Tuesday, January 24, 2012

sedih... kecewa... kesal...

Cuti hujung minggu yang panjang sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina semalam, aku ke Banting dengan semangat penuh membara. Melalui Pekan Banting yang kurang sesak dari biasa, membuatkan aku memandu penuh santai. Takde rasa hangat hati tanpa pemandu yang suka cilok sesuka hati.

Aku ke Banting ada hajat sebenarnya, hajat yang besar gitu. Konon ingin meneroka sejarah di Istana Bandar. Dek semangat yang besar tu lah, aku siap pinjam tripod Hawa, konon nak bergambar puas2 bak puteri raja. Aku seakan tak percaya bila melepasi bangunan istana. So that aku terlajak. Alang2 dah terlajak, aku singgah sekejap kat Masjid DiRaja Sultan Alaeddin. Tak masuk pun, ambik gambar dari luar je. 


Papan tanda ni sungguh menyedihkan. Terus terang aku katakan, lepas pacak papan tanda ni kat sini, langsung tak ada sesiapa pun yang datang check. Nasib baiklah masjid yang penuh sejarah ni terjaga rapi. Kalau takde sesapa yang jaga, memang amat... amat... amat... menyedihkan. 


Papan tanda baru yang lebih menyerlah dipacak tak jauh dari papan tanda Tourism Selangor yang dah berkarat tak terjaga. 


Atas sebab2 tertentu, aku tak berkesempatan nak masuk ke dalam Masjid ni. Aku harap aku ada peluang tu suatu hari nanti, insya Allah. Tengoklah sini, kalau nak tahu lebih lanjut pasal masjid ni. 

Lepas tu aku berpatah balik ke Istana Bandar, tempat yang aku terlajak tadi tu. Lepas parking kereta depan entrance, aku pun berjalan ambik gambar dari luar. Pagar berkunci, post guard takde pengawal, sudahnya aku melilau dari luar je.


Inilah sebabnya aku terlajak, pada asalnya aku dah perasan bangunan kat sebelah kiri ni macam istimewa sikit. Tapi takde sebarang papan tanda dan aku terus je. Bila dah dekat baru nampak papan tanda yang dibayangi tiang letrik ni. Oh, abaikan kereta yang tetiba terselit kat situ.


Sayang, kan? Papan tanda ni langsung tak dijaga, samalah seperti Istana ni yang dibiarkan begitu saja. Istana ni dah diwartakan sebagai antara tempat menarik untuk dilawati di Negeri Selangor, tetapi sayangnya tak dijaga seperti sepatutnya. 


Istana Bandar yang penuh sejarah ni terbiar dengan lalang dan semak samun. Aku rasa sedih amat, sedih sebab tak dapat masuk, lebih sedih bila tengok keadaan yang terbiar tak terurus ni. 


Cantik binaannya! Kalau berkesempatan, aku nakkk sangatttt2 masuk ke dalam istana ni, ambik gambar banyak2 walaupun kamera aku cinonet aje. Harap2 aku ada peluang ke sini lagi dan berpeluang meneroka kisah disebalik pagar besi ni.


Ini pulak aku ambik kat bahagian belakang, dari pintu pagar belakang. Barangkali bangunan sebelah kanan ni adalah kediaman pekerja istana. Mungkin... Kalau ada sesiapa yang tahu, bolehlah berkongsi information kat sini.  


Sebelum balik, sempat aku capture pintu pagar yang berkunci dan post guard yang kosong takde pengawal. Aku benar2 kecewa, sedih dan kesal dengan apa yang aku tengok hari ni. Istana Bandar yang penuh sejarah ni sepatutnya dijaga dan dibuka untuk kunjungan pelawat. Aku confirm kalau dijaga, ramai yang akan datang. Bukan setakat local tapi jugak pelawat dari luar negara. Secara tak langsung boleh menjana pendapatan masyarakat setempat. Wah, aku bercakap dah macam gaya YB plak, haha. 

Dek kerana kecewa, aku terus balik. Malas dah nak menjelajah ke kawasan sekitar. Sebenarnya, kat kawasan ni masih banyak lagi tempat2 menarik tinggalan sejarah yang boleh dilawati dan diselongkar kisahnya. Tapi sayang seribu kali sayang..... harapan aku musnah hancur berkecai. 


