Sunday, April 22, 2012

teman baru

Dengan ini aku nak buat pengisytiharan bahawa bermula hari ini dan hari2 yang seterusnya aku dah ada teman baru. Teman yang akan setia menemani aku bila nak gi jalan2. Teman yang sama2 akan menanggung beban dan berkongsi suka duka bersama. Teman yang berjanji untuk setia bersama selamanya. Setelah sekian lama aku mencari, akhirnya hari ni sebenarnya tengah hari semalam, Sabtu 21 April aku dengan sah memilikinya. 

Sebelum ni dah banyak kali kami bersua muka, bertentang mata. Cuma aku je yang ragu2 dan keliru sama ada nak terima atau tidak. Aku je yang was2 dengan perasaan sendiri. Tapi setelah sekian lama, aku akhirnya nekad. Nekad untuk memilih dia bagi menggantikan teman lama yang dah lama pergi meninggalkan aku. Sob... sob... sedih tau bila kena tinggal. 

Maaflah ye, aku tak bersedia pun nak berkongsi gambar teman baru aku tu. Biarlah kami serasi dulu sebelum bergambar mesra, tak naklah nanti menimbulkan riak di hati plak, hehehe...

footnote: sebenarnya aku dalam dilema untuk memilih antara dua. Tapi yang pasti keduanya ada kelebihan masing2. Antara Maxx dan Leon, kami akan date untuk kali pertama bersama2 hujung minggu ni sempena my upcoming birthday trip. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...