Friday, April 29, 2011

here i am

Alhamdulillah, aku dah sampai Gold Coast. To be exact I'm at my room now. Nak tido kejap, pastu bangun and maybe heading to Dreamworld.

Kepala dah berdenyut2, mata plak semacam je. Dalam flight aku tidur tak sampai pun dua jam, itu pun kejap2 terjaga.

Will blog soon. Chiaoo!

Tuesday, April 26, 2011

posmen oh posmen...

Hangat betul hati aku bila sampai rumah petang tadi. Mana taknya, surat aku terlepek depan pagar atas tar. Dah basah kuyup dah. Nyaris2 aku terpijak masa nak buka kunci pagar. Apa lagi, sambil2 duk buka kunci sampailah dah selamat masuk dalam rumah, mulut aku tak habis2 pot pet pot pet. Walaupun aku tahu pak cik posmen tu tak dengar pun aku bebel.

Lepas letak barang semua, cepat2 aku on lappy, insert broadband. Terus taip Pos Malaysia, suruh Cik Google carikan. Dapat aje homepage pos, aku scroll ke bawah cari nombor telefon customer service. Dapat aje, pantas bebenor jari aku tekan nombor2 kat handphone murah aku tu. Sambil duk dengar operator suruh pilih2 nombor untuk urusan, hati aku panas tak usah ceritalah, hangin satu badan!
Pos: Selamat petang, saya bla... bla... bla...


Aku: Selamat petang, kalau saya nak buat komplen camana ye? (Terus terjah, tak ada intro dah).

Pos: Komplen apa tu, cik?

Aku: Komplen pasal posmen yang tak reti buat keje (aku dah agak cool sikit sebab operator ni lembut dan sopan suaranya).

Pos: Okay, saya boleh ambik komplen cik. Tapi sebelum tu boleh tak cik bagi nama penuh, bla... bla... bla...

Aku: Okay, saya ~!@#$%^&*()

Pos: Okay cik, apa laporan yang cik nak buat tu?

Aku: Macam ni, dah dua hari berturut surat saya basah. Semalam surat terselit celah pagar, hari ni surat saya dah jatuh terlepek depan pagar... bla... bla... hujan... basah... bla... bla... angin ribut... bla... bla... Kalau rumah saya tak ada peti surat, saya tahu itu salah saya, tapi rumah saya ada peti surat... bla... bla... bla...

Pos: Iya cik, saya faham cik.

Aku: Kalau encik pun mesti angin, kan? Balik2 rumah je tengok surat dah basah lencun... bla... bla... surat penting... bla... bla... bla...

Pos: Itu sahaja, cik?

Aku: Ha'ah, itu aje encik, for this time being.

Pos: Kami akan siasat perkara ni dan akan ambil masa dalam dua hari bekerja. Ini nombor komplen cik, *&^%$#@. Dalam dua hari ni, wakil kami akan hubungi cik untuk dapatkan respond. Kalau masalah masih berulang, cik boleh telefon kami dan nyatakan nombor komplen yang tadi tu.

Aku: Okay, terima kasih. Bla... bla... bla...
Tak kisahlah apa pun kerja kalian, tapi yang penting bekerjalah dengan jujur dan ikhlas. Biarlah hasil yang halal tu kekal halal dan berkat. Sudahlah service charge pos sekarang dah naik, sepatutnya biarlah service yang diberikan setimpal dengan apa yang kami bayar.

footnote: ingatan untuk semua, termasuk si tukang karang ni.

Monday, April 25, 2011

terima kasih

Aku sebenarnya nak berterima kasih dengan Fatt . Idea beliau pasal hantar poskad untuk diri sendiri sewaktu bercuti memang menarik. Kalau sebelum ni aku langsung tak ada sebarang cenderamata untuk diri sendiri. Yang aku beli semuanya dah selamat jadi hak milik kawan2. Yang tinggal kat aku hanyalah kenangan semata.

