Monday, January 31, 2011

sebulan sudah

Hari ini hari terakhir di bulan Januari di tahun baru ni. Cepat betul masa berlalu, seolah2 terbang meninggalkan kami semua. Dah sebulan berlalu tahun baru 2011, juga telah sebulan batuk aku tak hilang2. Ingatkan lepas balik bercuti, sihatlah jadinya. Tapi sama jugak seperti sebelum bercuti. Dah macam2 ubat aku telan. Atau aku nak kena bercuti ke tempat yang lebih jauh, barulah batuk aku akan hilang?! Ada pulak ubat batuk yang mujarab tu bercuti. Macam2lah...

Tadi bos aku dah suruh submit untuk re-sit exam. Tapi aku pulak tak berapa nak confident lagi. Kalau boleh second attend ni biarlah aku well prepared. But lately seems so lazy to open books and start reading. To get the feeling and mood tu susah bebenor, bagai nak bercinta je layaknya. Tapi memang pun bercinta, bercinta dengan ilmu2 yang berfaedah. Cinta yang tak akan menyakitkan dan melukakan aku.

Khamis ni aku akan memandu pulang ke kampung. Hampir lima bulan aku tak jenguk kampung halaman, padahal bukan jauh sangat pun jarak dari Sepang nak ke Paka tu, lebih kurang 400km aje. Tetapi memandu seorang memang membosankan untuk jarak yang sebegitu.

footnote: kalaulah segala apa yang dirancang dapat direalisasikan, alangkah indahnya hidup ini. Tapi tak semua yang dihajati tu akan tercapai. Aku teringin betul nak buat bungee jumping kat New Zealand. Hopefully by next year I can make it true, Insya Allah.

Thursday, January 27, 2011

finally

Almost a year from the day I bought this book, and finally today I'm finished the reading. It's really takes very long time for only 311 pages. I do know the reason why, hahaha.

This book was with me to Perth, Australia and also to Padang and Bukittinggi, Indonesia. But still unable to finish it on time. Very bad because I can finish reading a novel with 700 pages over in one day!


This book is not heavy, and it stress more on the Solat, Fasting, Zakah and Hajj. A good reading material for 'not a good Muslim' like me and also for those who wanted to know about Islam. But reading this book only is not enough, there is lot more to find and read other than learn from an appropriate person.

Sunday, January 23, 2011

hangatnya hati

Bila memikirkan perkara yang satu tu, tak pasal2 aku rasa hangin satu badan. Kalaulah aku berdepan dengan orang tu, nak aje aku cepuk2, biar kojol aje. Ada otak tak nak guna. Umur je dah banyak, tapi tak tahu nak berfikir secara matang.

Kalau diikutkan rasa menyampah, memang aku malas nak ambil tahu. Lantaklah apa nak jadi pun, nak tunggang terbalik ke, nak jatuh tertonggeng ke, hapa ke... Tapi bila memikirkan Bonda yang akan tanggung segalanya, aku jadi tak sampai hati.

Setakat hari ini, aku masih mampu menahan diri untuk tidak bercakap dengan orang tu. Sebab bila aku dah bukak mulut, hot temper aku akan berdesup2 naik. So, aku guna orang tengah. Harap2 janganlah sampai aku terpaksa take over.

Sampai sekarang aku masih lagi berbelah bagi, sama ada nak balik kampung atau tak next week. Since CNY jatuh pada Khamis dan Jumaat, maka long weekendlah maknanya. Tapi aku malas nak balik lagi lepas tu, penat driving tak kan hilang sehari dua. Itu belum lagi nak ambik mood untuk kembali bekerja. Baik aku pergi bercuti kat mana2. Boleh release segala tension.

footnote: aku terlupa Qaseh dah due untuk diservis lagi. Aduhai, bila lah agaknya aku nak call service center to make an appointment ni.

Saturday, January 22, 2011

bukittinggi - pdg - kul: day3

Hari ketiga, merupakan hari terakhir kami di sini. Penerbangan aku ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 3.55 petang waktu tempatan. Belum pun pukul 9.00 pagi, Pak Nadra sudah menunggu di hotel sementelah kami mahu dijemput pada jam 9.00 pagi. Tiada apa yang istimewa pada hari ini. Seperti biasa, biarlah gambar yang berbicara.


