Sunday, November 27, 2011

1433

Selamat tahun baru 1433H buat semua. Semoga tahun yang baru tiba ini akan lebih memberikan kebahagian dan kita semua senantiasa berada di bawah rahmatNya. 

Kalau bercakap tentang tahun baru, ramai yang suka memasang azam. Bermacam azam yang muncul seiring dengan tahun yang baru tiba. Tapi aku tak suka nak kumpul azam ni, sebabnya semua azam aku hilang ke laut tak sampai setengah tahun. 

Cuma dengan tahun baru ini, aku berharap dan berdoa semoga diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan, rezeki yang melimpah ruah serta dipermudahkan segala urusan. Begitu juga untuk semua ahli keluarga dan sahabat handai. Mudah2an kita akan menempuh segala cabaran dengan bijaksana. 

footnote: malam tadi ia datang lagi. rasa pedih dan perit masih tak hilang, aduyai. aku lebih suka kalau tak dikunjungi. and I really hates it when that feeling comes and visiting me. 

Saturday, November 12, 2011

back to school

Hari ni first day I'm back to school setelah sekian lama aku tinggalkan alam pembelajaran secara formal. Sebelum ni kalau aku ambik exam pun, semuanya self study. Awalnya janggal jugak sebab dah lama tak gi sekolah. Tapi Alhamdulillah, everything goes very well.

Lecturer aku untuk subject ni sporting giler. Best sebab aku tak ngantuk pun. Malulah kalau nak tersengguk2 tahan kantuk kalau lagi 10 pasang mata segar bugar. Owh, kelas kami cuma ada 12 orang student je, campur lecturer jadilah 13. Cuma tadi ada dua orang yang absent, sebab tuntutan kerja. Untuk kelas esok, cikgu kami siap berpesan suruh bawak something untuk dimakan sebab subject untuk besok agak boring. Sepanjang aku belajar, tak pernah pun lecturer/cikgu cikgi pesan suruh bawak bahan makanan. Bukan senang nak jumpa cikgu macam ni, korang pernah ke jumpa? 
   
Secara rasminya jugak aku terpaksa postponed trip ke Thailand hujung tahun ni. Main reason sebab poket aku sekarang ni dilanda kemarau kering kontang. Dah tak boleh nak diselamatkan lagi dah. Unless kalau hujung tahun ni company aku tetiba bermurah hati nak bagi 12 bulan bonus! Fuh, kalaulah dapat bagai diangan.... ameen, nampaknya dunia ini ana yang punya lah. Secondly banjir kat Bangkok dijangka berlarutan lebih kurang sebulan lagi. Langkah yang paling selamat adalah don't take any risk at this moment. 


Friday, November 11, 2011

26? apa kebendanya?!

headnote: Lama aku biarkan blog bersawang. Sebabnya takde mood nak update walaupun agak banyak benda yang terjadi. Tetiba ditag oleh Fatt untuk jawab 26 soklan yang menyebabkan aku kena korek, gali dan geledah balik segala benda alah yang dah lama terkubur. Aku pun masih baru dalam arena ni, bila baca kisah otai2 lain, terasa betapa kerdil dan halusnya diri ini. Pape pun, terima kasih Fatt sebab tag dan secara tak langsung sawang2 diblog i dah habis disapu, hikhik... Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, maka ter reveal lah 26 perkara tu. 


Part I

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas.
Lebih dikenali sebagai Anne dikalangan semua orang kecuali ahli keluarga. Anak ke-4 daripada 7 beradik. Aku ni pemalu sebenarnya, boleh caya tak? Bagi aku lantaklah apa orang nak kata, yang penting aku tak kacau orang. Aku appreciates hidup aku dengan cara aku sendiri. 

Aku pakai jam kat tangan kanan tapi aku bukan kidal, pelik tak? Hehe... So far, aku baru jumpa sorang yang sepesen dengan aku, tapi rasanya ramai lagi kot kat luar sana.  

