Saturday, May 7, 2011

gold coast - day2 part1

Hari kedua di bumi Gold Coast, aku bangun agak awal. Lepas cuci muka aku merancang perjalanan untuk hari itu. Tengok peta, check bas apa yang aku perlu ambil. Atau cari alternatif bas lain sebab jadual bas berbeza (dan aku tak ada jadual untuk bas) dan melalui laluan yang tak sama. Mungkin ada satu dua stop yang serupa.

Selesai semuanya aku kembali menarik selimut. On TV, semuanya berita pagi. Lepas tu ulasan pasal perkahwinan Putera William and Kate. Dari semalam bawak ke hari ni, tak habis2 lagi pasal royal wedding. Cuaca yang sejuk menyebabkan mata aku kembali memberat. Tambahan pula, pagi ini aku akan ke Dreamworld dan taman tema itu dibuka pada jam 10.00 pagi. Aku set alarm dan menyambung tidur.


Waktu ni dah hampir pukul 9.00 pagi. Matahari bersinar tapi tetap terasa sejuk kerana angin yang bertiup. Gambar ni aku capture dari bus stop tempat aku menunggu bas setiap hari untuk ke pusat bandar. Kalau berjalan kaki, jenuh jugaklah, lebih kurang 4km kalau tak silap aku. Di seberang jalan ni, motel tempat aku stay. Setiap kali nak ambil bas, aku kena melintas jalan. Atau lebih tepat, Gold Coast Highway!

Bas yang aku naiki untuk ke Dreamworld berhenti di Pacific Fair, melalui Surfers Paradise dan lepas tu aku dah lupa nama tempat yang lain2 tu. Dreamworld merupakan hentian terakhir setelah singgah menurunkan penumpang di taman tema yang lain. Jarak antara satu sama lain agak jauh jugaklah. Kalau berbasikal tu memang berpeluh ketiak!


Semua orang ni sedang menuju ke Dreamworld. Nampak tak laluan berbelang tu? Kat mana2 di Gold Coast ni, kalau korang nak melintas tu, lintaslah kalau nampak garisan belang2 ni. Semua kereta atau kenderaan lain akan berhenti bagi laluan kat korang. Tak perlu takut atau risau kalau2 kena langgar.

Sebelah kanan gambar ni ada post box, so semua poskad aku poskan dari sini kecuali poskad untuk diri sendiri. Dreamworld ni bersebelahan dengan Whitewater World. Pintu masuknya betul2 depan bus stop. Tapi aku tak menyinggah pun. Kalau korang nak masuk situ, ada pakej tiket untuk dua theme park ni. Aku cuma beli tiket untuk ke Dreamworld je.


Melangkah masuk selepas beli tiket, turn to your left dan ini antara pemandangan yang korang boleh nampak.

Aku pun dah malas nak menaip, korang layan jelah gambar yang aku ambil ni. Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku snap, itulah seperti yang aku bagi tahu sebelum ni. Aku cukup tak suka dalam bab pilih memilih gambar mana nak masukkan, gambar mana nak diketepikan. Bagi aku semuanya cantik2 (perasan tak habis2!).


The Cinema, ada waktu2 diadakan tayangan. Tapi aku tak menonton pun.


Di mana2 dalam taman tema ni ada banyak signboard sebegini. Dan bagusnya aku tak terjumpa pun dengan orang2 yang degil. Dan aku rasa udara bertambah nyaman tanpa asap rokok.


Bila lalu kat sini, aku rasa seperti berada di zaman lampau, berpuluh tahun yang lalu.


Masa ni pengunjung belum ramai. Jadi tempat ni kosong aje. Masa aku berpatah balik sejam selepas tu, dah penuh dengan ramai orang. Majoritinya budak2. Kalau Sarah ada, mesti dia nak duduk melepak, main2 kat sini. Tahu sangat dengan perangai anak dara sorang tu, malu tapi mahu!


Ini laluan masuk ke Australian Wildlife Experience.


Sebelum melangkah masuk ke sini, aku menyinggah sebentar kat pondok biri2 sebelah kiri tu. Masa aku lalu tu ada pekerja kat situ tegur aku, 'apa khabar?'. Dan kami berbual2 sementara dua lagi kawannya tersengih tengok kitorang cakap Melayu. Bukanlah berbahasa Melayu sepenuhnya pun, takat dua tiga kerat jelah. But it's good for him, which is his mother tongue is English with Aussie accent. Sempat diorang suruh aku datang balik untuk sheep shearing show by 11.00am.


Kangaroo dan anaknya di dalam poket! Kesian pulak aku tengok kangaroo ni, tempat ni macam tak sesuai sangat untuk diorang, tak natural as what I experienced at Whiteman Park, Perth last year. Jumlahnya pun taklah sebanyak mana.


Buaya air tawar. Risau aku masa duk ambil gambar ni, kalau2 buaya ni mengganas. Padahal kawasan sekeliling ni dah dipagar. Berdepan dengan tempat buaya ni ada cafe dan kedai jual cenderamata. Masa aku ada kat situ, cafe tu belum bukak lagi. Tapi sampai sekarang aku rasa menyesal dan teringat2 sebab tak beli patung biri2 kat kedai cenderamata tu. Ada tak sesiapa yang nak ke sana? I nak kirim patung tu lah, hehehe.