Sarapan pagi kami yang dihantar ke bilik. Nasi goreng, bihun goreng, tauhu, teh dan kopi. Kuih hijau itu aku ingatkan buah melaka berdasarkan rupa dan bentuknya. Tetapi hanya rupanya seakan buah melaka, tiada gula melaka di dalamnya dan rasanya agak manis.


Sebelum meninggalkan hotel, aku sempat bergambar kenangan di pintu masuk.


Ngarai Sianok, jaraknya dari hotel tidaklah terlalu jauh. Kami singgah dalam perjalanan pulang ke Padang.


Lubang Jepang ini terletak di kawasan yang sama dengan Ngarai Sianok. Tetapi tiket masuknya berbeza.


Tangga yang menuruni ke dalam Lubang Jepang ini. Suasananya diterangi lampu kalimantang, udaranya dingin dan selesa.


Bergambar di pintu keluar Lubang Jepang. Kami memasuki tunnel ini dari arah lain dan keluar melalui laluan berbeza.


Masjid ini pun berbumbungkan bentuk minangkabau. Menurut Pak Nadra, Pak Lah menderma untuk pembinaan masjid ini dan turut bersolat di sini sekiranya berkunjung ke Bukittinggi. Benar atau tidak, hanya Allah yang tahu.


Sempat singgah sebentar untuk bergambar di Lembah Anai. Abaikan orang2 yang berada di sekitarnya, berikan tumpuan anda pada si gadis ayu ber t-shirt merah berseluar senteng, ahakss!


Aku turut merasakan tempias dingin dari air yang jatuh ke bawah walaupun berdiri agak jauh. Sejuk dan menyamankan.


Sebelum aku meninggalkan air terjun ini, aku sempat melihat ada pengunjung yang mandi di kawasan ini. Barangkali orang tempatan.


Walaupun sekadar gerai jualan di tepi jalan dan keadaannya agak daif, parabola tetap terpacak dengan megahnya di setiap bumbung.


Tiba saatnya untuk terbang pulang. Bangunan Bandara International Minangkabau dari jauh. Di lapangan terbang ini lah akhirnya aku berbahasa Inggeris kerana rasa marah dan tidak berpuas hati dengan kakitangan syarikat insuran yang memaksa kami membeli perkhidmatannya. Bila tengok aku dah naik angin, cepat2 wanita itu memulangkan pasport kami. Panas betul hati aku.

footnote: setiap kali ke Indonesia, aku perhatikan rakyatnya akan berusaha dengan apa jua cara untuk mendapatkan wang walaupun dengan menipu dan memaksa. Dan mangsanya adalah di kalangan pelancong, termasuk aku. Aku sudah pun merasmikan beg baru untuk percutian kali ini.

bukittinggi: day2

Hari kedua di Bukittinggi, hujan turun di sebelah pagi membuatkan aku makin menarik selimut membungkus tubuh. Masa yang bergerak terlalu perlahan dirasakan. Sarapan pagi kami dihantar ke bilik, tetapi aku terlupa nak ambil gambarnya.

Hampir jam 10.00 pagi kami berjalan dari hotel menuju ke Pasar Atas. Kebanyakan kedai baru hendak memulakan perniagaan dan kebanyakan para pekerja sedang sibuk bekerja. Hari kedua ini banyak dihabiskan dengan aktiviti membeli belah. Jom layan gambar!


Jam Gadang, kawasan ini merupakan tempat melepak orang2 tempatan sambil ada yang mengambil kesempatan berniaga. Waktu ini kami dari Plaza ingin ke Pasar Atas.


Gerai yang banyak di kiri dan kanan laluan ini menjual pelbagai barangan. Di laluan ini hanya terdapat barangan berupa pakaian dan perhiasan. Sesuai untuk dijadikan cenderamata.


Di laluan ini barangan jualan lebih kepada makanan. Hujan di awal pagi menyebabkan laluan ini sedikit becak. Dan tanpa disangka kaki seluar aku turut basah terkena becak ini. Aduhai, sungguh tak selesa.


Pasar Atas dari pintu belakang. Dari jauh sudah kelihatan telekung dan pakaian yang tergantung, penuh tarikan dengan sulamannya.


