Sunday, June 26, 2011

.........

kosong.
sunyi.
sepi.
rindu.
hiba.
sedih.
sekejap ada, beberapa saat kemudian menghilang.
perasaan ini tidak pernah berdosa.
aku yang tak pernah cuba untuk memahami, barangkali.
aku gagal.
aku lemah.
aku kecewa.
aku pasrah.
segalanya kuterima walaupun bukan dengan sepenuh jiwa.
namun aku tertanya sendiri.
apa salahku.
di mana silapnya.
tidak layakkah aku.
tuhan.
aku hambamu yang lemah.
izinkan aku untuk terus bernafas di dunia ini.
izinkan aku mengecap bahagia.
maafkan aku tuhan.
kerana masih sangsi dan ragu.
kerana tidak jujur dengan perasaan ini.
kerana masih tidak bersyukur.
tapi.
aku akan tetap berharap.
agar impian menjadi nyata.
terima kasih Allah.
atas segala kurniaanMu padaku.
atas segala rahmatMu padaku.
atas segala kasih dan sayangMu padaku.

Saturday, June 18, 2011

cerita satu malam

Dah lama sungguh aku tak main bowling. Rasanya lebih lima nam tahun aku tak sentuh bola bowling dan segala apa yang berkaitan dengannya. Lagipun aku bukan pandai sangat pun, takat juara longkang boleh lah.

Malam tadi aku dan Ieka ke Alamanda Putrajaya. Since she has a tournament today, so kiranya semalam tu nak warm up lah dulu. Aku pun sama2 lah duk baling bola masuk longkang, hahaha.


Sebelum main kitorang isi perut dulu kat food court. Kami makan kat little wok, ingatkan portion tak banyak sesuai dengan nama little, rupa2nya kekenyangan jugaklah. Lagi sikit aje nak berlingkar macam ular sawa.


Paling tak best, kuku aku rosak teruk masa main bowling tu. Bola bowling kat situ memang tak best, ada yang chafing sana sini pun still lagi ada. Patutnya tukarlah dengan bola yang baru. Tak pernah lah selama ni aku main bowling kuku aku rosak sampai macam ni sekali. 

Friday, June 17, 2011

sakitnya hati....

Sakit sungguh hati aku ni. Sejak semalam aku duk call lhdn lepas dapat surat mintak all those documents. Berpuluh kali aku call tapi memanjang je tak ada orang angkat, tapi bil aku berjalan jugak. Hari ni pun sama, since early in the morning until 5.00 pm, it's more than 20 times I keep dialing the same number and asking about the same thing with the operator. But nothing! None! Tak ada orang yang nak respond pun. Kalau macam tu, baik tak payah nak hantar surat bagai mintak segala mak nenek tu.  Bukan aku nak menipu pun bila claim rebate for tax.

Susah sangat ke nak pick up the phone call? Busy sangat ke government servant? Banyak sangat ke meeting yang nak kena attend? Atau tak habis lagi bercuti? Macam2 yang berlegar dalam kepala aku. Tapi aku memang tahu sangat yang kerja kerajaan ni tak adalah busy mana pun. Macamlah aku tak pernah deal dengan diorang ni, semuanya kompelin banyak kerja, padahal tak banyak mana pun.

Kalau betullah sibuk yang amat sangat, takkanlah langsung tak boleh nak angkat telefon yang memekak tu. Sakitnya hati tuhan je yang tahu. Menyumpah seranah aku dari pagi bawak ke petang, bertambah2 dosa aku hari ni. 

Gaji ciput pun nak kena bayar tax jugak ke? Patutnya government perlu revise baliklah range gaji yang perlu dikenakan cukai. Walaupun bujang, kami tetap nak kena bayar macam2, tetap nak kena beli macam, harga yang kami dapat sama je macam orang yang berkeluarga. Tak ada pengecualian pun.  

Tuesday, June 14, 2011

couch surfing

I registered myself into CouchSurfing was a month ago. After made a payment, they promised to send me a postcard within two to three weeks to get the verification code to verify me as a CouchSurfing's verified member.

From that date, I keep check my mailbox while coming back home daily to check whether the postcard is arrived in my mailbox or not. After a month, and today I received it!


 
And this is the postcard sent to me by CouchSurfing.


CouchSurfing is a non-profit organization and it is a worldwide network for making connections between travellers and the local communities. If you want to know more, you can click at CouchSurfing here.
 
footnote: it is an earthquake North of Sumatra with 5.5 at Richter scale this morning and few places in Malaysia especially at Putrajaya, Melaka and Selangor feel the quake. Even my housemate also experienced it at her workplace in MAB building, nearby to KLIA Airport.

Sunday, June 12, 2011

berhabuk

Dah seminggu aku tak menulis. Sekadar menjenguk ke laman kawan2 dan tinggalkan komen di sana sini. Bukan malas, tetapi aku seperti ketandusan idea untuk menulis. Sikit hari lagi kalau dibiarkan pasti bersawang jadinya. 

