Friday, December 31, 2010

bag baru, ahakss...

Dah lama aku mencari sling bag yang simple, comel, menarik dan tertarik, hahaha. Aku tak nak yang besar sangat, sedang2 cukuplah. Pastu tak naklah ada banyak tulisan, duk sebatu dah nampak brand apa yang tertulis kat beg tu. Dah lama aku duk meng'ushar', ada2 aje yang tak kena di mata aku. Ada yang size dah okay tapi talinya pulak yang tak kena. Warna tak ngamlah.

Kalau dasar cerewet tu, memanglah cerewet tak bertempat. Susah sangat nak jumpa. Sebenarnya beberapa hari lepas aku dah ke Alamanda, kononnya nak menonton wayang dengan my housemate. Tapi agaknya kitorang langkah kiri, tiket available cuma ada 1 seat aje. Lepas beli tiket untuk hari khamis malam, kami pun memulakan sesi window shopping.

Mata aku tertangkap kat beg2 yang tergantung depan kaunter Sembonia. Dah sempoi gilers, tapi warnanya pulak yang buatkan aku campur tolak darab dan bahagi. Lepas habis semua kedai kami jelajah, konon2nya nak cari yang lebih umpphh.. kami ambil keputusan untuk balik.

Bila dah balik rumah, terbayang2 lah pulak beg yang aku tengok kat Sembonia tu. Aduhai... macam orang gila talak pun ada jugak.

Malam tadi kami ke Alamanda lagi, untuk menonton wayang 'Hantu Kak Limah balik rumah'. Disebabkan dua tiga hari lepas aku dah macam orang gila talak, lepas makan kat KFC tadi kitorang terus menuju ke tempat tersebut sebelum masuk ke panggung.

Fuhh... akhirnya aku sambar jugak sling bag tu. Sebenarnya dua dalam satu, boleh buat handbag jugak. Tapi lain tahun lah aku guna sebagai handbag, hehehe. This would consider as my last shop for the year 2010.


Belum keluarkan dari dalam beg lagi, hehe..


Belum boleh tengok lagi....




Tadaa!!! Ini lah beg yang membuatkan aku gila bayang. After 20% less, I just paid for RM215.20 with six months guarantee on the zipper and the lining inside. Sempoi lah di mata aku, kat mata korang aku tak tahu lah. Masing2 lain citarasanya.

footnote: to Hawa, beg ni ke yang U berkenan kat Sembonia tu? Ada lagi stok, baik U ke sana cepat2, hehehe.

Monday, December 27, 2010

duit lagi....

Malam ni macam kartun pun ada. Aku dah off laptop awal lagi, capai majalah yang aku beli minggu lepas sambil menonton TV. Aku suka buat banyak benda dalam satu masa, and it's really me! Entah mengapa aku teringat pasal duit, dan tak semena2 aku teringat hutang2 aku yang beratus ribu dengan bank. Pastu teringatlah pulak dekat orang2 yang berhutang dengan aku, jumlahnya tak adalah beratus ribu, but still in thousands! Terus aku on balik my lappy and start blogging!

Selama hari ini aku cuma ingat Si A pinjam this amount, B with certain amount and so on. Ada satu dua kes yang aku tulis and a few just remember. Dan tadi aku terfikir, sekiranya aku meninggal tanpa sempat mereka2 ini nak membayar, how do they going to pay? I realize that I should write it somewhere and let my family know about it.

So, aku senaraikan nama peminjam and their contact numbers, so senanglah kerja my family nanti (macamlah ramai sangat yang pinjam and hopefully they will not going to change their phone number!). Unfortunately, adalah dua hutang lapuk ni, dah bertahun2 lah jugak. Yang sorang tu tak dapat dikesan, hilang tanpa jejak. Dan aku bukanlah baik sangat nak halalkan macam tu aje sebab jumlahnya agak banyak! I'm sure he knows how to find me! Dan yang sorang lagi aku lupa jumlah hutangnya, yang aku ingat cuma jumlah terakhir dipinjam. I'm not too concern about this people sebab dulu I'm used to wrote it somewhere but I can't find that book anymore! Yang pasti that book aku dah buang! Oh no..!!

Masalahnya sekarang ini, aku dah naik malu nak mintak hutang. Sepatutnya diorang yang malu sebab tak bayar, tapi dah jadi terbalik. Bila aku mintak, janji nak bayar next week. Tunggu punya tunggu, when the new month coming pun still tak bayar jugak. Bila tanya lagi, boleh pulak bagi jawapan lupa! Sakitnya dalam hati, masa nak pinjam boleh pulak tak lupa. Kejap2 call, kejap2 call, nak make sure aku dah transferkan duit ke belum. Bila time nak bayar, liat mengalahkan dodol!


Duit adalah segalanya. Ada orang sanggup berbunuh hanya kerana duit. Dan ada yang hilang keluarga juga kerana duit. Manusia dipandang tinggi kerana duit, dan manusia juga dipandang rendah hanya kerana duit.