Berhampiran Jam Gadang. Bumbung bank di hadapan itu sungguh menarik dengan rekabentuk minangkabaunya. Kereta kuda tersebut dipanggil bendi di kalangan orang2 tempatan.


Kat sini pun ada Aussie Bordir. Aku pun pelik macam mana boleh dapat nama Aussie tu. Dan aku selalu terlupa untuk singgah ke kedai tersebut. Sampai ke sudah aku tak berkesempatan.


Pasar Atas dari hadapan. Di sekeliling bangunan pasar ini dipenuhi dengan gerai2 kecil yang menjual pelbagai barangan. Padat dengan peniaga dan pengunjung.


Jam Gadang dari hadapan. Gambar ini diambil pada waktu petang, sebelum pulang dalam kunjungan kedua pada hari yang sama.


Akhirnya aku menaiki bendi ini untuk pulang ke hotel. Selain bau Tony, kuda yang membawa kami ini serta tempat duduknya yang sempit, ianya merupakan pengalaman yang menarik untuk dikenang.


Tugu ini terletak di tengah bulatan. Aku perhatikan di Padang dan Bukittinggi ini terdapat banyak tugu seperti ini.


Untuk makan malam, kami hanya order dari room service. Sate yang aku makan amatlah masin, begitu juga dengan kuah kacangnya. Namun aku berjaya juga menghabiskan, lagi pun hanya dua cucuk sahaja. Kalau banyak, aku pasti tak mampu untuk habiskan semuanya. Untuk sepinggan nasi goreng aku ini, harganya Rp25,000.00 tidak termasuk 21% tax! Mahal bukan?!


Minuman kami pada malam itu adalah Milo suam yang berharga Rp14,000.00 setiap satu, juga belum dicampur tax 21%.

Aku sukar untuk melelapkan mata sesudah makan malam walaupun kepenatan. Mungkin rasa hati yang libang libu memikirkan perjalanan pulang ke tanah air petang esoknya.

footnote: kalau diikutkan nafsu berbelanja, rasanya aku mampu menghabiskan lagi beberapa ratus ribu Rupiah, mungkin juga juta Rupiah. Tetapi apabila memikirkan kebarangkalian excess baggage, aku mematikan hasrat tersebut.

Friday, January 21, 2011

kul - pdg - bukittinggi: day 1

Alhamdulillah, akhirnya hari yang ditunggu2 tiba jua. Dengan separuh perasaan teruja dan tidak sabar beserta dengan sebahagian lagi perasaan cemas dan khuatir. Serta kerisauan yang tidak putus2. Penerbangan pertama untuk tahun 2011, dan juga penerbangan pertama aku ke Padang setelah gempa bumi pada Oktober 2009.

Kami bertolak dari rumah sekitar jam 6.00 pagi. Dihantar oleh my BFF yang sanggup dan rela bangun lebih awal dari biasa dan terus ke tempat kerjanya selepas itu. Setibanya di LCCT, kami terus ke kaunter untuk check in memandangkan masa sudah semakin suntuk.

Alhamdulillah, pesawat yang membawa kami selamat mendarat di Bandara International Minangkabau seperti yang tertera in our flight details. But unfortunately, we have to wait in queue in very long time for the immigration inspection. We have to scan our 10 fingers and take picture! After taken my luggage we walked leaving the custom inspection to the arrival hall. From that I can see someone is waiting for us with the paper written my name in his hand. Pak Nandra, our driver will drive us from Padang to Bukittinggi on Tuesday and returning to Padang on Thursday.

Setelah hampir satu jam perjalanan, kami singgah untuk bersarapan di sebuah restoran Padang. Panorama dari restoran ini memang indah dan menarik.


Aku capture gambar ini dari ruang makan restoran ini. Sawah padi terbentang indah dan pemandangan dari atas amat menakjubkan.


Breakfast aku yang pertama, soto padang. Berbeza dengan soto yang terdapat di Malaysia. Di dalam supnya terdapat bihun dengan saiznya yang lebih kasar berbanding bihun Malaysia, dan rasanya seperti tomyam. Dihidangkan bersama nasi dan keropok. Benar2 berbeza rasa dan bentuk hidangan selain namanya yang hampir serupa. Yang aku cukup suka adalah pinggan dan mangkuknya!


Ruang makan yang menganjur ke arah belakang. Di bawahnya terbentang sawah padi dan pokok kelapa.

