Saturday, August 27, 2011

salam aidilfitri

Kerancakan untuk menyambut lebaran makin terasa. Hari ni dah masuk hari ke 27 Ramadhan dan kebanyakan warga kota sudah mula berangkat pulang ke kampung halaman. 

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut lebaran buat semua yang sudi membaca blog aku ni. Aku juga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap. Mungkin ada yang terasa dengan apa yang tercoret dalam blog aku ni.

Kepada yang memandu pulang, pandulah dengan berhati2. Ingatlah orang2 tersayang. Dan seperti biasa, aku akan memandu pulang ke Paka pagi nanti, berseorangan.

Salam lebaran buat semua. Semoga kita semua berada di bawah limpahan rahmatNya, ameen.





Sunday, August 21, 2011

memanjakan diri...

Dah lama aku tak memanjakan diri dengan cara aku. Biasa aku hanyalah sekadar pergi massage atau pun facial. Since last month aku sempat grab MilkADeal untuk facial dengan hanya bayaran RM51 untuk lebih kurang dua jam masa rawatan. Dua minggu lepas aku buat appointment untuk hari ini. 

Walaupun Sepang dan Subang Jaya tidaklah jauh mana pun, tetapi aku ni memang failed kalau nak ke sesuatu tempat yang unfamiliar. So, malam tadi jenuh aku duk study google maps aku kedekut nak beli gps untuk ke SS19/6. Alhamdulillah, aku jumpa jugak tempat tu walaupun terlajak sedikit atas sebab mengingkari arahan cik google maps.


Inilah bilik rawatan tu, suram je. Beberapa kali jugaklah aku terlena sementara nak menunggu siap sepenuhnya rawatan tengah hari tadi.

Selesai rawatan aku menghala ke PKNS Shah Alam. Kononnya nak mencuci masa since hasrat semalam di Bangi tidak kesampaian. Dan kebetulan ada orang kirim suruh belikan baju melayu, aku redah jugaklah lautan manusia di kompleks tersebut. Shopping baju raya di minggu2 terakhir ni memang mencabar kesabaran. Mana taknya, warna yang dicari kebanyakannya dah habis. Jenuh aku tawaf ruang legar kat tingkat bawah.

Masa aku ada kat tingkat atas, tak ramai pulak orang kat ruang legar ni. Tapi bila aku turun je nak berjalan pun susah, terpaksa menyelit2 bagai. Oh, akhirnya aku jumpa kiriman orang tu kat tingkat atas. 

Hujan dengan rintik2 kasar menyebabkan kami bergegas ke tempat parking dan pulang ke Sepang. Masuk highway cantik sahaja cuaca, tak hujan pun. Namun sebaik aku ambik susur keluar melalui Putrajaya/Cyberjaya, hujan turun selebat2nya. 


Masa ni kadar kelebatan hujan dah berkurangan, tapi masih lagi lebat. Tak jauh dari sini ada sebuah kereta terhumban masuk longkang kat sebelah sana jalan. Cuak aku nak memecut dalam hujan2 lebat macam ni. Sudahnya aku tersilap tak masuk simpang yang sepatutnya. 

Aku singgah di bazaar Ramadhan yang berdekatan dengan rumah. Inilah pertama kali aku ke bazaar ni. Sambil berjalan tu mata aku ternampak air ni. Air laut rasa pantai. Nama memang pelik amat, rasanya entahlah. Dengan rasa curious aku belilah jugak. 


Inilah air yang pelik tu. Pelik dari segi nama dan juga warnanya. Air laut rasa pantai, luckily bila aku minum tak rasa macam pantai. Kalau rasa pantai, confirm berpasir dan masin rasanya. Mungkin sebab warnanya biru maka dinamakan air laut. Just my two cents. 

Dengan itu berakhirlah sesi memanjakan diri untuk hari ini. Entah bila pulak the next session. Aku ingat lepas ni nak cuba buat body scrub pulak. 

footnote: novelis Azizi Abdullah yang terkenal dengan novel Seorang tua di kaki gunung meninggal dunia hari ini. Semoga Allah menempatkan Allahyarham di kalangan orang2 yang beriman, ameen. 
 

Saturday, August 20, 2011

di hari sabtu

Pagi tadi aku ke Bangi untuk servis kekasih hatiku yang dah due, tapi mileagenya belum sampai lagi. I've made a booking since last two weeks. Pagi2 lagi aku dah ke Bangi memandangkan appointment aku pukul 10 pagi. Cuaca mendung sepanjang pagi. 

