Wednesday, March 30, 2011

where to go, what to do

Less than a month, I will be safely landed (hopefully) in Gold Coast. Apart from booking a room in Mermaid Beach, I still didn't do any plan yet. I've gone through their website but still didn't make any decision yet. Still got confusing to choose and make any booking.

I've check few blogs whose the owner has been there but yet I still don't know. Confusing, huh? However, no matter it is, I know that I cannot wait to land there. While writing to this blog, I also checking to the few websites which could attract me. And the result was none... nil... zero...


Picture courtesy from Ms Google

footnote: I wish I could sleep early tonight, but the movie on TV was really attract me to stay tune.

Sunday, March 27, 2011

a blooming sunday

Today I woke up late again after went to bed around 3.00 am in the morning after watched late movie, The Saint. And I missed a call from Brisbane, I even didn't heard the phone rang! What a really deep sleep thou.

After Zohor, we are heading to the Mines. I am looking for a small backpack to be use during my travel. I went to my must visit shop while looking for bag, but no one look good into my eyes today and after that I'm driving back to Alamanda Putrajaya.

Bought tickets for Big Mommas: Like Father, Like Son showing time 5.30 pm. In the mean time we went to Noodle Station to fill our stomach need. My first time to Noodle Station at Alamanda and second after Shah Alam, long time ago.


I ate this, Spicy Trio Springy Noodle and it taste good for my taste buds.


And the drink, I Miss you Lemonade.


I'm full now! Almost finishing everything in the bowl.


Just before move out. My stomach is really full at this point.

We still get some time before our movie start and decided to do fast shopping at Carrefour. Unfortunately, there is no available trolleys! And I've never been experienced this before. As we don't have much time left, we just grab some important stuff as we able to carry by hand. We heading to cinema after keep our stuff in car boot.


Bought drink and popcorn just before enter the cinema. Just imagine, we just finished with our late lunch about an hour before and now looking for some snack. Seems like I really have kind of perut stokin. Can put so many food into stomach.


After the movie done, I still got time to buy this pashmina before heading home. It looks nice with the color and soft enough to my skin. Definitely will joining me to GC!

footnote: looking forward for another shopping time next weekend. My wallet will be going thinner without even penny then.

Friday, March 25, 2011

bagi apa erk?

My trip to Gold Coast is about a month to go. After done with accommodation, now I'm working with the 'to do' list. At least even not all in the list can be completed, half of it should be good for a not so called single traveller.

And guess what? I got an offer from someone to spend a day with him and willingly to drive me to Mt Tamborine! In the other word, he will be my host for a day. I am really excited for that and cannot wait to walk by their rainforest's skywalk and cannot wait for that day itself!

Now I am wondering, what should I give him as a gift for being my host. Something that ke-Malaysia-an and he can use it as well. My dearest friend did suggest me to give him necktie or shirt with batik print, or else sarong. But as for me, sarong that sells here mostly made in Indonesia. Do you guys have any ideas out there? Please throw it here, in the comment box. Hence, I have a month to do a shopping. I really appreciates for every single comment given (macamlah blog aku ni ada pembaca setia, perasan yang amat.. hehehe...).

Counting the stars in the sky from my bed, also counting the days to land safely in Gold Coast. Pray to Allah, everything will be safe and sound.

footnote: bengang betul aku dengan ISP ni. Ada ke patut aku dah terminate berbulan dah, but the bill is keep coming. Memang menguji kesabaran betullah.

Tuesday, March 22, 2011

bercampur-campur

Lama sungguh aku menyepi, padahal banyak benda yang aku nak share kat sini. Sudahnya tak tahu apa dan di mana nak dimulakan semuanya. Entah apa2 ntah (sambil garu kepala).

Perjalanan pulang ke kampung seperti biasa, dengan jarak hampir 400km aku sememangnya kepenatan memandu. Ditambah pula dengan cuaca yang sesekali hujan dan berkabus. Dan Sabtu itu juga aku merasmikan sunglass baru!


