Tuesday, December 6, 2011

pabila amarah menguasai diri

headnote: menci betul aku dengan pak toni nih. Time aku takde duit, tengah kering kontang ni lah dia nak buat promo besar2an. Kalau korang rajin tunggu lah 8 December nih. Peluang korang semakin cerah sebab yang pastinya dah kurang sorang pesaing. Good luck, guys!

*     *     *     *     *

Petang semalam betul2 mencabar kesabaran aku. Dan sekali lagi amarah menguasai minda dan tanpa sedar aku boleh mem'bodoh'kan orang. Aku rasa kalau korang dalam situasi aku, korang pun mesti hangin jugak. Memang aku akui, aku memang baran pun. Pantang silap sikit, mesti aku cepat je nak melenting. Bila suhu aku mencecah ratus2 Fahrenheit, mulalah macam2 perkataan tak elok keluar dari mulut aku. Takde tapis2 dah. Aku pedulik hapa siapa pun yang aku tengah lawan bercakap tu. 

Kalau sekali aku masih boleh bertahan, cakap baik2. Kalau asik nak provok je, mintak maaf lah ye. Tambah pulak kalau nak provok benda yang bukan2. Kang tak pasal2 aku report sexual harassment. Barulah tahu langit tu tinggi ke rendah. Cuma sekarang ni aku masih lagi boleh bertahan. Agak2 kalau aku buat report, mesti lepas tu semua orang tengok aku je cepat2 zip mulut. Risau kalau2 tersalah cakap, terkena report. 

Dan rasanya bukan aku sorang yang terjangkit dengan virus amarah ni. Sesiapa pun yang terkena virus ni, memang tak dapat nak berfikir dengan waras dah masa tu. Pitch suara pun semakin tinggi. Kalau tengok situasi camni lebih baik blah atau berdiam diri. Kalau tak, makin membahang lah  kemarahan aku. Ini berdasarkan kajian terhadap diri sendiri, tak ada kena mengena dengan orang lain.  

Harap2 lepas ni aku boleh kurangkan tahap kemarahan aku ni. Bila tu? Entahlah..... Cuma aku berdoa dan berusaha ke arah itu. Mudah2an aku boleh pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulut. Oh, aku tak akan mintak maaf pada orang tu, sebab bukan aku yang mulakan. Ego, bukan?

footnote: kelmarin aku terima nota mintak maaf, tanpa nama pengirim. Aku maafkan dia, walaupun aku tak kenal sapa orang tu. Tapi perbuatannya suatu ketika dulu memang menyebabkan aku tak senang nak balik rumah. Sampaikan aku plan nak pindah duk apartment, sibuk ushar sana sini kot2 ada yang nak jual apartment murah dari biasa. Tapi sampai sekarang tetap duduk kat umah yang sama. Sebagai manusia, aku pun silap jugak. Keluar rumah bukan takat pakai seluar musim banjir, dah tak tau musim apa dah. Aku harap dia benar2 berubah.  


2 comments:

  1. sape tu anne..
    misteri je bunyinyer..hmmm


    ~mak eti~

    ReplyDelete
  2. siapa yg u maksudkan? hehehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...