Macam mana ya untuk katakan tidak pada golongan yang suka berhutang ni? Masa tengah marah ni memanglah aku kata tak nak bagi dah, tapi bila tiba masa tu..... aduhai........ Aku ni cepat bebenor kesian dekat orang, padahal orang tak ada pun nak kesiankan aku. Aku cuba jugak buat hati kering, tapi tetap tak menjadi. Nak kata aku ni baik, rasanya ramai orang kata aku memang evil! Habis, camana tu?

Kekadang aku terfikir, sampai bila aku harus berharap agar semua hutang2 aku langsai dibayar? Aku pun banyak jugak hutang, tapi bukan dengan oranglah, bank aje yang sanggup bagi aku pinjam. Bila aku betul2 terdesak, cuba nak pinjam dengan orang2 yang aku kenal, semuanya bagi alasan tak ada duit. Sedih betul aku masa tu. Waktu tu aku memang betul2 terdesak sebab duit aku still floating and I need that money very much, to pay for the car. It's not means that I don't have money at all!

footnote: melalui apa yang aku belajar, roh orang yang berhutang tidak akan diterima selagi segala hutangnya tidak dibayar. Aku cukup takut kalau nak meminjam, takut kalau2 aku meninggal sebelum sempat aku pulangkan. Kerana ajal dan maut ini bukan ketentuan kita.

Tuesday, December 21, 2010

tv oh tv

Televisyen yang telah aku guna khidmatnya selama lebih lima tahun akhirnya menamatkan perkhidmatannya. TV jenama Pensonic yang aku beli lebih lima tahun dulu dengan harga RM500++, (aku lupa the exact amount) banyak jasanya dan ikut berpindah bersama aku ke tiga buah rumah! Sungguh setia TV ini, hahaha.


Semenjak hampir sebulan yang lalu, garis2 hitam putih ini akan setia bersama bila TV dioff kan. Namun disebabkan aku masih dapat menonton walaupun gambarnya berbalam, dan ditambah dengan kekangan kerja, aku biarkan dahulu keperluan untuk dihantar servis. Tambahan pula, aku semakin jarang menonton TV!


Dan semenjak dua minggu yang lalu, inilah yang keluar bila TV dion kan. Maka nak tak nak, aku terpaksa menghantar untuk dibaiki memandangkan aku hanya mampu mendengar audionya sahaja!

Selepas seminggu TV aku berada di rumah sakit, tuan punya rumah sakit telefon dan beritahu bahawa TV aku tak dapat dibaiki sebab tak ada spare part! Aduhai, punyalah sedih rasa di hati. Siang tadi aku singgah di kedai elektrik tersebut dan akhirnya aku membuat keputusan untk mendapatkan TV yang baru.

Maka sekarang ini aku telah dengan sahnya bergelar pemilik baru kepada sebuah TV berjenama cap ayam dengan harga RM290.00 dengan waranti selama dua tahun. Dan harapan aku biarlah TV ini dapat menyumbangkan khidmat dan baktinya kepada aku lebih dari tiga tahun, hahaha!

Aku memang tidak obses dengan pelbagai jenama dan model televisyen yang hangat di pasaran sekarang ini. Kerana bagi aku, sekadar cukup untuk menonton dan aku tidaklah menghabiskan banyak masa di hadapan TV. Untuk apa aku menghabiskan sebegitu banyak wang untuk sesuatu yang jarang aku gunakan.

Untuk barangan elektrik, aku tidak mempunyai jenama kegemaran yang khusus. Selalunya aku akan membeli mengikut mood aku sewaktu itu, sama ada mahukan yang berjenama hebat ataupun sekadar jenama cap ayam. Tetapi aku cukup setia dengan jenama tertentu bagi beberapa barang keperluan yang lain. Biasanya barangan yang melibatkan pembelian kerap.

footnote: bolehkah kesetiaan dalam sesuatu perhubungan diukur dengan kesetiaannya terhadap sesuatu jenama?

Monday, December 20, 2010

Ipoh trip

Sabtu lepas kami ke Ipoh selepas Bonda dan 'rombongan' tiba dari kampung pada Jumaat malam. Bas yang Bonda naiki lambat tiba, lebih sejam aku menunggu di Putrajaya Sentral. Mujurlah aku membawa bersama buku, maka dapatlah aku menghabiskan beberapa helai bacaan lagi.

Malamnya kami berkemas apa yang perlu dibawa. Kepentingan hanya kepada Fatah memandangkan tujuan utama ke Ipoh adalah untuk menghantarnya bagi Pemilihan Akhir Perajurit Muda. Asalnya aku tidak bersetuju langsung bila Fatah berhasrat nak memasuki tentera udara. Sehingga sekarang pun aku tetap tidak bersetuju. Tetapi memandangkan itu adalah minatnya, maka aku harus menghormati dan bersetuju dengan keinginannya.