Perjalanan kami diteruskan dan berhenti di tiga toko berlainan untuk membeli belah hasil sulaman. Harga yang ditawarkan berbeza, namun kualitinya tidak jauh beza. Sempatlah juga aku menghabiskan beberapa juta rupiah, sedangkan kami belum pun lagi tiba di Bukittinggi!


Finally, this is our room after check in at almost 2.00 pm local time. Katil di tepi tingkap itulah tempat landing aku selama berada di sini.


Selama tiga hari aku melayan sinetron menerusi kaca TV ini. Rela dalam paksa sebenarnya, disebabkan tiada pilihan untuk saluran lain.


Petangnya selepas bangun dari tidur yang panjang lantaran hujan yang mencurah di bumi Bukittinggi ini, kami ke restoran Padang di Benteng yang terletak di hadapan hotel penginapan kami untuk menghentikan dendangan perut kami. Banyak lauk yang dihidangkan, tapi hanya dua jenis lauk sahaja yang kami makan. Itupun sudah berjumlah Rp59,000.00.


Hotel penginapan kami, Hotel Royal Denai View. Pemandangan hadapan hotel selepas hujan, setelah perut kami penuh terisi. Dan inilah pengakhiran perjalanan kami di hari pertama.

footnote: setibanya di rumah lewat petang semalam, aku menerima berita yang sangat2 tidak best namun sudah kujangkakan keputusannya. Dan hari ini aku menerima durian runtuh! Seronok sungguh walaupun rasa kecewa masih membelenggu.

Monday, January 17, 2011

percutian pertama

Pagi esok aku akan ke Padang dan seterusnya ke Bukittinggi, Indonesia selama tiga hari. Ini merupakan percutian pertama aku bagi tahun 2011 ini.

Kunjungan ke Padang esok merupakan kunjungan kali kedua selepas percutian pertama aku bersama Bonda dan Sarah tergendala disebabkan bencana gempa bumi pada Oktober 2009. Mudah2an kunjungan esok akan berjalan lancar dan selamat kembali ke tanah air pada hari Khamis nanti.

Kali ini aku akan berdua bersama teman lama dengan tujuan utama bershopping sakan. Esok dan Khamis lebih kepada perjalanan pergi dan balik, manakala Rabu akan dipenuhi dengan sesi menghabiskan duit.

Aku berdoa semoga perjalanan kami berada di bawah RahmatNya dan dilindungi dari sebarang kecelakaan dan niat jahat manusia, Amin.

footnote: syukurlah aku mempunyai kawan baik yang sanggup berkorban menghantar aku di awal pagi. Awak kan kawan baik saya, hehehe...

Sunday, January 16, 2011

dua kali cuci

Aduhai.. membazir duit aku RM6.00 hari ni untuk basuh kereta kat car wash. Kedekut betul aku ni, enam hengget pun nak berkira jugak! Aduyaii..

Rasanya baru dua minggu lepas aku hantar Qaseh untuk dicuci dan divacuum. Hari ini aku hantar sekali lagi Qaseh ke car wash yang sama untuk dicuci. Sejak dua minggu lepas, aku selalu parking kereta di bawah pokok. Konon nak mengurangkan kepanasan dalam kereta. Yang tak bestnya bila hari hujan (because lately selalu jugak hujan). Lepas hujan kereta aku dah bertompok dengan tahi ulat, warnanya sungguh tak enak dipandang, seolah2 kesan karat pada badan Qaseh.

Petang tadi aku hantar Qaseh dengan harapan segala kesan tersebut dicuci bersih. Bila pulang ke rumah, kesan kotoran masih lagi terlekat dengan banyaknya. Timbul kekesalan kerana tidak mencuci sendiri. Lantas Qaseh aku cuci untuk kali kedua di hari yang sama. Jenuh aku menyental bagi menghilangkan kesan kotoran. Alhamdulillah, menjelang Maghrib Qaseh sudah bersinar, cantik berseri and looks handsome too!

