Thursday, January 28, 2010

sendirian

Awal tahun ini merupakan tahun untuk aku bersendirian nampaknya, walaupun tanpa sebarang perancangan. Takdir Allah yang menentukan perjalanan hidup aku.

Semalam aku menerima jemputan walimatul urus daripada Saliha; atau lebih mesra dengan panggilan Kak Long di kalangan kami. Selepas Ina dan Zuri melangsungkan perkahwinan, Kak Long menyusul rapat di belakang. Maka tinggallah aku sendirian, yang masih berstatus bujang dalam kelompok empat sekawan. Persahabatan kami yang kini menjangkau 12 tahun masih utuh. Walaupun jarang sekali kami bersua muka, namun ikatan ukhwah masih lagi terjalin. Yang nyata kami membawa haluan yang berbeza walaupun suatu ketika dahulu kami berada di bilik kuliah yang sama.


Inilah kad jemputan daripada Kak Long. Malangnya aku tidak berkesempatan untuk menghadiri majlisnya memandangkan kedua2 tarikh tersebut merupakan hari aku akan memandu pulang. Pastinya aku tak punya kesempatan waktu untuk majlis tersebut.

Hari ini juga merupakan bermulanya hari pertama aku bersendirian di rumah ini. Pagi tadi, housemate aku telah meninggalkan rumah ini setelah permohonannya bertukar ke timur tanah air berjaya. She wants to be near to her family and it's good for her. Aku tidak tahu sampai bila aku akan terus bersendirian, mungkin untuk sementara waktu ini aku lebih betah untuk bersendirian.

Nampaknya aku hilang teman untuk berbual, namun sesekali tergigit lidah jua, berbeza pendapat dan pandangan. Adatlah tu bila berselisih kata, dah namanya tinggal serumah. Namun dia selalu temankan aku ke kenduri, dan kadang2 aku temankan dia pulak. Banyak jugaklah kenangan yang ditinggalkan sewaktu kami bersama.

footnote: kalau dulu aku terasa ingin dekat dengan keluarga. Tapi sekarang hati aku sudah semakin jauh, kalau boleh aku ingin terbang jauh ke satu sudut dunia. Alangkah indahnya kalau semua itu tercapai.

Thursday, January 21, 2010

pulak dah....

Petang semalam aku perasan leher dengan bahagian bahu aku ada bintik2 kecil, berwarna agak kemerahan. Pastu muka aku pun terasa sedikit bengkak, macam sembab gitu. Lepas balik kerja, beg yang dah aku siapkan nak ke Bandung, aku simpan balik dalam stor. Aku call hotel dan batalkan tempahan. Hangus jua tiket aku ke Bandung!!

Tapi tak apalah, duit boleh dicari. Dibuatnya aku collapse kat sana, tak ke haru. Dah lah sengsorang, pastu bersesak2 kat Pasar Baru. Siapa nak tolong kalau ada terjadi benda yang tak sepatutnya.

Alhamdulillah, I make a wise decision not to go there, yesterday. Sebabnya bila aku bangun pagi tadi, muka aku bengkak semacam. Mata pun sepet je, pastu pandangan aku terhad sebab bengkak yang menghalang mata aku nak tengok jauh. Kulit muka aku rasa keras dan tebal semacam je, macam baru lepas buat suntikan botox pun ada jugak, hehehe....

Aku pergi klinik dengan harapan bolehlah dapat MC untuk dua hari ni, alang2 dah penghujung minggu, dicampur dengan rasa malas nak bekerja dan kepenatan berganda sebelum ni. Tapi hampeh je, doctor just give me MC for today only and still don't know what happen. Bonda suruh balik, naik Fireflyz dan turun kat Kerteh. Kalau aku terus dapat MC untuk dua hari, memang aku balik pun.

Lepas balik klinik aku pergi Salak Lama, beli dua biji kelapa muda. Kalau campak, sure lepas minum air kelapa semua campak tu keluar, tapi aku rasa bukan campak sebab tak ada tanda2 pun bintik2 merah campak tu keluar. Ubat yang doctor bekalkan langsung aku tak sentuh. Esok kalau masih tak okay, aku pegi mintak MC lagi, hehehe...

footnote: agaknya dosa aku ni dah terlampau banyaknya. Sakit itu kan penghapus dosa2 kecil.

Tuesday, January 19, 2010

demam lah plak....