Bertolak dari Sepang pada pukul 9.00 pagi dan kami menuju ke Shah Alam. Perjalanan diteruskan setelah mengunjungi Along di Seksyen 18 dan waktu itu jam sudah melangkaui 11.00 pagi.

Kami tiba di Regalodge Hotel Ipoh hampir jam 2.00 petang. Mujurlah aku telah membuat tempahan lebih awal, jika tidak pasti kami buntu untuk mencari tempat bermalam. Sepatutnya check in time at 3.00 pm but I managed to get it at 2.30 pm, but it's only for one room. Another room is after 3.00 pm.


Ini bilik yang aku huni bersama2 Bonda dan Sarah. Bilik sebelah adalah untuk si bujang bertiga. Asalnya aku mahukan bilik sebelah, tetapi memandangkan sudah berkecah dikerjakan oleh mereka2 itu, aku menukar ke bilik ini setelah aku mendapat kunci kemudiannya.


Telefon ini rosak pada asalnya, namun setelah diberitahu, sekejap aja pekerjanya datang menukarkannya.


Dari pintu masuk.


Toilet yang menjadi kegemaran Maisarah. Best sebab boleh berendam, katanya. Ashtray bilik sebelah pecah dikerjakannya! Ganas sungguh si kecil tu.

Petangnya kami keluar untuk makan sambil mencari letaknya Terminal Bas Medan Gopeng. Pantang nampak tanda McDonald, sibuk aja Sarah mengajak kami ke McD. Terpaksalah aku mengeluarkan segala macam auta untuk mengelakkan diri ke McD. Bukan kedekut, tapi bila memandangkan Bonda tak makan fast food, maka itulah cara yang terbaik.


Sepulangnya dari pusat bandar, kami singgah di Taman Rekreasi ini. Ramai sungguh orang beriadah dan kereta yang diparking memenuhi petak yang disediakan. Aku cukup suka dengan kedudukan taman ini, seolah2 dipagari oleh bukit bukau yang masih menghijau. Sarah cukup seronok menghabiskan masanya di sini.


Aku cukup suka dengan pemandangan ini. Pagi Ahad, sewaktu ingin menghantar Fatah ke Terminal. Seolah2 kereta akan memasuki dan keluar dari bukit tersebut.


Sempat kami singgah di Trolak Hot Spring dalam perjalanan pulang ke Sepang. Wajah garang Maisarah berhampiran mini fountain. Air yang keluar tu merupakan dari punca air panas dan dijadikan sedemikian.


Sewaktu berjalan melalui laluan pejalan kaki, kelihatan wap panas dari punca air panas yang dialirkan ke kolam2. Ini rupa senyum dalam paksa, sebab kena paksa senyum, hahaha.

Sebelah petangnya kami ke Nilai Square. Asalnya ingin ke Nilai 3, tetapi kerana cuaca yang mendung dan tiba2 hujan, kami sekadar ke Nilai Square. Sempat juga si kecil tu merengek minta dibelikan mainan. Aduhai... kalau hari2 mahu kopak wallet aku!

footnote: setelah Bonda menaiki bas pada pagi Isnin, aku terus ke Alamanda dan sempat singgah di Kompleks PKNS Bangi untuk bershopping. Dalam tempoh kurang dari 4 jam, aku telah berjaya menghabiskan lebih RM500 ringgit. Itupun masih ada beberapa barang yang belum dibeli. Mungkin aku perlu ke Shah Alam pula selepas ini.

Saturday, December 11, 2010

saturday blues

Setelah sekian kalinya aku dapat berehat dengan aman pada hari Sabtu. Tapi sebenarnya tak adalah aman sangat pun. Ada jugaklah benda yang nak kena buat. Semalam my boss did asked me to standby but early morning he called me and someone is going to replace me. Maybe sebab hari ni public holiday and would claim triple, tu sebab orang tu sanggup nak replace. Kalau tak, jangan haraplah agaknya.

Pagi2 lagi aku dah keluar, konon nak ke Pejabat Pos, ambil parcel yang sepatutnya diterima semalam. Disebabkan aku tak ada kat rumah masa tu, maka card aje yang ditinggalkan dalam letter box. Bila sampai aja kat Pusat Pungutan, aku tengok cantik aja pejabat tu tutup, berbungkus rapi, hehe. Termenung sekejap aku kat situ, ingatkan silap tengok jam pukul berapa. Bila tengok tarikh kat jam, barulah teringat hari ni Birthday Sultan Selangor! Punyalah asyik bekerja semenjak dua tiga minggu kebelakangan ni, sampaikan terlupa hari cuti, hahaha.

