Wednesday, September 29, 2010

exam dah dekat

The first time I submit my application to sit for DCA examination was a year ago. And I resubmit my application a week after Ramadhan. A week before Hari Raya Eid Fitri is coming, I called Kak Shida and request to postponed the date in October since at that time my name still not in their system.

This evening, I drove back home and didn't stop by at working place after finished my job at Sungai Besi. Around 6.00 pm my boss called and I thought he gonna ask me about the office matter. But unfortunately, he mentioned about the exam date was confirmed on 28th October and no more postponed! Oh God! Then I realize that lots of thing that I still need to read.

But this time I will go through it either like it or not. Since I put my hope too much since last year, and it never happen until a year of waiting and few times appeal on the application. And now I will only waiting for the letter from DCA and doing my self study as per before.

footnote: terlalu banyak harapan oleh ramai orang untuk aku. Tapi lagi besar dan berat harapan daripada diri sendiri yang harus dilaksanakan. Dalam rasa cuak, takut dan risau, tetap terselit rasa gembira. Gembira kerana penantian yang bertahun ini sudah hampir ke kemuncaknya. Ya Allah, aku memohon padaMu agar dipermudahkanlah segala perjalanan urusan ini. Semoga kejayaan akan menjadi milikku, amin.

Saturday, September 25, 2010

hujung minggu lagi.....

Hari Sabtu minggu ini aku menghabiskan masa bersama Eliza, setelah lebih setahun kami tidak bersua muka. Date untuk hari ini kami dah plan since last week. Aku terlambat dari waktu yang dijanjikan kerana sedari pagi perutku meragam dan tiga kali aku berkunjung ke tandas sebelum segala isi perut dilupuskan dengan cara yang sepatutnya.

Asalnya janji pukul 10.30 pagi tapi aku tiba pukul 11.00 lebih. Kesian Eliza dah menunggu lama, sempatlah jugak dia bershopping sendirian. Kami terus ke GSC, membeli tiket wayang seperti yang dirancang sebelumnya. Sementara menanti tayangan Wall Street pada pukul 12.00 tengah hari, kami mencuci mata sambil bersembang. Banyak benda yang nak dikongsi memandangkan kami amat sukar untuk bersua.

Sehabis menonton, kami ke Secret Recipe untuk makan tengah hari yang sudah terlewat sebenarnya. Itu pun setelah kami ke McDonald dan terdapat ramai orang. Memandangkan we want to spend time together and avoiding from crowd, we choose to be having our meals at Secret Recipe.


Inilah yang aku order dan makan, Tom Yam Spaghetti. Rasanya bolehlah tahan, dan yang penting aku kenyang, hahaha. Tapi tak sepedas yang aku harapkan.


Dan ini pula merupakan hot chocolate yang aku pesan. Makan spaghetti dan minum coklat panas, macam ada yang tak kena aja. Hahaha.... Aku suka betul matchkan sesuatu yang tak logik di akal. Itulah sebabnya perut aku selalu bergaduh, makanan yang diterima bercampur2.

Agak lama kami habiskan masa di Secret Recipe, walaupun makanan telah habis dimakan. Berkongsi cerita tentang kisah perjalanan hidup kami setelah sekian lama tidak bersua. Banyak benda yang dikisahkan.


Dalam kami mengukur keluasan Alamanda, sempat juga kami melangkah masuk ke Guardian Pharmacy. Setelah sekian lama aku mencari digital weighing scale and I found it here. This Phyliss digital scale cost me Rm79.98 with two years warranty. Unfortunately, I didn't get dealer's stamp and for sure I cannot be able to post the warranty card. To go back to Guardian and get the stamp is the most laziest thing to do. Seems like I will ignore the warranty card instead of going back to the mall!

footnote: nampaknya berat aku seakan ingin kembali ke asal, sebelum bulan Ramadhan. Aduhai... janganlah beratku naik lagi. Aku harus rajin selepas ini, rajin bersenam dan rajin kurangkan makan supaya berat impian tercapai. Agaknya aku harus ikat perut, so my body will consume less food and my weight will lesser. Boleh ke?

Wednesday, September 22, 2010

sakit + penat = malas

Pagi ini aku rasa cukup penat, padahal bukannya aku kerja kuat sangat dalam masa seminggu ni. Agaknya duduk terlalu lama, ditambah dengan kepenatan ke hulu ke hilir membuatkan belakang aku semakin terasa sakitnya. Sudahnya aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti kecemasan.