Kalau setakat debu2 kotaraya, tak adanya aku nak basuh sampai berkali2. Silap2 aku biarkan berbulan, baru basuh. Itu pun tunggu kerajinan tahap maksimum. Tapi aku kena pastikan buah hati aku bersih sebelum ditinggalkan pagi lusa. Takde lah nanti aku kena kutuk memanjang, huhu.

footnote: bengang betul aku dengan mamat kat car wash tadi. Dah tahu aku nak keluar, boleh pulak dia reverse dengan lajunya. Nasib baik aku cepat2 tekan hon, kalau tak mahu masuk wad Qaseh aku. Lelaki selalu kata perempuan bawa kereta terhegeh2, tapi kalau loklak macam mamat tu, lebih baik terhegeh2. Tak adanya nak menyusahkan orang!

Wednesday, January 12, 2011

mengukir janji

Teramatlah senang untuk mengukir janji, apatah lagi lidah tidak bertulang sewaktu menuturkan janji2 manismu. Entah mengapa aku asyik memburu janji sejak akhir2 ini. Terlalu ramai yang membuat janji, sudahnya tergantung di tengah jalan.

Aku cukup tak suka untuk berjanji, cukup takut sekiranya aku meninggal sebelum sempat menunaikan janji, nauzubillah. Namun begitu, aku juga tak suka bila ada orang yang berjanji dengan aku. Sebab aku malas untuk menuntut janji. Bila seseorang itu berjanji tapi mengingkarinya, maka termasuklah dia di dalam golongan orang2 yang munafik. Nauzubillah!

Ada beberapa orang yang berjanji sesungguh hati dengan aku, tetapi bila tiba waktu yang dijanjikan terus senyap sepi. Langsung tak ada khabar berita, seperti diserang garuda lagaknya. Kalau inform tak dapat nak tunaikan janji, bukanlah aku nak marah2 pun. Mengamuk jauh sekali. At least aku taklah seperti menunggu buah yang tak gugur, menghitung hari untuk tiba pada masa yang dijanjikan. Penatlah duk menunggu janji ni. Kalau tunggu bas, lambat pun bas tetap akan tiba. Kena berdiri ke, dapat duduk ke, itu belakang cerita.

Aku dah cukup penat dan malas nak mengingatkan janji ni. Sendiri mahu ingatlah bila dah janji. Takkan lah aku nak kena hantar reminder every five minutes kot? Sedangkan yang gatal membuat janji tu aku tak suruh pun.

Penat... penat... penat... Can anyone understand me, please?!

footnote: bila tengok kawan2 further study, rasa macam nak further study jugak. Tapi bila fikirkan komitmen yang berlambak2 tu, rasa down sekejap. Macam mana nak up balik, nih?!

Sunday, January 9, 2011

printer ku...

Printer aku dah lama bermasalah. The ink was leaking after I refill the cartridge few months ago and I just leave it. Was thinking to buy a new printer instead of fix it. Also thinking to make an external ink tank, but still didn't do anything until today.

Petang semalam aku ke Giant Nilai setelah tidak bertemu dengan apa yang aku cari; penjual kelapa muda! Memandangkan demam, batuk dan selsema aku masih belum kebah, dan sejak malam semalam muka dan leher aku bengkak seperti yang berlaku pada tahun lepas. Cuma bezanya tahun ini sakit aku datang lebih awal. Lantaran itu aku mencari kelapa muda.

Sewaktu sedang mengukur keluasan Giant, aku terpandang sebuah kedai komputer. Kat depan kaunter tu aku nampak ada sebuah printer dengan ink tank kat luar. So, aku tanya lah dekat brother kedai tu dan pagi2 tadi aku dah terpacak kat kedai tu, dengan printer sekali.


Printer aku sebelum di make over.


Inilah rupanya printer aku setelah di make over. Aku telah berhabis sebanyak RM243.90 untuk tukar cartridge yang baru beserta dengan ink. Lepas make over ni, aku dah tak boleh tutup tray yang kat bawah tu sebab terhalang dengan wire untuk ink. However, aku puas hati walaupun berhabis agak banyak untuk make over ini. Harap2 lepas ni tak ada problem lagi dah.

footnote: dalam diam tak diam, lagi sembilan hari aku nak ke Padang - Bukittinggi. Dan kurang dari 20 hari aku nak balik kampung. Dah lama aku tak pulang, setelah kali terakhir pada Aidil Fitri tahun lalu. Agaknya, jalan masih sama atau dah berubah?!

Monday, January 3, 2011

.....citibank......

