Tuesday, March 22, 2011

bercampur-campur

Lama sungguh aku menyepi, padahal banyak benda yang aku nak share kat sini. Sudahnya tak tahu apa dan di mana nak dimulakan semuanya. Entah apa2 ntah (sambil garu kepala).

Perjalanan pulang ke kampung seperti biasa, dengan jarak hampir 400km aku sememangnya kepenatan memandu. Ditambah pula dengan cuaca yang sesekali hujan dan berkabus. Dan Sabtu itu juga aku merasmikan sunglass baru!


Sempat lagi aku capture gambar sewaktu memandu. Perlakuan yang mengundang bahaya bagi pemandu sebenarnya.


Sewaktu aku menyusuri laluan keluar ke tol Jabor, ada kemalangan yang berlaku. Sebuah kereta melintang jalan dan menghalang laluan. Beberapa orang pemandu lain keluar dan membantu pemandu terbabit untuk mengalihkan kereta tersebut. Sewaktu aku menghubungi talian LPT Hotline untuk mendapatkan bantuan, panggilan aku tidak bersambut. Sepatutnya LPT should more alert with their service especially during peak season!

Aku tiba di rumah lewat dari biasa. Adik2 dan dua abang ipar aku sedang berganding bahu memasang khemah untuk kenduri doa selamat yang akan diadakan keesokkan hari. Selain Aril yang tidak bercuti, aku merupakan yang terakhir tiba di rumah.

* * * * *

Disebabkan hujan yang turun, kecuali pada hari Ahad di mana kenduri diadakan, kami tidak ke mana2. Perancangan aku untuk membawa Sarah ke mini zoo juga terbantut. Sudahnya dek kebosanan, aku menyelongkar kotak mainan Sarah dan sama2 memasangnya.


Setelah siap di pasang dan diuji.


Sarah yang masih seronok dengan mainannya. Sebenarnya aku turut sama tumpang bermain. Siap bergaduh lagi dengan Sarah, berebutkan guli berwarna tersebut!

* * * * *

Pagi Sabtu lepas aku memandu pulang ke Sepang untuk kembali meneruskan rutin biasa. Sengaja aku pulang sehari lebih awal dengan harapan untuk mengunjungi Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya. Rasanya biarlah aku biarkan gambar yang berbicara on my behalf. Yang sebenarnya aku dah penat nak membebel kat sini, hahaha.
































Sewaktu balloon rescue yang pertama ini pulang, aku mula mengorak langkah untuk pulang ke rumah. Tidak sanggup untuk berlama2 di situ memandangkan esok aku akan kembali bekerja. Ditambah dengan kepenatan yang masih belum hilang sepenuhnya.


Dan hari ini, aku terima kiriman berupa dua biji kek lapis Sarawak yang aku pesan melalui seorang student dua minggu lepas. Yang hijau itu merupakan kek lapis Dayang Salhah dan si kuning di sebelahnya merupakan kek lapis Mira. Aku lebih sukakan kek lapis Mira yang basah. Aku pasti akan memborong lebih banyak kek lapis bila ke Kuching Julai nanti.

footnote: hari ni aku dah completekan e-filing. Korang kat luar sana tu dah buat ke? Jangan last minute baru kelam kabut nak fill up.

2 comments:

  1. anne, ko tak naik belon ke? nak naik kena bayar brp?

    ReplyDelete
  2. taklah, beratur panjang. 10 hengget je, tp x sure for how long. lg pun belon tu tethered.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...