Malam esok aku supposed to go to Bandung, as I do planned well before and did booked a ticket since last October. Tapi tak ada ribut, tak ada angin since semalam aku demam, batuk, sakit kepala dan selsema, full package tu!! Ingatkan nak pergi clinic malam tadi, tapi malas lah pulak bila dah balik rumah, so pagi tadi aku ke klinik, itu pun dapat lah MC untuk sehari hari ni.

Lepas makan dan ambil ubat yang dibekalkan, aku tidur setengah hari tanpa sedar. Maklumlah, handphone aku off kan, tak nak kena ganggu, hihihi..... Aku terjaga pun bila housemate aku balik kerja and she knock my door. Pastu sambung tidur balik dan bangun lepas azan Maghrib. Huh, teruk betul aku nih. Lepas mandi, aku rasa badan bertambah segar. And hopefully tomorrow I will be better and able to go to Bandung.

Bonda tak tahu pun aku demam, kalau dia tahu sure dia tak izinkan aku ke Bandung. Ini pun sikit punya susah aku nak dapat permission dia, huhu... Bonda tu kadang2 paranoid sangat, takut kalau jadi apa2 kat anak dara dia ni. Tapi bagi aku, kalau benda dah nak jadi tu, jadi jugak. Lagi satu, niat tu kena betul, Insya Allah; Allah akan permudahkan segalanya. Moga2 tiada benda buruk yang berlaku sepanjang aku ke sana.

footnote: aku rasa aku dilanda demam rindu lah. Rindukan kenangan dulu, bersamanya.....

Saturday, January 16, 2010

sepetang di Putrajaya

Petang tadi aku ke Alamanda Putrajaya selepas Zohor. Hajat di hati nak cuci mata di sekitar Alamanda sambil membeli sedikit keperluan harian. Sesampai je aku dah hilang mood sebab cari parking punyalah seksa, terpaksa ke aras yang lebih tinggi. Selalunya ada je parking untuk aku kat aras bawah tu. Agaknya ramai orang habiskan masa kat Alamanda hari ni walaupun this week bukanlah pay day.

Hangin betul aku bila ramai yang berkeluarga bawak anak2. On top of it aku tak kisah pun, baguslah keluar jalan2 dengan isteri dan anak2. Yang membuatkan aku hangin bila anak2 dibiarkan lepas bebas tanpa kawalan. Kalau diikutkan rasa marah, nak je aku sondol dengan troli. Tapi aku masih ada rasa waras dan timbang rasa walaupun dalam hati penuh dengan sumpah seranah. Memang aku ni hot temper pun (pengakuan jujur dan ikhlas, hahaha....).

Lepas shopping ala kadar, sekadar membeli keperluan untuk minggu ni aje aku terus keluar dari parking. Nak balik rumah rasa macam malas je lagi, so aku pun decide untuk ke Tasik Putrajaya. First location yang aku tuju ialah Masjid Besi yang baru siap hujung tahun lepas. Tapi aku tak ke masjid tu pun sebab lupa bawak tudung, kalau tidak boleh je aku solat Asar kat situ sebab by the time aku sampai tu, azan Asar sedang berkumandang.


Gambar Masjid Besi ni aku capture dari pelantar Monumen Alaf Baru. Agak senget sedikit gambar tu sebab aku melawan kesilauan, hehehe.....


Menara Monumen yang megah berdiri dan menjadi mercu tanda di pesisiran tasik ni. Aku park Qaseh kat front parking and walk through this way. Walaupun jam dah hampir 5 petang, matahari masih lagi tegak berdiri dan kepanasan tetap terasa.


Gambar Jambatan Wawasan ni pun aku capture dari pelantar Monumen Alaf Baru (betul ke nama monumen tu? Aku ni main tulis je...). Masa on the way balik aku lalu atas jambatan ni dan aku nampak ada production tengah prepare untuk buat shooting. Entah dari mana ntah production tu, malas nak ambik tahu, just passing by je. Yang aku nampak kereta warna biru yang aku rasa akan digunakan dalam shooting tu, yang dah menarik2 mata aku dari jauh.


Dari jauh kelihatan Masjid Putra, Bangunan JPM and building nearby. Cantiklah gambar ni, hahaha.... masuk bakul angkat sendiri.


Kat tiang monumen yang tegak berdiri tu ada ditulis rukun negara yang lima tu. Kat atas tu pun ada something cuma aku tak pasti apa yang ditulis sebab malas nak mendongak.


Kalau korang nak tahu, di sepanjang laluan monumen ni tercetak sejarah tanah air seawal zaman Parameswara, tapi aku tak tengok plak bila tahun terakhir sebab ada couple duk bertenggek kat situ. Malas nak buat2 sibuk, so aku pun turun je ke bawah untuk melangkah pulang.