Entah mengapa fikiran aku tepu, tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry kali ini. Mungkin sebab masih lagi diserang virus demam with full package, so that I'm unable to think the good and reasonable title.

Selepas pulang dari klinik dan aku baru berkira2 nak menyambung 'rehat' yang terkandas, phone aku menyanyi lagu riang untuk kali yang ke berapa entah pagi ini. Rupa2nya amoi dari CitiBank telefon untuk memberi offer yang semestinya aku tak minat sungguh.

Beria2 amoi ni bercerita pasal offer yang diorang nak bagi, sebab aku punya credit card tak pernah outstanding. Macam mana nak outstanding kalau tak guna, hurmm. Aku tak tahu lah sama ada dia tak faham atau buat2 tak faham bila aku kata tak berminat. Aku dah hilang sabar (semestinya aku bukanlah seorang yang penyabar + kepala yang tengah pening) bila dia desak aku to get confirmation on my data. Lepas berkali2 aku dengan penuh sopan santun dan lemah lembut berkata '.... not interested at this moment. I will think about this and once I mind up my mind, I will call you back.'

I don't know what's going on to this amoi. She still insist and at this time my temper dah naik meluap2. Memang aku cukup hangin bila orang tak dengar cakap aku bila all this while aku cakap dengan penuh sopan.

Aku tarik nafas panjang2 and says "Excuse me cik, or miss or whatever. Listen, how many times I want to say that I'm not interested at this moment and ....." dan talian phone aku dah berbunyi tutt... tutt... tutt...

Bagi aku amoi tu sungguh tak professional dan tak menghormati pelanggan. Sebagai pelanggan aku ada hak dan dia tidak boleh memaksa. Sudahlah memaksa, bila kita tak nak terus letak phone macam tu aje. Betul2 macam budak kecil, tak matang!


Aku apply credit card CitiBank ni sewaktu aku nak ke Perth tahun lepas. Konon2nya boleh lah aku guna sewaktu kat sana. Tapi kad ni siap selepas aku pulang bercuti dan kad2 ini terperuk kat dalam wallet aku. Aku tak suka berhutang, lagi tak suka bila dipaksa berhutang! Dah lama aku merancang untuk terminate this card, tapi asyik postponed aje. This time I will!

footnote: aku ingat credit card akan memudahkan, rupa2nya menyusahkan aku dengan macam2 promosi. Orang yang tak suka berhutang patut guna debit card and I think I should have one!

Saturday, January 1, 2011

hujung tahun, tahun baru

Penghujung tahun 2010 aku diserang demam, batuk, selsema, sore throat and headache. Kebetulan pulak 31 Disember 2010 tu Najib dah umumkan sebagai public holiday selepas pasukan Malaysia berjaya membenam pasukan Indonesia dalam perlawanan Piala Suzuki AFF yang berlangsung pada 29 Disember 2010. Dapatlah aku berehat kat rumah tanpa perlu ke klinik untuk mendapatkan MC.

Hari ini di awal tahun baru 2011, panas badan aku sudah berkurangan. Begitu juga dengan sakit kepala yang kuat berdenyut sehari sebelumnya. Namun mulut masih terasa pahit bila menelan apa jua makanan. Esok masih ada sehari untuk berehat di rumah sebelum kembali menyambung tugas pada 3 Januari. Mudah2an untuk sepanjang tahun 2011 ini aku akan diberi kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan bahagia dengan kehidupan aku.

Tanggal 1 Januari 2011, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian arwah Faizal Yusof akibat serangan jantung. Drama bersiri lakonan beliau yang sekarang ini sedang ditayangkan menerusi slot akasia mungkin merupakan lakonan terakhir beliau. Al Fatihah buat Allahyarham.

Selamat tinggal 2010 serta segala kenangan yang terselit di antaranya, dan selamat datang 2011. Dengan harapan apa jua yang mendatang biarlah semuanya indah2 belaka. Namun kita tidak boleh menolak sekiranya yang hadir adalah keperitan dan kepahitan.

footnote: azam? Entahlah, semenjak dua menjak ini aku tidak lagi menanam azam di tahun baru. Azam tidak perlu di tahun baru, azam harus ditanam setiap masa. Menjelang Januari ini, aku semakin takut untuk menghadapi keputusan exam hari tu, hahaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...