Ini namanya Red Kangaroo. Saiznya lebih besar dari kangaroo biasa dan dikurung. Aku pun tak tahu kenapa tak dibiarkan bebas aje seperti kangaroo yang lain2 tu. Yang jantan tu tengah duk mengayat tu, tapi yang betina tu pulak buat2 jual mahal. Padahal dah takde choice lain pun, haha. (Sebenarnya aku tak tahu pun yang mana jantan, mana betina. Belasah sesuka hati aku je).


Asalnya aku berhajat nak naik ni, Tower of Terror II. Tapi ntah kenapa bila dah sampai, kemalasan pulak melanda. Memang sakanlah diorang yang naik tu menjerit2. Rasanya satu taman tema ni boleh dengar jeritan diorang.


Ni bersebelahan dengan Tower of Terror II tu, Motocoaster ke apa namanya. Pun diorang menjerit2 naik benda alah ni.


Vintage car yang ni dipamerkan kat luar.


Kalau korang nak tahu, inilah satu2nya benda alah yang aku naik masa kat sini. Adess... malunya. Punyalah banyak mainan yang gempak2, ini je yang aku naik, hahaha. Yang ni semua orang boleh naik, asalkan ketinggian melebihi 120cm. Cuma tekan pedal minyak aje, pastu kereta ni akan berjalan sendiri melalui trek yang disediakan. Kalau nak berhenti, just release the pedal and the car will stop. Tak payah risau nak tekan brek ke apa, sebab cuma ada satu pedal sahaja.


Sempat aku mengabadikan kenangan dengan Encik Koala. Koala ni betul, tapi kat belakang tu cuma lukisan je. Nampak aje kecik, tapi berat yang amat. Dan yang tak bestnya, koala ni baru lepas membuang dan kesannya melekat kat baju aku! Lepas tu mencicit aku mencari toilet. Seharian aku berbau koala, pusing kanan bau koala, pusing kiri pun bau koala. Aduyai... sungguh tak best, menyesal pun ada.


Sempat berdating tu! Berdua itu lebih baik, hik..hik..


Mamat yang tengah cukur bulu biri2 tu lah yang cakap Melayu dengan aku. Nice person eventhough bertattoo. Majoriti yang aku jumpa ada tattoo, muka macam ganas aje. Tapi sebenarnya diorang very polite, I like! Apa orang kata, dalam hati ada taman?! Ahakss..!


Kalau malas nak berjalan, boleh naik keretapi ni. Ada tempat2 untuk naik dan turun. Aku lebih prefer berjalan, dapatlah menghancurkan lemak2 degil dalam badan aku ni.


Ada pak belang. Yang warna putih pun ada jugak. Aku rasa macam nak join je pekerja tu. Macam cool je kan, melepak dengan pak belang bawah pokok, pastu angin yang sepoi2 bertiup, huh.. nyamannya. Boleh lenalah.


Jumpa balik tempat aku masuk tadi. Rasanya macam ada yang aku tertinggal je. Padahal aku rasa macam dah cover semua tempat. Sebelum balik, aku klik sana, klik sini. Kalau sesapa yang datang bawak anak, aku sure lagi lama korang stay kat sini. Mujurlah aku datang sorang, sesuka hati akulah nak balik ke, atau nak melepak.

Aku tunggu bas kat tempat yang aku turun tadi. Perjalanan diteruskan dalam part 2. Aku bahagikan kepada dua bahagian sebab gambarnya banyak sangat.

footnote: hari ni birthday aku. Sorang2 sambut di tempat asing. A very memorable birthday treat for myself.

6 comments:

  1. happy belated birthday anne.

    la punya jauh dtg naik keta tu je ke? hihihi... btw brp ek harga tiket masuk ke dreamworld?

    i agree jgk dgn pendapat u, kdg2 nmpk je muka dorg ni ganas, bertattoo, tp kdg2 dorg tu tak mcm tu. kdg2 perangai dorg lagi sopan dari kita..smpai malu jadinya. boleh dilentur tu...haha :D

    ReplyDelete
  2. Glad you back safe and sound. My favourite picture is the picture of you with the koala.

    ReplyDelete
  3. fatt,

    thanks..

    hehe.. itulah pasal. asalnya i ingat nk ambik gmbr je, tp bila tgk org tak ramai mana pun, pastu mak bapak budak selamba je naik, i pun apa lagi, joinlah dua kaki, hikhik..

    betul tu, i jumpa sorang mamat melayu kat sana, sama2 naik tambang murah, tp rude tak padan dgn umur dah banyak, buat malu jer. tp mat saleh ni bila tahu i dr malaysia, seronok diorg nak cakap melayu. sampaikan uncle custom kt airport GC pun cakap melayu dgn i, seronok rasanya.

    ReplyDelete
  4. Fatt, i tertinggal lah plak. tiket masuk dreamworld utk adult per entry AUD74.90.. hehe

    Zoey,
    hehe.. gambr tu aku nampak gumuks.. kenangan tu dgn encik koala, huhu..

    ReplyDelete
  5. wow..pricey jugak..tiket ni per day ke ada pass utk 1-2 hari?

    ReplyDelete
  6. yg i ambik ni 1 day pass.. ada jgk utk 2 days pass, rasanya lebih jimat kot. since i dah takde masa nak dtg lg, i ambik yg 1 day pass jelah. for 2-days tu i x tanya plak berapa harganya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...