Monday, April 4, 2011

settle pun

Setelah sekian lama akhirnya settle jugak masalah bil Maxis aku yang datang dua kali sebulan semenjak dua bulan yang lalu. Kali pertama bil alien tersebut diterima, aku membayarnya tanpa banyak soal. Namun sebulan kemudian datang lagi dengan jumlah yang sedikit kurang dari sebelumnya. Apabila menelefon ke service centre, tiada penyelesaian diterima. Mereka meminta aku merujuk ke service centre yang berdekatan. Malangnya vitamin M aku terlalu tinggi untuk keluar kerana pastinya poket aku bolos lagi.

Khamis lepas aku menghantar email dan keesokkannya wakil Maxis menelefon aku. Pun begitu masalah tersebut masih tidak dapat diselesaikan. Dan hari ini aku menerima panggilan dari Maxis Centre Putrajaya. Tempat di mana aku berurusan sebelum ini.

Setelah berbolak balik dan tidak berupaya untuk menepis segala hujah yang aku lontarkan, si gadis call centre akhirnya bersetuju untuk menutup kes tersebut dengan waivekan bil yang telah aku terima. Walaupun bagi sesetengah orang RM35.10 itu tidaklah sebanyak mana, tapi bagi aku yang kedekut dan berkira ini jumlah tersebut boleh dikirakan agak banyak. Jangan tak tahu, jumlah tersebut aku dah boleh beli tiket flight pergi balik ke Banda Acheh sewaktu promosi untuk seorang!

Since the problem solved now, tak adalah aku nak tukar service provider. Lagipun insan setia seperti aku ni memang susah nak beralih arah tanpa sebab yang kukuh, hehe. Walaupun kesetiaan aku diuji buat ke sekian kalinya, namun aku masih teguh berdiri.

footnote: pemilihan Aznil sebagai pengacara membuatkan aku kembali menonton Akademi Fantasia. Bukan program yang aku suka, tetapi telatah pengacara yang membuatkan aku tak kering gusi dibuatnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...