Friday, April 22, 2011

pergi tak kembali

Tengah hari tadi aku menerima perkhabaran tentang pemergian one of my teacher. Arwah meninggal dunia malam semalam dan dikebumikan selepas solat Jumaat di Seremban siang tadi. But I don't know the exact location.

Mengenali arwah hampir 11 tahun lalu sewaktu pertama kali mengajar kami basic engineering, hand tools, maintenance practices dan yang sewaktu dengannya. Arwah amat meminati bola sepak. Sekiranya terdapat perlawanan malamnya, arwah pasti meluangkan masa untuk bercerita tentang bola di kelas esoknya.

Dahulu, ada juga aku menumpang arwah untuk pulang ke Shah Alam di hujung minggu. Sementelah arwah memang berulang alik dari Seremban ke Jasin setiap hari. Dan petang Jumaat seusai kelas, kami akan beramai2 menumpang kereta arwah sehingga ke stesen komuter Seremban. Tapi tak adalah sampai sendat keretanya.

Arwah memang baik. Tidak mudah untuk aku melupakan kebaikan arwah. Kali terakhir aku bertemu arwah hampir dua tahun lalu, di sebuah kedai makan di pekan Salak Tinggi. Dan sejak dari itu aku tidak lagi bertemu arwah, kadang2 aku menerima kiriman salam yang dititipkan. Banyak kenangan kami bersama arwah. Biarlah aku simpan kemas semuanya dalam lipatan kenangan. Mudah2an aku tidak akan lupa, biarpun aku kerap kali lupa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...