Since I will be flying off to Gold Coast in three days more, I will eyeing to locate the post office and send postcard from there. So that, kalau ada sesiapa yang teringin nak kan postcard from Gold Coast bolehlah send your name and address to my email at anne_rmz@yahoo.com. Tapi, jangan terlalu berharap sebab aku takut kalau2 tak jumpa dengan post office. However, I will be trying my best since this will be my first attemp.

footnote: sakit hati betul aku dengan abang posmen ni. Ada ke patut surat aku diselit je celah pagar, bukannya tak ada peti surat. Sudahlah lately selalu hujan. Bila balik kerja je, surat dah basah lencun. Ingatan untuk abang posmen (macamlah dia baca blog aku ni), buat kerja tu biarlah dengan ikhlas.

Saturday, April 23, 2011

KLIBF 2011

Pagi tadi seperti yang dirancang, aku memandu ke PWTC untuk sama2 memeriahkan rutin tahunan pesta buku. Perjalanan pergi berjalan lancar, aku selamat tiba di destinasi tanpa sebarang kesesatan. Namun trafik ada kalanya lancar, sekejap jammed, kadang2 bergerak perlahan. Rasanya itu situasi biasa bagi Kuala Lumpur.

Sewaktu berpusing2 mencari booth yang akan menjadi tumpuan, aku ternampak seseorang yang memang familiar. Tun Mahathir Mohamad berada di atas stage! Namun sayang, orang terlalu ramai dan aku malas untuk bersesak mengambil gambar Tun. Kalaulah kamera aku besar gedabak, nak jugak aku berusaha ke arah itu. Tambahan baju aku sewaktu itu sudah basah dengan peluh!


Di booth ini aku memborong enam buah novel. NB sedang tanda tangan novel aku! Dia masih ingat dan cam aku, wah sukanya bila diingati oleh penulis kegemaran.

Aku menghabiskan masa kurang dari dua jam. Setelah berjaya mendapatkan apa yang diinginkan, aku mengambil keputusan untuk balik. Untuk meronda seluruh pelosok ruang yang ada, aku memang tidak selesa. Dengan badan yang berpeluh dan orang yang semakin ramai.

Entah bagaimana, aku boleh tersilap mengambil laluan sewaktu pulang. Padahal ini bukanlah kali pertama aku memandu di kawasan ini. Jenuh jugak aku memandu mencari arah ke pusat bandar.


Apabila melihat papan tanda ini, aku terus memberi signal dan masuk ke kiri sebelum membuat pusingan U. Mujurlah tangki minyak masih banyak, lebih dari separuh yang masih berbaki. Asalnya aku merancang untuk singgah makan di Bangi, tetapi kesesatan menyebabkan aku menukar perancangan.

Di sebalik tersilap laluan, aku terserempak dengan my bff sebaik menghampiri taman perumahan berdekatan. Dan tanpa disangka kami turut menuju ke tempat yang sama. Walaupun tinggal berhampiran, untuk bertemu adalah amat sukar. Ada hikmahnya aku tersesat rupa2nya.


Ini novel yang aku beli siang tadi. Mujur aku membawa bagpack, tak adalah lenguh tangan aku nak mengangkut semua ini.


Ini cenderahati yang aku dapat daripada booth NB Kara Sdn Bhd. Terima kasih daun keladi, tahun depan jumpa lagi!


Memandangkan aku merancang untuk ke Thailand, rasanya buku ini berguna untuk aku. Mungkin juga aku boleh menghabiskan misi jelajah di S.E.A sebelum ke negara lain. Selain dari majalah, buku ini aku beli di booth MPH sebelum melangkah pulang. Secara kasar aku menghabiskan hampir RM 250.00 untuk bahan bacaan hari ini.

footnote: hanya hati yang tidak pernah berbohong. Tetapi seringkali apa yang terdetik di hati tidak terluah di mulut. Oh, mengapakah begitu?

Friday, April 22, 2011

pergi tak kembali

Tengah hari tadi aku menerima perkhabaran tentang pemergian one of my teacher. Arwah meninggal dunia malam semalam dan dikebumikan selepas solat Jumaat di Seremban siang tadi. But I don't know the exact location.

Mengenali arwah hampir 11 tahun lalu sewaktu pertama kali mengajar kami basic engineering, hand tools, maintenance practices dan yang sewaktu dengannya. Arwah amat meminati bola sepak. Sekiranya terdapat perlawanan malamnya, arwah pasti meluangkan masa untuk bercerita tentang bola di kelas esoknya.

