Saturday, February 11, 2012

exam done, trip cancel

Alhamdulillah, lepas berbulan2 menanti akhirnya hari ni berjaya jugak kitorang sit exam untuk module transport management nih. Malam tadi baru aku print out assignment, pastu malam tadi jugak aku pulun study sampai pukul 3 pagi. Sudahnya bila semua last minute, gelabah je lebih. Yang terlekat kat otak tak banyak mana pun. Sudahnya kat exam hall menggelabah nak jawab. Konon2 nak keluar awal, sudahnya 3 jam macam tak cukup je nak nak cover 4 soalan. 

Sepatutnya pulak next weekend ni aku ke Surabaya, konon2 nak penuhi hajat Sarah. Sayangnya mak plak tetiba tak nak pergi, maklumlah orang tengah semangat nak terima menantu perempuan sulung...huhu. Asalnya aku plan nak redah je pegi sengsorang, tapi last week aku dapat jadual kelas baru. Next week ada kelas ganti pulak. Patutnya this week, tapi disebabkan exam hari ni, so digantikan minggu depan.

Aku terfikir jugak nak defer next module ni, tapi risau pulak kot2 waktu aku kena ganti kelas nanti ganggu pulak my next trip. Since aku ada lagi another 4 upcoming trip termasuk jalan2 cari makan, so dengan berat hati aku decide untuk cancel trip ke Surabaya. Takpe, lepas abis study tahun depan aku boleh buat plan baru, insya Allah.

Dalam pada tu, minggu lepas jugak aku sempat rembat tiket MASWing dari BKI ke BWN. Plan asal nak naik feri aku cancel sebab masa perjalanan yang lama. Pulak tu aku nak kena keluar awal pagi nak kejar feri sebelum pukul 8 pagi. Since nak jimatkan masa, dan kebetulan pulak MASWing buat promotion one way RM99, aku rembat jelah.

So, untuk suatu tempoh yang agak lama aku akan berehat dari sebarang aktiviti jalan2. Memang terseksa sebab dah lama tak berjalan, tapi terpaksa dipendam demi perjuangan menuntut ilmu, chewah! 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...