Sunday, February 27, 2011

kepenatan

Lebih seminggu aku tidak menulis di sini. Banyak yang terjadi dalam tempoh lebih seminggu ini. Perasaan aku bercampur baur, berkecamuk dengan pelbagai kisah. Namun untuk berkongsi dan bercerita di sini, aku tidak mampu dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Sudahnya, aku hanya berdiam diri dan menyimpan kemas di dalam kotak memori.

Semenjak aku memulakan kembali jahitan cross stich yang terbengkalai, aku benar2 kepenatan. Mana tidaknya, setiap kali aku menyentuh jarum dan benang, badan aku terutamanya bahu akan lenguh2. Sudahlah mata aku semakin sakit, untuk mengira setiap kotak dengan pelbagai simbol dan memastikan semuanya tepat. Rasanya aku tidak mampu untuk menyiapkan sebelum tarikh tersebut. Aku perlukan masa yang lebih panjang untuk menyudahkannya.

Aku berhasrat ingin kembali ke Perth awal November ini, sempena dengan Hari Raya AidilAdha. Ingin sekali menikmati spring di bumi kanggaru. Namun kerana jumlah perbelanjaan yang agak besar dek disebabkan currency, aku mungkin membatalkan keinginan tersebut. Walau apa pun, mungkin ada peluang lain di lain waktu.

Lagi dua bulan aku akan ke Gold Coast, percutian solo untuk kali ke dua. Keduanya negara yang sama, tetapi berlainan province. Aku semakin tidak sabar menghitung hari, detik dan waktu. Namun aku masih belum membuat sebarang research berkenaan Gold Coast. Masih punya banyak waktu untuk itu. Selalunya bila tinggal lagi lima minggu, barulah aku akan gigih mencari apa yang patut. Rasanya kalau ada teman, pasti percutian ini lebih menyeronokkan. Namun apakan daya, hanya aku sahaja yang akan ke sana.

Aku rasa rindu, rindukan seseorang yang berada nun jauh di Eropah. Tapi aku rasa dia sudah hampir melupakan aku di sini. Sudah lama kami tidak berhubung, semenjak arahan ibunya. Hampir setahun rasanya. Mungkin suatu hari nanti, jikalau tabungan aku mencukupi, aku akan ke negaranya. Mungkin aku boleh menemui dia di sana, bertemu dengan orang yang pernah dikasihi, ahakss!

footnote: bila aku kata nak balik Perth, kawan2 aku gelak tersedak2. Katanya tak menahan tu. Namun dalam gurauan itu, aku benar2 menanam keazaman. Semoga hasrat aku untuk berkampung di bumi Perth benar2 terlaksana.

Thursday, February 17, 2011

mulakan kembali

Setahun lebih aku peram cross stitch ni, baru semalam aku buka balik kotak yang kemas tersimpan dan keluarkan segala isi perutnya. Kali terakhir aku pegang jarum dan benang ni sebelum tersimpan kemas adalah penghujung Ramadhan dua tahun lepas. Niat untuk menyambung kembali memang dah lama, cuma asyik tertangguh dengan pelbagai alasan.

Semalam entah apa mimpi sehari sebelumnya pun aku tak tahu. Malam tadi aku dah start kembali, walaupun sedikit tapi at least ada jugak something. Bila dah lama terperam ni, memang susah nak ambil feel balik. Berpinar2 jugaklah biji mata aku malam tadi. Konon2 nak hadiahkan untuk seseorang, but I'm not sure whether I can finish it on time or not.


Sepanjang Ramadhan dua tahun lepas, tak sampai pun sesuku yang berjaya aku siapkan. Harap2 by early next month I can finish it!


Ini the other view with all the threads inside the small box. Making cross stitch is not an easy job, very details. With the symbols, the thread color code, the stitch bagai. Mahu terkeluar biji mata. Itu belum lagi dengan lenguh2 bahu. But once dah nampak rupa sikit, hati dah berbunga2 seronoknya. Padahal banyak lagi yang belum disentuh!

Tengah hari tadi aku called spa yang aku pernah pergi before this. Actually I still have one slot for facial, and I've already made the payment. Unfortunately, the number that I called was not in service anymore! Bengang sungguh! Terasa sungguh kerugiannya. Kalau ya pun nak close the business, at least inform the customer. Bolehlah we all decide sama ada nak go and get the service or just leave it.