Aku terus ke Nilai, membeli stok minuman dan ke Public Bank, to register for internet banking. Balik aku singgah kat kedai elektrik kat Seroja ni, semalam brother kedai tu janji nak datang ambil TV aku kat rumah, untuk direpair. Sampai ke sudah, tak muncul2. Rupa2nya dia terlupa. So, hari ni aku duk tunggu dia datang, konon nak ke nurseri, menjenguk kot2 ada pokok baru yang cantik untuk dibeli. Tapi risau pulak kalau time aku keluar tu, tetiba brother tu datang. Sudahnya aku duk kat rumah melayan tenet ajelah.

Dah hampir sebulan aku merancang nak pergi shopping besar-besaran. Macam banyak je yang nak diborong, macamlah duit banyak sangat, hahaha. The list item yang nak dibeli punyalah panjang berjela, duitnya tak ada lah pulak berkepuk2. Tambah pulak aku ni kedekut, kalau boleh nak barang semuanya murah, tapi kualiti tip top. Mana lah nak dapat camtu, berangan ajelah. Entah bila aku dapat luangkan masa untuk bershopping ni. Minggu depan kena bawak Bonda ke Ipoh, maybe a week after that lah kot. December dah nak abis, risau kalau2 melepas chances for this year end sale. Tapi sale kat sini mana ada murah betul pun, takat 10% tu banyaklah.

Lepas ni aku kena kembali rajin bercucuk tanam. Water hose yang baru dah beli tadi, dah seminggu pokok2 aku tak mandi, water hose yang lama bocor di sana sini, langsung tak boleh guna. Nasiblah pokok2 tu dapat tuan yang malas macam aku ni. So, lepas ni kenalah rajin, lagi pun lalang dah mula naik. Cepat betul membiak!

Alhamdulillah, at least few items aku dah boleh scratch from my to do list. But still lots to go. I wish I could finish all before the new year coming in less than 3 weeks from now. Time fly very fast lately, tak terkejar pulak rasanya.

footnote: aku dah ada teman baru, a new housemate since last Sunday. So, sekarang ni tak adalah aku kesunyian, ada jugak teman berbual dan bergossip! Tak adalah lepas ni aku sembang sorang2 lagi, hahaha.

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

Masuknya waktu Maghrib petang tadi, maka bermulalah 1 Muharam 1432 Hijrah menurut Kalendar Islam. Selamat Tahun Baru buat semua pembaca. Mudah2an kita semua akan berhijrah ke arah yang lebih baik dalam menjalani kehidupan ini.

Dan esok merupakan cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia. Namun apakan daya, aku tetap tidak dapat bercuti. Ada kerja yang harus aku selesaikan. Maka, esok aku akan ke Subang lagi seperti hari2 yang sebelumnya.

Kalau difikirkan penat, memanglah tak kuasa nak mengadap semuanya. Tapi bila memikirkan imbuhan yang bakal diterima, maka semangat yang merudum terus naik secara mendadak. Lenguh, penat, traffic jammed; semuanya rela diredahi. Tapi rasanya minggu ini merupakan minggu terakhir agaknya. Kerja yang berbaki sudah berkurangan. Dan selepas ini dapatlah aku kembali berehat, terutamanya di hujung minggu.

footnote: aku berdoa semoga di tahun baru ini, segala impian dan harapan aku bakal terlaksana, dengan izin Allah, insya Allah. Mudah2an aku juga turut berhijrah ke arah yang lebih baik, amin.

Monday, November 22, 2010

apa dah jadi?

Hari Raya Korban yang jatuh pada hari Rabu lepas, aku sambut sorang2. Aku tak balik kampung sebab kekangan kerja. Cuti pun sehari itu ajalah. Dan keesokkan harinya aku bekerja seperti biasa, seolah2 tiada perayaan yang berlaku. Bermula pada hari Jumaat sehingga ke hari ini, aku berulang alik ke Subang. 138km pergi balik dalam masa sehari.

Hari ni aku tak tahu sindrom apa yang melanda. Bermula dari plaza tol, aku menerima lebihan baki dari yang sepatutnya. Kemudian singgah di pasar malam, pun aku menerima lebihan baki yang tak sepatutnya aku terima. Agaknya hari ni semua orang mengalami sindrom silap pengiraan kot.

Alhamdulillah, aku terperasan lebihan tersebut. Dibuatnya aku tak perasan, kesian mereka itu. Dan jenuh untuk aku membayar balik lebihan tersebut. Mana aku kenal orangnya.

footnote: kadang2 aku sendiri pun terlalai dalam menjalani kehidupan ini. Setiap individu yang dilahirkan tidak sempurna sifatnya, kecuali Rasul Allah yang maksum. Walaupun mungkin ada sesuatu yang menjadi penyebab kelalaian, namun kita seharusnya mencuba sedaya upaya untuk menghindarinya.

Tuesday, November 16, 2010

kek.... kembali lagi

Dah lama aku tak makan kek, semenjak hubungan aku dah dia hilang dibawa angin lalu. Tetiba hari ni aku teringin pulak nak makan kek. Semuanya kerana terfikirkan seseorang sewaktu memandu, dan aku perlukan kek untuk meredakan kesakitan dan keperitan di hati.


