Saturday, April 23, 2011

KLIBF 2011

Pagi tadi seperti yang dirancang, aku memandu ke PWTC untuk sama2 memeriahkan rutin tahunan pesta buku. Perjalanan pergi berjalan lancar, aku selamat tiba di destinasi tanpa sebarang kesesatan. Namun trafik ada kalanya lancar, sekejap jammed, kadang2 bergerak perlahan. Rasanya itu situasi biasa bagi Kuala Lumpur.

Sewaktu berpusing2 mencari booth yang akan menjadi tumpuan, aku ternampak seseorang yang memang familiar. Tun Mahathir Mohamad berada di atas stage! Namun sayang, orang terlalu ramai dan aku malas untuk bersesak mengambil gambar Tun. Kalaulah kamera aku besar gedabak, nak jugak aku berusaha ke arah itu. Tambahan baju aku sewaktu itu sudah basah dengan peluh!


Di booth ini aku memborong enam buah novel. NB sedang tanda tangan novel aku! Dia masih ingat dan cam aku, wah sukanya bila diingati oleh penulis kegemaran.

Aku menghabiskan masa kurang dari dua jam. Setelah berjaya mendapatkan apa yang diinginkan, aku mengambil keputusan untuk balik. Untuk meronda seluruh pelosok ruang yang ada, aku memang tidak selesa. Dengan badan yang berpeluh dan orang yang semakin ramai.

Entah bagaimana, aku boleh tersilap mengambil laluan sewaktu pulang. Padahal ini bukanlah kali pertama aku memandu di kawasan ini. Jenuh jugak aku memandu mencari arah ke pusat bandar.


Apabila melihat papan tanda ini, aku terus memberi signal dan masuk ke kiri sebelum membuat pusingan U. Mujurlah tangki minyak masih banyak, lebih dari separuh yang masih berbaki. Asalnya aku merancang untuk singgah makan di Bangi, tetapi kesesatan menyebabkan aku menukar perancangan.

Di sebalik tersilap laluan, aku terserempak dengan my bff sebaik menghampiri taman perumahan berdekatan. Dan tanpa disangka kami turut menuju ke tempat yang sama. Walaupun tinggal berhampiran, untuk bertemu adalah amat sukar. Ada hikmahnya aku tersesat rupa2nya.


Ini novel yang aku beli siang tadi. Mujur aku membawa bagpack, tak adalah lenguh tangan aku nak mengangkut semua ini.


Ini cenderahati yang aku dapat daripada booth NB Kara Sdn Bhd. Terima kasih daun keladi, tahun depan jumpa lagi!


Memandangkan aku merancang untuk ke Thailand, rasanya buku ini berguna untuk aku. Mungkin juga aku boleh menghabiskan misi jelajah di S.E.A sebelum ke negara lain. Selain dari majalah, buku ini aku beli di booth MPH sebelum melangkah pulang. Secara kasar aku menghabiskan hampir RM 250.00 untuk bahan bacaan hari ini.

footnote: hanya hati yang tidak pernah berbohong. Tetapi seringkali apa yang terdetik di hati tidak terluah di mulut. Oh, mengapakah begitu?

5 comments:

  1. hi anne,
    dpt brp harga buku LP SEA tu? murah tak? btw kat website LP ada sale, buy 2 get 1 more for free :)

    bon voyage to GC! brings back lost of photos ok! take care :)

    ReplyDelete
  2. salam..
    hi...selamat berhujung minggu.
    wah..byk borong buku.
    :)

    ReplyDelete
  3. hi fatt,
    i rasa mahal jgklah, RM 102.10. iye ke? bolehlah i jenguk nanti, hiks!

    thank you, dear!

    hi catz,
    thanks..., setahun sekali je memborong..hehe

    ReplyDelete
  4. rasa cam lebih kurang je harga kat kedai buku, i tot ada diskaun. btw, my fren ckp LP kat cambodia/vietnam murah, tp imitate copies la, page dlm takde colour. cuma cover dia buat sebijik ori. haha tak kisahla..isi yg penting sbnrnya. price about usd8 per book. murah kan? :)

    ReplyDelete
  5. fatt, normal price shown RM113++, about 10% je less. LP yg i beli ni pun xde color, plain je... wah, murahnya.. yg penting contents dlm tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...