Wednesday, May 18, 2011

tak kesampaian

Masa aku tengah driving nak balik rumah petang tadi, hujan turun dengan lebatnya. Best pulak bila dapat basuh kereta free cenggitu, tak payah susah2 nak sental bagai, pastu bilas lagi, hahaha. Dah memang dasar pemalas tu, memang pemalas lah sudahnya.

Masa sampai depan rumah pun hujan masih turun dengan lebatnya. Dua tiga minit jugaklah aku duk termenung dalam kereta sebelum keluar meredah hujan sambil berpayung. Itu pun basah jugaklah, nasib baik aku dah senteng kaki seluar. Cuma takde lah sampai berkaki ayam.
Bila tengok air yang mencurah dari bumbung rumah, macam best aje. Pulak tu pokok cili dalam pasu dah longlai dahannya kena simbah dek air hujan. Dalam pada itu, hati aku dah tersenyum bahagia dah. Dah lama aku simpan impian yang satu ni, kali ni tak akan ada orang kata aku tak berapa nak betul.

Lepas letak beg, simpan apa yang patut dan tukar baju, aku bergegas cari kamera dan capai kunci rumah. Namun sayang seribu kali sayang, hujan yang lebat sebentar tadi dan makin perlahan. Adess... nampaknya tak kesampaian lagilah aku nak mandi hujan hari ni. Konon2nya sambil betul2kan pasu bunga dan pasu pokok cili tu, bolehlah aku bergumbira mandi hujan. Nasib tak meyebelahi aku lagi nampaknya... :(

footnote: kembali bergelar jutawan segera. Harap2 perjalanan kami akan dipermudahkan Allah, ameen.

2 comments:

  1. jutawan la.... pegang duit juta-juta rupiah...
    hahaha
    selamat bercuti...
    ambik gambar banyak-banyak tau...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, kalau mood i x spoil..
    nk tunggu jd jutawan mesia cam tak tercapai jek, hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...