Thursday, September 29, 2011

last attempt

Hari ni azab aku untuk mengadap buku setakat nilah dah berakhir. Untuk tempoh akan datang ni ada lagi, tak kan habis selagi nyawa dikandung badan. Cheewah, cam gempak gitu kan? Betullah tu, selagi aku bekerja dalam bidang yang sama dan tak puas dengan apa yang aku ada, memang aku kena usaha lebih. So, lagi tiga bulan baru result keluar. In the mean time, aku tetap kena study jugak sebab rasanya aku nak start ambik Part 66 awal tahun depan. Usaha tangga kejayaan, tak gitu? Hehehe...

Pagi2 lagi aku dah sakit perut dari rumah. Nak melabur tak nak keluar pulak. Sampai2 aje kat DCA, aku terus berkejar ke toilet. Lama jugaklah appointment aku dengan cik tan berlangsung. Aku keluar aje examiner dah suruh masuk dewan, just on time. Tak sempat aku nak curik2 intai notes buat kali terakhir.


Inilah bangunan yang aku selalu lawat bila ke Putrajaya selain dari Alamanda. Since bangunan asal kat Parcel E kalau tak silap aku sehinggalah berpindah ke Presint 4 aku cukup setia berkunjung. Dari exam PPL sehinggalah ke LWTR, aku memang tak pernah serik untuk ke sini. 

Lepas dah settle exam by 3.30pm, aku terus ke Alamanda. Alang2 dah dekat, pergi ajelah terus. Bukan nak bershopping bagai pun. Cuma nak reduce stress, aku singgah kat MPH. Sempat aku sambar satu novel, kemudian singgah beli magazine sebelum kembali ke parking.  


Eat, pray, love by Elizabeth Gilbert and my favorite magazine, Wanita. Even orang lain dah berpuluh kali khatam baca novel tu, aku baru je beli. Belum baca pun lagi. Tengoklah, esok lusa kalau aku dah rajin nak menelaah.

End for today, but still lots to go through. 

footnote: ramai jugak aku jumpa kawan2 lama dan baru kat DCA tadi. Masing2 penuh semangat tu. Baguslah, never give up. Aku je yang asyik hilang rentak. Bila dah last minute baru nak kelam kabut, menggelabah tak tentu pasal.  


Wednesday, September 21, 2011

aku tergoda

Konon2nya dek keciwa sebab langsung tak dapat nak jenguk masuk ke rumah AA semalam, aku merajuk tak nak beli tiket. Tapi hampagas semuanya bila tetiba tangan aku gatal nak godek2, tinjau2 apa yang patut kejap tadi. 

Last2 tanpa disedari atau adakah ianya di luar kawalan, sememangnya itu aku tak boleh nak pastikan; jari aku boleh pulak terpurchase tiket ke Phnom Penh hujung bulan Jun tahun depan. Kalau plan aku nak ke Thailand hujung tahun ni menjadi kenyataan, starting from Jan 2012 till June 2012 I will be having a short break.

Most of it cuma short trip je tapi aku rasa okaylah for this time being. Ini pun tabung ayam aku kosong berhabuk lagi. Entah bila nak terisi pun tak tahu. Sekarang ni pun aku dah rasa bosan yang amat sebab dah lama tak take a break. Kalaulah aku boleh print out je duit kan senang...

:(

Haha... Macam mana dengan perjuangan korang? Berjaya tak? 

Aduyai, jenuh aku duk klik sana, klik sini... tak jugak dapat2. Rasa2nya aku nak surrender dah. Tak larat dah nak menanti, lagipun date and place yang aku duk ushar tu tak termasuk dalam zero fare ni. Nampaknya lama lagi lah aku nak kena tunggu kot2 AA nak declare another zero fare. Kena top up kesabaran banyak2 ni, ahakss. Sekali dibuatnya tak ada pun Pak Tony nak bermurah hati lagi dah, sob.. sob...

Selama sejam ni aku langsung tak dapat masuk. Hanya sekadar kat waiting room, tak de chances pun nak jeling2 kat tempat lain. Aduss... banyak sungguh persaingan merebut hatiku tiket murah ni. 

Kepada korang yang masih berjuang, teruskan perjuangan anda sehingga ke klik yang terakhir. Dan kepada yang dah berjaya dapat apa yang dihajati, tahniah! Bolehlah start planning lepas ni, tak gitu?

Dengan pengunduran rasmi ini, maka persaingan untuk merebut takhta dihatiku tawaran menjadi lebih mudah. Tipu sungguh sebab dalam duk siapkan entry ni sempat lagi aku mencuba nasib, namun hampa belaka. 


Saturday, September 17, 2011

marathon rumah terbuka

Hari ni benar2 kepenatan dek penangan rumah terbuka sempena Eid. Syawal kan sebulan, maka berayalah sepuas2 hati selama sebulan. 

Pagi tadi dalam pukul 12.30 tengah hari kami bertolak ke Puchong, ke rumah pertama edisi marathon 2011. Setelah satu pertiga perut terisi kami bertolak ke Subang Jaya untuk rumah kedua. Alhamdulillah, perjalanan hari ni lancar je tanpa sesat. 

Rumah kedua ni kami bertapa lama sikit, menunggu semua orang sampai sebelum berkonvoi ke Bukit Bandaraya untuk ke rumah terakhir. 