Konon2 nya nak pergi ke klinik, nak buat check up regarding my backbone. Tapi malasnya nak keluar rumah. Sudahnya aku tak ke mana2 pun, sekadar berehat di rumah. Nak basuh baju yang dah penuh baldi pun rasa macam tak larat. Yang sebenarnya tahap kemalasan dah jadi semaksima mungkin, hehehe. Maka jadilah alasan yang terhebat!


Ini figure tulang belakang yang aku dapat hasil carian Cik Google. Tulang ni nampak sihat je. Agak2nya tulang aku bentuk dia masih macam gini atau dah berubah? Mesti kalau aku ke klinik, doktor akan suruh aku buat x-ray tulang belakang. Lepas tu mesti aku boleh tahu macam mana bentuk tulang belakang aku yang sebenar.

Aku sebenarnya takut untuk menghadapi kenyataan. Aku takut kalau2 selepas pemeriksaan doktor, aku dah tak boleh buat kerja berat lagi. Aku dah tak boleh nak lasak2 macam sebelum ni. Aku tak nak risaukan Bonda dan keluarga. Aku takut kalau Bonda tahu, Bonda tak akan benarkan aku berhijrah. Dan yang paling aku takut kalau aku kena tinggalkan apa yang aku buat sekarang ini. Ketakutan dari dalam diri aku sentiasa menghantui dan menghalang aku daripada berhadapan dengan doktor. Buat masa ini, aku masih boleh bertahan dengan kesakitan ini.


Kalau aku minum Anlene ni, adakah tulang aku akan kembali sihat? Sebenarnya dari tahun lepas lagi aku dah minum Anlene ni, tapi biasalah aku ni mana ada konsisten bila buat sesuatu tu. Minum kejap, pastu berhenti lama. Dan stok Anlene yang aku beli sejak sebelum Ramadhan lalu masih lagi ada berbaki. Dah lama aku tak minum. Mungkin lepas ni aku patut kembali minum susu ni. Dan yang pasti aku hanya minum perisa coklat sahaja.

footnote: kenapalah aku ni degil dan sukar sangat nak jumpa doktor. Entah dari mana agaknya aku mewarisi kedegilan terlampau ini? Teringat kata2 pakcik jiranku, katanya perangai aku cukup pelik berbanding dengan adik beradikku yang lain. Perbezaan perangai yang membuatkan aku cukup pelik! Pelik ke? Hehehe... Biasa aja lah.

Sunday, September 19, 2010

rumahku

Memiliki kediaman sendiri merupakan satu kegembiraan yang tidak boleh digambarkan. Secara peribadi, inilah kediaman aku yang pertama akan dimiliki tanpa bantuan orang lain. Sewaktu pulang untuk bercuti lebaran tempoh hari, aku turut menyelesaikan segala urusan yang berkaitan dengan pembelian rumah ini. Menandatangani tawaran kontrak jual beli dengan bank, urusan yang berkaitan dengan guaman dan juga urusan pertukaran hakmilik di pejabat tanah. Alhamdulillah, segalanya kini telah selesai dan aku sedang menanti rumahku disiapkan.

Sebelum pulang ke Sepang, aku sempat melawat tapak binaan dan mengambil gambar rumahku ini untuk kenang-kenangan. Yang pasti rumah ini masih dalam pembinaan dan aku cukup suka dengan batu bata bewarna merah ini.


Ruangan dapur dan bilik belakang. Yang kelihatan bentuknya hanyalah bilik air kedua.


Bumbung dan ruang untuk sebuah bilik di bahagian atas. Kemungkinan besar bilik di tingkat atas ini akan aku transformkan sebagai ruang rehat peribadi.


Masih lagi kosong, tetapi sempadan ruang boleh dilihat berdasarkan cerucuk di dinding. Ini adalah ruang untuk master bedroom dan di sebelah kiri merupakan ruang tamu.




Pandangan dari luar rumah.

footnote: impian aku untuk memiliki sebuah rumah agam masih jauh untuk digapai. Untuk sementara waktu ini, rumah ini merupakan hadiah terindah untuk diriku. Tambahan pula kedudukannya yang benar2 hampir dengan jalan utama.

