Tuesday, June 29, 2010

balik kampung

Jumaat lepas aku ambil half day leave. Dalam pukul dua petang aku memandu pulang ke kampung setelah lebih empat bulan aku tak balik. Hujan lebat yang mencurah turun sewaktu aku masih berada di Bangi melambatkan perjalanan aku. Ditambah pula dengan panggilan telefon yang tak putus2. Hangin betul, mana taknya. Sewaktu aku tak bercuti tak ada pulak yang nak call.

Setelah singgah mengambil Kak Ani dan anak2 serta berhenti untuk mengisi minyak di Kerteh, aku menyambung perjalanan yang semakin hampir ke destinasi. Lebih kurang pukul 9 malam aku sampai ke rumah. Ayah sudah tidur selepas solat Isyak, cuma Bonda dan Sarah yang masih setia menunggu aku tiba.

Pagi Sabtu aku membawa Ayah ke klinik untuk pemeriksaan. Aril yang kononnya akan pulang keesokan harinya muncul pada petang Sabtu itu, begitu juga Fatah. Malamnya kami berempat; aku, Aril, Fatah dan Mi ke Pizza Hut, atas kemurahan hati Fatah untuk membelanja kami. Dah lama kami tak bergembira bersama, berkongsi rasa hati. Sewaktu kecil kami selalu bergaduh setelah sama2 bermain lumpur, ke hutan belukar mahu pun ke paya. Tetapi apabila masing2 meningkat dewasa kenangan lama dulu menjadi topik terhangat antara kami berempat. Aku lebih rapat dengan adik2 lelakiku berbanding dengan kakak2; mungkin kerana aku sememangnya semulajadi lasak dan degil.

Aku kembali ke Sepang pagi Isnin, lebih kurang jam 11 pagi aku memandu pulang. Kalau diikutkan rasa malas, memanglah. Tetapi memandangkan cuti dah habis, kerja yang menunggu pun boleh tahan banyaknya, hendak tak hendak aku tetap memandu pulang ke Sepang.

footnote: aku masih rindukan keletah Sarah yang nakal, manja dan mengada2. Juga aku risaukan kesihatan Ayah dan Bonda. Hanya doa yang mampu aku titipkan dari jauh

Tuesday, June 15, 2010

rasa dalam hati

Entah mengapa akhir2 ini aku dilanda rasa sedih dan pilu yang berpanjangan. Senang aje air mata ni nak mengalir. Pantang terusik sikit, alamatnya banjir kilatlah jadinya.

Ada rasa yang mencengkam di jiwa, namun tak terluah. Sekadar dipendam dan akhirnya luka menjadi semakin parah. Kekadang terfikir untuk diluahkan segalanya, namun aku harus berpijak di bumi yang nyata. Aku harus memikirkannya sehabis daya, semasak2nya. Aku tak mahu ada yang terluka, biarlah aku seorang yang merasai peritnya duka ini.

Aku rasa aku ingin pulang ke Perth, menenangkan jiwa dan mengubati kelukaan ini. Sesungguhnya walaupun seketika namun sudah cukup membuatkan aku jatuh cinta pada bumi asing itu. Aku harus mencuri sedikit waktu, mungkin pada musim bunga yang akan datang untuk kembali ke sana. Biarlah segala rasa duka, pilu dan kecewa ini aku luahkan di bumi asing. Di tempat di mana tiada sesiapa pun yang mengenali aku.

footnote: sakit dan peritnya dalam hati kalau apa yang kita rasa, apa yang kita harapkan tak mampu untuk kita gapai. Sekadar berupaya memandang dari jauh, menganyam angan2 yang tak berkesudahan.

Saturday, June 5, 2010

aku dah tak sesat

Tadi aku ke Jalan Ampang lagi kerana temujanji yang diatur dengan Hanim sejak hari Selasa yang lalu. Dan Alhamdulillah perjalanan aku hari ini benar2 berjalan lancar. Dengan kata lain aku tak sesat! Sungguh aku gembira, nampaknya aku kena selalu ke KL supaya aku tak sesat lagi, hahaha.

Setelah urusan aku dengan Hanim selesai, aku ke Ampang Point. Ingin membeli kasut baru kerana aku dah buang tiga pasang kasut baru2 ini kerana dah rosak. Rosak bukan kerana selalu dipakai, tetapi rosak kerana tidak dipakai. Disimpan terlalu lama juga tidak elok bagi kasut.

Akhirnya aku mencapai dua pasang kasut yang memikat kaki dan pandangan mata aku. Habislah jugak dalam RM170.00 untuk dua pasang kasut tu. Aku cari boot, dah lama sebenarnya sebab boot aku yang lama tu dah rosak. Tapi sampai skrg aku masih belum jumpa yang benar2 memikat kaki, hati dan mataku.

Lepas aku dah habis shopping kasut, G sampai dengan Aisyah. Kami pergi makan kat Nasi Lemak Antarabangsa, dan ini merupakan kali pertama bagi aku. Selama ini aku cuma mendengar namanya yang gah, tapi tidak berpeluang untuk merasai keenakan seperti yang diwarwarkan.


Akhirnya aku memilih Nasi Lemak berlaukkan rendang daging. Nampak tak kat pinggan tu ada tertulis Nasi Lemak Antarabangsa? Selepas selesai menjamu selera, komen aku adalah nasi lemak kedai makan kat Taman Seroja lagi best!

Lepas tu, kami menghala ke Aquaria KLCC dan ini merupakan kali pertama aku ke sana. Nama aje duk dekat, berkali2 shopping kat Suria KLCC tapi ke Aquaria tak pernah. Kami sampai pun dah hampir pukul 7.00 malam.


Aku dan Aisyah dalam Aquaria. Flash tak boleh on, gambar gelap semacam jadinya. Mana taknya, dalam tu pun bukannya terang.


Aku suka tengok ikan kuning ni. Cantik!


On the way nak balik, sempat aku capture twin tower ni. Kalau malam mesti lagi cantik sebab gelap malam dengan terang cahaya lampu bangunan ni mesti kontra. Kalau tak kerana aku nak balik jauh ke Sepang, memandu seorang diri teringin jugak nak berlama2 kat sini.

footnote: asyik dengan cantik dan indahnya negara orang, negara sendiri apa kurangnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...