On the way balik aku berhenti kat tepi jalan and snap this picture. Kalau kita perasan Masjid Putra di teluk sebelah sini dan Masjid Besi kat teluk sebelah sana. Namun Masjid Putra lebih ramai pengunjung kalau nak compare dengan Masjid Besi. Mungkin sebab Masjid Besi masih baru dan dalam proses untuk mencantikkan lanskap berbanding Masjid Putra yang dah cukup dikenali namanya dan juga keindahan lanskap.

footnote: sebenarnya banyak jugak tempat yang menarik kat Putrajaya ni, sehari pun rasanya tak habis kalau nak explore satu Putrajaya. Kalau ada masa aku nak explore pulak taman2 yang ada.

Tuesday, January 12, 2010

berakhirnya rajuk

Hahahha.... kelakar betul dengan anak dara aku sorang tu. Finally, setelah sebulan merajuk sebab kena tinggal last December, semalam Sarah dah nak berbaik. Bila call dah nak bercakap dengan aku, itu pun jenuh jugaklah Bonda pujuk.

Malangnya bagi aku, dia yang berjanji aku pulak yang nak kena bagi hadiah. Petang tadi dia mintak aku belikan dia necklace baru, yang lebih besar dari apa yang dia ada sekarang. Demand betul!!! Sebijik kurang lebih macam perangai aku, langsung tak ikut perangai mak dia, hehehe.

Petang tadi aku call Bonda lagi, saje nak confirm pasal invitation Pak Cik Yusof. Ingatkan Bonda ada masa Pak Cik datang, rupanya Bonda ke kebun. Pak Cik call aku petang tadi, inviting us to his daughter's wedding on this February 6th. Salwa is the youngest in the family. But unfortunately I'm not be able to attend the ceremony because I'm planning to go home during CNY, not earlier. Alaahh... Pak Cik mesti faham punyalah. Yang sebenarnya dah lama aku tak jumpa Pak Cik and family, dan dia pun dah lama tak berkunjung ke rumah Bonda. Biasalah, bila jarak dah jauh ditambah dengan komitmen, memang susah nak bersua muka.

footnote: Bonda kata pokok anggur yang aku beli tu dah berbuah, ada dua tangkai. Hari2 Sarah ulang alik tengok, suka benar dia. Tahulah itu buah favorite dia, aku pun sama, huhuhuu....

Sunday, January 10, 2010

perasaan ini

Perasaan, walau apa pun rasanya adalah satu anugerah terindah buat setiap insan. Anugerah yang tidak ternilai harganya, dari Yang Maha Esa.

Di awal tahun 2010 ini, aku benar2 diuji dengan pelbagai rasa. Perasaan yang hadir tanpa kupinta, tetap ingin menghuni di sudut hati walau telah kucuba untuk menghilangkannya. Namun siapalah aku untuk menolak kehadiran rasa ini.

Perasaan yang telah lama menghilang kini kembali hadir dengan versi yang berlainan. Sejujurnya inilah yang aku harapkan, tetapi masih ada halangan yang sukar untuk ditembusi. Halangan yang bisa membuatkan perasaan yang tumbuh di hati tidak dapat dilaksanakan.

Angan2 di zaman persekolahan, untuk berhijrah dan memulakan hidup baru di negara asing masih utuh di sanubari. Tidak pernah hilang walau sedetik. Bukan aku tidak sayangkan tanah air tumpah darahku, tetapi ada rajuk dan rasa kecewa di sudut hati yang harus diubati. Sekiranya aku berjaya mendapat tempat untuk pergi, pasti aku akan pulang jua. Cuma aku tidak mampu untuk menabur janji yang keterlaluan. Kerana aku tidak suka memungkiri janji.

Aku teringin untuk bercuti selama beberapa bulan dan merantau ke seluruh dunia. Seperti yang aku selalu jumpa dan dilakukan oleh beberapa kenalanku. Namun aku seharusnya mempunyai dana yang mencukupi untuk menjayakan hasrat ini. Aku memasang impian untuk merantau secara backpacker, menjelajah dari satu tempat ke satu negara berseorangan. Kenapa seorang? Kerana jawapan yang aku pasti, aku belum berjumpa dengan gadis Melayu yang se'gila' aku, hahaha!!! Namun buat masa ini, aku hanya boleh menanam impian.