Sempat lagi aku capture gambar sewaktu memandu. Perlakuan yang mengundang bahaya bagi pemandu sebenarnya.


Sewaktu aku menyusuri laluan keluar ke tol Jabor, ada kemalangan yang berlaku. Sebuah kereta melintang jalan dan menghalang laluan. Beberapa orang pemandu lain keluar dan membantu pemandu terbabit untuk mengalihkan kereta tersebut. Sewaktu aku menghubungi talian LPT Hotline untuk mendapatkan bantuan, panggilan aku tidak bersambut. Sepatutnya LPT should more alert with their service especially during peak season!

Aku tiba di rumah lewat dari biasa. Adik2 dan dua abang ipar aku sedang berganding bahu memasang khemah untuk kenduri doa selamat yang akan diadakan keesokkan hari. Selain Aril yang tidak bercuti, aku merupakan yang terakhir tiba di rumah.

* * * * *

Disebabkan hujan yang turun, kecuali pada hari Ahad di mana kenduri diadakan, kami tidak ke mana2. Perancangan aku untuk membawa Sarah ke mini zoo juga terbantut. Sudahnya dek kebosanan, aku menyelongkar kotak mainan Sarah dan sama2 memasangnya.


Setelah siap di pasang dan diuji.


Sarah yang masih seronok dengan mainannya. Sebenarnya aku turut sama tumpang bermain. Siap bergaduh lagi dengan Sarah, berebutkan guli berwarna tersebut!

* * * * *

Pagi Sabtu lepas aku memandu pulang ke Sepang untuk kembali meneruskan rutin biasa. Sengaja aku pulang sehari lebih awal dengan harapan untuk mengunjungi Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya. Rasanya biarlah aku biarkan gambar yang berbicara on my behalf. Yang sebenarnya aku dah penat nak membebel kat sini, hahaha.
































Sewaktu balloon rescue yang pertama ini pulang, aku mula mengorak langkah untuk pulang ke rumah. Tidak sanggup untuk berlama2 di situ memandangkan esok aku akan kembali bekerja. Ditambah dengan kepenatan yang masih belum hilang sepenuhnya.


Dan hari ini, aku terima kiriman berupa dua biji kek lapis Sarawak yang aku pesan melalui seorang student dua minggu lepas. Yang hijau itu merupakan kek lapis Dayang Salhah dan si kuning di sebelahnya merupakan kek lapis Mira. Aku lebih sukakan kek lapis Mira yang basah. Aku pasti akan memborong lebih banyak kek lapis bila ke Kuching Julai nanti.

footnote: hari ni aku dah completekan e-filing. Korang kat luar sana tu dah buat ke? Jangan last minute baru kelam kabut nak fill up.

Thursday, March 17, 2011

masih di sini

Today is the sixth day I'm here, at kampung. Most probably will be driving back to Sepang on Saturday morning. Some other things still not be able to carry out due to the raining all these days. Only the second day we have the sun all day but unfortunately not be able to going anywhere, because we have a small feast at home.

This morning looks like the weather is getting better. No rain except early in the morning and now birds are chirping happily. But clouds still covering the sun from shining.

footnote: at this time I miss my own bed.

Friday, March 11, 2011

balik kampung?!

I will be driving back to hometown tomorrow morning after my last visit was during Chinese New Year last month. It was really hard for me to make decision this time. Half of myself urged me to go home, and another half were not. So, I'm still in dilemma.

Until now, I still didn't pack anything even an undies. It shows how bad my mood to go home right now. No matter how, I still have to as what my sis said.

I might shorten my holiday due to the hot air balloon 2011 at Putrajaya from 17th March to 20th March 2011. As for sure, I don't want to miss the once a year event as its only four days event. I should go and capture more pictures and blog here.

footnote: today, an 8.9 magnitude quake hit Japan and now hitting Hawaii but with the lower magnitude. I hope and pray to Allah that everything will be okay soon and nothing bad happen afterwards.

