Friday, February 17, 2012

mencari jalan pulang...

Alkisahnya mileage kereta aku memang teramat2lah perlahan pergerakannya lately. Pergi balik kerja, pastu alternate weekend pergi balik kelas yang jarak pergi balik untuk setiap perjalanan adalah lebih kurang 10km sahaja. Sesekali aje keluar, itu pun dekat2 aje. Dan selebihnya berehat aje kat rumah. 

Minggu lepas aku patutnya kena hantar kekasih hati ke pusat servis, dah sampai due pun. Tapi malangnya, lagi 4000km tak cukup. Konon2 sebelum ni nak tunggu exceed baru nak pergi servis. Since aku dah jarang melakukan aktiviti luar rumah, maka terfikirlah nak mencari jalan pulang yang baru sebab nak top up extra mileage. 

Balik kerja petang tadi, aku memilih untuk berhaluan kiri pulak setelah sekian lama berhaluan kanan. Lebih banyak selekoh yang menarik, lebih banyak traffic light yang perlu dipatuhi, lebih lama aku dengar celoteh deejay radio... pendek kata segala2nya lebih lah. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah sebab aku tak tersangkut dalam traffic jam. Kalau tersangkut tadi sure aku cari haluan baru.


Dan inilah hasilnya. Aku berjaya top up 23.9km untuk perjalanan balik. Lebih dari 18km dari jarak biasa. Usaha gigih ini aku akan cuba teruskan untuk hari2 yang mendatang. Mungkin lepas ni aku akan buat route baru pulak, haha.

footnote: Patutnya malam ni aku duk packing sebab pagi esok flight ke Surabaya. Sayang sungguh terpaksa dibatalkan. Jiwa aku duk meronta2 nih... aduyai...


Saturday, February 11, 2012

exam done, trip cancel

Alhamdulillah, lepas berbulan2 menanti akhirnya hari ni berjaya jugak kitorang sit exam untuk module transport management nih. Malam tadi baru aku print out assignment, pastu malam tadi jugak aku pulun study sampai pukul 3 pagi. Sudahnya bila semua last minute, gelabah je lebih. Yang terlekat kat otak tak banyak mana pun. Sudahnya kat exam hall menggelabah nak jawab. Konon2 nak keluar awal, sudahnya 3 jam macam tak cukup je nak nak cover 4 soalan. 

Sepatutnya pulak next weekend ni aku ke Surabaya, konon2 nak penuhi hajat Sarah. Sayangnya mak plak tetiba tak nak pergi, maklumlah orang tengah semangat nak terima menantu perempuan sulung...huhu. Asalnya aku plan nak redah je pegi sengsorang, tapi last week aku dapat jadual kelas baru. Next week ada kelas ganti pulak. Patutnya this week, tapi disebabkan exam hari ni, so digantikan minggu depan.

Aku terfikir jugak nak defer next module ni, tapi risau pulak kot2 waktu aku kena ganti kelas nanti ganggu pulak my next trip. Since aku ada lagi another 4 upcoming trip termasuk jalan2 cari makan, so dengan berat hati aku decide untuk cancel trip ke Surabaya. Takpe, lepas abis study tahun depan aku boleh buat plan baru, insya Allah.

Dalam pada tu, minggu lepas jugak aku sempat rembat tiket MASWing dari BKI ke BWN. Plan asal nak naik feri aku cancel sebab masa perjalanan yang lama. Pulak tu aku nak kena keluar awal pagi nak kejar feri sebelum pukul 8 pagi. Since nak jimatkan masa, dan kebetulan pulak MASWing buat promotion one way RM99, aku rembat jelah.

So, untuk suatu tempoh yang agak lama aku akan berehat dari sebarang aktiviti jalan2. Memang terseksa sebab dah lama tak berjalan, tapi terpaksa dipendam demi perjuangan menuntut ilmu, chewah! 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...