Friday, June 29, 2012

bawaku pergi

Oh, buku merah jangan lupa bawa
moga2 belum tamat tempoh
..........

Oh, aku cukup suka dengan lirik yang ini. Walaupun orang lain dah kecoh pasal lagu ni dan dengar khabarnya diharamkan pun di corong radio. Tapi aku tetap suka.

Sekarang ni aku sedang dibawa pergi, terbang di awan biru. Dan semakin hampir dengan destinasi yang ingin dituju. Aku ke sini tanpa perancangan, just follow the flow. Kalau ada kesempatan memang sempat pun dan ada duit terlebih, mungkin aku boleh buat aktiviti tu. Walaupun aku merancang untuk aktiviti tu, tapi aku tahu kewangan aku amat2lah tidak mengizinkan. Tapi siapa tahu kalau ada rezeki aku, insya Allah.


Buku merah ni memang harus dibawak. Kang tak pasal2 aku stranded kat airport. 

Dengan ini akan bermulalah satu lagi siri pengembaraan singkat aku di tanah asing. Doakan agar semuanya berjalan lancar aku tetap kuat semangat, ameen.

footnote: untuk pertama kalinya aku buat scheduled post. 


Thursday, June 21, 2012

menjejak sang gajah

Petang Jumaat lepas aku memandu pulang ke kampung halaman dengan dua tujuan. Pertama nak settle pasal rumah yang masih tersangkut dengan urusan CF nya dan kedua menunaikan janji kepada Sarah untuk menjejak sang gajah.

Plan asal aku nak ke Santuari Gajah Kuala Gandah, Pahang. Tapi mak suggest ke Sungai Ketiar sahaja, lebih dekat sebab kami akan bertolak dari Paka. Pagi Ahad aku memandu ke Tasik Kenyir, melalui highway baru yang belum dibuka sepenuhnya. Perjalanan lancar sebab hari Ahad merupakan hari bekerja di negeri Terengganu. 


Di sini aku bertanya tentang haluan seterusnya untuk ke santuari gajah. Aku terlupa nak tanya bagaimana nak ke main dam, sekali aje aku ke sana sewaktu lawatan sekolah darjah 6. Early 90's ada event Kenyir Ecofest tapi aku tak pernah datang pun dan tak tahu event tu pasal apa tapi sekarang aku dah tak dengar pasal event tu lagi.


Sempat jugak aku capture sebilangan kecil pulau dari 340 pulau yang terdapat di Tasik Kenyir. Jerebu yang melanda memang membataskan jarak penglihatan. 

Dari Pengkalan Gawi perjalanan diteruskan lebih kurang 56km dari simpang keluar Pengkalan Gawi ambil laluan ke kiri melalui jalan ke Gua Musang. Pemanduan haruslah extra cautious sebab banyak lori mengangkut balak dan keadaan jalan yang rosak di sana sini. Di sepanjang perjalanan korang boleh nampak taburan pulau2 Tasik Kenyir dengan airnya yang bermacam warna.  

Setelah melalui perjalanan yang berliku2 korang akan nampak signboard Santuari Gajah Sungai Ketiar di sebelah kanan. Bila dah membelok masuk, aku tengok pagar dibuka sikit aje dan waktu lawatan 2.30 hingga 5 petang tertulis kat pintu pagar. Alang2 dah sampai, aku dan Sarah yang terlebih excited masuk ke office diorang lepas park kereta depan surau. 

Menurut pekerja di situ, walaupun waktu lawatan bermula 2.30 petang tapi diorang tetap buka pintu untuk pelawat sekiranya mereka datang sebelum waktunya. 


Suria, gajah betina ni berusia 12 tahun. Satu kaki depan dan satu kaki belakang dirantai. 


Karak, anak gajah berusia 10 bulan. Awalnya aku nak bagi makan, tapi hasrat dibatalkan sebab geli. Karak tak dirantai dan bebas bergerak dalam kandangnya. 


Sarah yang penakut! Jenuh aku pujuk nak ambik gambar dia dengan gajah. Masa kat rumah kemain lagi cakap, adik nak mandi dengan gajahlah, nak naik gajahlah... Tapi sudahnya suruh dekat dengan gajah pun menangis! Oh, lepas aku ambik gambar ni, Suria mandikan kitorang! Dua kali pulak tu. Berlari2 kitorang nak mengelakkan diri. Pandai betul nak bergurau senda dengan kitorang!