Sudahnya aku siapkan cross stitch yang dah bertahun2 ni. Alhamdulillah, kali ni aku berjaya jugak siapkan. Dan inilah hasil keras tangan aku. Ehemm... ada sesapa berminat nak beli ke? 


Saturday, January 21, 2012

2 hari 1 malam

Korang jangan terpedaya dengan tajuk, tau. Aku tak ke mana2 pun untuk tempoh dua hari satu malam tu. Aku makin kedekut nak keluarkan duit akhir2 ni bila komitmen makin bertambah. Risau jugak kalau terlebih belanja, nanti belum sempat dapat gaji aku dah kena kutip batu kat depan rumah, nak kena makan batu pulak. 

Sebenarnya aku nak combine apa yang terjadi dalam dua hari satu malam ni dalam satu blog. Patutnya malam tadi aku post blog, tapi disebabkan banjir kilat terjadi sehingga jam dua pagi, maka aku cancel lah. Tak sanggup dah nak mengadap laptop. 


Tengah hari semalam aku terima benda alah ni, photo book yang aku beli melalui living social. Harga yang aku dapat RM79.00 untuk 40 pages. Cumanya aku kena edit sendiri lah based on the software provided by the company. Tapi aku takdelah nak edit gempak2 pun tak nak ngaku tak reti nak edit bagai. Jadinya semua gambar kat sini adalah gambar original yang aku ambik.   


Antara gambar yang aku masukkan. Sebenarnya, gambar aku sendiri tak ada banyak pun, dua tiga keping aje. Sebab aku tak ambik gambar dan bila aku travel sorang, aku lebih suka ambik gambar pemandangan daripada gambar sendiri. Aku berpuas hatilah, sebabnya aku bayar tak sampai separuh pun dari harga asal.

Dan untuk hari yang kedua, selepas malam yang penuh emosi dan air mata drama sungguh! Pagi bermula dengan kerajinan yang telah tertangguh berbulan2 lamanya. 

Alkisahnya, berbulan2 nan lalu aku beli keledek dua biji. Masa tu semangat memang membara nak buat kuih cek mek molek. Namun kusangka hujan menyejukkan bumi, tapi makin panas adalah. Aku pun dah lupa when was the exact date aku beli keledek tu. Yang pasti siap keluar daun lagi tu. Panjang2 dah pun, kalau tanam sure boleh hiduplah. 

Makanya, pagi tadi terjadilah proses main masak2 almaklumlah masa kecik2 aku join bebudak laki main galah panjang, polis sentri, tembak2 bagai... tak kuasanya nak main masak2 nih. Jom kita intai tengok proses pembikinan cek mek tak berapa nak molek nih.

Bahan2 dan proses:

  • Ubi keledek - rebus sehingga empuk, angkat dan lenyek sehingga hancur.  
  • Gandum - Uli dengan gandum secukup rasa. Gandum tu sikit je, nanti keras pulak kuih korang.
  • Bentukkan bujur atau sesuka hati korang nak shape camana.
  • Gula - Lepas dah bentuk tu, buat lubang kat tengah2 dan masukkan gula. Suka hatilah nak masukkan banyak mana pun.
  • Pastu dah boleh goreng. Bila dah masak, angkat dan hidangkan. 
Senang je. Aku pun main campak2 je. Ini versi akulah. Versi mak cik yang jual kat gerai2 tu aku tak taulah camana diorang buat. Tapi menjadi tau...



Time ni tengah beratur nak masuk kuali. Yang putih2 tu bukan gula halus, tapi tepung . Lepas dah masukkan gula, aku golek2 kan kat atas tepung, taknak bagi melekat antara satu sama lain. Macam2 bentuk dan saiz, tangan tak berseni memang gitulah hasilnya.


Yang ni pulak tengah ready nak masuk mulut. Yang hitam2 tu terjadi sebabnya, gula yang aku letak dalam tu berjaya meloloskan diri. Dah jadi gula hangus plak, elok plak lepas tu melekat kat kuih. 


footnote: tak tahulah kenapa, aku mudah sungguh fall into a person from different religion. Aiyoo... susah sungguh when the other party decided not to convert but still want to have this relationship. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. What can I do........