Semalam aku tak ketinggalan menonton perlawanan akhir Piala FA edisi terakhir ke-22. Sebenarnya suatu waktu dahulu aku merupakan antara peminat bola, tetapi sudah lama aku tinggalkan kegemaran itu. Semalam aku tengok pun dah di minit2 terakhir sehingga tamat perlawanan. 


Pemain Terengganu yang kegembiraan dengan kemenangan setelah wisel penamat dibunyikan. Gambar ihsan Utusan Malaysia online.

Dan kegembiraan Terengganu berganda apabila sekali lagi dinobatkan sebagai juara Sukma pada tahun ini. Sebagai anak Terengganu semestinya aku turut berbangga dengan kejayaan ini. Walaupun aku jarang pulang ke Terengganu. 

footnote: baju untuk raya tahun ni aku dah tempah semuanya. Harap2 semuanya siap sebelum raya. Puasa pun belum, semangat nak beraya berkobar2 tingginya.

Sunday, June 5, 2011

aku gagal...

Pagi Sabtu lepas kami akhirnya ke Bukit Broga setelah sekian lama rancangan tak menjadi. Bertolak dari rumah lewat sedikit dari waktu yang dirancang, 5.20 pagi kami meneruskan perjalanan setelah berhenti membeli bekalan di 7-eleven berdekatan. Semangat berkobar2, konon2 untuk menakluk kesemua puncak yang menjadi kegilaan ramai orang di hujung minggu terutamanya. 

Dua kali aku tersilap mengambil laluan. Kali kedua aku buntu di pekan Semenyih, lantas berhenti di depan sebuah kedai bertanyakan arah. Sebaik meneruskan perjalanan aku ternampak papan tanda menunjukkan simpang ke Broga. Perjalanan seterusnya lancar, namun banyak anjing liar yang tidur di atas jalan raya sebaik melalui Nottingham University kampus Malaysia membuatkan aku lebih berhati2.

Aku agak terpinga2 bila melihat banyak kereta diparkirkan di kiri dan kanan jalan. Aku tertanya2 adakah sudah sampai ke tempat yang dituju dan persoalan terjawab bila melihat papan tanda menunjukkan arah ke Broga Hill. Setelah meletakkan kereta di bahu jalan seperti kebanyakan pemandu lain, aku tertanya2 di manakah letaknya ladang kelapa sawit yang digembar gemburkan sebagai parking area with the RM2 charges per car. 

Dengan bantuan lampu suluh, kami berjalan melintasi ladang kelapa sawit dan seterusnya melalui laluan menuju ke puncak bukit. Laluan agak licin dan kami berhati2 melangkah. Tambahan pula ada antara laluan benar2 berada di tebing cerunan yang curam. Dalam melangkah aku sudah kepenatan. Benar2 penat dan aku terasa hampir pitam.

Banyak kali kami berhenti di pertengahan jalan, aku benar2 ingin menyerah kalah. Stamina yang aku bangga2kan selama ini ternyata sudah menghilang lama sebenarnya. Lagi pun aku dah lama tak melakukan aktiviti lasak sebegini. Selepas memulakan kerjaya, aku langsung tidak bermesra dengan hutan dan gunung. Berjoging pun hanya sekali sekala. Tambahan pulak berat badan naik mendadak, mana tak hilangnya stamina.


Sewaktu tiba di sini, matahari sudah bersinar. Perjalanan yang dilalui amatlah perlahan. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di atas batu di sini. Aku dah tak mampu untuk meneruskan perjalanan dan di sinilah pendakian aku berakhir untuk kali pertama ini. Aku gagal untuk menawan puncak Broga!


Masih ramai yang gigih mendaki ke atas. Dan ada juga yang sekadar duduk2 di atas batu batan menikmati keindahan di pagi hari.

Aku yang gagal dan kepenatan. Punyalah banyak bekalan air dalam beg tu, tapi tak berupaya untuk menyuntik semangat untuk aku mendaki dengan lebih gigih. 


Banyak kasut yang tergantung di atas pokok ni. Entah siapalah yang terlebih rajin nak memanjat dan menggantung kasut di situ. Atau kasut kat rumah dah terlebih barangkali. 

Aku sempat mengambil gambar yang terakhir sebelum mengambil keputusan untuk terus pulang tanpa meneruskan pendakian. Kalau berada di puncak bukit, pastinya pemandangan lebih menarik. Aku pasti akan kembali lagi, untuk menebus kegagalan ini dan seterusnya menawan puncak yang terkenal dengan keindahannya.

footnote: sungguh memalukan dalam sejarah hidup aku. Budak2 pun berjaya menawan puncak Broga, tetapi aku awal2 lagi dah mengalah! Tak apa, esok2 aku pergi lagi, hehe...

