Wednesday, June 1, 2011

my new baby


I have a new baby in the house today and am soooo happy! Impian semenjak awal tahun lalu kini semakin hampir menjadi kenyataan. Sukanya, hahaha...

Sekian lama aku meninggalkan aktiviti mengayuh dan menunggang basikal, berpuluh tahun lamanya selepas aku langgar pokok kelapa masa kecik2 dulu. Lepas insiden yang tak seberapa tu aku dah tak kayuh lagi. Dan entah kenapa terus jadi tak berani nak berkayuh. Tapi selepas aku semakin jatuh cinta dengan travelling dan berangan untuk menakluk lebih banyak tempat, rasanya aku harus kembali mengayuh. Sebabnya, cycling will be the best option while travel.

Last Saturday, masa aku ke Nilai Square untuk mencari kain pasang aku singgah di kedai basikal ni. Orangnya peramah dan baik hati. Malangnya basikal yang aku berkenan tu dah ada orang booking. Tapi katanya kalau orang tu tak jadi beli, dia akan simpankan untuk aku. Dan bagai dikata, janji dikota. Petang tadi lepas balik kerja dan wangi2 aku pun ke sana. Tak sabar2 nak jumpa apek basikal my baby to be, padahal Sabtu lepas aku dah try kayuh dengan bantuan brother tu, hehehe.

Dan dengan vangganya aku mempersembahkan 'my new baby in the house!'. Ingatkan nak mulakan sesi pelajaran malam ni kat depan rumah, tapi kedai hardware dah tutup masa aku nak singgah beli wrench untuk pasang tayar. Nampaknya terpaksalah ditangguhkan dulu sehingga esok, mudah2an.


Okay tak? Harganya pun taklah mahal mana. Ada 20% diskaun pulak tu. Dan kebetulan hanya ada satu ni aje dan warnanya biru. What a coincidence! Sesuailah untuk saya budak baru belajar, kalau jatuh dah tentu calar balar, hahaha.

Lepas beli basikal dan temankan Eika beli kasut, kami ke Ice Room. Dah lama aku teringin nak makan kat situ. Kami masuk ke dalam, pengunjung bolehlah tahan masa kami sampai tu. Masa nak submit order, mamat yang datang nak collect order form tu boleh pulak tak bagi kami duduk kat situ. Padahal bukan apa pun kalau kami duduk situ. Dia insist jugak suruh kami pindah tempat lain, lepas kami pindah ke meja sebelah dia padamkan lampu tengah. Aduss.. aku dah hangin, terus hilang selera nak makan kat situ. Aku tanya Eika kalau2 dia nak ikut aku buat jahat.

Lepas soksek soksek, kitorang pun bangun dan masa nak sampai kat pintu tu boleh pulak mamat tu datang follow kitorang. Dia bawak order form kitorang sekali dengan resit, tanya mana kitorang nak pindah. Pastu aku kata aku cuma akan duduk kalau kat tempat yang mula2 kitorang duduk, kalau tak kitorang nak balik aje. Bila dia buat2 macam tak faham aku terus cakap 'okay, saya nak balik. Taknak makan!' Pastu aku terus jalan ke kereta sambil membebel2. Aku kan suka membebel, hahaha.

Yang aku tak faham dan tak puas hati tu, kenapa nak dihalau disuruh pelanggan yang dah duduk supaya berpindah tempat sedangkan pekerja korang jugak yang ushered kami ke situ. Lepas kami pindah ke meja lain yang jaraknya tak sampai dua meter pun, kenapa dipadamkan lampu? Kenapa tak boleh layan pelanggan dengan baik? Bila pelanggan yang sebangsa kau datang, boleh pulak beramah mesra. Siap pusingkan tv halakan ke meja bangsa pelanggan kau yang itu pulak tu.

Bila kitorang balik lepas buat order, rasanya korang tak rugi pape pun kan. Apalah sangat jumlah order kami yang tak seberapa berbanding dengan pelanggan lain yang berebut2 nak makan kat situ. Kami tak kisah pun kalau tak makan kat tempat glemer cenggitu kalau service yang kami dapat hampeh. We pay for the good service, not for nothing. Makanan bagus pun kalau pekerja hampagas tak guna jugak.

Aku balik rumah makan kek secret recipe lagi sedap. Tak ada nak sakit hati, hangin tak tentu pasal. Itulah pengalaman aku yang konon2nya nak merasa makan kat Ice Room Nilai tapi tak kesampaian.

footnote: lagi 29 hari maka berakhirlah separuh tahun pertama tahun ni. Separuh tahun kedua adalah masa untuk berehat dan mengumpul tenaga duit bagi perancangan tahun depan. Oh ya, aku dah beli tiket ke Surabaya Februari 2012, semata2 kerana Sarah. Untungnya menjadi Siti Nur Maisarah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...