Tuesday, May 10, 2011

almari baru

Setelah berbulan menunggu, almari yang aku pesan siap jua akhirnya. Masa aku tempah dulu, dijanjikan empat hingga lima minggu. Tapi selepas dua bulan, menghampiri tiga bulan baru siap. Petang semalam pekerja tu dah hantar, tapi ada bahagian kecil yang tak dibawa. Jadi petang tadi semuanya dah settle.


Bahagian atas. Aku memang request untuk pintu bercermin kaca.


Bahagian bawah, berpintu kayu dan berkunci.


Setelah dipasang bahagian atas. Ini setakat petang semalam.


Dan akhirnya hari ini, semuanya dah selesai. Kunci untuk pintu kayu di bahagian bawah juga dah siap dipasang. Rak untuk bahagian atas juga dah diletakkan. Aku sengaja memilih kayu, sebab nak letakkan buku2 yang boleh tahan beratnya. Kalau cermin aku risau kalau2 pecah berderai.

Besar jugaklah almari ni. Lapan kaki tinggi {tapi lebih lapan kaki sebab ada tambahan untuk tapak} serta empat kaki lebar. Bagi aku biarlah berhabis duit kalau aku boleh guna dalam tempoh yang lama. Kalau ruang rumah aku luas, boleh aje dijadikan dua almari. Aku berangan nak jadikan bilik di tingkat atas rumah aku nanti sebagai ruang peribadi cum library.

Dengan duit yang aku laburkan untuk almari ni, dan output yang aku dapat, rasanya so and so ajelah. Finishingnya tak berapa kemas untuk mata aku yang memang tajam dan cerewet.

footnote: semalam aku dah dapat poskad yang aku hantar dari Gold Coast. Tapi peliknya satu aje yang aku terima, padahal aku pos dua keping di hari, tempat dan waktu yang sama. Korang yang request poskad tu, jenguk2lah peti surat korang ye?! Harap2 semuanya selamat sampai.

4 comments:

  1. vahhh sonoknyer gi gold coast kanns.. ehehe

    ReplyDelete
  2. klau berjalan mmg seronok, hehe..

    ReplyDelete
  3. anne,
    i dah terima ur postcard. bila smpai je umah smlm tgk my mom dah letak atas meja. nice postcard, tq! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...