Saturday, December 31, 2011

coretan terakhir

Kurang dari dua jam lagi, maka akan berakhirlah 2011 dan bermulalah lembaran baru 2012. Kalendar baru untuk tahun 2012 pun aku tak gantung lagi, sayang bebenor gamaknya nak tinggalkan 2011. 

Ini adalah coretan terakhir untuk 2011, and my next entry will be publish in the year of 2012. Selama 12 bulan, banyak yang aku lalui. Ada yang indah, sayang untuk ditinggalkan. Ada yang menyakitkan sehingga aku tak sabar2 nak lupuskan dari ingatan. 

Setelah perancangan pada 2010 terpaksa dibatalkan, 2011 akhirnya merealisasikan impian Mak untuk melihat kesan tsunami yang melanda Banda Acheh pada tahun 2004. Di sana jugak Sarah buat permintaan, mintak aku bawak bercuti ke Surabaya pulak tahun depannya. Aduhaiii....

Separuh tahun pertama aku banyak perabis duit dan Julai merupakan penutup. Sebenarnya aku merancang untuk ke Thailand pada hujung tahun, tetapi banjir yang melanda Bangkok membuatkan aku was-was. Namun bila aku secara rasminya kembali menjadi student maka perasaan was-was menjadi muktamad. Aku cancel segala percutian. Unless kalau aku berjaya dapatkan sponsorship, maka langkah kaki aku untuk tahun depan boleh disambung kembali. Harap2 application aku untuk dapatkan sponsorship tu jadi kenyataan, ameen. 

Aku ingatkan kegembiraan aku berterusan hingga penghujung 2011, tetapi banjir yang melanda Bangkok turut terkena tempiasnya kat aku. Aku rasa sakit yang amat sangat, pedih, kecewa, dan makin terkesan luka lama kembali terobek. Namun aku sedar dan yakin dengan ketentuan Allah. Kesihatan aku untuk sepanjang tahun ini juga sedikit merosot, tetapi masih berada pada tahap yang baik. 

Untuk 2012 aku tidak mempunyai sebarang azam. Aku cukup tak suka nak buat azam setiap tahun baru menjelang, sebabnya aku akan berazam bila dirasakan perlu. Namun aku berharap perjalanan aku dalam menuntut ilmu dipermudahkan Allah. 

Alhamdulillah, kerana dengan izin Allah kita semua masih dapat menghirup udara di bumi ini. Aku berdoa untuk sepanjang tahun 2012 nanti kita semua akan diberikan kesihatan yang baik, kegembiraan dan kebahagian serta senantiasa berada dibawah rahmatNya. 


Sunday, December 11, 2011

cerita tentang makan

Petang tadi aku ke Bangi. Sesambil tujuan utama nak beli benang cross stitch, aku menyinggah perabis duit kat Billion. Bila dah dapat apa yang dihajati, tak kuasanya aku nak merayau tak tentu pasal. Selalu aku ke mana2 pun mesti atas sebab tertentu dan pastu terus balik. Unless kalau hari tu aku memang dah plan nak lawat kawasan, memang berlama lah aku kat situ. 

Sebelum balik aku singgah kat Ani Sup Utara dalam misi nak mengisi perut. Itupun lepas dah berpusing2 tak tahu nak makan kat mana. Aku order nasi ayam sebab perut masih kosong dari pagi, kang tak pasal2 masuk angin plak. Servisnya agak cepat, takde lah nak kena tunggu lama. Tapi yang tak bestnya, nasi ayam aku portion ayamnya seciput aje. Kulit pulak yang terlebih banyak. Sudahlah sambal cilinya sikit amat. 


Jangan terpedaya dengan ayam yang nampak macam banyak tu. Sebenarnya ciput je, bawah tu tulang. Nasi ayam yang aku beli kat pasar malam lagi besar dan banyak portion ayamnya. Harga pun lagi murah. Berbaloi2 lah. Adess... inilah kali pertama dan terakhir aku singgah kat Ani Sup Utara Bangi ni. Memang lepas ni takde aku datang lagi dah.

Airnya pun sama, kurang manis. Agaknya berjimat cermat, kurangkan gula dalam minuman. Masa bayar kat kaunter, aku kompelin lah dekat cashier. Boleh pulak dia tanya aku berapa ketul ayam aku dapat. Jangankan seketul, setengah pun tak sampai. Muka selamba je takde nak mintak maaf ke apa, jangan harap ler nak bagi diskaun. 


Thursday, December 8, 2011

aku tahu bila...

Aku tahu ada sesuatu yang berlaku bila...

  • dah lama dia tak call aku
  • dalam seminggu takde pun dia sms aku
  • sebelum exam/oral dia tak sms
  • lepas exam/oral dia tak call
  • sms aku dia balas sepatah je; itu pun nasib baik dia balas
  • kadang2 sms aku langsung tak berbalas
  • memacam alasan bila aku mintak temankan ke mana2
...itu tandanya dia ada someone dan tak perlukan aku at that moment. 


