Sunday, August 7, 2011

shopping raya

Hari ni dah masuk hari keenam berpuasa. Aku dah sibuk2 nak bershopping raya. Eh, bukan untuk aku. Sebab baju raya aku semua dah ditempah berbulan lamanya. Bila nak siap tu entahlah. Disebabkan pagi tadi kejap2 hujan turun, stop kejap pastu turun balik, aku pun jadi malas nak keluar pagi2. Lepas Zohor baru aku keluar. Cuma sekadar ke PKNS Bangi, malas aku nak pergi jauh2. 

Mencari parking adalah satu penyeksaan hari ni. At last aku parking kat taman sebelah. Itu pun dah jenuh aku berpusing ke sana sini. Ramai bebenor orang nak ke PKNS hari ni gamaknya. Lagi pun parking lot kat depan tu dah penuh dengan booth orang berniaga sempena Ramadhan ni.

Lepas dah habis melilau kat dalam bangunan dan masih tak jumpa apa yang dicari, then we're heading to the booth at parking lot. Harap2 dapatlah jumpa idaman hati.     


Inilah booth yang kat parking lot tu. Dah habis tawaf pun still tak jumpa2 jugak. 

Akhirnya aku masuk balik ke dalam bangunan PKNS tu. Akhirnya aku rembat jugak baju melayu yang aku jumpa masa awal2 tadi, dah tak ada pilihan pun. Mostly baju melayu yang tergantung tu semua dijual sepasang. Aku pasti amat, ayahanda terchenta takkan pakai sepasang punya. Selalunya dan kebiasaannya adalah berkain pelekat lalala..... 
  
Lepas dah beli apa yang nak, walaupun tak seperti yang diharapkan aku ke bazaar ramadhan kat belakang bangunan PKNS ni. Wow! Nampaknya tahun ni dah bertambah2 jumlah peniaga dan jugak pengunjung bazaar. Bazaar ni dah dipecahkan kepada dua bahagian dah, orang punyalah ramai. Tak sanggup aku nak menjenguk ke sebelah sana. Sesak mengalahkan semut hurung gula!

Aku beli nasi ayam goreng berempah dengan tembikai laici. Itupun dan dua tiga kali tawaf baru beli. Kuih langsung tak ada yang aku berkenan. Dua itu je aku beli, buat penat berjalan adalah. 



Gambar ni aku ambik dari dalam kereta. Masa tengah jalan2 tu orang ramai sangat, susah nak ambik gambar. Masa ni dah ramai yang berkemas nak balik. Mostly yang mana dapat sambutan hangat tu cepatlah bungkus apa yang patut untuk balik. 

Sampai rumah just nice surau kat depan rumah ni azan. Punyalah semangat bershopping raya yang ntah apa2.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...