Monday, March 7, 2011

fly firefly pulak

Hahaha... tak sabar nak tunggu hujung bulan Julai, sebab tadi aku dah booked ticket flight to Kuching. Before this I only fly with AirAsia (not to mention I did flying the Zodiac before!) and this time I give a try to fly with Firefly, with their brand new aircraft B737-800.

Trip to Gold Coast pun tak lepas lagi, pastu menyusul pulak trip ke Acheh (mudah-mudahan segalanya berjalan lancar kali ini). Berehat sekejap on June and will be continue on July before taking break for fasting starting by August 1.

I think this Kuching trip will be the closure for this year. Kalau dikira, dicampur tolak, didarab dan bahagi, agak meriah jugaklah percutian tahun ni. Tapi yang tak meriahnya adalah wallet yang semakin menipis.

Aku akan bercuti panjang dari sebarang percutian. Kerana aku merancang untuk ke Melbourne pada musim bunga tahun depan selama seminggu. Hanya perancangan awal, kerana aku harus melupakan percutian sempena my birthday celebration for the next year. Kalau duit berkepuk tak jadi masalah untuk cuti sakan.

footnote: aku harus mencari idea untuk menjana wang lebih banyak supaya keinginan dan kegilaan aku yang ini bisa dipenuhi. Bercuti memang seronok, yang tak seronoknya spending money for that.

Saturday, March 5, 2011

nilai 3 - giant nilai

Sudah hampir sebulan aku berhasrat nak ke Nilai 3, baru hari ini tertunai segala hasrat dan impian. Fullamak, ayat tak boleh blah lah plak, hahaha. Macam banyak je yang nak diborong hari ini. Padahal matlamat utama nak beli tikar dengan carpet kecik aje. Dalam pada itu, sempat juga membeli benda yang tak berapa penting. Nasib baik aku sengaja tak bawak cash yang banyak, itu pun cukup2 duit habis sebelum menyinggah ke Giant Nilai untuk withdrawal at ATM machine.

Tak payahlah aku letak gambar tikar dengan carpet tu, aku beli yang biasa2 aje. Murah jugaklah, sebab tikar dengan carpet tu aku dapat both for RM50.00. Itu pun jenuh aku mintak kurang, segala skill tawar menawar aku keluar lah. Tapi takat itu je aku berjaya mintak kurang.


Aku akhirnya tersangkut dengan bantal kecil yang comel ni. Kata uncle yang jual tu, bantal ni bagus untuk absorb heat dan macam2 lah. Jenuh uncle ni duk explain kat aku, last2 aku beli jugak. Aku nak try, kalau okay baguslah. Lagi pun aku ada masalah insomnia, kalau berkesan eloklah. Lagi pun bantal ni aku beli dengan harga RM10.00 je. Lama aku berbual dengan uncle ni, macam2 lah dia tanya. Siap berjanji nak carikan boyfriend untuk aku, lawak betul, hahaha!


On the way balik, kami singgah kat Giant Nilai. Dress ni aku beli kat gerai barangan Thailand yang ada kat luar tu. Bagus kainnya, cotton but not transparent. Terasa jadi perempuan ayu dan jelita kejap masa pakai dress ni, ahakkss!


Sambil temankan Eika; my housemate tu pergi check mata dan tempah cermin mata dekat Focus Point, aku pun tumpang dua kaki. Rupa2nya mata aku sebelah kiri pun rabun jugak. Nampak tak yang aku circlekan dengan warna merah tu? Hah, itulah dia. Rabun aku dalam 50 gitu. Malas betul aku nak buat cermin mata ni, biarlah dulu. Selagi aku masih boleh bertahan, aku bertahan je dengan kedegilan ni.


Sempat jugak aku sambar sunglass ni. Dah lama aku berhajat nak ganti sunglass aku yang dah berusia lebih tujuh tahun tu.


Kali ini jenama Elle pula yang menjadi pilihan aku. Dengan 50% less, tak lah banyak mana pun aku bayar. Namun agak menipis jugaklah poket aku hari ni.