Tapi bila tetiba
  • dia rajin nak sms aku, dalam sehari berkali2
  • tak cukup dengan sms, rajin plak nak call tak kira siang atau malam
  • bila aku kata nak pegi bercuti, tetiba pulak offer diri nak jadi chaperon versi lelaki
  • dua tiga hari sebelum exam/oral rajin pulak buat senaman jari hantar sms, tak cukup dengan sms aku kena tadah telinga dengar segala keluh kesah kerisauan
  • exactly lepas exam/oral mesti ada incoming call, tak kisahlah berita gembira atau buruk sekalipun
  • apa2 yang berlaku, mesti aku antara orang pertama dapat tahu
  • aku lah orang yang paling memahami
  • akulah menteri kewangan tak rasmi dan tukang bayar segala bagai bil
  • tanpa disangka2 boleh pulak proposed yang bukan2 mujurlah aku dah masak dan tak pernah terpedaya dengan lawak seminit tu
.....itu maknanya dia dah terkecewa. dan tugas aku sebagai best friend tanpa gaji kembali seperti biasa. 

Itulah my bff yang aku kenal dan mula rapat since year 2000, masa kitorang sama2 kat aviation school. Our friendship dah banyak kali dilanda badai, hilang tanpa sebarang jejak. Pastu tetiba boleh timbul balik dan tersambung. Bukan sekali, tapi dah banyak kali. Alhamdulillah, persahabatan kami masih utuh. 

Entry ni aku buat sebab since last week aku dah rasa lain macam. Rupa2nya betullah segala firasat aku. Aku tetap doakan yang terbaik buatnya supaya lepas ni dia takde cari aku lagi bila kecewa sebab dah ada teman di sisi. Apa pun terima kasih buat teknologi yang memudahkan hidup aku. 

...aku tetap aku...


Tuesday, December 6, 2011

pabila amarah menguasai diri

headnote: menci betul aku dengan pak toni nih. Time aku takde duit, tengah kering kontang ni lah dia nak buat promo besar2an. Kalau korang rajin tunggu lah 8 December nih. Peluang korang semakin cerah sebab yang pastinya dah kurang sorang pesaing. Good luck, guys!

*     *     *     *     *

Petang semalam betul2 mencabar kesabaran aku. Dan sekali lagi amarah menguasai minda dan tanpa sedar aku boleh mem'bodoh'kan orang. Aku rasa kalau korang dalam situasi aku, korang pun mesti hangin jugak. Memang aku akui, aku memang baran pun. Pantang silap sikit, mesti aku cepat je nak melenting. Bila suhu aku mencecah ratus2 Fahrenheit, mulalah macam2 perkataan tak elok keluar dari mulut aku. Takde tapis2 dah. Aku pedulik hapa siapa pun yang aku tengah lawan bercakap tu. 

Kalau sekali aku masih boleh bertahan, cakap baik2. Kalau asik nak provok je, mintak maaf lah ye. Tambah pulak kalau nak provok benda yang bukan2. Kang tak pasal2 aku report sexual harassment. Barulah tahu langit tu tinggi ke rendah. Cuma sekarang ni aku masih lagi boleh bertahan. Agak2 kalau aku buat report, mesti lepas tu semua orang tengok aku je cepat2 zip mulut. Risau kalau2 tersalah cakap, terkena report. 

Dan rasanya bukan aku sorang yang terjangkit dengan virus amarah ni. Sesiapa pun yang terkena virus ni, memang tak dapat nak berfikir dengan waras dah masa tu. Pitch suara pun semakin tinggi. Kalau tengok situasi camni lebih baik blah atau berdiam diri. Kalau tak, makin membahang lah  kemarahan aku. Ini berdasarkan kajian terhadap diri sendiri, tak ada kena mengena dengan orang lain.  

Harap2 lepas ni aku boleh kurangkan tahap kemarahan aku ni. Bila tu? Entahlah..... Cuma aku berdoa dan berusaha ke arah itu. Mudah2an aku boleh pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulut. Oh, aku tak akan mintak maaf pada orang tu, sebab bukan aku yang mulakan. Ego, bukan?

footnote: kelmarin aku terima nota mintak maaf, tanpa nama pengirim. Aku maafkan dia, walaupun aku tak kenal sapa orang tu. Tapi perbuatannya suatu ketika dulu memang menyebabkan aku tak senang nak balik rumah. Sampaikan aku plan nak pindah duk apartment, sibuk ushar sana sini kot2 ada yang nak jual apartment murah dari biasa. Tapi sampai sekarang tetap duduk kat umah yang sama. Sebagai manusia, aku pun silap jugak. Keluar rumah bukan takat pakai seluar musim banjir, dah tak tau musim apa dah. Aku harap dia benar2 berubah.  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...