Sunday, June 12, 2011

berhabuk

Dah seminggu aku tak menulis. Sekadar menjenguk ke laman kawan2 dan tinggalkan komen di sana sini. Bukan malas, tetapi aku seperti ketandusan idea untuk menulis. Sikit hari lagi kalau dibiarkan pasti bersawang jadinya. 

Semalam aku tak ketinggalan menonton perlawanan akhir Piala FA edisi terakhir ke-22. Sebenarnya suatu waktu dahulu aku merupakan antara peminat bola, tetapi sudah lama aku tinggalkan kegemaran itu. Semalam aku tengok pun dah di minit2 terakhir sehingga tamat perlawanan. 


Pemain Terengganu yang kegembiraan dengan kemenangan setelah wisel penamat dibunyikan. Gambar ihsan Utusan Malaysia online.

Dan kegembiraan Terengganu berganda apabila sekali lagi dinobatkan sebagai juara Sukma pada tahun ini. Sebagai anak Terengganu semestinya aku turut berbangga dengan kejayaan ini. Walaupun aku jarang pulang ke Terengganu. 

footnote: baju untuk raya tahun ni aku dah tempah semuanya. Harap2 semuanya siap sebelum raya. Puasa pun belum, semangat nak beraya berkobar2 tingginya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...