This time aku rasa aku patut manjakan diri aku dengan lebih kerap lagi. Tanda penghargaan buat diri aku yang dah berpenat lelah selain daripada menghadiahkan percutian for myself, haha. Nampaknya weekend ni aku kena ushar spa baru lah. Bab nak ushar mengushar ni malas sungguh aku! Aduyai....

Apa lagi ye, benda yang aku selalu buat sebelum ni tapi dah lama aku tinggalkan?! Haa! Dah lama aku tak berexercise, berjogging bagai. Yang itu kena cari kerajinan terlampau baru aku dapat mulakan kembali. Bukan tak nak, tapi atas sebab2 yang tertentu terpaksalah aku lupakan seketika. Harap2 lepas ni aku akan dapat kembali kekuatan untuk itu.

Bukan itu aje, berkebun pun dah lama aku tak buat. Pokok2 yang aku tanam sebelum ni pun macam dah tak berseri. Dah lebih separuh aku hantar ke kampung, dan sesuku dah mati. Rumput dan lalang pun dah semakin subur pulak tumbuh, walaupun aku tak siram dan tak berbaja. Nampaknya aku kena meringankan tangan dan kaki untuk dapatkan laman yang indah dan menarik macam dulu2.

footnote: petang tadi aku dah tempah almari buku baru. Kata akak tu, dalam tiga ke empat minggu siaplah tempahan aku tu. Tak sabar nak tengok almari tu siap, berbaloi atau tak dengan jumlah yang aku laburkan walaupun tak adalah mencecah 1K. Sukanya.... hehe.

Monday, February 14, 2011

makan lagi...

Lately banyak betul aku makan. Since from the day I went home sampailah sekarang. Tak habis2 dengan makan, banyak pulak tu. Masa kat kampung, jenuhlah makan nasi dagang setiap hari. Tapi tak ada pulak nak muak ke apa. Mungkin sebab dah lama aku tak makan agaknya.

Lepas tu rasa kempunan nak makan ketam pun dah tertunai. Bonda masakkan ketam goreng berempah specially for me. Time tu lupa pulak nak ambik gambar. Once dah habis baru teringat.


Dan ini pulak nasi beriyani yang aku beli kat pasar tani Taman Seroja. Kakak yang berniaga tu tinggal kat Taman Ixora. Setiap Isnin, aku tak pernah miss beli nasi beriyani ni. Nasinya just nice, tak berminyak. Yang paling aku suka lauk dagingnya. Aku tak sure masak apa, but very nice to me. Ditambah pulak dengan acar mentahnya dan papadom. Memang terangkat! Harganya RM7.00 sebungkus, tapi memang kenyang giler2 lah sebab banyak. Sebungkus ni nak share dua orang pun boleh sangat.

Lepas ni tak tahu lah apa lagi aku nak makan. Pagi tadi dah makan mee kari, best! Esok public holiday, kalau jalan2 cari makan pun best jugak ni, ahakss...

footnote: kalau nafsu makan aku sentiasa membara macam sekarang ni, nampaknya misi untuk menurunkan berat badan tak akan tercapai. Sudahlah nak berexercise pun malas akhir2 ni. Aduyai....

Saturday, February 12, 2011

soto, kek coklat dan rambut baru

Dah hampir sebulan aku teringin nak makan soto. Sewaktu di Padang, soto mereka yang berbeza menyebabkan aku mencari2 soto sebaik kembali ke tanah air. Namun kekangan waktu dan kesihatan yang sekejap on and off membuatkan aku tak berkesempatan untuk menikmatinya.

Khamis lepas, aku singgah di pasar malam Taman Seroja. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku beli soto. Kebetulan hari tu aku pulang agak lewat dari biasa. Selalunya sewaktu aku tiba, mak cik yang jual soto tu masih belum sampai. Rezeki aku hari itu, Alhamdulillah.


Soto yang telah memenuhi keinginan aku. Walaupun rasanya biasa2 aje, tapi ia lengkap dengan kacang, isi ayam, nasi himpit dan sambal kicapnya. Cukup untuk menghilangkan rasa mengidam aku.