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
First time tahun 2003, itu pun ke Cameron Highland. Masa tu kekononnya nak mengubat hati yang kecewa. Tapi lepas tu lama menyepi, langsung tak ke mana2. Rasanya start by 2009 yang betul2 gives spark to start travel.

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist? 
Jiwa lebih kepada traveller.

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency.
Memandai sendiri, backpacking kekadang sahaja. 

5. Siapakah travel partner anda?
Tak menentu. Kalau ada member yang free dan nak join okay je. Kadang2 family member. Travel sengsorang pun layan je.


Part II

6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
Januari 2009, ke Bandung, Indonesia.

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah anda lawati setakat ini.
Saya budak baru belajar, makanya baru beberapa tempat yang ada jejak tertinggal.
Malaysia [Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Cameron Hingland, Kuching]
Indonesia [Bandung, Banda Acheh, Padang-Bukittinggi]
Australia [Perth, Gold Coast]

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut.
Hurmm... ni kalau stranded half day kat airport pastu balik mesia on the same day boleh dikira tak? 

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa.
Aku teringin nak kembali ke tempat ni kalau fulus banyak. Ada sesuatu yang aku tinggalkan dan rasanya aku kena ambik balik walaupun orang kata buruk siku. Lagipun, aku selesa sangat dengan tempat ni, rasa macam my second home. Lepas balik aku siap boleh mintak kerja kat sini tapi rezeki aku takde. 

Sesuatu yang aku tinggalkan tu ada kat Swan River, Perth.

10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan.
Tiga je ke? Kalau 30 kan best, hehehe... Ni angan2 yang tak pasti boleh tercapai ke tidak. Harap2nya boleh lah.
i. New Zealand - Nak ber roadtrip dari South ke North, tak kisah lah dari mana ke mana pun, janji dapat cover the two part tu sambil2 buat bungee jumping.
ii. Holland -  Aku suka bunga tulip, macam best je kalau layan bunga sambil lari2 celah kincir angin, hahaha..
iii. Malta - Entah kenapa tapi aku rasa Malta ni macam best je. 

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti.
Kelakar takat ni takde lagi. Manis2 buah gitu adalah. Ditemani oleh stranger on my birthday masa kat Perth. Aku tak sangka ada yang sanggup temankan aku bercerita sambil tunggu sunset. He's such a sweet guy. Harap2 aku boleh jumpa dia lagi kalau ke sana suatu hari nanti, insya Allah.

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti. 
Memalukan belum lagi, harap2 tak adalah hendaknya. Yang buruknya kitorang kena tipu gila2 punya masa kat Tangkuban Perahu. Bila sesekali ingat, macam dah nak surrender ke Indonesia, tapi bila fikir balik yang diorang sanggup buat apa saja untuk hidup aku jadi kesian dan lupa pasal tanak ke Indon. 

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Peluang yang ada tak harus dilepaskan. Bukan senang nak cuba local food, of course lah kena pilih jugak. Mana boleh main hentam keromo aje.

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaannya.  
Aduyai... Fatt, kamu benar2 buat aku pingin sekali kembali ke Bandung, waduh... waduh... 

Aku makan nasi timbel ni kat sebuah restoran yang aku dah lupa namanya, dari Ciwidey nak ke Bandung, belah kanan. Sambal belacannya yang membuatkan aku kecur liur sampai sekarang. Pedas2 manis gitu, sampai sekarang aku tak jumpa lagi sambal belacan yang sesedap tu. 


Part III

15. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
Dua2, tapi sekarang ni cuma bag troli sebab backpack yang dah terkubur tanpa nisan tu belum sempat diganti baru. Entah bila baru nak diganti pun tak pasti. 

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang telah ia ikut anda berjalan. 

Ni nak menyeleweng sikit. Aku letak beg troli dengan sling bag. Backpack yang dah terkubur tu takde gambar. Beg troli tu bermula dari Perth, pastu keraplah ikut aku jalan2. Sling bag ni plak ambik alih tugas backpack yang terkubur tanpa nisan tu, baru jugak lagilah. 

17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti.
Kamera, handphone, notebook & pen.

