Sunday, October 23, 2011

manjakan diri

Bulan lepas rasanya aku beli promotion MilkADeal lagi sekali. Kali ni aku ditemani oleh hawa, my girl bff. Dan destinasi kami hari ni pun dekat aje, Beauty Wellness Spa, Kota Warisan.

Masa beli promosi hari tu, aku cuma bayar RM68 untuk full body scrub, full body massage and facial. Dua jam lebih badan aku dibelai dan dimanjakan oleh tangan halus si amoi. Nasib baik amoi, kalau tak.... hahaha!

Mula2 aku buat facial, best tu bila muka dibelai2 gitu. Tapi part buang jerawat batu yang dah bertahun duk berumah tangga kat muka aku tu yang tak berapa nak best. Sakit wooo... sampai berairlah mata aku menahan sakit tu. 

Bila dah abis, aku ditransfer to the next room for full body scrub. Ni first time aku buat body scrub, mula2 tu segan jugak sebab kena vogeh kena pakai two pieces yang boleh see through. Kalau diri sendiri tak kisah, ni ada orang lain. Bila amoi tu macam tak kisah, biasa2 aje, aku pun jadi biasa jugak. Tapi bestlah bila part lumurkan scrub, pastu disental2 bagai. Keluar habis segala daki yang dah sebati kat kulit aku ni. Bila dah habis tu, aku kena bersihkan badan sebelum kena urut pulak. Fuhh... lembut tu rasa kulit bila segala daki yang dah disental bagai keluar dengan air yang dijirus. 

Masa urut tu pun aku rasa macam nak tidur aje. Seronok sungguh bila badan diurut dengan lemah gemalai. Bila dah habis pun aku rasa nak lagi, hissh... teruk sungguh. Yang kelakarnya, lepas habis sesi memanja dan membelai diri tu, jenuhlah amoi berdua tu pujuk kami untuk sign up pakej yang ditawarkan. Aku sebenarnya suka dengan body scrub tu, tetapi memandangkan fulus kureng dan aku kena menyimpan untuk study fee, maka aku pendamkan aje niat tu. 

But overall, aku memang berpuas hati dengan service diorang. Tapi mahal sangatlah pulak untuk treatment tu bagi aku yang berpoket nipis ni. Mungkin kalau tetiba aku ada duit banyak, bolehlah aku datang lagi. Maka dengan itu berakhirlah sesi memanjakan diri episod promosi MilkADeal. 


3 comments:

  1. murah tu anne.. RM68 tu je.. 3 in 1.. dulu facial kt healin aje dh RM50 tau..
    eh.. lau xde promosi bp harge sebenarnye??
    - mak eti

    ReplyDelete
  2. mmg murah lah deal price tu. normal price utk body scrub RM138, facial RM15+, massage lupa plak nak tanya. tp mmg mahal lah. itu yg i tarik gear reverse tu.. hehe

    ReplyDelete
  3. salam,
    anne...sori tepek komen kat cni coz tatau nak tepek katne. i nak tag u utk kuiz 26 soalan psl travel. boleh buat tak? though mcm susah but if u're interested to join, bgtau eh? would love to hear ur stories :D

    thanks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...