Monday, August 20, 2012

salam eid fitri

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-2 kita menyambut raya. Tak terlambat rasanya aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pembaca blog ni. Mohon diampunkan segala kesilapan dan keterlanjuran sama ada secara sengaja mahu pun tidak. Juga aku mohon dihalalkan segala2nya. Mudah2an kita semua akan diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, ameen.

Tengah hari Jumaat lepas aku bertolak pulang ke Paka. Alhamdulillah, jalan raya dan jugak lebuh raya tidak sesak, mungkin kerana orang ramai telah pulang lebih awal. Namun begitu, kenderaan tetap banyak dan aku memandu dengan lebih berhemah, cuma sesekali melebihi had laju ditetapkan. Sebabnya saman speeding masa balik kampung bulan Jun hari tu masih belum dibayar!


Sebaik melintasi jambatan Paka, awan mendung ni yang standby sambut kepulangan aku. Tak lama lepas tu hujan turun selebat2nya. Alhamdulillah, aku selamat tiba di rumah.

Aku cuti lama, Isnin depan baru aku balik ke Sepang. So, sementara tu aku akan beraya sepuas2nya. Yang sebenarnya makan sepuas2nya, beraya dah jatuh nombor 2, haha. Manalah tahu kot2 setahun dua lagi aku dah tak merasa nak beraya kat sini lagi.

footnote: dia called aku malam raya! Ingatkan dah lupakan aku. Maklumlah, dah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, bengang je dia bila aku kata camtu, ahaks. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...