Jadinya, sewaktu dalam perjalanan pulang dari Sungai Besi Base, aku singgah di kedai kek dekat Bangi. Maka terjuallah kek Black Forest ni kepada aku dengan harganya RM38.00.


Ini pulak gambar close up. Hahaha... Siap ada close up pulak tu, ntah apa2 ntah...


Dan ini pulak yang aku makan petang tadi. Lega rasanya bila dapat menikmati kek yang enak, gebu dan menusuk kalbu nih. Hilang sekejap kekecewaan, keperitan, kesakitan dan kesedihan.

Selalunya bila aku menghadapi masalah perasaan ni, aku akan cari coklat mahu pun kek. Sebabnya kedua jenis makanan ini akan membuatkan hati aku terubat dengan mudahnya. Walau sepahit dan seperit mana sekalipun masalahnya. Rasa manis dan lemak coklat dan kek akan menghilangkan segala pahitnya kenangan dan derita. Yang tinggal hanyalah kemanisan untuk dinikmati dan diingati.

footnote: rasanya kalau aku pergi jauh dari sini, mungkin segala kenangan pahit ini akan turut sama hilang. Seperti hilangnya jejak aku di sini. Mungkin di waktu itu aku sudah bisa mengukir senyuman di hati. Aku memohon padaMu ya Allah, agar dipermudahkan segalanya bagiku.

Saturday, November 13, 2010

my laptop sleeve sling

Tengah hari semalam aku terima barang yang aku beli secara dalam talian. Ini bukanlah pembelian dalam talian yang pertama aku lakukan. Tetapi sebelum ini pembelian lebih kepada makanan dan kali ini merupakan beg laptop. My new laptop sleeve sling is so nice! Semuanya bermula apabila aku membaca tentangnya di dalam majalah Wanita November 2010 dan tanpa ragu membuat tempahan.




Ini lah beg yang aku terima tengah hari semalam. Nicely fit to my lappy and looks good!

Kalau ada sesiapa yang berkenan dan berhajat untuk memiliki, apa kata singgah di laman ini: http://syasyacreative.blogspot.com. Bukan hanya laptop sleeve, mata anda akan turut dijamu dengan pelbagai lagi hasil jahitan yang creative dan memikat pandangan mata.

footnote: sesekali berbelanja dalam talian ni ada jugak bagusnya. Tak perlu bersusah payah untuk memandu keluar ke mana2 pusat perniagaan. Namun buat kalian yang menjalankan urusniaga seperti ini haruslah mempunyai tahap kejujuran yang tinggi.

Tuesday, November 9, 2010

tanjung piai

Hujung minggu lepas aku ke Tanjung Piai, Johor memandangkan hari Jumaat merupakan cuti umum. Tambahan memang aku berhasrat untuk bercuti sambil menenangkan fikiran selepas selesai peperiksaan baru2 ini.

Aku bertolak dari Sepang hampir jam 10.00 pagi, tersasar dari perancangan awal iaitu 9.00 pagi. Aku memang ada masalah dengan perutlah bila nak ke mana2. Selalu aje aku akan asyik berulang ke tandas berkali2. Ini merupakan percutian secara solo yang pertama di bawah tag "Cuti2 Malaysia". Itu pun apabila pelawaan aku ditolak, huhu.. sedihnya dalam hati...

Setelah mengisi tangki minyak sepenuhnya, aku meneruskan perjalanan ke selatan melalui Lebuhraya Utara - Selatan. Perjalanan tanpa henti sepanjang lebuhraya akhirnya membawa aku berhenti di sebuah restoran di Simpang Renggam. Untuk mengisi perut dan bertanya arah; sambil menyelam minum air. Kalau berpandukan pada papan tanda, mahu agaknya kosong tangki kereta baru aku jumpa tempatnya.

Sesampai di Kukup, aku terlajak ke Kukup Laut. Aduhai, punyalah seksa nak buat U turn dan berpatah balik ke pekan Kukup. Dari situ aku mengambil simpang ke Tanjung Piai. Perjalanan diteruskan dengan melalui jalan kampung yang agak sempit dan agak berliku. Suasana agak sunyi walaupun di kiri kanan jalan terdapat rumah2 kampung, ada yang dekat dan ada yang jauh jaraknya antara satu sama lain.

Aku sampai di resort hampir pukul 2.30 petang. Setelah check in, aku mendapat bilik yang lebih kecil dari booking awalnya, sesuailah aku datang solo.


Inilah bilik aku, bilik paling hujung mengadap ke lautan terbuka di tingkat dua. Aku hanya perlu menarik langsir dan cahaya akan melimpah masuk ke dalam bilik di samping aku dapat melihat lautan dengan jelas. Juga kapal2 dagang yang nampak jauh di pandangan.


Di remang senja, cahaya dari kapal2 dagang mula kelihatan berbalam di sepanjang horizon. Turut kelihatan perahu kecil nelayan tempatan.


