Friday, February 26, 2010

waspada kahwin campur

Demikianlah tajuk utama Utusan Malaysia hari ini. Aku kira artikel ini adalah lanjutan dari kisah rumahtangga aktres Maya Karin dan suaminya.

Daripada 10 kes kahwin campur, hanya tiga pasangan yang berjaya dengan perkahwinan tersebut. Demikian yang didedahkan oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim berdasarkan kajian ahli sosiologi di negara ini antara tahun 1995 hingga 1998. Yang paling ketara adalah yang melibatkan lelaki kulit putih.

Tidak dinafikan, cinta itu buta. Tidak mengenal sempadan agama, bangsa mahupun warna kulit. Kahwin campur itu sendiri adalah sesuatu yang unik, melibatkan warna kulit yang berbeza serta fahaman yang berlainan pada asalnya. Tetapi bersatu dalam satu ikatan yang suci.

Kalau melihat pada situasi sekarang, perkahwinan yang melibatkan sesama bangsa pun banyak yang menemui kehancuran. Seorang kenalan yang kukenali, pernah suatu ketika dahulu melukakan hati aku dengan kata2nya. Sementelah dia telah bersuami dan aku masih membujang. Namun pertengahan tahun lepas aku dikejutkan dengan perceraiannya. Tidak sampai hati untuk aku memulangkan paku buah keras. Namun aku turut bersimpati dengan nasibnya sebagai ibu tunggal dua anak.

Seorang kenalan keluarga kami, Kak Z berkahwin dengan lelaki kulit putih. Bahagia hingga ke akhir hayat suaminya yang meninggal beberapa tahun lepas kerana kanser dalam perut. Keluarga arwah suaminya turut hadir sewaktu pengebumian dan hubungan beliau dengan keluarga bekas mertuanya masih baik. Walaupun mereka tidak dikurniakan cahaya mata, namun itu bukanlah satu masalah bagi mereka. Cinta mereka tetap utuh walaupun kini Kak Z sendirian melayari kehidupan.

Aku tak nafikan, berkahwin dengan warga asing terutamanya yang berasal dari Barat memang banyak kesulitan yang timbul. Kadang2 sewaktu bercinta, kita lupa tentang perbezaan tersebut. Namun apabila sudah sebumbung, perbezaan ini akan menjadi punca pergeseran. Banyak pengorbanan yang dituntut apabila terlibat dengan kahwin campur ini. Berdasarkan pengalaman aku, antara yang menjadi isu adalah faktor budaya, tempat tinggal dan cara hidup disamping masalah utama adalah agama. Memang sukar dan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit, bekorban meninggalkan keluarga, berhijrah dan memulakan hidup baru di negara asing. Mungkin inikah yang bakal aku tempuhi suatu hari nanti?!

Namun Bonda sentiasa mengingatkan aku, sekiranya dia menukar agama semata2 kerana ingin berkahwin maka eloklah aku berfikir semasak2nya. Sampai hangit rentung pun tak apa. Tetapi kalau dia memeluk Islam kerana hidayah sudah sampai padanya, itulah yang sebaik2nya. Kerana itulah, maka wujudnya 'perjanjian setan' antara kami. Kejujuran itu amat penting dalam setiap perhubungan.


Senyum kambing yang membuatkan aku tersenyum. Ya, cinta itu buta...

footnote: dengan siapa pun anda berkahwin, walau apa pun bangsa dan keturunannya; yang penting adalah tanggungjawab yang dipikul. Sikap menghormati dan saling bertolak ansur boleh mengukuhkan ikatan perkahwinan.

Sunday, February 21, 2010

cuti yang panjang

Sabtu lepas aku pulang bercuti ke kampung. Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada hari Ahad dan Isnin serta cuti berganda pada hari Selasa menyebabkan aku mengambil kesempatan ini dengan tiga hari cuti tambahan bagi membolehkan aku bercuti panjang selama seminggu di kampung.

Dengan batuk yang masih berpanjangan, ditambah dengan cuaca panas kering menyebabkan aku banyak menghabiskan masa di rumah. Tambahan pula Bonda diserang demam panas, sakit kepala dan pening. Kalau Bonda sihat, dah tentu banyak tempat yang aku akan pergi. Lagipun Mak Teh buat kenduri sambut menantu, kalau aku pergi sorang memang sesatlah jawabnya. Aku cuma call Mak Teh dan inform yang kami sekeluarga tak dapat menghadirinya.

Sabtu; sehari sebelum aku kembali ke Sepang, aku sempat membawa Sarah dan Bonda semestinya ke kedai emas yang biasa kami kunjungi. Membeli sepasang earring untuk Sarah; earring yang keempat! Tiga subangnya sebelum ini hilang tanpa dapat dikesan. Harap2 subangnya kali ini tidak hilang lagi.



