Sunday, October 23, 2011

manjakan diri

Bulan lepas rasanya aku beli promotion MilkADeal lagi sekali. Kali ni aku ditemani oleh hawa, my girl bff. Dan destinasi kami hari ni pun dekat aje, Beauty Wellness Spa, Kota Warisan.

Masa beli promosi hari tu, aku cuma bayar RM68 untuk full body scrub, full body massage and facial. Dua jam lebih badan aku dibelai dan dimanjakan oleh tangan halus si amoi. Nasib baik amoi, kalau tak.... hahaha!

Mula2 aku buat facial, best tu bila muka dibelai2 gitu. Tapi part buang jerawat batu yang dah bertahun duk berumah tangga kat muka aku tu yang tak berapa nak best. Sakit wooo... sampai berairlah mata aku menahan sakit tu. 

Bila dah abis, aku ditransfer to the next room for full body scrub. Ni first time aku buat body scrub, mula2 tu segan jugak sebab kena vogeh kena pakai two pieces yang boleh see through. Kalau diri sendiri tak kisah, ni ada orang lain. Bila amoi tu macam tak kisah, biasa2 aje, aku pun jadi biasa jugak. Tapi bestlah bila part lumurkan scrub, pastu disental2 bagai. Keluar habis segala daki yang dah sebati kat kulit aku ni. Bila dah habis tu, aku kena bersihkan badan sebelum kena urut pulak. Fuhh... lembut tu rasa kulit bila segala daki yang dah disental bagai keluar dengan air yang dijirus. 

Masa urut tu pun aku rasa macam nak tidur aje. Seronok sungguh bila badan diurut dengan lemah gemalai. Bila dah habis pun aku rasa nak lagi, hissh... teruk sungguh. Yang kelakarnya, lepas habis sesi memanja dan membelai diri tu, jenuhlah amoi berdua tu pujuk kami untuk sign up pakej yang ditawarkan. Aku sebenarnya suka dengan body scrub tu, tetapi memandangkan fulus kureng dan aku kena menyimpan untuk study fee, maka aku pendamkan aje niat tu. 

But overall, aku memang berpuas hati dengan service diorang. Tapi mahal sangatlah pulak untuk treatment tu bagi aku yang berpoket nipis ni. Mungkin kalau tetiba aku ada duit banyak, bolehlah aku datang lagi. Maka dengan itu berakhirlah sesi memanjakan diri episod promosi MilkADeal. 


Saturday, October 15, 2011

suatu kenangan

Awal Jun 2006, aku terlibat dengan kemalangan yang sedikit sebanyak merubah rentak kehidupan aku. Kemalangan yang langsung aku tak jangka akan berlaku. 

Aku ingat lagi, beberapa hari sebelum tu aku hantar Mak pulang ke kampung bilamana tiket bas habis. Dua hari kat kampung aku kembali ke Sepang, memandu berseorangan seperti biasa. Dalam perjalanan entah macam mana aku langsung tak sedar dan masih tak percaya kemalangan tu boleh berlaku. 

Sebelumnya aku terasa pandangan aku gelap, tak dengar bunyi, atau nampak apa2 pun. Lepas tu aku sedar2 aje kereta dah berpusing2. Entah macam mana end up dengan keempat tayar kat atas, dan enjin kereta masih hidup. Aku buka tingkap, matikan enjin kereta, tanggalkan tali pinggang keledar entah kenapa hari tu aku pakai seatbelt, selalunya aku memang tak pakai pun dan merangkak keluar melalui tingkap. Mujurlah tingkap kereta betul2 atas longkang, dan aku merangkak masuk ke longkang. 

Aku call LPT Helpline untuk dapatkan bantuan. Waktu tu dalam pukul 12 tengah hari, kereta yang lalu lalang pun tak banyak. Lama jugaklah aku nak tunggu bantuan tiba. Terkejut si operator helpline bila dengar aku accident sorang2.  