Aku teringin berada di jeti ini untuk menyaksikan keindahan sunset. Namun apakan daya, aku tidak berani untuk ke sana. Cukuplah aku dalam melihat dari bilik, huhu...




Suasana di malam hari. Cukup indah apabila kegelapan malam dihiasi kerlipan lampu2 dari kapal2 dagang di sepanjang horizon, membentuk satu garis yang memukau. Tidur malam aku ditemani keindahan ini, cukup sekadar aku menarik langsir dan meninjau keindahan luar apabila terjaga di waktu malam.


Pintu yang kelihatan itulah bilik aku. Menarik, bukan?!


Jeti ini membawa ke pintu utama resort. Segalanya indah dan mendamaikan.


Pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai.


Sepatutnya papan tanda ini tidaklah tersorok, kalau diletakkan berhampiran jalan masuk lagi sesuai.


Di sebelah kiri itu merupakan pejabat taman negara.


De'Tanjung Jetty merupakan nama jeti yang menghala ke laut lepas ini. Sebelum melangkah dan sewaktu mengorak langkah untuk ke sana, hatiku berbolak balik sama ada untuk meneruskan atau berpatah balik. Dengan angin kuat ditambah arus dari Selat Melaka yang kuat berombak, jantungku berdetak lebih kencang!


Semakin hampir dengan jeti, semakin kuat debaran melanda. Pelbagai andaian buruk muncul di minda. Inilah padahnya bercuti keseorangan.


Punyalah cuak, ambik gambar pun dah senget benget. Nasib baik ada satu family Cina tengah memancing di jeti ini. Kalau tidak, lagi haru jawabnya. Tambahan pulak ada dua orang lelaki sedang berehat di situ. Tahu2 aje lah bila jauh daripada pandangan mata orang ramai dan aku pulak keseorangan.


Dari jeti ini pun, kelihatan kapal2 dagang yang besar. Entah dari mana dan ke mana hala tujunya.


Di persimpangan inilah aku akhirnya nekad membuat pilihan untuk meneruskan perjalanan ke De'Tanjung Jetty. Walaupun aku berhadapan dengan risiko yang besar, namun aku gagahi jua kerana inilah mungkin satu2nya peluang yang aku ada. Dalam berani ada jugak penakutnya aku ni, hahaha. Jantung dan hati aku usah ceritalah hebatnya berdegup, belum lagi minda yang memproses segala bentuk andaian.


Melihat adanya Menara Pemerhati ni, aku berhasrat untuk untuk melangkah naik. Bukan aku namanya kalau tidak ingin mencuba segala apa yang ada. Namun baru melangkah ke anak tangga ke dua, aku melihat pemegang tangga ini sudah goyang dan ada yang tercabut pakunya. Untuk tidak mengambil risiko, aku lantas turun.


Masih jauh perjalanan yang harus ditempuhi, dikelilingi oleh pokok bakau dan bau yang kurang menyenangkan.


Aku semakin menghampiri tujuan utama.


Dan akhirnya, aku nampak apa yang menjadi tujuanku. Namun malangnya, laluan untuk ke sana terputus. Maka ini sajalah yang dapat aku ambil sebagai bukti bahawa aku telah berjaya sampai ke penghujung benua dalam pengembaraan secara solo.

Sewaktu aku sudah semakin menghampiri pejabat taman, tempat di mana aku memulakan perjalanan dengan mengambil laluan yang berlainan, barulah aku perasan dengan papan tanda yang bertulis "You'll never walk alone"! Dan aku hampir sahaja menyelesaikan perjalanan pergi balik secara solo ke penghujung selatan tanah besar Asia!


Ini hanyalah replika, terletak berhampiran pintu masuk pejabat taman negara.


Ini di pekan Kukup Laut, gambar ini diambil di pintu masuk terminal feri antarabangsa.


Ini pula pintu masuknya. Asalnya aku berhajat untuk mengambil feri ke Tanjung Balai, Indonesia. Tetapi aku membatalkan hasrat apabila banyak mata2 yang memandang sewaktu aku berjalan ke terminal ini. Aku jadi takut dan tidak selesa. Sudahnya, usai mengambil gambar aku lekas2 ke tempat meletak kereta dan memandu pulang.


Cuba korang teka, cahaya apakah itu? Hahaha....


Dinner di malam terakhir, keseorangan sambil ditemani keindahan alam dari jendela.


Gambar terakhir sebelum melangkah pulang. Ini antara restoran yang ada di jeti berhampiran.

footnote: aku perlu lebih berhati2 sekiranya bercuti secara keseorangan di tanah air sendiri. Pandangan mata sesetengah orang amat menakutkan and feel insecure!
Kenapa tak sudi bila aku ajak bercuti bersama? Sekadar bercuti, bukan ada niat lain pun.... hurm...


