Thursday, March 25, 2010

KLIBF 2010

Hari ni aku sengaja mengambil cuti sehari semata2 kerana ingin ke book fair di PWTC. Aku seboleh2 nya cuba mengelakkan diri untuk pergi pada hujung minggu. Mesti crowded dengan pengunjung. Aku berharap hari ni taklah seramai mana pengunjung, namun bila aku sampai hampir jam 12 tengah hari, bas sekolah dah berlambak parking. So, masuk je dalam dewan dah dipenuhi dengan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Entah mengapa aku malas betul nak ambil gambar, mungkin sebab aku sengsorang, maka langkah aku laju aje lah. Kononnya aku nak ke seberang sungai selepas aku dapat cari dan beli semua buku yang dipesan di main hall, dan kemudian baru ke seberang sungai. Nampaknya aku tersilap langkah apabila tersalah laluan yang mana membawa aku terus menuju ke seberang sungai sana. Masuk aje dah nampak sign booth NB Kara. Dan nampak NB tengah sign autograph and her husband jadi cashier hari ni. Orang tak ramai dekat hall di seberang sungai ni, malas nak menapak agaknya. Aku apa lagi, memborong sakan di booth NB Kara. Dapatkan autograph NB dan berbual seketika. Ingat nak sembang lama2, tapi ada ramai plak orang nak bergambar. Aku memang tak bergambar, sebab tak tahu nak mintak tolong siapa ambilkan gambar, hehehe...

Nasib baik aku bawak bag pack, tak lah lenguh sangat tangan aku nak membimbit semua tu. Tapi natijahnya bahu aku yang lenguh. Bayangkan, dalam bag back aku ada 10 buah novel! Dan kat tangan ada dua buah buku lain. Itu pun aku tak jumpa 'Natrah' dan sebuah buku yang dipesan. Juga buku kanak2 yang dikirim Hawa, jenuh aku berpusing namun tak jumpa. Sorry ye, Hawa! Tahun depan kita pegi sesama plak, hehehe...


Inilah yang aku borong hari ni. Tak sebanyak mana pun sebab ada a few books yang aku nak beli tak dijumpai. Sama ada aku terlepas pandang atau memang tak ada di pesta buku tersebut. Harap2 tahun depan aku ada kelapangan lagi untuk berkunjung ke sana.

footnote: balik dari PWTC aku singgah di saloon dan potong rambut separas bahu. Lepas potong sedihlah pulak, huhuhu... Aku selalu potong rambut bila frust, kenapa ya?!

Sunday, March 21, 2010

Putrajaya hot air balloon part ii

Setelah kecewa pada paginya untuk menyaksikan belon udara panas dan terpaksa membatalkan hasrat untuk merasai pengalaman menaiki belon, aku pulang setelah singgah sebentar di Alamanda. Kononnya aku ingat nak berehat aja kat rumah pada sebelah petangnya. Bolehlah aku sambung balik berkebun yang dah lama tergendala.

Namun tengah aku duk edit gambar untuk dimasukkan dalam blog, ada plak someone called and asked me, again to Putrajaya and of course for the Hot Air Balloon Fiesta 2010. Dalam malas tu aku termakan jugak dengan ajakan dan godaan yang tak seberapa pun. Hopefully aku tak akan kecewa lagi pada petangnya.

About 6pm kami sampai, tapi jalan nak masuk ke Precint 2 tu agak sesak. Kiri kanan jalan dah dipenuhi dengan kereta yang diparking, malahan ada yang terlebih berani parking kat tengah2 divider tu. Sanggup menyelit di antara tiang2 dan pasu bunga. Last2 aku parked kat parking area next to Palace of Justice dan kitorang menapak ke kawasan fiesta. Elok jugak parking jauh2 begitu, dapatlah aku exercise sikit, hihihi....


Sambil menapak tu, sempatlah jugak aku capture Masjid Besi dari depan bangunan Palace of Justice. Gambar tu sedikit senget, aduyaiii.....


Pastu ternampak pulak belon ni dah terbang tinggi. Sebelum tu aku dah terlepas banyak peluang nak capture sebab aku tengah drive. Orang tu dapatlah ambik gambar, tak adil betul.




This two pictures are same, preparing to 'take off' maybe... Orang memang ramai, lebih ramai dari waktu paginya.






Abaikan muka lelaki yang terselit di dalam gambar ni. Tetiba plak muncul dan enter-frame, huhuhu...




Nampak tak belon yang kecil ajer kat atas tu. Dah jauh ia terbang, kat manalah agaknya dia nak landing nanti. Jangan land atas bangunan sudahlah..


Ada sesiapa kehilangan Levi's tak?


Ingatkan belon ni nak terbang, rupanya duk situ je...






Alangkah indahnya perasaan sekiranya akulah insan yang berada di atas sana, terbang bebas sambil menikmati keindahan alam.






Masjid Besi yang dilimpahi cahaya lampu serta lautan manusia yang tetap setia.




Topi pun adaa....








Yang paling kecil.....












Cantikkan bila dinyalakan serentak. Terpegun nampak!?
























Bunga api sebagai penutup kemeriahan. Masa ni kitorang dah mula berjalan nak ke tempat parking. Kami baru je meninggalkan kemeriahan di tapak pesta dan berada di antara Masjid Besi dan kemeriahan orang ramai. Sempat stop kejap and capture.

footnote: cantik jugak pemandangan Putrajaya di waktu malam. Dah lama aku tak keluar lepak2 di waktu malam. Tapi kalau nak keluar sorang2 , rasanya keberanian tu macam tak berapa nak ada jer....

Saturday, March 20, 2010

Putrajaya hot air balloon fiesta

Pagi tadi aku ke Putrajaya, itu pun dah terlewat dari waktu asal planning aku. Sampai di Precint 2 jam pukul 9 pagi. Tapi parkingnya mak datuk!!!... penuh sampaikan berderet2 kereta yang di parking di tepi jalan. Walhal baru pukul 9 pagi.

Lepas setengah jam berpusing2 mencari parking, akhirnya Qaseh selamat aku parked tak jauh dari Masjid Besi. Fuhh..!! punyalah susah nak cari parking. Polis trafik kemain sibuk lagi hari ni, dan pastinya banyak saman yang dikeluarkan.

Dari jauh aku dah boleh nampak orang ramai, paramotor yang berterbangan serta belon udara panas. Namun tak banyak yang dipamerkan, hanya ada lima belon udara panas dan kelihatan orang ramai beratur panjang menunggu giliran untuk mengambil peluang menaiki belon tersebut. Pada mulanya aku pun teringin jugak nak naik, tetapi memandangkan barisan yang panjang, matahari yang semakin menegak dan perut yang sesekali meragam menyebabkan aku membatalkan niat tersebut.

Kalaulah Bonda datang dengan Sarah, Pasti riuh mulut si kecil tu. Tambahan pulak dia memang berhajat untuk menaiki belon udara panas tersebut. Kecil2 lagi dah berjiwa adventure, macam aku lah. Korang layan lah gambar yang tak seberapa tu. Taken by an amateur, with a simple digital camera. Jeles plak tengok orang ramai yang duk ambik gambar dengan kamera yang canggih manggih tu. Kalaulah aku dapat....


























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...