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe. 
Laptop, segala kunci, ubat-ubatan.

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh: update blog, tulis poskad, amik gambar)
Mestilah ambik gambar. Sebab aku mesti tenggelam dengan dunia aku bila dah ralit ambik gambar. 

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
Sebenarnya aku tak suka bergambar, sesekali aje. Sebab tu dalam setiap trip gambar aku cuma ada sekeping dua aje. Tapi kadang2 aku seolah2 gila kamera pulak, asiklah nak suruh orang snap gambar aku. Tapi tu hanya sesekali sahaja.

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suka hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah.
Disebabkan aku tak suka bergambar, cuma satu je aku tepek kat sini. Ini pun gaya bebas, bajet konon2 roundabout ni tempat bersuka ria main air. 


Owh tidak, ku dah tambah lagi sekeping. Gambar kat bawah ni adalah di atas requirement baru oleh Fatt dan ahli jawatan kuasa disiplin yang lain. Sesambil tu sempat jugaklah aku tambah garam sikit lagi kat mana2 yang patut. 



22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Dulu2 aku selalu beli t-shirt bila pegi memana tu. 

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Ahli keluarga dah tentu. Kawan2 bila ada bajet lebih. Maklumlah aku bercuti dengan bajet ciput. 

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?
Aku baru lagi berjinak2 tulis poskad [itupun lepas diperkenalkan oleh Fatt] dan jugak fridge magnet. 


Part IV

25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang pernah dikunjungi (pick random)
i. Perth - Bersih, orang2 nya sangat membantu. Public transport pun best je. 
ii. Banda Acheh, Indonesia - Aku rasa berbeza dengan tempat lain kat Indon yang aku dah pergi. Aku tak jumpa orang yang paksa kami beli barang2 jualan. Kedai emas kat sini berderet2, sampaikan aku tersangkut dengan mamat tauke toko beli earring kat sini.  
iii. Tanjung Piai, Johor - Walaupun di tanah air sendiri, aku rasa cukup tidak selesa. Pandangan mata sesetengah orang cukup menakutkan sehingga aku rasa insecure. Disebabkan rasa insecure aku cancel nak ambik feri ke Tanjung Balai, Indonesia. 

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan....." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel. 
Bab berangan ni aku memang suka, hahaha...
"Saya berangan nak ada duit banyak, boleh ambik cuti dalam dua tiga bulan dan habiskan masa dengan travel. Lagi best kalau tiap2 bulan boleh buat short trip, sekadar nak lepaskan gian berjalan. At the same time aku berangan jumpa dengan my soul mate time travel dan pastu travel together. Ada partner yang sehati sejiwa, boleh share the same passion together. Barulah hidup lebih bermakna." 

Soalan Bonus

Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3).
Aku letak satu je. Lagipun passport aku yang berchop tak banyak mana pun. 

Aku paling suka dengan yang ini. Sebab Perth merupakan destinasi pertama aku bergerak secara solo ke luar negara. Plan asal aku cuma nak celebrate birthday kat sana, tapi dah jadi another agenda; merawat hati yang terluka. 2 in 1 lah kiranya. Punyalah excited nak ke sana, aku langsung lupa nak check weather masa tu. Masa kat boarding hall, aku terdengar ada orang bersembang pasal current weather kat sana. Masa tu aku punyalah cuak sebab aku langsung tak bawak sweater, cuma yang ada pashmina je selai. Masa aku ke sana time autumn, tapi Alhamdulillah, kulit aku okay je dengan cuaca kat sana. Cuma malam2 je sejuk giler. 

Tapi perangai lupa nak check weather sebelum beli tiket terbawa2 sampai sekarang. Bila tiket dah selamat dibeli, baru teringat nak check weather. 

Till then, itu saja untuk 26 perkara yang diminta. Aku sebenarnya kebuntuan idea, benda yang dah berhari2 aku karang dalam kepala boleh lupa dan terganti benda lain masa menaip entry nih. Memang jari dan minda aku tak selari lah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...