Lebuh raya pantai timur [LPT] di KM 222.2 dari Kuantan ke Gambang, tempat berlakunya kemalangan ni. Waktu ni peronda lebuh raya dah sampai, cuma tunggu tow truck datang. 


Tengok tu, brother peronda pun pelik macam mana boleh jadi macam ni. Dia tengok aku lagilah pelik, sebab boleh gelak2 lagi. Dari tingkap tu lah aku merangkak keluar. 


Sampai sekarang aku masih lagi teringat kemalangan ni. Lebih2 lagi bila aku melalui kawasan ni. Cuma akhir2 ini aku dah kerap terlupa bila lalu kat sini. Namun KM 222.2 LPT tetap kekal dalam ingatan, insya Allah. 


Masa ni kereta dah ditarik ke Plaza Tol Gambang. Aku tunggu Mak Ayah datang untuk balik ke kampung. Lepas tu kereta dihantar ke workshop dan buat report polis.

Dah lama sebenarnya aku nak masukkan cerita ni dalam blog, cuma kemalasan yang melanda. Semua gambar2 ni aku ambik menggunakan handphone, sebab tu gambarnya dah semacam. Sebelum ni aku masukkan dalam flickr, tetapi aku dah lama tak menjenguk ke sana. Nak update lagilah malas. Bila aku cari balik dalam thumb drive gambar asal yang aku simpan, semuanya dah tak ada. Gambar ni pun aku copy balik dari flickr. Video yang aku rekod sewaktu kereta ditarik pun dah hilang tanpa dapat dikesan. Sayang rasanya. Sebab tu akhirnya aku berkongsi cerita dan gambar kat sini.

Lepas kemalangan ni, aku dah pakai seatbelt walaupun perjalanan tu cuma dua kilometer. Hampir setahun aku memandu bawah 100km sejam, tapi lepas tu aku kembali dengan gaya pemanduan yang asal. Selepas enam bulan di workshop, baru aku dapat pandu balik kereta ni. Macam2 masalah dalam masa enam bulan tu. Namun syukur pada Allah sebabnya aku langsung tak cedera. Luka pun tak ada. Kalau tengok pada kereta, mungkin susah nak percaya aku sihat walafiat. Semuanya kuasa Allah.

Alhamdulillah, sekarang kelisa biru ni adik aku guna. Masih lagi elok, cuma biasalah kalau lelaki yang guna, semua benda dia nak sumbat. Pastu segala lubang dan bumper dilanggarnya. Aku? Aku dah ada pengganti yang baru, yang lebih besar dari ini. Lebih mahal, lebih selesa, lebih banyak duit dibelanjakan, pendek kata lebihlah segala2nya, hahaha. Tapi tak adalah mahal mana pun, cuma mahallah bagi aku yang tak berduit ni.  

  

Thursday, October 13, 2011

another task

Today, officially I received the offer letter regarding my application to further my study. The class for PQE - Logistics under CILT will be commence by this November 12 for the duration of about two years. There will be 13 modules to be completed within the prescribed time. And also the fees to be paid. Definitely the fees itself make me think twice, sometimes more than that. I need to spend 18k for the total fees including the examination fees. 

By allowing myself to accept and joining this program, I'm afraid I have to hung my backpack or luggage from any kind of travelling. Even I already have few plans starting by this December until next September and some of it already confirm with air tickets. My tabung ayam almost finish and I may have to cancel few upcoming trips which makes me feel bad. But to reject an offer, I don't think its a good idea. 

So, by next month I will have another role and responsibility. I have to control my monthly spending in order to filling up my tabung ayam and proceed with my plan. However, everything might change. Wishing myself a very good luck for the best!         


Tuesday, October 4, 2011

jom masuk ladang!

