Sunday, June 5, 2011

aku gagal...

Pagi Sabtu lepas kami akhirnya ke Bukit Broga setelah sekian lama rancangan tak menjadi. Bertolak dari rumah lewat sedikit dari waktu yang dirancang, 5.20 pagi kami meneruskan perjalanan setelah berhenti membeli bekalan di 7-eleven berdekatan. Semangat berkobar2, konon2 untuk menakluk kesemua puncak yang menjadi kegilaan ramai orang di hujung minggu terutamanya. 

Dua kali aku tersilap mengambil laluan. Kali kedua aku buntu di pekan Semenyih, lantas berhenti di depan sebuah kedai bertanyakan arah. Sebaik meneruskan perjalanan aku ternampak papan tanda menunjukkan simpang ke Broga. Perjalanan seterusnya lancar, namun banyak anjing liar yang tidur di atas jalan raya sebaik melalui Nottingham University kampus Malaysia membuatkan aku lebih berhati2.

Aku agak terpinga2 bila melihat banyak kereta diparkirkan di kiri dan kanan jalan. Aku tertanya2 adakah sudah sampai ke tempat yang dituju dan persoalan terjawab bila melihat papan tanda menunjukkan arah ke Broga Hill. Setelah meletakkan kereta di bahu jalan seperti kebanyakan pemandu lain, aku tertanya2 di manakah letaknya ladang kelapa sawit yang digembar gemburkan sebagai parking area with the RM2 charges per car. 

Dengan bantuan lampu suluh, kami berjalan melintasi ladang kelapa sawit dan seterusnya melalui laluan menuju ke puncak bukit. Laluan agak licin dan kami berhati2 melangkah. Tambahan pula ada antara laluan benar2 berada di tebing cerunan yang curam. Dalam melangkah aku sudah kepenatan. Benar2 penat dan aku terasa hampir pitam.

Banyak kali kami berhenti di pertengahan jalan, aku benar2 ingin menyerah kalah. Stamina yang aku bangga2kan selama ini ternyata sudah menghilang lama sebenarnya. Lagi pun aku dah lama tak melakukan aktiviti lasak sebegini. Selepas memulakan kerjaya, aku langsung tidak bermesra dengan hutan dan gunung. Berjoging pun hanya sekali sekala. Tambahan pulak berat badan naik mendadak, mana tak hilangnya stamina.


Sewaktu tiba di sini, matahari sudah bersinar. Perjalanan yang dilalui amatlah perlahan. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di atas batu di sini. Aku dah tak mampu untuk meneruskan perjalanan dan di sinilah pendakian aku berakhir untuk kali pertama ini. Aku gagal untuk menawan puncak Broga!


Masih ramai yang gigih mendaki ke atas. Dan ada juga yang sekadar duduk2 di atas batu batan menikmati keindahan di pagi hari.

Aku yang gagal dan kepenatan. Punyalah banyak bekalan air dalam beg tu, tapi tak berupaya untuk menyuntik semangat untuk aku mendaki dengan lebih gigih. 


Banyak kasut yang tergantung di atas pokok ni. Entah siapalah yang terlebih rajin nak memanjat dan menggantung kasut di situ. Atau kasut kat rumah dah terlebih barangkali. 

Aku sempat mengambil gambar yang terakhir sebelum mengambil keputusan untuk terus pulang tanpa meneruskan pendakian. Kalau berada di puncak bukit, pastinya pemandangan lebih menarik. Aku pasti akan kembali lagi, untuk menebus kegagalan ini dan seterusnya menawan puncak yang terkenal dengan keindahannya.

footnote: sungguh memalukan dalam sejarah hidup aku. Budak2 pun berjaya menawan puncak Broga, tetapi aku awal2 lagi dah mengalah! Tak apa, esok2 aku pergi lagi, hehe...

5 comments:

  1. Berapa ketinggian bukit broga tuh? Great for legs exercise...

    ReplyDelete
  2. not so sure lah. tapi agak tinggi jgklah... mmg pun, tp klau maiin redah je semput jgk lah

    ReplyDelete
  3. teringin sangat nak daki bukit broga tu...best tak???

    ReplyDelete
  4. teringin benar cik-anne nak daki bukit broga tuh....bilalah agaknya,.....

    ReplyDelete
  5. hai cik-anne,

    best jgk, tp kena pegi awal2 pagi lah.. jgn lupa bwk torch light.. i pun tak lepas lagi, baru sekerat jalan, hehe.
    Insya Allah, next weekend rasanya nak terjah lagi...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...