Thursday, October 28, 2010

hancur hatiku... :(

Akhirnya, penantian yang bertahun berakhir hari ini. Jenuh aku berdoa dan berharap agar soalan yang menyinggah senang dan jawapannya ada dalam ingatan aku. Namun malangnya, harapan tinggal harapan.

Pagi tadi aku dah agak terlambat, walaupun aku keluar rumah di awal pagi. Dengan perut yang meragam, aku terus parked Qaseh di tepi jalan, tempat biasa aku park bila ke DCA. Selama hari ini, aku tak pernah kena saman, lagi pun aku tidaklah berlama di DCA sebelum ini. Malang bagi aku kerana hari ini aku kena saman.

Sudahlah technical paper paginya amat mendukacitakan aku. Segala yang aku harapkan untuk muncul dalam kertas soalan hanyalah angan2 kosong. Sudahnya aku meninggalkan dua soalan tak berjawab. Aduh! Sungguh kecewa rasanya. Dan pasti aku akan fail untuk trade. Dan hari ini hanya aku seorang yang mengambil Piston Engine.

Jam dua petang, aku kembali untuk kertas Air Legislation. Soalan MCOQ membuatkan aku kurang yakin, namun aku menaruh harapan untuk soalan essay . Alhamdulillah, kertas jawapan essay bagi Air Legislation tidaklah menghampakan. Ada sinar di hujungnya, namun aku tidaklah terlalu yakin. Sekiranya ada rezeki untuk aku, luluslah. Kalau tiada rezeki untuk lulus, aku redha.

Sekarang aku lebih mengerti dan faham. Tidak senang untuk bergelar Licence Aircraft Engineer. Laluan untuk ke puncak tidak semudah mendaki gunung, mahupun meredah belantara. Ianya sesukar dan sebesar tanggungjawab yang terpikul di pundaknya.

Setelah selesai peperiksaan, aku ke Perbadanan Putrajaya untuk menyelesaikan saman parking. Setelah dibuat rayuan, jumlah saman berkurangan dari RM100 kepada cuma RM40. Hangus RM40 untuk kesalahan yang tak sepatutnya dilakukan. Sudahnya aku menghala ke Alamanda, berbelanja bagi menghilangkan stress. Shopping is a good treatment to release stress, mungkin bagi yang duitnya berkepuk2. Orang macam aku ni, sekadar window shopping sudah memadai. Pertama kali aku ke shopping complex and do some shopping with wearing baju kurung! Hari ini dalam sejarah nampaknya, hahaha.

footnote: aku tidak akan berputus asa. Selagi aku punya daya, akan aku redahi semuanya. Hari ini merupakan langkah pertama untuk aku terus menapak ke hadapan. Perjuangan masih belum selesai. Chaiyok Anne!

Wednesday, October 13, 2010

telah tiba

Sewaktu aku pulang tengah hari tadi, aku melihat ada sepucuk surat di dalam mailbox di pagar rumahku. Aku ingatkan hanya surat biasa, yang selalu berkunjung ke alamat mailboxku. Bila kulihat alamat yang tercetak di sampul surat, hatinya mula diserbu debaran kencang.

Aku memang sudah sedia maklum tentang tarikh keramat itu, cuma aku tidak akan berpuas hati selagi tidak melihat hitam putih kenyataannya. Apabila sudah tertera di depan mata, rasa takut dan risau bertambah kuat.


Inilah surat yang mengesahkan tentang kehadiran tarikh keramat dalam hidup aku tidak lama lagi. Tarikh yang bakal menjadi penentu perjuangan aku selama ini. Boleh ke digelar perjuangan? Hahaha... Apa pun, good luck for myself!

footnote: aku dah book bilik di Tanjung Piai Resort pada 5 hingga 7 November ini. Chaiyok! Chaiyok.. anne!

Sunday, October 10, 2010

semuanya serba tak kena

Semuanya serba tak kena. Bercelaru dan caca merba. Dalam hati rasa dup dap dup dap makin kencang. Semakin menyerabutkan kepala, hati, jantung, paru2 dan segala bagai lah.

Bila buka buka yang ini, mata duk jeling buku yang lagi satu. Bila dah selak2 muka surat, mata dah start fokus, hati pulak duk berbisik.... buku lagi satu bila nak jenguk? Mula lah duk gelabah semacam, pastu apa yang dibaca pun tak berapa nak melekat kat kepala.

Tapi yang tak menahannya, dalam duk kalut nak sit for the exam, sempat lagi buat plan nak bercuti. Teringin nak ke Kota Kinabalu, tapi bila tengok flight schedule rasa frust lah pulak. Sebab flight schedule tu tak ngam dengan schedule orang yang akan hantar dan pick up aku kat airport. Bila aku ajak, dia sibuk nak study pulak sebab ada QA oral next month... huhu..