Dahulu, ada juga aku menumpang arwah untuk pulang ke Shah Alam di hujung minggu. Sementelah arwah memang berulang alik dari Seremban ke Jasin setiap hari. Dan petang Jumaat seusai kelas, kami akan beramai2 menumpang kereta arwah sehingga ke stesen komuter Seremban. Tapi tak adalah sampai sendat keretanya.

Arwah memang baik. Tidak mudah untuk aku melupakan kebaikan arwah. Kali terakhir aku bertemu arwah hampir dua tahun lalu, di sebuah kedai makan di pekan Salak Tinggi. Dan sejak dari itu aku tidak lagi bertemu arwah, kadang2 aku menerima kiriman salam yang dititipkan. Banyak kenangan kami bersama arwah. Biarlah aku simpan kemas semuanya dalam lipatan kenangan. Mudah2an aku tidak akan lupa, biarpun aku kerap kali lupa.

Wednesday, April 20, 2011

update

Hari ni aku dah dapat jawapan untuk kisah semalam. Aku tak akan ke Selatan, boss besar tak bagi permission. Sedih? Sedihlah jugak sebab aku dah berangan nak singgah ke Batu Berendam, nak makan asam pedas daging tetel. Rindunya aku dengan asam pedas yang best!

But I will be heading to North instead of South. Mungkin aku boleh ubat ke'mengidam'an aku terhadap buah durian dan masak tempoyak. Aku dah mula berangan2 nak ke Tasik Taiping yang indah nan permai, menyelongkar misteri Kellie's Castle, atau mungkin menyusuri kenangan di Pulau Pangkor. Namun segalanya mungkin. Mungkin juga aku terus di sini, tidak ke mana2.

Baru kejap tadi aku dah settlekan visa cum ETA to Australia. Yang lain2 juga semuanya sudah diuruskan. Dan sekarang menunggu hari untuk berlepas sahaja.

Tuesday, April 19, 2011

menghitung hari

Haaa!!! Mesti korang suspen je bila tengok tajuk ni. Walaupun korang tak rasa apa2, tapi tolonglah buat2 suspen. Biarlah untuk kali ni aku rasa syok sendiri sikit, ya? Aku memang tak malu kadang2 tu, hehehe.

Pasal menghitung hari tu, kita biarkan dulu. Nanti2 aku cerita. Tapi aku memang betul2 menghitung hari pun. Owh, ketidaksabaran telah melanda diriku di saat ini. Sabarlah hati, kerana sabar itu sebahagian daripada iman.

Sabtu lepas, setelah mengisi minyak kereta aku memandu ala2 itik pulang petang gitu sementara nak menunggu bahan yang aku hantar untuk
photocopy siap. Auntie tu suruh aku datang collect selepas setengah jam. Sambil duk pusing sana pusing sini tu, ternampaklah orang jual durian kat tepi jalan. Secara automatiklah pulak kereta aku bagi signal dan berhenti kat tepi jalan tu, walaupun kereta aku sebenarnya manual transmission!


Akhirnya aku beli jugak durian nan sebiji ini. Katanya durian kahwin lah, itulah inilah, gedebak gedebush. Aku dengar aje, lebihnya kalau dia tipu pun aku bukan tahu apa2 pun pasal durian ni. Yang aku tahu makan je. Nasib baik jugak aku tahu macam mana nak kopek durian. Aku pilih yang ni sebab aku tertarik bila tengok durinya dan terus tangkap cintan. Nak tahu harganya? Sebiji ni RM17.00! Mahal yang amat, okay! Isinya agak sedap tetapi aku tak perasan masa belek2 tu ada part yang buruk. So, separuh aje yang selamat masuk perut aku. Hangus 17 hengget aku untuk durian yang tak sampai sebiji, huhu.


Balik kerja tadi sempat aku petik bunga melur yang sedang memutih kat dalam pasu. Kesian dengan pokoknya, dah hampir ditenggelami dek lalang yang tumbuh meliar. Malas betul aku nak berkebun macam dulu2. Tapi pantang tengok ada bunga, laju aje tangan aku nak petik. Sekarang ni aku rasa best sebab ruang tamu aku dah mewangi dengan haruman si melur.