Empat jam aku menunggu kekasih hatiku siap diservis, mujur aku bawak nota untuk dibaca sementara menunggu. Sambil2 tu habis jugaklah segala majalah dan suratkhabar yang ada kat bilik menunggu tu. Elok je kereta aku siap, hujan turun selebat2nya. Aduyai, sudahlah kereta baru siap dicuci, nampaknya mandi hujan lagilah. 

Hajat nak singgah cuci mata kat PKNS Bangi turut terkubur dek kerana hujan lebat. Nak mencari parking satu hal, nak meredah hujan masuk ke kompleks pulak dah jadi dua hal. Sudahnya aku teruskan aje perjalanan balik ke rumah. Lagipun hari ni kekasih hati aku dah consume too much money. Aku tukar bateri sekali, sebab baterinya dah weak. Lagipun next week aku nak balik beraya, tak naklah nanti tengah2 syok berhari raya bateri kereta kong pulak. Jenuh nak cari, mesti semua kedai tutup. 



Jumlah yang aku habiskan untuk si kekasih hati. Dah boleh bayar monthly installment dah dengan jumlah tu, adess. Tak boleh lah nak beraya sakan tahun ni nampaknya.

Sampai rumah, elok aje hujan dah berenti. Aku pun ke destinasi seterusnya, ke Kampung Hulu Chuchuh. Sebelum ni rasa macam tak nak beli kerepek sebab tak ada duit lebih tapi fikiran ditukar di saat2 akhir. Disebabkan aku datang last minute dan tak booking macam tahun lepas, maka yang tinggal pun tak banyak mana. Ambil ajelah yang mana berkenan. Alhamdulillah, ada jugak rezeki untuk tahun ni.

Last week hari Sabtu aku cuma ke Nilai, mencari bahan2 untuk membuat apam polka dot. Aku tetiba teringin nak makan, padahal orang lain dah tak heran pun dengan apam ni. Since aku dilahirkan bukan dengan kelebihan untuk masak memasak ni, maka bermulalah pencarian untuk membeli segala barang keperluan. Ahad adalah hari untuk menjalankan operasi.

Adunan yang dah siap diwarnakan.


Dah siap pun. Sebenarnya bentuk yang cantik macam ni sikit aje. Sebabnya kat rumah aku ni mana ada bekas yang orang letak muffin tu. Yang lain semuanya senget benget. Rasanya? Bagi aku bolehlah, tapi ada yang kena perbaiki lagi. Rasa macam kurang je, tapi tak tahu apa kebenda yang nak kena tambah. 

Alhamdulillah, hari ni dah selesai 20 hari kita semua berpuasa. Selamat bersahur, ya!

Thursday, August 18, 2011

wajah baru

Orang lain sibuk duk kemas2 rumah nak sambut raya tak sampai lagi dua minggu. Masing2 duk sibuk nak cat baru rumah, tukar sofa, tukar langsir. Pendek kata semua nak serba barulah. Cuma diri masing2 je tak boleh nak tukar baru, berwajah baru bolehlah.

Aku pulak malam ni pun sibuk2 jugak nak tukar baru rumah yang tak seberapa ni. Alang2 tahun ni aku tetapkan tema warna ungu untuk baju raya sebab aku tukang sponsor maka blog aku pun bertemakan warna ungulah. Maklumlah bila tuan rumah nak sambut raya, rumah pun kenalah make up jugak. 

Dan setelah berhempas pulas, memaki hamun ntahapapa, inilah hasilnya!

Dan malam ni jugak aku buat dua post in a row! Rajin bebenor gamaknya. Selalu nak update malas aje.

tensen punya pasal

Ntah apa2, kan? Tetiba je nak tensen tensi tak tentu pasal. Nak kata study bagai nak rak, tak jugak. Malam tadi lepas godek2 tenet, bukak sana, tutup sini aku dah tak tahu nak buat apa. Nak sambung study, kepala dah tak boleh terima. Nak tengok tv, rasa dah boring, nak tidur mata pulak tak nak tutup. Tetiba toing! Since aku tak ada plan nak ke mana2 untuk birthday treat tahun depan sebab dah terlepas tiket murah ke nz aku rasa eloklah aku bercuti ke Borneo sahaja.

Aku buka tiga laman web airlines yang berlainan. Lepas campur tolak semuanya, aku decide to purchase an outbound to BKI and return to KUL via BWN. Padahal tahun ni masih berbaki empat bulan lebih lagi. Untuk first half year tahun depan aku ada tiga plan cuti2 perabis duit, semuanya tiket dah dibeli. Dasar tak sedar diri betullah, dalam poket cuma tinggal duit singgit je dua tiga keping. 