Tuesday, January 17, 2012

jom ratah ikan

Dah berbulan aku teringin nak makan ikan goreng celup tepung. Seolah2 terimbau kenangan masa kecik2 dulu. Aku ingat lagi, masa tu mak selalu buat ikan goreng celup tepung ni. Terutamanya bila harga ikan murah, mak mesti beli banyak2 dan kitorang adik beradik berebut2. Ratah cenggitu aje. Kiranya itulah minum petang yang paling best bagi kami. Tu semua kenangan dah, mak pun dah lama tak buat.

Tapi kalau korang ke Terengganu, bukan setakat ikan goreng tepung aje, malahan segala bagai makanan laut lain pun goreng tepung. Lebih2 lagi kat gerai2 tepi pantai. Tapi honestly speaking, aku tak pernah pun teringin nak makan bila balik kampung. 

Since kat pasar semalam ikan agak segar, so aku pun beli lebih banyak dari biasa dan dah berkira2 untuk dicelup dengan tepung sebelum digoreng. Ini adalah ikan goreng celup tepung versi aku.

Jom masak2:
  • Ikan - Aku prefer ikan Sardin, kalau kat kampung aku nun di Terengganu kitorang panggil ikan Selayang. Isinya lebih best dan agak manis.
  • Adunan tepung - Aku campur tepung gandum dan tepung beras. Garam secukupnya dan pewarna yang korang suka. 
  • Panaskan kuali, celup ikan dalam tepung, masukkan dalam kuali dan goreng macam biasa sehingga masak.   



Ikan ni dah get ready untuk dimasukkan dalam kuali.  


Yang ni pulak bila dah ready untuk dimakan. Apa? Ohh... biasalah tu. Kalau tak hangus atau terlebih masak, maknanya bukan akulah yang masak tu. Eh, kadang2 aku masak okay jugak tau. Tak de hangus2, tak de terlebih masak, just nice! Eh, jemputlah join aku meratah ikan ni. Sedap sampaikan tulang temulang ikan ni pun habis diratah sama. 

Agaknya korang ada tak makanan ke, snek ke, pape lah yang jadi kegemaran masa zaman kecik2 dulu? Sesekali kenangan zaman kecik2 rajin nak menyinggah bertandang. Itu yang tetiba kemaruk nak makan itu ini tu. Aisehh...


Thursday, January 12, 2012

[empty]

Dah hampir dua minggu kalendar beralih ke tahun 2012. Dan ini adalah entry pertama di tahun 2012 ini. Lately aku amat sibuk dengan study, ditambah dengan semangat nak siapkan cross stitch yang dah bertahun terbengkalai kini berkobar2. Cuma sekarang ni berbaki kurang dari 25%. 

Hari ni aku ambik half day leave. Lepas Zohor kami ke Echiro, Petaling Jaya. Tahun lepas aku ada beli kupon promosi kat living social untuk Spine streching therapy + Foot steam care. Disebabkan kupon ni expires 14hb ni, dan aku pulak ada kelas on this weekend, tu sebab aku ambik half day hari ni.

Sejam proses kukus kaki foot steam & spine stretching therapy memang best. Berbaloi2 sebab masa beli cuma RM15 je. Punyalah syok duk kukus mengukus tu, terlupa nak ambik gambar. Bila dah on the way balik baru aku teringat pasal nak ambil gambar. Memang fail lah!

Disebabkan masa beredar dari situ dah nak pukul 5.00 petang, maka aku fikir better quickly back to Sepang before trapped into traffic jammed. Dan sudahnya menyinggah ke Tasik Idaman, kalau dari Bangi ikut jalan lama nak ke Jenderam tu tempat ni belah kiri. Ni first time aku ke sini, walaupun orang lain dah berkali2 ke sini. 


Aku pilih meja yang paling hujung ke tengah tasik. Jenuh lah aku mengintai apa aktiviti makhluk kat dalam tasik sementara menunggu makanan tiba.  


Dalam menunggu tu sempatlah aku mengusha perumahan yang terletak nun di seberang tasik. Disebabkan lama sangat menunggu makanan sampai, sempat jugaklah aku terbang ke seberang sana. 


Disebabkan selepas setengah jam baru makanan tiba, aku tak sabar terus ngap masuk mulut. Bila dah kunyah sesuap baru teringat nak ambik gambar. Entah kenapa makanan aku tawar, macam terlupa nak letak garam je. Tapi disebabkan lapar dek ter'skip' lunch, habis licin pinggan aku belasah. Alhamdulillah, kenyang walaupun kurang rasa. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...