Sambil duk menaip ni, perut aku duk craving for food pulak. Padahal lepas balik kerja tadi aku dah melantak makan nasi goreng ikan masin dengan telur dadar. Perut masih kenyang, tapi mulut pulak asyik terasanya nak mengunyah.


Sudahnya aku bangun berjalan ke dapur. Panaskan kuali, masuk minyak dan goreng benda alah ni. Aku tak tahu apa namanya, someone gave to me last week. Best jugak mengunyah sebab crunchy, tapi tawarlah pulak rasanya.

Aduyai, meleret2 pulak aku membebel. Nak mula menaip memang susah, tapi kalau dah menaip pun susah jugak. Susah nak berhenti. Apa? Owh, tunggulah kejap. Nanti aku ceritakan, no worrieslah. Ahakkss..

Pagi tadi aku dah confirmkan dengan company yang akan terima aku untuk attachment next month. Sekarang ni aku tengah menghitung hari duk menunggu approval from my boss to proceed. Pun menghitung hari jugak untuk ke Selatan tanah air. Yabedabedu!!!

Tadi aku dah send email kepada Konsulat Malaysia kat Canberra. To inform my short visit to Gold Coast end of this month. Aku rajin nak inform, just in case anything happen. Senang diorang nak search and rescue aku (aku berdoa dan berharap agar tiada sebarang kecelakaan pun terjadi). Tapi aku still tak apply ETA cum visa to Australia yet. Pun menghitung hari jugak sebab aku berharap untuk bertemu somebody kat sana, ahaks! Harapan yang sama tiap kali aku pergi bercuti, sama ada cuti2 Malaysia atau cuti2 luar Malaysia.

Aku pun duk menghitung hari jugak ni, bilakah agaknya almari buku yang aku tempah since February lepas nak siap. Katanya maksimum lima minggu, tapi sekarang dah dua bulan lebih. Tadi aku singgah, katanya lagi dua tiga hari siaplah. Penantian itu satu penyeksaan! Tiba2 pulak aku dengar Kris Dayanti menyanyi2 kat telinga aku. Menghitung hari... detik demi detik...... Hah, korang sambunglah sendiri walaupun macam agak lari lirik ni dari tajuk aku.

footnote: masa aku berjalan nak ke foyer untuk punch out petang tadi, ternampaklah pulak dengan si badigol yang aku menyampah sangat2. Punyalah tak nak bertembung dan menyampah punya pasal, aku terus buat koner baring masuk toilet, lagi bagus! Depan aku kemain lagi manis bicara, belakang aku segala macam dikutuknya. Agaknya kalau dia tahu brand underwear aku pun, boleh jadi bahan kutukan dan sesi menganyam ketupat untuk 18 bulan. Mulut macam longkang, mengalahkan Cik Kiah bergossip masa kenduri kendara kat kampung sebelah rumah mak aku!

Thursday, April 14, 2011

nak makan durian....

Dua tiga minggu kebelakangan ni aku asyik terasa nak makan durian je. Tapi malas betul nak durian hunting. Ada je dijual kat pasar malam, tapi aku pulak macam tak berminat. Bila dah sampai rumah mulalah terbayang2, rasa menyesal pun mulalah bertandang. Aduyaii...

Hari ni pun ada dijual jugak. Tapi biasalah, konon2 nak singgah sebelum balik. Tapi bila barang2 kat tangan dah penuh, malaslah pulak nak menyinggah ke tempat jual durian tu. Sudahnya telan air liur ajelah.

footnote: boleh plak gara2 sunglass yang aku pakai, brother tu terlebih pulangkan duit. Apa2 pun, terima kasihlah ye sebab puji sunglass I cantik, hehe...

Wednesday, April 13, 2011

beg baru lagi

ari ni aku sungguh gumbira kerana beg yang aku order melalui online since last Saturday dah selamat diterima. Sepatutnya semalam lagi aku dah terima. Tetapi memandangkan aku tak ada di rumah sewaktu encik posmen datang, maka kad ajelah yang ditinggalkan. Pagi tadi sempatlah aku singgah post office to collect my parcel.


