Tuesday, April 27, 2010

menghitung waktu

Esok malam aku akan ke Perth, membawa diri dan hati yang terluka. Walaupun percutian ini amatlah pendek, namun aku berharap ianya dapat merawat hati yang rawan berduka. Memang pada asalnya aku ingin menyambut ulang tahun kelahiran di tempat orang, namun pada saat akhir keberangkatan, tujuannya telah berubah 360 darjah.

Aku berdoa semoga perjalanan aku dipermudahkan Allah. Electronic Travel Authority; ETA cum visa to Perth aku dah dapatkan seminggu yang lalu. Begitu juga dengan tempat penginapan dan aku pun dah inform consulate kat sana, just as a preparation. Memang asalnya aku nak menginap di backpacker's yang berlambak kat sana, tapi akhirnya aku memilih single room dengan bayaran AU$40 per night.

Mulanya aku takut jugak kalau2 Bonda tak benarkan, maklumlah aku ke sana seorang diri. Tak ada teman dan ke tempat yang tak pernah dikunjungi. Namun Alhamdulillah, Bonda izinkan. Soalan yang Bonda tanya selepas keizinan diberi adalah di mana aku tinggalkan Qaseh. Bukan dia nak risaukan anak daranya, tapi kereta jugak yang dirisaukan. Kelakar betul, tak pernah2 Bonda risaukan kereta aku sebelum ni. Seolah2 Bonda terlebih sayangkan kereta daripada anak daranya ni, hahaha...

footnote: dalam tak sabar nak bercuti, namun tetap terselit rasa cuak. Duhai hati, sabarlah...

Monday, April 5, 2010

kerja oh kerja...

Dua tiga minggu kebelakangan ini aku memang tak ada rehat yang secukupnya. Kerja, kerja dan kerja; balik rumah sekadar rehat sekejap dan tidur. Sampaikan dalam sehari aku langsung tak menonton TV, even my favorite channel 303 pun dah lama tak jengah. Blog lagi lah, dah naik sawang dah pun.

Petang tadi aku terima call dari kawan sekolah, dah lama tak berjumpa. Rasanya kali terakhir adalah sewaktu form five dan sekarang usia kami dah menginjak ke 30 tahun. Bayangkan dah berapa lama kami tak bertemu. Bila dah berborak di telefon, panjang lah ceritanya. Dari si A sehinggalah si Z, dan yang pasti hampir kesemuanya telah menambah bilangan anak. Aku aje yang maintain single!

Dan kebelakangan ini ramai kawan2 yang meminta aku membuka account facebook. Tak terkecuali my brother. Aku malas betul nak menambah koleksi laman sosial ni. Sebab aku tahu, aku macam tak sempat ajer nak update and lastly bersawang dan kusam. Tapi bila mengingatkan permintaan kawan2, aku jadi tak sampai hati nak menghampakan.

Ini pun banyak lagi benda yang aku belum settle kan. ETA bagi menggantikan visa ke Perth belum aku apply lagi, tempat tinggal pun aku belum book lagi. Currency apatah lagi, belum ditukar ke Aussie Dollar. Tapi currency tu tak lah sesukar mana. Yang penting ETA and also accommodation while I'm there! Kalaulah aku ni super woman, mesti tak jadi masalah, kan? Hahaha... berangan aja lah.


footnote: perlu ke aku membuka account facebook?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...