Monday, July 18, 2011

pening di petang isnin

Sungguh terbukti betapa tidak fokusnya minda aku di hari Isnin. Dalam aku duk layan blues sambil drive si kekasih hati, something pop out. 'Eh, duit aku tak tukar lagilah!' Aku duk mengira2 hari untuk berangkat dan fikir esok masih sempat.

Kemengongan terbawa2 sampai ke rumah. Sambil2 aku duk bersihkan udang kat sinki dapur, sambil2 tu lah aku berkira2 berapa banyak duit nak tukar. Yang best tu aku tak fikir pun nak tukar to what currency. Later then I realised something. I will only fly to Kuching, apa kejadahnya nak kena tukar duit bagai. Aduyaii... Dah sah2 aku pening + mengong di hari Isnin.

Itulah akibatnya kalau tak fokus, kalau dalam minda tu penuh dengan agenda yang ntah apa2. Nasib baik aku tak terus redah pergi money changer balik kerja tadi. Kalau tak, aku pun tak tahu apa yang akan terjadi. Aiseh.... wa kena fokus... fokus...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...