Inilah begnya. Dua dalam satu, boleh digalas di bahu dan jugak dijadikan sling bag. Sudahlah saiznya besar, macam2 aku boleh muatkan. Aku dah berangan nak isi lappy, novel untuk dibaca dalam flight and also note book other than wallet, handphone, passport and another small items.


Ruang dalam yang besar dan luas.


Nampak tak label tu? Beg yang aku beli sebelum ni belum ada lagi label tu. Kalau ada sesiapa yang berkenan, bolehlah melawat ke sini, http://syasyacreative.blogspot.com. Aku pasti korang pun akan rambang mata seperti mana aku.

footnote: camana yer nak bagi gambar ni membesar? Jenuh dah aku cuba, tetap tak berjaya.

Saturday, April 9, 2011

merepek merapu

Malam ni aku rasa macam nak merapu. Since tak ada apa yang menarik untuk dikongsi, aku rasa biarlah aku merepek bagi menghilangkan kebosanan yang melanda. Lagipun blog ni memang kepunyaan aku dan aku berhak secara total ke atasnya. Berlagak sungguh cik Anne ni!

Beberapa hari lepas kami bergotong royong, melipat kotak2 kecil dan comel ini bagi persiapan kenduri kahwin kakak Eika, my housemate. Nak tunggu turn diri sendiri entah bila baru boleh jadi kenyataan. Jadi kami sama2 ambik feel orang punya, haha. Seronok jugak sambil bekerja kami bergossip. Yang tak menahan tu, boleh pulak kami pasang bermacam angan2!


Ini antara kotak yang dah siap dilipat. Cantik aja warnanya.

Setelah lebih sebulan Tesco Nilai dibuka dengan rasminya, baru hari ini aku berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke tapak kejadian, haha. Aku sampai tadi belum pun pukul 12 tengah hari. Masih banyak lot parking yang kosong. Barangkali waktu begini memang kurang orang berbelanja kerana peak hours dah berlalu.

Aku suka dengan Tesco ini kerana sebahagian besar ruang parkingnya berbumbung. Sekiranya berbelanja di hari hujan, anda tidak perlu risau kalau2 kebasahan. Ruang dalamnya juga menyenangkan, banyak kedai2 yang menjual pelbagai barangan lain serta terdapat medan selera di dalamnya.

Terdapat sebuah kedai di dalamnya yang menjual pakaian wanita. Shorts and skirts there was really nice. Akan tetapi sales girl kat dalam tu nak tak nak aje melayan, aku pun angkat kaki. Malas untuk berlama2 lagi. Kalau tidak, mahu bocor lagi wallet aku.


Akhirnya tadi aku register myself to this Tesco Clubcard. It's free and the person in charge at service counter is really kind! She even compliments my handwriting! (Kembang jap vontot aku, haha). Aku tak ada ambik gambar pun masa kat Tesco tu, alasan yang paling sinonim dengan aku adalah malu dan segan. Maybe one fine day, I will pay a visit again to Tesco and take more picture.

Ni pulak aku nak bercerita pasal supplement yang aku ambil since couple of months ago. Aku dapat rasakan perubahan terutamanya resdung aku dah berkurangan. Ada jugak perubahan lain yang tak perlu nak dihighlightkan kat sini, hehe. Tapi lately aku dah slow sikit. Harganya tak menahan, sekotak yang mengandungi tiga botol kecil di dalamnya berharga RM360.00. Dan setiap botol kecil untuk 300ml tu harganya RM120.00. Sepatutnya sebotol itu hanya bertahan untuk lima hari sahaja, dengan dua kali consumption daily, morning and night.


Inilah kotak dan botolnya. Disebabkan aku ni kedekut, sebotol ni boleh bertahan sehingga 10 hari. Aku cuma ambil di waktu malam sahaja.

Since the price make a big hole in my wallet, I decided to find another alternative which is much more cheaper. Do you guys taking any supplement and how does it works to you? I do make some research recently, but yet still didn't have any decision.

footnote: get another invitation for wedding reception today. Why are they like to choose my birth date as their big day? Unfortunately I'm not around during the date, will be travel as it is my present to celebrate my birthday.