Bila dah dapat soto, terasa pulak nak makan benda lain. Nafsu makan aku ni kadang2 memang menyusahkan jugak. Sebabnya bila dah dapat makan, macam2 pulak komennya. Itu tak kena, ini tak cukup, terlebih terkurang lah. Macam2 hal. Tapi kalau suruh aku masak, nampaknya tahun depan pun belum tentu dapat makan lagi, haha.

Sudah sekian lama aku tak dapat makan kek coklat yang sedap. Selalunya bila aku teringinkan kek, apa yang aku dapat rasanya biasa2 aje. Itu pun aku beli dekat bakeri, dengan harapan rasanya sesedap harganya. Namun hampa belaka.


Kek coklat lembab ini sedap sungguh. Melekat di tangan, cair di mulut. Seketul ni harganya RM10.00. Bagi aku walau berapa pun harganya, aku akan beli jika rasanya memikat lidah dan perutku. Kek ini pun Eika, my housemate yang perkenalkan dan tolong beli. Kek ni ada dijual di bangunan MAB, itu pun bukannya setiap hari. Cuma antara hari Rabu dan Khamis sahaja, kadang2 akak yang berniaga tu tak datang pada hari tersebut.

Dan petang tadi, aku akhirnya ke salun. Setelah sekian lama berhasrat untuk memotong pendek rambut, akhirnya terlaksana petang tadi. Sekarang rambut aku dah separas bahu. Sejak akhir2 ini, keguguran rambut aku semakin teruk dan rambut aku semakin menipis. Risau dengan keadaan itu, aku ke salun untuk mendapatkan rawatan. Harap2 selepas ini rambut aku kembali menyinar.

footnote: malas sungguh aku nak ke pasaraya. Walaupun banyak yang perlu dibeli, namun kemalasan mengatasi segala2nya. Rasa malas turut mengambil bahagian untuk membasuh pakaian. Sudahnya, pakaian kotor dah berbaldi tak basuh. Aduhai, bilalah vitamin M ni nak habis.

Wednesday, February 9, 2011

susah sangat ke?

Sakit hati betul kalau bila memandu, ada orang yang tak mematuhi peraturan. Bukan susah pun kalau nak bagi signal bila nak masuk simpang atau keluar simpang. Tak adanya nak kena berhentikan kereta, keluar dan bagi signal. Atau pun nak kena keluarkan tangan dan letak signal kat atas bumbung kereta.

Semua kereta yang terjual memang dah lengkap dengan segala macam keperluan untuk memudahkan kita semua. Kalau tak, tak adanya orang nak beli kereta kalau menyusahkan. Bila nak bagi signal, just push the toggle up or down. Guna jari aje pun! Dah sah2 ada kat sebelah stereng tu, sama ada sebelah kanan atau sebelah kiri, depends on your car made. Tak perlu pun bantuan orang kedua atau ketiga. Sebabnya ramai yang memandu seorang pun boleh jadi pemandu berhemah.

Penatlah bila bercakap pasal attitude drivers kat Malaysia ni. Dan yang tak bestnya bila aku asyik menyumpah seranah bila bertembung dengan pemandu yang tak berhemah ni. Bertambah2 dosa aku, sudahlah pahala yang ada pun tak seberapa.

Kalau korang tak nak pakai seatbelt, itu korang punya pasal. Sebab kalian tak menyusahkan orang lain dan kalau kena saman pun, it's only you!

footnote: macam mana aku boleh terlupa stok shower gel aku dah lama habis. Luckily I have my travelling pack with me. Kalau tak, terpaksalah aku guna sabun biasa. Lately aku semacam kurang fokus, even while driving!

Monday, February 7, 2011

percaya atau tidak

Aku dah selamat kembali ke Sepang petang tadi. Hujan renyai2 menyambut kepulanganku. Aku tiba lewat sejam dari yang dijangka. Itu pun sebab tersangkut dengan traffic jammed di Ampang. Dan agak lama jugak aku bercuti dari berblogging.

Aku bertolak pulang pagi Khamis lalu setelah menghampiri jam 8.30 pagi. Perjalanan dari Sepang melalui Cheras dan Ampang berjalan lancar. Namun sebaik menghampiri susur keluar ke Tol Gombak, kelihatan berderet kereta sedang berbaris. Sebaik melepasi tol, perjalanan bergerak perlahan, aku tidak berupaya untuk memecut laju, alahai kesian.