Kat santuari ni ada tujuh ekor gajah kesemuanya. Tapi masa aku datang ni cuma ada tiga ekor je. Mas, 38 tahun dilepaskan kat tepi hutan yang dah dipagar dengan pagar elektrik dan aku tak ambil gambarnya. Lagi empat ekor dihantar ke Kuala Gandah untuk training bersama trainer nya. 

Menurut pekerja santuari ni brader baju merah dalam gambar di atas santuari baru akan dibuka maybe dalam satu atau dua tahun lagi, berhampiran pintu masuk ke Pengkalan Gawi. Kalau dari Kuala Berang sebelum simpang ke Pengkalan Gawi. Kat situ nanti akan ada banyak program untuk pelawat bersama gajah. Setakat hari ini, tiada bayaran masuk dikenakan.   

Kami, terutamanya Sarah enjoy our day out together walaupun terpaksa melencong dari plan asal. On the way balik kami sempat menyinggah beli durian. Dah tertunai janji yang ini, Sarah request bawak dia pegi petik strawberry pulak. Katanya adik nak pergi tempat yang kena naik kapal terbang! Bulan September ni baru masuk 5 tahun tapi dah pandai mintak macam2, aduyaii...

footnote: berjaya jugak aku tukar dan re-activate kad touch and go. Patutlah tak boleh guna, last time aku guna tahun 2010! 


Monday, June 11, 2012

moment

Dua hari ni aku mengemas bilik yang dah semacam semaknya. Macam2 lah yang aku jumpa termasuklah sebijik 'kotak kenangan' yang tersorok kat atas almari. Segala benda kat dalam tu mengimbau kenangan yang pelbagai rasanya. Aku terjumpa salinan poem yang aku pernah perform during assembly masa aku form 1. Berbelas tahun lamanya. Aku nak share kat sini sebab ianya bermakna bagi aku. 

No matter what you do
don't ever stop believing
in better times
or brighter days
There are too many possibilities
too many opportunities
too many dreams
too ever lost hope 
When time are bad
they only get better
a little encourage will
help them strong that way 
And the horizon of tomorrow
may let surprise that will
make things better than you
ever imagine 
So don't give up hope
and don't stop believing
that thing you can do 
It could be that
one of your dream
it just waiting for you
to make it come true

Benar, aku terlalu banyak impian. Ada antara impian aku yang dah kecundang, ada yang masih lagi di pertengahan perjalanan yang belum pasti hasilnya. Tapi aku tetap berimpian walaupun aku tahu kesukaran untuk menggapai bintang di langit. 

footnote: banyak rupanya segala macam kad dari peminat yang masih tersimpan. Sayang rasanya nak buang sebab all those cards are lovely! Since aku buat thoroughly cleaning process padahal semuanya dah bergelar bapak orang pun so semuanya aku campak masuk tong sampah! Settle masalah lambakan sampah sarap tak diperlukan. 


Friday, June 8, 2012

tak pernah serik

Alhamdulillah, aku baru je settle print out assignment yang sepatutnya aku siapkan lama dah. Pagi esok aku baru nak hantar untuk binding, nasib baik sebab exam petang esok. Kalau pagi mahu malam ni jugak aku keluar pergi binding. Study untuk exam langsung aku tak prepared lagi.

Aku selalu gelarkan 'taubat sambal belacan'. Time pedas dan hidung gatal2 berair bagai, tak nak makan dah sambal belacan, tapi lepas tu belasah jugak! Dah namanya lidah sambal belacan... Macam tu jugak dengan kerja lain, dari dulu lagi aku sentiasa buat last minute preparation. Time tengah kelam kabut rushing nak siapkan itu, prepare ini mula lah menyesal, tapi lepas tu buat balik.

Bulan lepas aku dah buat, tapi dalam tempoh sebulan satu page je yang siap. Aku ketandusan idea. Peliknya bila buat semalam laju pulak menaip, sampaikan tak perasan dah terlebih2 pulak, terpaksa potong sana sini. Ni assignment kali ke lima untuk empat module dan semuanya aku siapkan malam sebelum exam, aduyai...

Bila agaknya aku akan betul2 serius, takde main2 lagi. Bila agaknya aku nak betul2 serik, tak buat kerja last minute lagi. Even nak pergi travel pun aku pack barang last minute jugak. Sejam sebelum ke airport baru aku packing, mandi dan keluar rumah lepas tu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...