Friday, April 8, 2011

am happy

Am so happy today. To be exact, it was yesterday since the time now is past 12 midnight. Nothing much actually. A simple thing itself could lead me to a big smile for the rest of the day.

It's confirmed now I still can sit for BCAR Section L instead of Part 66. Previously, the DCA of Malaysia had a new amendment regarding the transition of examination from BCAR Section L to Part 66 starting by this July. (Can I use the word transition here?)

This is giving me a huge responsibility and I should re-start as early as I could. This time will be tougher than before. And as for it, I am eyeing to go somewhere for an attachment. Most probably I will be choosing to go to the Southern instead of other part of country. If DCA could accept a non-Malaysia registration aircraft, I will offer myself to land in Perth with no doubt!

footnote: couple of days ago, someone asked about my status on behalf of somebody. As people can see, I'm always alone especially while driving (if not how could he mention about my car plate?). For those who keep asking me or wondering about the same matter, here is my answer. Yes, I am single but not available at this moment!

Monday, April 4, 2011

settle pun

Setelah sekian lama akhirnya settle jugak masalah bil Maxis aku yang datang dua kali sebulan semenjak dua bulan yang lalu. Kali pertama bil alien tersebut diterima, aku membayarnya tanpa banyak soal. Namun sebulan kemudian datang lagi dengan jumlah yang sedikit kurang dari sebelumnya. Apabila menelefon ke service centre, tiada penyelesaian diterima. Mereka meminta aku merujuk ke service centre yang berdekatan. Malangnya vitamin M aku terlalu tinggi untuk keluar kerana pastinya poket aku bolos lagi.

Khamis lepas aku menghantar email dan keesokkannya wakil Maxis menelefon aku. Pun begitu masalah tersebut masih tidak dapat diselesaikan. Dan hari ini aku menerima panggilan dari Maxis Centre Putrajaya. Tempat di mana aku berurusan sebelum ini.

Setelah berbolak balik dan tidak berupaya untuk menepis segala hujah yang aku lontarkan, si gadis call centre akhirnya bersetuju untuk menutup kes tersebut dengan waivekan bil yang telah aku terima. Walaupun bagi sesetengah orang RM35.10 itu tidaklah sebanyak mana, tapi bagi aku yang kedekut dan berkira ini jumlah tersebut boleh dikirakan agak banyak. Jangan tak tahu, jumlah tersebut aku dah boleh beli tiket flight pergi balik ke Banda Acheh sewaktu promosi untuk seorang!

Since the problem solved now, tak adalah aku nak tukar service provider. Lagipun insan setia seperti aku ni memang susah nak beralih arah tanpa sebab yang kukuh, hehe. Walaupun kesetiaan aku diuji buat ke sekian kalinya, namun aku masih teguh berdiri.

footnote: pemilihan Aznil sebagai pengacara membuatkan aku kembali menonton Akademi Fantasia. Bukan program yang aku suka, tetapi telatah pengacara yang membuatkan aku tak kering gusi dibuatnya.

Saturday, April 2, 2011

bercuti cara saya

headnote: apa yang tertera di bawah ini adalah melalui pengalaman dan pengamatan aku sahaja. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun, hanyalah pandangan dan pendapat peribadi.

Beberapa hari lepas, seorang kawan lama menegur di ruang sembang. Rupanya ada sebab beliau (aku namakan sebagai J) menegur aku. Ingin bertanya apakah pekerjaan aku kerana katanya aku seringkali bercuti ke luar negara. Tekaan J ternyata tersasar jauh bilamana meneka aku bekerja sebagai
stewardess. Tergelak besar aku dibuatnya, manakan tidak, aku yang kasar dan vokal ini boleh menjadi lemah lembut dan ayu sebegitu.

Untuk J dan juga sesiapa yang mempunyai tanda soal sebegitu, aku sebenarnya seorang mekanik cabuk. Bergaji biasa2 aje, cukuplah untuk bayar hutang. Beli apa yang patut dan menabung sama ada untuk waktu kecemasan mahupun bercuti. Rasanya sehingga ke hari ini, tidaklah sebanyak mana pun tempat yang aku lawati.