Dan pokok ini, aku cukup suka dengan bunganya yang bewarna kuning. Terasa nak ambil dan tanam kat halaman rumah pun ada. Sempatlah aku snap gambar pokok ni tadi. Ada tak sesiapa yang tahu apa nama pokok ni? Terasa macam spring pulak bila tengok deretan pokok ni berbunga kuning, meriah gitu.

footnote: aku dah berangan nak bersunglass baru sambil mengukur panjangnya pantai di Surfer Paradise. Agak2 aku nak kena beli swimming suit tak? Padahal langsung tak tahu berenang!

Thursday, March 3, 2011

geram jer...

Korang rasa geram nak marah tak kalau masa korang nak balik rumah tu, budak2 duk main2 kat tengah jalan (ni panorama kat kawasan perumahan aku), mak2 pulak sibuk duk menganyam ketupat kat tepi jalan sambil bertepuk tampar, gelak2 ala mak lampir gitu. Anak dibiarkan bebas je macamlah jalan raya tu taman permainan.

Almost everyday aku menghadapi suasana yang hampir sama. Sudahlah tu, golongan mak2 tak mithali ni boleh pulak buat2 tak kisah. Padahal aku dah jeling sampai nak terkeluar biji mata, dengan mulut yang dah membebel2 tak tahu apa butir bicara. Agaknya diorang ni dah tak tahu nak bezakan antara jalan raya dan taman permainan untuk anak2 kot. Kalau diikutkan angin timur barat aku, mahu je aku bukak tingkap kereta luas2 dan cakap: 'jangan tahu buat anak aje, jaga anak tak tahu'! Tapi akal aku yang masih waras ni dapat menyekat kelaseran lidah aku.

Tolonglah faham wahai mak2 yang kerjanya dari pagi sampai ke petang menjadi suri rumah. Dalam waktu petang tu kan, ramai orang baru balik kerja. Bertimbang rasalah sikit, kalau nak bawa anak2 bermain pun, pergilah ke tempat yang sepatutnya. Padang permainan sikit punya banyak kat taman ni, tak cukup lagi ke? Kalau terjadi apa2, pemandu jugak yang akan dipersalahkan. Padahal itu adalah laluan yang sepatutnya untuk semua pemandu kenderaan.

Dan malam ni aku pening2 semut, dah dua hari aku mengantuk gila dari pagi sehingga malam. Dalam mengantuk tu pun, mata tak boleh nak lena, aduyai. Petang tadi pulak orang2 jabatan kesihatan buat fogging, dan kesannya aku bertambah pening.

footnote: apa aku mengarut ni? Buat2 faham je lah.

Wednesday, March 2, 2011

tipu sana, tipu sini

Malam ni tengah aku duk surf internet cari maklumat untuk my next trip, aku dengar TV3. Bukan tengok sebab mata aku duk mengadap skrin laptop, cuma telinga aku je dengar program yang sedang ke udara. Program 360 yang bersiaran selama setengah jam pada malam ini berkisar tentang kehidupan sosial warga kota.

Remaja di usia belasan tahun yang masih berada di bangku persekolahan sanggup menipu ibu bapa dengan alasan ke kelas tuisyen, mahupun stay back di rumah kawan untuk mengulangkaji pelajaran. Malah seorang remaja yang ditemubual tanpa sebarang rasa malu mengaku bangga kerana masuk club! Tambahnya lagi, dia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi kelab malam terutamanya ladies night dan di hujung minggu (aku sendiri tidak tahu apakah hari yang dilabelkan sebagai ladies night itu).

Di kelab dangdut pula lain ceritanya, dikunjungi oleh lelaki yang majoritinya berusia 40an dan ke atas. Malah seorang lelaki yang ditemubual mengakui menghabiskan tiga ke empat ribu sebulan semata2 untuk berhibur di kelab dangdut. Kunjungan hampir setiap malam itu memang tertutup rapi dari pengetahuan isterinya.

Kesemua mereka memberi alasan yang hampir sama, untuk release tension. Sesuai ke nak release tension kat tempat yang bingit dengan segala macam muzik dan lampu yang pelbagai warna. Lagi tension adalah kot. Sebagai student, aku rasa zaman tersebutlah paling enjoy, tiada masalah. Kerana aku juga pernah bergelar pelajar.

