Thursday, October 28, 2010

hancur hatiku... :(

Akhirnya, penantian yang bertahun berakhir hari ini. Jenuh aku berdoa dan berharap agar soalan yang menyinggah senang dan jawapannya ada dalam ingatan aku. Namun malangnya, harapan tinggal harapan.

Pagi tadi aku dah agak terlambat, walaupun aku keluar rumah di awal pagi. Dengan perut yang meragam, aku terus parked Qaseh di tepi jalan, tempat biasa aku park bila ke DCA. Selama hari ini, aku tak pernah kena saman, lagi pun aku tidaklah berlama di DCA sebelum ini. Malang bagi aku kerana hari ini aku kena saman.

Sudahlah technical paper paginya amat mendukacitakan aku. Segala yang aku harapkan untuk muncul dalam kertas soalan hanyalah angan2 kosong. Sudahnya aku meninggalkan dua soalan tak berjawab. Aduh! Sungguh kecewa rasanya. Dan pasti aku akan fail untuk trade. Dan hari ini hanya aku seorang yang mengambil Piston Engine.

Jam dua petang, aku kembali untuk kertas Air Legislation. Soalan MCOQ membuatkan aku kurang yakin, namun aku menaruh harapan untuk soalan essay . Alhamdulillah, kertas jawapan essay bagi Air Legislation tidaklah menghampakan. Ada sinar di hujungnya, namun aku tidaklah terlalu yakin. Sekiranya ada rezeki untuk aku, luluslah. Kalau tiada rezeki untuk lulus, aku redha.

Sekarang aku lebih mengerti dan faham. Tidak senang untuk bergelar Licence Aircraft Engineer. Laluan untuk ke puncak tidak semudah mendaki gunung, mahupun meredah belantara. Ianya sesukar dan sebesar tanggungjawab yang terpikul di pundaknya.

Setelah selesai peperiksaan, aku ke Perbadanan Putrajaya untuk menyelesaikan saman parking. Setelah dibuat rayuan, jumlah saman berkurangan dari RM100 kepada cuma RM40. Hangus RM40 untuk kesalahan yang tak sepatutnya dilakukan. Sudahnya aku menghala ke Alamanda, berbelanja bagi menghilangkan stress. Shopping is a good treatment to release stress, mungkin bagi yang duitnya berkepuk2. Orang macam aku ni, sekadar window shopping sudah memadai. Pertama kali aku ke shopping complex and do some shopping with wearing baju kurung! Hari ini dalam sejarah nampaknya, hahaha.

footnote: aku tidak akan berputus asa. Selagi aku punya daya, akan aku redahi semuanya. Hari ini merupakan langkah pertama untuk aku terus menapak ke hadapan. Perjuangan masih belum selesai. Chaiyok Anne!

Wednesday, October 13, 2010

telah tiba

Sewaktu aku pulang tengah hari tadi, aku melihat ada sepucuk surat di dalam mailbox di pagar rumahku. Aku ingatkan hanya surat biasa, yang selalu berkunjung ke alamat mailboxku. Bila kulihat alamat yang tercetak di sampul surat, hatinya mula diserbu debaran kencang.

Aku memang sudah sedia maklum tentang tarikh keramat itu, cuma aku tidak akan berpuas hati selagi tidak melihat hitam putih kenyataannya. Apabila sudah tertera di depan mata, rasa takut dan risau bertambah kuat.


Inilah surat yang mengesahkan tentang kehadiran tarikh keramat dalam hidup aku tidak lama lagi. Tarikh yang bakal menjadi penentu perjuangan aku selama ini. Boleh ke digelar perjuangan? Hahaha... Apa pun, good luck for myself!

footnote: aku dah book bilik di Tanjung Piai Resort pada 5 hingga 7 November ini. Chaiyok! Chaiyok.. anne!

Sunday, October 10, 2010

semuanya serba tak kena

Semuanya serba tak kena. Bercelaru dan caca merba. Dalam hati rasa dup dap dup dap makin kencang. Semakin menyerabutkan kepala, hati, jantung, paru2 dan segala bagai lah.

Bila buka buka yang ini, mata duk jeling buku yang lagi satu. Bila dah selak2 muka surat, mata dah start fokus, hati pulak duk berbisik.... buku lagi satu bila nak jenguk? Mula lah duk gelabah semacam, pastu apa yang dibaca pun tak berapa nak melekat kat kepala.

Tapi yang tak menahannya, dalam duk kalut nak sit for the exam, sempat lagi buat plan nak bercuti. Teringin nak ke Kota Kinabalu, tapi bila tengok flight schedule rasa frust lah pulak. Sebab flight schedule tu tak ngam dengan schedule orang yang akan hantar dan pick up aku kat airport. Bila aku ajak, dia sibuk nak study pulak sebab ada QA oral next month... huhu..

Nampaknya aku akan ke Tanjung Piai ajalah. Lain kali aje aku ke Kota Kinabalu tu, takkan lari BKI tu, hehe.. Bila aku call Tanjung Piai Resort hari ni, langsung tak berangkat. Takkan resort pun bercuti pada hari Ahad? Pelik je....

footnote: bukan senang nak senang, bukan susah nak susah... huhu.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...