So, cukuplah dulu untuk awal tahun depan. Second half adalah masa untuk mengumpul duit termasuklah cubaan untuk kumpul duit raya, hahaha. 

Selamat berbuka untuk semua!

footnote: apa korang selalu buat bila tensen tensi datang tak diundang? Hehehe...

Monday, August 8, 2011

urgent

Wah! Tajuk macam gempak aje, kan? Padahal takde pape pun. Last Thursday I received a call from Airworthiness Sector, DCA regarding my AMEL grant. I was scheduled to sit for the exam on 18th August, a week earlier than I expected. Normally the exam is scheduled on the last Thursday every month unless public holiday happen on that particular day, so the exam will be plan earlier. 

Since I got such a short notice eventhough I understood the DCA has right to call candidate for the exam at least two weeks before the intended date, terus otak aku tak boleh nak berfungsi dengan baik. Selepas ditimbang, didarab bahagi, campur dan tolak, akhirnya pagi tadi aku call DCA and request to postpone the date. Kena tadah telinga jugaklah, tapi dah alang2 telinga aku ni kebal, takde hal punya, haha.


Yang urgentnya adalah surat ni. Masa aku balik petang tadi dah ada kat dalam peti surat. But since I already asked for re-schedule the date, aku buat derk aje. Baru kejap tadi aku buka dan baca walaupun aku dah tahu apa yang tertulis. Sama seperti apa yang aku jangka. So, lepas ni aku kena all outlah study. Buku2 yang bertimbun tu nak kena buat sup, barulah takde yang tertinggal.

footnote: tengah hari tadi aku dan my gf buat keje yang tak pernah dibuat. Potong rambut tetengah hari buta. Selalunya aku pergi lepas balik kerja. Nampaknya lepas raya ni bolehlah skip lunch pergi facial pulak. Tapi pape pun, lepas rambut aku dipotong pendek aku rasa muda 10 tahun lah pulak, hahaha...!


Sunday, August 7, 2011

shopping raya

Hari ni dah masuk hari keenam berpuasa. Aku dah sibuk2 nak bershopping raya. Eh, bukan untuk aku. Sebab baju raya aku semua dah ditempah berbulan lamanya. Bila nak siap tu entahlah. Disebabkan pagi tadi kejap2 hujan turun, stop kejap pastu turun balik, aku pun jadi malas nak keluar pagi2. Lepas Zohor baru aku keluar. Cuma sekadar ke PKNS Bangi, malas aku nak pergi jauh2. 

Mencari parking adalah satu penyeksaan hari ni. At last aku parking kat taman sebelah. Itu pun dah jenuh aku berpusing ke sana sini. Ramai bebenor orang nak ke PKNS hari ni gamaknya. Lagi pun parking lot kat depan tu dah penuh dengan booth orang berniaga sempena Ramadhan ni.

Lepas dah habis melilau kat dalam bangunan dan masih tak jumpa apa yang dicari, then we're heading to the booth at parking lot. Harap2 dapatlah jumpa idaman hati.     


Inilah booth yang kat parking lot tu. Dah habis tawaf pun still tak jumpa2 jugak. 

Akhirnya aku masuk balik ke dalam bangunan PKNS tu. Akhirnya aku rembat jugak baju melayu yang aku jumpa masa awal2 tadi, dah tak ada pilihan pun. Mostly baju melayu yang tergantung tu semua dijual sepasang. Aku pasti amat, ayahanda terchenta takkan pakai sepasang punya. Selalunya dan kebiasaannya adalah berkain pelekat lalala..... 
  
Lepas dah beli apa yang nak, walaupun tak seperti yang diharapkan aku ke bazaar ramadhan kat belakang bangunan PKNS ni. Wow! Nampaknya tahun ni dah bertambah2 jumlah peniaga dan jugak pengunjung bazaar. Bazaar ni dah dipecahkan kepada dua bahagian dah, orang punyalah ramai. Tak sanggup aku nak menjenguk ke sebelah sana. Sesak mengalahkan semut hurung gula!

Aku beli nasi ayam goreng berempah dengan tembikai laici. Itupun dan dua tiga kali tawaf baru beli. Kuih langsung tak ada yang aku berkenan. Dua itu je aku beli, buat penat berjalan adalah. 



Gambar ni aku ambik dari dalam kereta. Masa tengah jalan2 tu orang ramai sangat, susah nak ambik gambar. Masa ni dah ramai yang berkemas nak balik. Mostly yang mana dapat sambutan hangat tu cepatlah bungkus apa yang patut untuk balik. 

Sampai rumah just nice surau kat depan rumah ni azan. Punyalah semangat bershopping raya yang ntah apa2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...