Saturday, September 18, 2010

sepetang di pantai kemasik

Dah lama sebenarnya Sarah merengek nak ke Pantai Kemasik. Nak tengok sampan; nak main air, katanya. Sejak dari tahun lepas lagi. Tapi kami masing2 tidak mempunyai kesempatan untuk membawa Sarah ke pantai idamannya. Untung benar jadi Maisarah, segala apa keinginan pasti akan cuba dipenuhkan.

Sewaktu pulang bercuti di lebaran tempoh hari, Sarah mempunyai satu lagi permintaan. Nak makan McD! Dan restoran McD yang terdekat terletak di bandar Kerteh, lebih kurang 20 minit perjalanan.

Maka pada petang Selasa lepas kami ke restoran McD bagi memenuhi keinginan Sarah dan seterusnya ke Pantai Kemasik. Seronok sungguh Maisarah!

Kat bawah ni adalah gambar yang sempat aku ambil sepetang kami di Pantai Kemasik. Kebetulan sewaktu kami datang, air laut surut. Jadi kami berjaya menyeberang untuk ke kawasan berbatu.


Sarah berposing depan batu. Mukanya masam mencuka! Jam kat tangan tu baru beli sewaktu bershopping paginya. Sejak aku pulang seminggu sebelumnya, dia asyik merengek suruh belikan jam warna merah untuknya.


Untuk ke kawasan berbatu itu, kami harus menyeberangi arus ini. Nampak macam cetek, tapi agak dalam. Mujurlah airnya jernih, tak adalah terjatuh dalam lubang yang terhasil dari arus ini.




Kasut yang ditinggalkan sebelum menyeberang!


Akhirnya berjaya juga sampai ke seberang sana. Maisarah yang cukup teruja!
















Stranded fish ni dah tinggal tulang. Tak tahulah ke mana perginya isi ikan ini.


Stranded fish on the sand!




Dalam perjalanan pulang, aku bertemu lagi dengan seekor ikan yang terkandas di atas batu. Aku pun tak pasti macam mana ikan ni boleh ada kat atas batu ni. Sarah tanya, siapa yang jemur ikan masin kat atas batu ni? Macam2 lah si kecil tu..

footnote: tertunai sudah hajat Maisarah. Selepas pulang bila ditanya katanya seronok sangat tapi adik dah tak nak pergi lagi dah. Secara peribadi, aku sukakan pantai ini walaupun matahari memancar terik. Cantik dan menyamankan.

balik kampung

Aku pulang ke kampung untuk menyambut lebaran pada petang Selasa, selepas waktu kerja tamat. Seperti biasa, perjalanan bergerak perlahan apabila memasuki Cheras sehinggalah ke Gombak. Selepas tol Gombak, perjalanan lancar. Ditambah pula dengan cuaca yang masih terang dan tidak hujan, Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi.

Perjalanan di lebuh raya juga berjalan lancar, tidak banyak kenderaan yang berselisih. Namun sewaktu aku ingin berhenti di hentian rehat dan rawat untuk berbuka puasa, kawasan parking telah dipenuhi. Sudahnya aku meneruskan perjalanan dengan berbuka di dalam kereta sambil memandu. Aku ada juga berselisih dengan beberapa buah kenderaan yang berhenti di tepi lebuh raya untuk berbuka puasa. Mujurlah aku ada membeli roti dan air kotak sebelum bertolak pulang. Dapatlah aku berbuka dengan ala kadarnya.

Aku melepasi tol Jabor ketika jam di dashboard kereta menunjukkan 8.15 malam. Lebih kurang sejam sebelum pengecualian tol bermula bagi pengguna Lebuh raya Pantai Timur. Pada asalnya aku menjangkakan akan tiba di rumah lebih kurang 9.30 malam. Namun apabila memasuki Cherating dan seterusnya, pemanduan aku semakin perlahan dengan aliran lalu lintas yang agak banyak.

Sewaktu berhenti di persimpangan lampu isyarat di bandar Chukai, sempat aku capture lampu hiasan ini. Dan juga kenderaan yang menunggu di lampu isyarat ini.