Sebaik melepasi Tol Karak, Alhamdulillah. Perjalanan semakin lancar dan aku berupaya memecut melebihi had laju yang dibenarkan. Risau juga kalau2 ada surat saman yang menanti. Segala2nya lancar sehinggalah aku memasuki Cherating dan perjalanan seterusnya ke rumah.


Sewaktu di Tol Jabor. Agak banyak kenderaan yang menunggu untuk tiba giliran membayar tol. Perjalanan aku masih lagi berbaki lebih 100km.


Kawasan biasa berlaku kesesakan terutamanya bila waktu puncak. Penat aku menekan pedal clutch dan brek hanya kerana menunggu untuk melepasi jambatan.


Inilah jambatan yang menjadi penghubung, namun jambatan ini juga yang menjadi punca kesesakan.

Perjalanan pulang dan kembali ke Sepang seperti biasa, tiada yang istimewa. Tiada peneman, hanya seorang diri. Kebosanan di sepanjang perjalanan, hanya radio yang sudi menemani. Rasa mengantuk memang sentiasa mencari peluang untuk hadir, benci sungguh!

Sekali lagi aku diserang penyakit ganjil dan pelik. Bengkak2 bermula dari leher, bawa ke muka, bahagian belakang badan, bahu dan lengan sebelah kanan. Tempat lain tak ada pulak. Tempat yang bengkak terasa panas sedangkan bahagian lain seperti biasa. Bila malam aje, leher dan belakang badan terasa gatal yang amat. Kali ini bengkaknya memang paling teruk jika nak dibandingkan dengan yang terdahulu.

Jika dahulu aku sekadar beranggapan tiada apa yang pelik. Namun bila Bonda dapat merasakan sesuatu aku menjadi cuak. Naluri seorang ibu selalunya benar. Itulah antara anugerah terhebat yang Allah kurniakan buat insan yang bergelar ibu.

Entahlah, antara yakin dengan tidak, perasaan tu sama banyak. Kadang2 aku terfikir, masih wujudkah manusia yang nak sihir menyihir orang dalam zaman moden ni? Masih adakah manusia yang mempercayai selain Allah padahal dirinya mengaku seorang Islam? Sukar untuk aku mendapatkan jawapan padahal bukanlah sesukar mana pun persoalannya.

Namun sampai sekarang aku masih lagi dalam dilema. Rasa tidak percaya lebih banyak. Kerana bagi aku, selagi aku tidak mengganggu orang lain, selagi itu aku tidak akan diganggu. Tapi rasanya aku tersilap, selama ini pun aku banyak diganggu. Bila aku merenung apa yang berlaku semenjak tahun lepas with the things happen, it make sense. But this time, I'm trying to be good. Just forgive and forget. After all, I cannot turn back all those days.

I also thought, this would be another ujian dari Allah, untuk menguji keimanan aku yang teramat nipis, lebih nipis dari kulit bawang. Terlalu banyak kesilapan dan dosa yang telah aku lakukan di sepanjang kehidupan ini. Mungkin dengan penyakit yang tak seberapa ini aku akan lebih dekat denganNya. Dan siapa tahu mungkin akan terselit anugerah terindah selepas ini. Segala2nya kita hanya mampu berusaha untuk menjadi lebih baik.

footnote: bolehkah kita percayakan mimpi yang seringkali mengindahkan lena kita?

Wednesday, February 2, 2011

a very long weekend

Tomorrow morning I will be driving to my hometown since it's a long weekend in conjunction with CNY celebration. It will be the first in this new year with hope it wouldn't be the last. Most probably I will be getting home again next month. I wanted to spend more days with my family but after all I will be missing my own bed.

Until now, I still didn't pack my luggage but the items to giveaway already in the car boot. I'm always get lazy to packing for luggage, doesn't matter either I'm going for travel or anything else. Was really hard to make everything in good mood.

Wishing my journey tomorrow will be good with good weather and of course with a good traffic. Doesn't mean that I'm going to speed over, but unfortunately it will happen. Otherwise I will be sleepy all the way home!

footnote: I'm always failed while cooking porridge even by referring to the recipe. It's confirm now I'm not a good cook and never be one!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...