan exam dapat jugak aku curik peluang yang ada untuk berehat. 

Moga2 perjalanan yang akan ditempuhi ni berjalan lancar. Aku cuma ingin berehat dan lari seketika dari kesibukan dan keserabutan yang melanda. Aku jugak berharap aku boleh meminimakan perbelanjaan untuk trip ni. Manalah tahu duit baki boleh pulak aku ke tempat lain selepas ni. 

Aku rasa nak namakan trip ni sebagai stingy trip, harapan aku biarlah betul2 kedekut... haha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...