Saturday, December 31, 2011

coretan terakhir

Kurang dari dua jam lagi, maka akan berakhirlah 2011 dan bermulalah lembaran baru 2012. Kalendar baru untuk tahun 2012 pun aku tak gantung lagi, sayang bebenor gamaknya nak tinggalkan 2011. 

Ini adalah coretan terakhir untuk 2011, and my next entry will be publish in the year of 2012. Selama 12 bulan, banyak yang aku lalui. Ada yang indah, sayang untuk ditinggalkan. Ada yang menyakitkan sehingga aku tak sabar2 nak lupuskan dari ingatan. 

Setelah perancangan pada 2010 terpaksa dibatalkan, 2011 akhirnya merealisasikan impian Mak untuk melihat kesan tsunami yang melanda Banda Acheh pada tahun 2004. Di sana jugak Sarah buat permintaan, mintak aku bawak bercuti ke Surabaya pulak tahun depannya. Aduhaiii....

Separuh tahun pertama aku banyak perabis duit dan Julai merupakan penutup. Sebenarnya aku merancang untuk ke Thailand pada hujung tahun, tetapi banjir yang melanda Bangkok membuatkan aku was-was. Namun bila aku secara rasminya kembali menjadi student maka perasaan was-was menjadi muktamad. Aku cancel segala percutian. Unless kalau aku berjaya dapatkan sponsorship, maka langkah kaki aku untuk tahun depan boleh disambung kembali. Harap2 application aku untuk dapatkan sponsorship tu jadi kenyataan, ameen. 

Aku ingatkan kegembiraan aku berterusan hingga penghujung 2011, tetapi banjir yang melanda Bangkok turut terkena tempiasnya kat aku. Aku rasa sakit yang amat sangat, pedih, kecewa, dan makin terkesan luka lama kembali terobek. Namun aku sedar dan yakin dengan ketentuan Allah. Kesihatan aku untuk sepanjang tahun ini juga sedikit merosot, tetapi masih berada pada tahap yang baik. 

Untuk 2012 aku tidak mempunyai sebarang azam. Aku cukup tak suka nak buat azam setiap tahun baru menjelang, sebabnya aku akan berazam bila dirasakan perlu. Namun aku berharap perjalanan aku dalam menuntut ilmu dipermudahkan Allah. 

Alhamdulillah, kerana dengan izin Allah kita semua masih dapat menghirup udara di bumi ini. Aku berdoa untuk sepanjang tahun 2012 nanti kita semua akan diberikan kesihatan yang baik, kegembiraan dan kebahagian serta senantiasa berada dibawah rahmatNya. 


3 comments:

  1. nampaknya anne, tahun 2011 ni memang tahun yg menduga hati & perasaan. aku pun hrp tahun 2012 membawa pengertian yg lebih bermakna buat kita.

    tahniah juga sbb dapat sambung study. buat elok2 ye =)

    tahun depan aku akan kurangkan aktiviti berjalan sebab nak kumpoi duit. byk sgt duit yg terbazir, nak simpan pulak utk hari2 kecemasan.

    anyway selamat tahun baru 2012!

    ReplyDelete
  2. ko sambung blajo kat mana fatin?

    ReplyDelete
  3. fatt,
    nak buat camana fatt, kita ni agaknya orang terpilih untuk diduga nih, hehe..

    wah, nampaknya kuranglah aktiviti jenjalan lepas ni. takpelah, kumpul duit pun bagus jugak..

    thanks & selamat tahun baru jugak. :)

    MasZuber,
    rasanya u tersilap orang kot. erk... ke fatt tu u panggil fatin? =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...