Sebelum pulang, kami sempat singgah di Taman Rekreasi ini, seperti yang pernah aku janjikan dengan Sarah lama dahulu.

Sarah memang begitu, mulanya malu2. Tapi bila dah lama bukan main susah nak di ajak pulang. Jenuh memujuk, barulah menurut. Namun harus berhati2 menabur janji, sebabnya Sarah memang tak lupa janji yang ditabur.

Dah seminggu berada di rumah, baru aku teringat nak capture buah anggur ni. Ingatkan dah tak berbuah, rasanya adalah dalam tiga tahun pokok ni aku beli. Sebelum ni dalam pasu besar, bila aku suruh Bonda pindahkan, Bonda kata sayang. Last2, hujung tahun lepas entah apa mimpinya Bonda pindahkan ke atas tanah. Awal tahun hari tu Bonda bagi tahu pokok anggur ni dah berbuah.


Rasanya masa aku beli dulu, akak yang jual tu kata anggur merah. Tapi nampak gayanya macam anggur hijau aje. Tak kisahlah, asalkan berbuah cukuplah. Sarah tak habis2 promote buah anggur ni bila ada tetamu datang bertandang.

footnote: aku tak akan lupa dan tak pernah lupa tentang impian zaman remaja, ingin punya ladang epal dan anggur. Siap berangan 'meronda' ladang dengan menunggang kuda dan semestinya bermastautin di negara empat musim. Agak2nya, boleh ke impian tu dilaksanakan?

Thursday, February 11, 2010

apa dosa mereka?

Selama tiga hari berturut2 terpampang di dada akhbar tentang kes pembuangan bayi yang sememangnya tidak berperikemanusiaan. Kes pertama dua hari lalu di mana seorang bayi ditemui di tepi longkang dalam keadaan tidak bernyawa. Semalam seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis dan masih bernyawa. Dan di dada akhbar pada hari ini dilaporkan tentang penemuan seorang bayi di luar sebuah surau. Lebih malang lagi bayi terbabit yang hanya dibalut dengan kain putih ditemui tidak bernyawa dan dihurung semut. Sungguh malang bagi bayi2 yang tidak berdosa itu.


Inilah bayi malang yang terpampang di akhbar hari ini.

Sepatutnya di usia mereka yang baru dilahirkan, mereka wajar mendapat layanan yang tidak berbelah bagi. Namun bagi mereka yang malang ini, kelahiran mereka langsung tidak dihargai.

Dalam keadaan di luar sana di mana ramai pasangan suami isteri yang benar2 kepingin kehadiran bayi di dalam keluarga mereka, lain pulak bagi mereka2 yang tidak berperikemanusiaan ini. Mereka membuang bayi seolah2 sampah, sedangkan sampah pun ada tempat yang sewajarnya untuk dibuang, takdelah pulak buang merata.

Aku rasa mereka yang tidak berperikemanusiaan ini adalah dari golongan yang telah terlanjur. Untuk menutup malu, mereka mengambil keputusan singkat tanpa memikirkan dosa dan pahala. Dosa yang dah ada pun menggunung tinggi, kini ditambah pulak dengan dosa membunuh. Entahlah, tak boleh nak kata apa. Apa yang penting, tepuk dada tanya iman.

Antara faktornya adalah kebebasan tanpa sempadan. Perhubungan antara lelaki dan perempuan tanpa batas. Teringat tentang perbualan aku dengan seorang teman beberapa bulan lepas. Tanpa segan dan rasa bersalah dia dengan bangganya bercerita tentang sisi gelap kehidupannya. Sebelum ini aku mengenali dia sebagai seorang yang beriman, berbudi bahasa dan baik orangnya. Tak sangka disebalik semua itu, terlindung satu kisah yang 'menakutkan'.

footnote: tidak salah bergaul mesra antara lelaki dan perempuan, tetapi biarlah pergaulan itu atas landasan yang betul. Namun tak dinafikan ada juga yang menjadi mangsa ahli keluarga sendiri. Nauzubillah, semoga perkara buruk ini dijauhkan buat aku dan family, juga teman2 dan semua orang.

Tuesday, February 9, 2010

romantik ke?

Sejak minggu lepas heboh diperkatakan dalam akhbar tentang lelaki Malaysia yang tak romantik. Semestinya fokus adalah lelaki Melayu. Dan bermacam komen yang aku baca di dada akhbar tentang tajuk terhangat seketika ni. Dan pagi ni pulak semasa aku drive to work, kat radio ada diperkatakan tentang topik ni.

Masing2 nak menegakkan bahawa merekalah lelaki paling romantik. Kelakar pulak bila masing2 nak tunjuk bagus. Tapi dari pemerhatian aku, lelaki Melayu ni majoritinya romantik bila waktu bercinta aje. Lepas kahwin semua berubah laku, entah apa sebabnya aku pun tak tahu.