Dah lama sebenarnya aku tak masuk ladang. Rasanya kali terakhir masa aku habis SPM. Lepas aku further study dan kerja, aku dah tak masuk ladang lagi dah. Dan ladang yang cukup sinonim dengan kehidupan aku tentunya ladang kelapa sawit sebab mak ayah aku peneroka FELDA. Aku membesar sebagai anak peneroka yang banyak terdedah dengan kehidupan ladang. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. Cheewah, kekononnya lah. 


Tapi bukan ladang sawit ni yang aku masuk. Tetapi ladang lain yang membuatkan aku lebih teruja. Gambar adalah ihsan cik google. 

Ladang yang aku masuk Ahad lepas ni tak jauh pun dari tempat aku tinggal sekarang. Jaraknya lebih kurang macam nak ke Seremban. Kalau ikut jalan dalam, tak ada tol pun yang perlu dibayar. Cuma jangan lupa isi fuel tank kereta secukupnya. 


Inilah ladang yang aku maksudkan tu. Ladang anggur kat Sendayan, Negeri Sembilan. Jangan tak tahu, kat Malaysia pun dah banyak ladang anggur selain dari yang ditanam kat rumah2 termasuklah kat rumah my parent. Sebelum ni aku teringin nak ke ladang anggur nun jauh di Perlis. Tup2 bila google sana sini, aku jumpa lagi dua ladang anggur. Lagi satu kat Kedah, dan yang terdekat dan paling mudah nak pergi adalah kat Sendayan ni.

Masa aku sampai kat sini, ada satu rombongan bas pelancong baru sampai. Lupa pulak aku nak tanya diorang dari mana, yang pasti dari Malaysia jugak. Masa aku datang ni jugak buah belum masak. Lagi dua tiga minggu barulah boleh harvest. Tapi aku tetap boleh rasa buah anggur yang hampir masak. 

Pak Arshad, pekerja ladang ni bawak kami tour ladang ni. Bukan setakat anggur sahaja yang ditanam, tetapi ada jugak mangga, jambu, dan dua tiga jenis pokok buah2an lain yang aku dah lupa namanya. Jangan tak tahu, sayur pun diorang tanam jugak tau!


Ini anggur jenis Black Pearl, baru lepas pruning. Tak lama lepas kerja2 pruning ni selesai, ranting2 ni semua akan keluarkan pucuk baru sekali dengan putik buah. Aku pun tak pasti camana buahnya sebab yang ni memang dah lama habis harvest pun.  


Yang ini pulak jenis White Malaga, satu2nya anggur hijau kat ladang ni. Jangan silap faham ye, semua anggur mengeluarkan buah bewarna hijau tetapi lama kelamaan akan bertukar ke warna sebenarnya bila sudah matang dan hampir masak. Aku pun baru tahu sebenarnya, hehe. 


Yang ni pulak Shiraz, banyak digunakan untuk pembuatan wine dan jugak jem. Aku tak suka yang ni, dah lah buahnya agak kecil, bijiknya pulak besar2. Tak best sangat nak dimakan, ada banyak lagi kat dalam fridge sebab aku tak suka, hehehe. Kalau tak dah lama habis. 


Inilah Pak Arshad yang bawak kami keliling ladang. Anggur kat tangan dia tu sebenarnya dia potong bagi kat aku, free of charge tau! Eh, mana ada... aku tak mintak pun, orang dah bagi aku ambik je, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, haha. 


Banyak, kan? Geram aku menengoknya. 


Pokok yang ni baru lepas harvest sebelum raya tempoh hari. Tak lama lagi bolehlah pruning, bagi pokok ni berehat sebelum berbuah. 


Yang ini pulak lagi seminggu dua bolehlah pruning. Wah, lepas ni aku dah boleh bukak ladang anggur lah. Macam semua benda pasal tanaman anggur ni dah tahu jek, hik...hik...hik. 


Yang ni aku suka. Black Opal ni tak ada biji dan saiznya sedikit besar dari Shiraz. Burung cukup suka dengan anggur ni, begitu juga dengan tebuan. Sebenarnya musuh utama bagi semua jenis anggur adalah burung dan tebuan. Sebab itulah banyak yang dibalut dengan plastik.