Sebenarnya, percutian aku selama ini tidaklah menggunakan jumlah wang yang banyak. Kalian yang kecoh nak tahu banyak ke duit aku tu, sebenarnya aku tak ada banyak duit pun. Macam mana aku boleh bercuti tanpa duit yang banyak, semuanya ada di sini.

1. Perancangan.
Anda kena rancang percutian tu jenis apa. Sekadar nak makan angin dan melihat2 tempat orang atau nak pergi bershopping. Berapa lama anda nak bercuti pun perlu diambil kira.

2. Beli tiket.
Anda memang perlukan tiket untuk melancong. Jadi, anda haruslah alert bila airlines buat promosi. Lepas tu banding2kan harga tiket dan perkhidmatan yang disediakan. Anda kena rajinlah, selalu jenguk website airlines ni. Kadang2 nak rebut harga murah punya pasal, berjagalah di awal pagi. Itu antara sebabnya tiket yang aku beli berbulan lamanya.

3. Tukaran mata wang.
Kalau pergi oversea, semestinya nilai mata wang berbeza. Anda kena tahu berapa kadar tukaran semasa. Ada negara kadar tukarannya sentiasa berubah2, dan ada negara yang nilainya agak stabil. Kalau nilai yang sentiasa berubah tu, rajin2lah tengok nilai semasa. Waktu nilai rendah tu, tukarlah sedikit demi sedikit. Banyak yang anda boleh jimat sebenarnya.

4. Tempat tinggal.
Bila dah beli tiket, dah tengok nilai mata wang. Tibalah masanya untuk anda book tempat tinggal. Selalunya aku akan check tempat tinggal low cost, bukan hotel berbintang2. Cuma setakat ini aku belum mampu untuk tinggal di dorm hostel. Sebab aku masih segan bila nak share bilik, aku ni pemalu orangnya, hehe.

5. Tempat menarik.
Dah sampai tempat orang, mesti nak tengok tempat yang menarik, ya tak? Selalu aku akan refer to the forum on trip advisor and sometimes through google search. Melalui blog pun banyak, kena rajin buat researchlah. Plan pulak kena ada Plan A and Plan B, just in case anything happen in between. Aku lebih suka travel free and easy, do not attach to any schedule.

6. Sebelum pergi.
Yang penting passport still valid more than six months before intended date. Sekiranya perlu, anda harus memohon visa, seeloknya seminggu atau dua sebelum pergi. Inform kedutaan atau wakilnya sebelum pergi melalui email (ramai yang tak buat, tapi aku buat).

7. Bila dah sampai.
Apa lagi, nikmatilah percutian anda sebaiknya. Sebelum itu anda harus tahu bagaimana untuk memulakan percutian anda, seeloknya anda ada map. Kat tempat anda menginap biasanya ada tour desk, anda boleh tanya kat situ. Information counter kat luar negara memang banyak, kalau tak pasti tanya aja. You may ask the locals too, they will help you. Malu bertanya sesatlah anda!

8. Pengangkutan.
Make use their public transport as much as you can. Rather than rent a car, it's better to rent a bicycle since you must take into account the gas and insurance. You also need to consider the parking and their road regulations too.

9. Sebelum pulang.
Pastikan pengangkutan anda untuk ke airport sudah diuruskan seeloknya sehari sebelum dan buat follow up call few hours before. Jangan habiskan semua wang anda, mungkin diperlukan untuk extra charges or excess baggage at check in counter in the airport later (if you fly with low cost carrier).

Bagi anda yang ingin bercuti secara budget, selamat merancang percutian anda. Sekiranya anda bercuti secara berkumpulan, lebih banyak yang boleh dijimatkan kerana anda boleh berkongsi bilik dan mungkin makanan. Don't be surprise because food portion served in Australia normally in large portion and I even cannot finish half of it!

footnote: dah lama aku teringin nak belajar rides a bicycle. Harap2 aku dah mampu mengayuh dengan lancar before next year. Tapi basikal belum beli lagi, haha. By the way, I am planning to have a week trip to Melbourne during Spring next year. Anyone want to join me?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...