Aku selamat tiba di rumah jam 10.15 malam. Alhamdulillah, cuaca elok dan kereta aku juga berada dalam keadaan yang baik di sepanjang perjalanan. Memandu seorang diri memang agak menakutkan, lebih2 lagi memandu di waktu malam. Kerisauan tetap ada walaupun aku sememangnya seringkali memandu berseorangan.

footnote: punyalah malas nak update blog, kisah yang dah berminggu baru nak uploadkan.

Monday, September 6, 2010

menjelang lebaran

Dalam kesuraman dan ketiadaan mood untuk menyambut raya pada tahun ini, sempat jugaklah aku menempah baju raya dan kuih raya. Sebenarnya baju ni aku tempah dah lama, sejak bulan May yang lepas. Adalah empat pasang baju, dua untuk aku dan dua untuk Bonda. Hari ahad lepas baju ni baru siap dan malangnya sepasang baju yang aku tempah sejak dari tahun lepas tak siap2 lagi. Apa lah malang nasib, bertambah2 lah kemalasan nak berhari raya.


Inilah rupa baju raya yang dah siap untuk dipakai. Kalau sebelum ni, awal2 lagi aku dah siapkan. Tapi tahun ni last minute baru nak buat. Itu pun sebab esok tak sempat nak kemas semuanya.


Untuk tahun ini, aku cuma beli mazola dan samperit ini sahaja. Entah mengapa, untuk berbelanja kuih raya pun aku kemalasan. Dua jenis kuih ni aku baru dapat sebentar tadi, selepas Fiza menghantarnya ke rumahku. Terima kasih ya, Fiza! Kalau memikat lidah dan perut tahun depan I tempah lagi.

Selalunya aku akan memborong sakan, termasuklah pelbagai jenis kerepek. Tat nanas dengan almond london pasti tak ketinggalan atas permintaan yang tinggi. Pasti tahun ni ada yang mencari dua jenis kuih tu. Maaflah ya, tahun ni aku tak ada mood untuk sambut raya. Termasuklah kehilangan mood nak bershopping raya.

footnote: kalau diikutkan hati, malam raya aku baru nak balik kampung. Tetapi memandangkan hari Rabu aku ada appointment di bank, pejabat peguam dan pejabat tanah, maka aku paksa dalam rela jugaklah untuk balik awal.

Thursday, September 2, 2010

sakit belakang

Semenjak dua minggu lepas aku dapat rasakan sesuatu terjadi pada tulang belakang aku. Hahaha... ayat tak boleh blah! Sebenarnya aku dah mula rasa sakit belakang dah hampir sebulan. Tapi dulu sakit ni on and off, kejap datang dan lama perginya.

Tapi semenjak dua minggu lepas, sakit belakang ni asyik datang je, tak nak pergi2 dah. Terutamanya sewaktu bangun pada waktu pagi. Nak kata tilam aku dah tak empuk, macam tak logik aje. Sebabnya tilam tu hanya menampung berat aku sorang je.

Bila aku rewind balik, memanglah sedari dulu aku selalu angkat barang yang berat2. Kadang2 crankshaft for six cylinder engine pun aku angkat sorang aje. Takat remove cylinder, piston tu sebelah mata aje. Huh! Berlagak betul, hahaha! Bukan setakat itu sahaja, aku pernah juga jatuh dalam keadaan yang ekstrem. Time tu memanglah aku tak rasa apa2. Setakat sakit sekejap aje, lepas tu hilang dah rasa sakitnya. Tapi kesannya datang bertahun selepas peristiwa itu.

Sekarang ni aku dah mula rasa risau, takut kalau2 something bad happen to my backbone. Aku suka nasihatkan orang lain supaya cepat2 dapatkan rawatan, tetapi when its come to me I just let it go. Aku cukup tak suka nak jumpa doktor bila sakit. Lagi pun aku bukannya makan sangat ubat tu, melainkan kalau sakit dah tak boleh tahan. Setakat ni aku masih boleh bertahan dengan rasa sakit ni, jadi aku ignore je dulu pasal jumpa doktor and do check up.

footnote: aku jarang dapat sakit, tetapi sesekali aku sakit pasti bukan sakit biasa2. Aku tak dapat nak bayangkan kalau benar tulang belakang aku bermasalah. Perjalanan yang harus aku tempuhi masih jauh dan masih banyak beban yang harus aku pikul. Selagi masih bernafas, selagi itulah aku punya tanggungjawab.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...