Gambar ni aku dapat dari seseorang, nice scenery from where he and his friends having their skiing training for winter sport. Bilalah agaknya aku akan dapat menikmati keindahan ini.

footnote:
aku hanya mampu berdoa semoga hidayah Allah akan datang padanya. Dengan harapan, halangan yang satu itu pasti akan terungkai jua.

Monday, January 4, 2010

aduhhh.... lamanya menunggu

Dah beberapa hari aku dapat message dari Celcom regarding printed billing and e-billing charges. Since the day aku terima message tu memang aku nak call, tapi phone tengah charging lah plak. Dah hampir dua minggu baru hari ni aku teringat nak call Celcom Center.

So, aku pun mendail lah number phone seperti yang tertera. Dah lah nak tunggu operator angkat berjanggut lamanya, pastu dari satu operator dah passing to another operator. But, aku still boleh bersabar. And when I get the opportunity to talk to the right person, punyalah lama dia nak check aku punya account.

Ingatkan aku dapatlah selesaikan urusan bila pengesahan butir2 peribadi aku dah bagi seperti yang diminta. Rupa2nya drama ni berterusan. Dah terang lagi bersuluh message yang aku dapat tu kata next printed billing will be charge RM2/per month and free for e-billing. Peliknya minah operator tu plak kata sebaliknya. To make things clear aku terima suggestion dia supaya tunggu di talian sementara dia check lagi sekali.

Kali ni aku dah hilang sabar. Aduhhh... lama giler aku kena tunggu. Lepas 25 minit aku menunggu, yang kedengaran hanyalah iklan dan lagu ntah apa2 yang diulang dengar. Tahap kesabaran aku dah sampai ke tahap maksimum dah. So aku decide to end call without saying good bye. Malas dah nak menunggu berjam, pastu for sure phone bill aku bulan ni melambung lagi. Tak dapat solution pun tak pe lah. Asalkan hati aku tak panas menunggu.

Celcom seharusnya meningkatkan kualiti untuk lebih mendapat sokongan pengguna. Bukan sekadar gah pada nama tetapi juga pada perkhidmatannya. Sebab ramai orang tidak sanggup menunggu dan bersabar dalam tempoh yang lama, macam aku.

footnote: orang tu tengah bercuti panjang, now start with his skiing sport with his buddies.

Friday, January 1, 2010

good bye 2009, welcome 2010

Tahun 2009 baru sahaja melabuhkan tirainya seketika lalu. Dan secara rasminya membuka laluan untuk tahun 2010 memulakan catatan diarinya yang tersendiri.

Banyak perkara telah dilalui sepanjang tahun 2009. Dari arena politik, kisah masyarakat sehinggalah kepada bencana alam, semuanya mewarnai catatan sepanjang tahun. Peralihan pimpinan utama negara kepada Najib Tun Razak daripada Pak Lah merupakan antara kisah utama politik dalam negara.

Krisis ekonomi yang melanda dunia turut dirasai tempiasnya oleh masyarakat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana seperti aku. Sedangkan syarikat besar General Motor yang beribu pejabat di US pun terpaksa ditutup, inikan pulak ikan bilis macam aku.

Gempa Bumi yang teruk melanda Sumatera menyebabkan percutian aku turut tergendala. Juga taufan dan banjir yang buruk di Filipina dan Vietnam serta tidak ketinggalan di beberapa negeri di Malaysia.

Dunia seni tanah air turut dikejutkan dengan kehilangan pengarah filem dan iklan tersohor, Yasmin Ahmad pada 25 Julai serta penyanyi utama Kumpulan Rabbani, Ustaz Asri pada 13 Ogos. Yang pasti pemergian dua insan berbakat besar ini merupakan suatu kehilangan yang sukar untuk dicari ganti.

Dalam kalendar peribadi, 2009 membuka catatan dengan percutian ke Bandung bersama teman, awalnya dirancang bertiga tetapi berkesudahan hanya berdua kerana masalah yang muncul di saat akhir. Turut dicatatkan adalah kehadiran Qaseh dalam hidup aku, dan seterusnya sama2 mewarnai perjalananku seterusnya.

2009 juga merupakan tahun yang indah buat aku dengan pertemuan tak dirancang, namun membahagiakan. Dengan doa hubungan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya. Semuanya dengan izin Allah.

Secara keseluruhannya, suka duka yang dilalui sepanjang 2009 hanyalah menambah warna warni dalam diari kehidupan setiap insan. Dan hidup kita ini akan pasti ada turun dan naiknya, indah dan pahit.

footnote: Jika hidup yang dilalui adalah kisah sama yang diulang tayang, maka nikmatnya hidup ini sudah pasti tiada rasanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...