Alhamdulillah, kenyang perut kami dengan hidangan yang disediakan. Mudah2an murah rezeki mereka. Mungkin tahun depan giliran kami pulak jadi host, insya Allah. Kami selamat sampai ke rumah pun hari dah nak Maghrib. Betul2 marathon ke rumah terbuka.

owh, dot dot lagi


Aku baru je selesai kemas dapur, simpan semua barang2. Semangat nak tulis blog meronta2 pulak malam ni, hahaha. Ini adalah kali ketiga cubaan yang dah tak menjadi cubaan pun sebenarnya. 

Malam ni aku cuba menderhaka sedikit dari resipi asal yang aku dapat dari blog ini. Since ni dah kali ketiga dan kali ni aku akan share resepi apam polka dot ni. Biarlah dah bersepah kat dalam blog lain, tapi aku tetap nak share jugak. Sharing is caring, tak gitu? ahakss.


Antara bahan yang aku gunakan dalam misi menyelamatkan perut dari kelaparan kali ini.

Resepinya korang boleh tengok kat bawah ni. Dah tengok, jangan lupa cuba masak pulak ye? Pastu bolehlah aku try pulak yang korang masak.

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:
  1. 3 biji telur - korang boleh ambik dari mana2 aje. Jangan dari dalam perut ayam sudah.
  2. 280 gram tepung gandum. Aku guna superfine sebab malas nak ayak.
  3. 200 gram gula halus. Cukuplah tu sebab aku sendiri dah cukup manis.
  4. 150 ml susu segar. Kalau nak guna santan pun boleh. 
  5. 3 sudu teh baking powder.
  6. 1 sudu teh soda bikarbonat. Kalau nak guna ovallete pun boleh aje. Sukatan sama je.
  7. 1 sudu teh esen vanilla.
  8. Filling menurut selera anda. Tapi aku letak blueberry.
Jom main masak2 ikut step kat bawah ni:
  1. Pukul telur, soda bikarbonat dan gula halus mengikut kelajuan maksima tangan anda. Kalau nak senang, korang campak je semua tu dalam mixer dan biarkan adunan dipukul selama enam hingga lapan minit.
  2. Masukkan susu, tepung, esen vanilla dan baking powder. Pukul lagi sehingga tangan anda cukup lenguh, pastu boleh lah berenti.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, mengikut berapa banyak warna korang nak gunakan. Warnakan adunan yang dah diasingkan tu. 
  4. Masukkan adunan ke dalam plastik dan buat lubang kecil. Kalau nak senang guna aje piping bag.
  5. Masukkan adunan dalam mangkuk kertas yang korang dah susun dalam acuan lompang. Jangan banyak sangat, lebih kurang 1/4 mangkuk kertas tu aje.
  6. Masukkan filling kegemaran anda. 
  7. Lepas tu penuhkan 3/4 mangkuk kertas dengan adunan tadi. Kemudian bolehlah dot dot kan dengan warna kesukaan korang. 
  8. Kukus dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10 - 15 minit. Guna api sederhana kalau api kuat nanti apam merekah


Inilah hasil dari dapur aku malam ni. Kali ni bentuknya dah cantik, tak macam masa mula2 aku buat dulu. Hancuss semuanya. Jemput makan semua!


Tuesday, September 13, 2011

craving for something sweet

Since last week I'm craving for something sweet and juicy. And finally tonight am fulfilling my craved. It always happens when my PMS is happening to past due and I craved like crazy. Every time I need something different and too bad because I will keep looking for it even my PMS over. The best thing is to cook by myself since sometimes when I bought from the outside the taste turn down and my craving doesn't stop at all.

Last few days I keep arguing with myself what to have and what can hold till the next craves. Rarely happen my PMS went very well and I didn't wish anything to eat. Luckily at this moment I only craves for something to eat, not asking to go somewhere for a break. A lucky me! If not I am surely in big trouble, thinking how to get funding for those craziness.

While coming back from my hometown for Eid previously, I did bring sweet potatoes from home and tonight I make pengat. Unfortunately, its sooooo sweet and I have to add some water onto while having it. Funny me! This kind of situation always happen to me and it's not a strange since I'm not a good cook at all. And my craved gone for now.

Sunday, September 4, 2011

berakhirnya cuti panjang

Pagi semalam aku bertolak dari Paka untuk kembali ke Sepang. Sengaja balik awal sebab nak elakkan dari tersangkut dalam traffic jam pada hari Ahad. Alhamdulillah, perjalanan lancar walau ada jugak tersangkut di satu dua tempat. Terutamanya bila dah masuk Kuala Lumpur. Memang berpeluh jugaklah walaupun dalam kereta yang beraircond.

Hari ni aku bolehlah berehat lama sikit kat rumah sebelum kembali bekerja esoknya. Malas sungguh nak kerja bila dah lama bercuti. Tapi tak rehat mana pun, banyak jugak benda yang nak dibuat. Ini pun banyak lagi pending task. Beg balik kampung hari tu pun tak selongkar lagi isinya. Malas sungguh.

Raya ketiga hari tu, my younger brother dah selamat menjadi tunangan orang. Dengan gadis pilihan hatinya dan mungkin akan dilangsungkan awal tahun depan. Semoga dia akan menjadi lebih baik dan lebih bertanggungjawab. Well, dia dah memulakan fasa baru dalam kehidupannya dan aku tetap setia dengan fasa yang sama.  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...