Wednesday, June 1, 2011

my new baby


I have a new baby in the house today and am soooo happy! Impian semenjak awal tahun lalu kini semakin hampir menjadi kenyataan. Sukanya, hahaha...

Sekian lama aku meninggalkan aktiviti mengayuh dan menunggang basikal, berpuluh tahun lamanya selepas aku langgar pokok kelapa masa kecik2 dulu. Lepas insiden yang tak seberapa tu aku dah tak kayuh lagi. Dan entah kenapa terus jadi tak berani nak berkayuh. Tapi selepas aku semakin jatuh cinta dengan travelling dan berangan untuk menakluk lebih banyak tempat, rasanya aku harus kembali mengayuh. Sebabnya, cycling will be the best option while travel.

Last Saturday, masa aku ke Nilai Square untuk mencari kain pasang aku singgah di kedai basikal ni. Orangnya peramah dan baik hati. Malangnya basikal yang aku berkenan tu dah ada orang booking. Tapi katanya kalau orang tu tak jadi beli, dia akan simpankan untuk aku. Dan bagai dikata, janji dikota. Petang tadi lepas balik kerja dan wangi2 aku pun ke sana. Tak sabar2 nak jumpa apek basikal my baby to be, padahal Sabtu lepas aku dah try kayuh dengan bantuan brother tu, hehehe.

Dan dengan vangganya aku mempersembahkan 'my new baby in the house!'. Ingatkan nak mulakan sesi pelajaran malam ni kat depan rumah, tapi kedai hardware dah tutup masa aku nak singgah beli wrench untuk pasang tayar. Nampaknya terpaksalah ditangguhkan dulu sehingga esok, mudah2an.


Okay tak? Harganya pun taklah mahal mana. Ada 20% diskaun pulak tu. Dan kebetulan hanya ada satu ni aje dan warnanya biru. What a coincidence! Sesuailah untuk saya budak baru belajar, kalau jatuh dah tentu calar balar, hahaha.

Lepas beli basikal dan temankan Eika beli kasut, kami ke Ice Room. Dah lama aku teringin nak makan kat situ. Kami masuk ke dalam, pengunjung bolehlah tahan masa kami sampai tu. Masa nak submit order, mamat yang datang nak collect order form tu boleh pulak tak bagi kami duduk kat situ. Padahal bukan apa pun kalau kami duduk situ. Dia insist jugak suruh kami pindah tempat lain, lepas kami pindah ke meja sebelah dia padamkan lampu tengah. Aduss.. aku dah hangin, terus hilang selera nak makan kat situ. Aku tanya Eika kalau2 dia nak ikut aku buat jahat.

Lepas soksek soksek, kitorang pun bangun dan masa nak sampai kat pintu tu boleh pulak mamat tu datang follow kitorang. Dia bawak order form kitorang sekali dengan resit, tanya mana kitorang nak pindah. Pastu aku kata aku cuma akan duduk kalau kat tempat yang mula2 kitorang duduk, kalau tak kitorang nak balik aje. Bila dia buat2 macam tak faham aku terus cakap 'okay, saya nak balik. Taknak makan!' Pastu aku terus jalan ke kereta sambil membebel2. Aku kan suka membebel, hahaha.

Yang aku tak faham dan tak puas hati tu, kenapa nak dihalau disuruh pelanggan yang dah duduk supaya berpindah tempat sedangkan pekerja korang jugak yang ushered kami ke situ. Lepas kami pindah ke meja lain yang jaraknya tak sampai dua meter pun, kenapa dipadamkan lampu? Kenapa tak boleh layan pelanggan dengan baik? Bila pelanggan yang sebangsa kau datang, boleh pulak beramah mesra. Siap pusingkan tv halakan ke meja bangsa pelanggan kau yang itu pulak tu.

Bila kitorang balik lepas buat order, rasanya korang tak rugi pape pun kan. Apalah sangat jumlah order kami yang tak seberapa berbanding dengan pelanggan lain yang berebut2 nak makan kat situ. Kami tak kisah pun kalau tak makan kat tempat glemer cenggitu kalau service yang kami dapat hampeh. We pay for the good service, not for nothing. Makanan bagus pun kalau pekerja hampagas tak guna jugak.

Aku balik rumah makan kek secret recipe lagi sedap. Tak ada nak sakit hati, hangin tak tentu pasal. Itulah pengalaman aku yang konon2nya nak merasa makan kat Ice Room Nilai tapi tak kesampaian.

footnote: lagi 29 hari maka berakhirlah separuh tahun pertama tahun ni. Separuh tahun kedua adalah masa untuk berehat dan mengumpul tenaga duit bagi perancangan tahun depan. Oh ya, aku dah beli tiket ke Surabaya Februari 2012, semata2 kerana Sarah. Untungnya menjadi Siti Nur Maisarah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...