Romantik tu bergantunglah pada persepsi masing2. Bagi aku lelaki romantik adalah lelaki budiman. Yang bersedia untuk meminjamkan bahunya apabila diperlukan. Yang sentiasa menceriakan hari2 wanita yang dikasihi, sentiasa ringan tulang, bercakap dengan penuh hemah dan tidak sesekali menjaja cerita tentang pasangan masing2. Dan yang paling penting adalah sifat menghormati wanita. Setakat ini aku belum berjumpa lelaki Melayu yang romantik pada pandangan mata aku. Mungkin ada di luar sana, cuma aku jer yang belum jumpa.

Adakah dengan menghadiahkan bunga, seseorang itu sudah boleh digelar lelaki romantik? Tepuk dada tanya selera. Bagi aku itu belum cukup layak untuk mendapat gelaran lelaki romantik. Sunflower tu bunga kesukaan aku, hehehe... Kalau tak hadiahkan bunga pun, tetap boleh menjadi lelaki romantik.

footnote: dia tu memang berpotensi untuk menjadi lelaki romantik buat aku. Pertamanya kerana dia bukan lelaki Melayu dan bukan berasal dari benua Asia. Tapi aku tidak pasti sejauh manakah perhubungan ini mampu berjalan. Segalanya berserah pada takdir Allah.

Sunday, February 7, 2010

nilai square

Petang tadi aku ke Nilai Square, mencari comforter seperti yang aku janjikan dengan Fatah. Konon2nya kami nak sharing buat business jual comforter memandangkan permintaan tinggi. So, dari rumah lagi aku dah berharap dan berdoa semoga dapatlah aku less banyak.

First yang aku tuju, kedai yang aku nampak masa last time I went there. Mamat Bangla tu langsung tak nak bagi kurang. Dia siap boleh cakap lagi, kalau akak beli semua pun saya takkan bagi kurang walau seringgit pun. Wah! Berlagak betul, langsung aku angkat kaki dan blah dari situ. Malas nak layan orang cenggitu.

Lepas tu aku nampak kat satu kedai tu letak harga RM39.90. Jenuh aku mintak kurang sambil menabur janji nak beli banyak. Tapi memang pun aku nak beli banyak, alahh... tak sampai sedozen pun sebenarnya, hahahaha!!

Yang jual tu pun Mamat Bangla jugak, tapi kali ni dia bukan jenis yang berlagak. Tapi yang aku menyampahnya sorang Minah Melayu, salesgirl kat situ jugak. Dah lah menyampuk conversation orang, bercakap kasar pulak tu. No manners! Macam lah dia tauke kedai tu. Kalau lah dia tuan punya kedai tu, entah macam manalah agaknya lagak dia. Last2 aku dapat less 90sen je untuk setiap satu. Tapi untuk 10 set yang aku beli tu dah save RM10.00 compare dengan kedai yang first tu. Minah yang datang tolong kemudian tu baik, siap tanya lagi aku nak jual kat kilang ke. Hehehe... aku ni ada rupa minah kilang kot, mana tak nya selebek ajer.

Sambil2 tu sempatlah aku menyinggah kat kedai sebelah menyebelah tu. Sempatlah aku sambar dua helai shorts. Pastu mata aku ternampaklah pulak bantal SpongeBob yang menjadi kegilaan Sarah. Mana taknya, tiap kali dia keluar dengan Bonda, kalau nampak belon SpongeBob je, mesti memujuk rayu Bonda supaya beli.


Inilah bantal SpongeBob yang aku beli untuk Sarah. Mesti dia seronok. Entah apa yang special dengan kartun ni pun tak tahu lah aku. Tapi yang aku tahu, aku seronok layan Wonder Pets. Itu pun gara2 Sarah.

footnote: kadang2 skill tawar menawar aku tak berapa berkesan lah. Kenapa agaknya ya? Ada silap di mana2 kot.

Saturday, February 6, 2010

zuma ...oh ...zuma

Tiga empat hari ni aku terkena sindrom zuma, alah game yang tembak2 guli warna warni tu. Last week aku mintak dengan my friend, bila balik rumah apa lagi. Ting tong aje lah bunyinya.

Dari last week punyalah banyak benda yang listed to be done. Tapi zuma punya pasal satu benda pun tak jadi. On je laptop, the first thing is bukak folder zuma dan start menembak. Mata yang berpinar dengan guli warna warni tu langsung tak ambik peduli. Sampai boleh lupa nak makan lah. Punyalah hebat penangan zuma.

Orang lain aku tak tahu lah, sama ada boleh terpengaruh atau tak dengan zuma ni. Last night aku tido pukul 2.30pagi, asyik maksyuk melayan zuma sampai tak sedar waktu berjalan.

footnote: so far, zuma is the only game yang membuatkan aku lupa makan, lupa minum, lupa segala2 nya lah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...