Pun Black Opal jugak. Masih ada lagi yang bewarna hijau dan tidak bertukar warna sepenuhnya.   

Ada lagi sejenis yang aku tak tengok, Black Pink. Lagipun takde buah lagi, kalau tengok pun sama jelah daunnya dengan yang lain2. Setakat ni cuma ada lima jenis anggur sahaja kat ladang ni. Mungkin selepas ni akan dikembangkan. 


Pintu masuk ni memang sentiasa berkunci, tapi tak bermakna korang tak boleh masuk. Bila korang dah sampai kat depan pagar ni bolehlah korang call Pak Arshad untuk buka pagar ni. Kalau korang tunggu je kat depan pagar ni, sampai esok pagi pun belum tentu ada orang nak bukakan. Kalau ada tu bermakna korang bernasib baiklah.    


Kat sini ada waktu beroperasi beserta bayaran masuk. Nombor telefon pekerja untuk dihubungi pun ada. Cuma Pak Arshad aje yang memang sentiasa berada kat ladang ni. Yang lain2 tu kat ibu pejabat. Korang boleh jugak call kalau nak tahu bila buah boleh harvest. Tak adalah nanti korang datang tengok je.   


Anggur Sendayan Valley, duk pusing2 tengok tanaman ni hilang dua kilo setengah. Lepas balik tambah lagi tiga kilo. Camana nak kurus? Mimpi ajelah, haih!


Sunday, October 2, 2011

jutawan cari jodoh

Dah lama aku jadi penonton setia program kat ntv7 ni. Aku pun dah lupa berapa musim dah. Yang latest ni pun baru lagi start balik setelah berehat panjang. 


The Millionaire Macthmaker ni start pepagi buta hari Ahad, pukul 12 tengah malam selama sejam. Aku memang dah lama ada penyakit susah nak tidur malam bila weekend, so sesambil layan mata aku tukar2 lah channel TV dan terjangkit pulak tengok program ni.

Program realiti ni berkisar pasal kehidupan jutawan2 di L.A yang nak carik jodoh. Mostly diorang ada duit tapi tak ada masa nak cari wanita atau lelaki idaman. Maka khidmat telangkai amat2lah diperlukan. Masa season lama dulu, setiap episod akan ada tiga orang jutawan, kalau tak silap aku sebab aku ada penyakit cepat lupa lately. Tapi yang latest ni cuma ada dua peserta jutawan di setiap episod. 

Dalam masa sejam ni, macam2 gelagat dan kerenah jutawan ni yang disingkap. Ada yang ntah apa2 punya perangai, tak padan dengan status jutawan. Yang tak senonoh pun ada. Macam episod last week, punyalah tak senonoh mamat tu, boleh dia buang air depan date dia gara2 malas nak masuk dalam rumah. Dah lah masa tu first date dengan minah tu. Kena reject camtu je. Moral of the story bagi akulah walau macam mana banyak pun duit yang korang ada, tetapi kalau perangai tak senonoh ntah apa2, perempuan pun tak hingin.
    

Inilah Patty, owner kelab jutawan merangkap telangkai. Dia ni pun bujang lagi, umur dah 40-an. Aku rasa dia sibuk cari jodoh orang lain sampai terlupa nak cari jodoh untuk diri sendiri. Tapi dia memang terer dalam baca personaliti klien. Sebabnya diorang datang dari pelbagai latar belakang dan kisah silam. 

So, kalau korang yang masih bujang trang tang2 kat luar sana dan teringin nak cari calon bergetah macam model, dengan syarat korang pun mestilah bergelar jutawan bolehlah buat appointment dengan si Patty ni. Charges fee dia aku rasa mestilah berbaloi2 dengan service yang dia tawarkan. Ada berani? Hehehe...... 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...