Kalau nak release tension, bagi aku lebih baik ke tempat yang menenangkan. Jauh dari sebarang keriuhan. Kalau dulu aku selalu ke tepi runway, melihat kapal take off and land dengan bunyinya yang membingitkan telinga boleh menerbangkan masalah. Tapi sekarang aku sudah jarang ke sana, kerana aku punya tempat baru untuk merehatkan minda.

Sungguh menyedihkan kerana majoritinya adalah di kalangan orang melayu yang pastinya beragama Islam. Minuman keras menjadi hidangan kemestian apabila mengunjungi kelab malam. Jadi, di manakah terletaknya nilai keimanan sebagai seorang Muslim. Iya, aku tahu, aku juga bukanlah seorang Muslim yang baik. Namun sehingga ke hari ini aku masih lagi tidak mempunyai hasrat untuk ke kelab malam. Alhamdulillah, rasa syukur tetap ada nun jauh di sudut hati aku kerana tidak terjebak.

footnote: sampai bila gaya hidup ini menjadi duri dalam daging, api dalam sekam. Nampak seolah tiada apa, tetapi kesannya amatlah parah. Kerana akan berkuranganlah golongan yang mempunyai nilai hidup yang bermutu, golongan yang berkualiti. Kalau sedari awal sudah pandai berbohong, sampai bila2 pun pembohongan itu akan tetap berlaku. Jadi, bilakah kejujuran itu akan ada?

Tuesday, March 1, 2011

entah lah

Entah lah, tak tahu macam mana nak mulakan. Nak kata buntu sangat pun, tak adalah. Tapi otak seakan tepu. Tak tahu apa yang nak diutarakan di sini.

Siang tadi bila nampak aku di halaman, abang sebelah sibuk menegur. Aku pun jawablah macam nak tak nak aje. Bukannya aku tak nak beramah mesra, rasanya cukuplah setakat ini sahaja aku menjadi seorang yang peramah. Aku takut kalau2 ada lagi orang lain yang salah anggap keramahan aku. Kalau bujang tu tak adalah aku nak risau sangat, hahaha.

Susah jugak ye kalau jadi orang yang banyak cakap dan terlebih peramah ni. Lama2 nanti aku yang kena baling dengan lesung batu. Bukan sebab keramahan, tapi disebabkan ada yang cemburu dan makan hati. Aku bukanlah peramah mana pun, tambah2 dengan orang yang baru dikenali. But once dah kenal aku boleh bertukar 360 darjah, dari seorang yang pendiam dan kelihatan sombong aku menjadi seorang yang mesra.


Balik kerja petang tadi aku masak nasi goreng tomyam untuk dinner aku. Today, my dinner a bit late. Lepas habis kerja aku singgah di hardware, beli jaring untuk cover cermin tingkap yang dah pecah. Malam tadi kucing masuk dan selongkar tong sampah di dapur, hangin betul aku. Bila dah siap bertukang semua, hari dah agak lewat. So, masak pun lewatlah.

Tengah masak tu, sempat pulak aku keluar dengan seksi seksanya sebab malas nak tukar baju seluar, ambil daun limau purut. Bila dah kunci grill, baru teringat nak ambil serai. Sebab dah malas nak keluar lagi, itu ajelah ramuannya. Kalau ada serai, mesti lagi terangkat! Saja aku masak banyak, esok bolehlah aku bawak bekal ke tempat kerja. Dah lama aku tak bawa bekal, semenjak aku berpindah ke hangar hampir dua tahun lalu dan sekarang aku kembali ke workshop. Tetiba pulak menjadi rajin, wakaka.

footnote: kenapa susah sangat nak minta maaf bila berbuat salah? Aku tahu, kadang2 kesalahan dan penipuan itu sekadar untuk suka2, tetapi sebenarnya tanpa sedar dah menyusahkan ramai orang. Sorry seems to be the hardest word.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...