Nampaknya aku akan ke Tanjung Piai ajalah. Lain kali aje aku ke Kota Kinabalu tu, takkan lari BKI tu, hehe.. Bila aku call Tanjung Piai Resort hari ni, langsung tak berangkat. Takkan resort pun bercuti pada hari Ahad? Pelik je....

footnote: bukan senang nak senang, bukan susah nak susah... huhu.....

Wednesday, September 29, 2010

exam dah dekat

The first time I submit my application to sit for DCA examination was a year ago. And I resubmit my application a week after Ramadhan. A week before Hari Raya Eid Fitri is coming, I called Kak Shida and request to postponed the date in October since at that time my name still not in their system.

This evening, I drove back home and didn't stop by at working place after finished my job at Sungai Besi. Around 6.00 pm my boss called and I thought he gonna ask me about the office matter. But unfortunately, he mentioned about the exam date was confirmed on 28th October and no more postponed! Oh God! Then I realize that lots of thing that I still need to read.

But this time I will go through it either like it or not. Since I put my hope too much since last year, and it never happen until a year of waiting and few times appeal on the application. And now I will only waiting for the letter from DCA and doing my self study as per before.

footnote: terlalu banyak harapan oleh ramai orang untuk aku. Tapi lagi besar dan berat harapan daripada diri sendiri yang harus dilaksanakan. Dalam rasa cuak, takut dan risau, tetap terselit rasa gembira. Gembira kerana penantian yang bertahun ini sudah hampir ke kemuncaknya. Ya Allah, aku memohon padaMu agar dipermudahkanlah segala perjalanan urusan ini. Semoga kejayaan akan menjadi milikku, amin.

Saturday, September 25, 2010

hujung minggu lagi.....

Hari Sabtu minggu ini aku menghabiskan masa bersama Eliza, setelah lebih setahun kami tidak bersua muka. Date untuk hari ini kami dah plan since last week. Aku terlambat dari waktu yang dijanjikan kerana sedari pagi perutku meragam dan tiga kali aku berkunjung ke tandas sebelum segala isi perut dilupuskan dengan cara yang sepatutnya.

Asalnya janji pukul 10.30 pagi tapi aku tiba pukul 11.00 lebih. Kesian Eliza dah menunggu lama, sempatlah jugak dia bershopping sendirian. Kami terus ke GSC, membeli tiket wayang seperti yang dirancang sebelumnya. Sementara menanti tayangan Wall Street pada pukul 12.00 tengah hari, kami mencuci mata sambil bersembang. Banyak benda yang nak dikongsi memandangkan kami amat sukar untuk bersua.

Sehabis menonton, kami ke Secret Recipe untuk makan tengah hari yang sudah terlewat sebenarnya. Itu pun setelah kami ke McDonald dan terdapat ramai orang. Memandangkan we want to spend time together and avoiding from crowd, we choose to be having our meals at Secret Recipe.


Inilah yang aku order dan makan, Tom Yam Spaghetti. Rasanya bolehlah tahan, dan yang penting aku kenyang, hahaha. Tapi tak sepedas yang aku harapkan.


Dan ini pula merupakan hot chocolate yang aku pesan. Makan spaghetti dan minum coklat panas, macam ada yang tak kena aja. Hahaha.... Aku suka betul matchkan sesuatu yang tak logik di akal. Itulah sebabnya perut aku selalu bergaduh, makanan yang diterima bercampur2.

Agak lama kami habiskan masa di Secret Recipe, walaupun makanan telah habis dimakan. Berkongsi cerita tentang kisah perjalanan hidup kami setelah sekian lama tidak bersua. Banyak benda yang dikisahkan.


Dalam kami mengukur keluasan Alamanda, sempat juga kami melangkah masuk ke Guardian Pharmacy. Setelah sekian lama aku mencari digital weighing scale and I found it here. This Phyliss digital scale cost me Rm79.98 with two years warranty. Unfortunately, I didn't get dealer's stamp and for sure I cannot be able to post the warranty card. To go back to Guardian and get the stamp is the most laziest thing to do. Seems like I will ignore the warranty card instead of going back to the mall!

footnote: nampaknya berat aku seakan ingin kembali ke asal, sebelum bulan Ramadhan. Aduhai... janganlah beratku naik lagi. Aku harus rajin selepas ini, rajin bersenam dan rajin kurangkan makan supaya berat impian tercapai. Agaknya aku harus ikat perut, so my body will consume less food and my weight will lesser. Boleh ke?

Wednesday, September 22, 2010

sakit + penat = malas

Pagi ini aku rasa cukup penat, padahal bukannya aku kerja kuat sangat dalam masa seminggu ni. Agaknya duduk terlalu lama, ditambah dengan kepenatan ke hulu ke hilir membuatkan belakang aku semakin terasa sakitnya. Sudahnya aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti kecemasan.

Konon2 nya nak pergi ke klinik, nak buat check up regarding my backbone. Tapi malasnya nak keluar rumah. Sudahnya aku tak ke mana2 pun, sekadar berehat di rumah. Nak basuh baju yang dah penuh baldi pun rasa macam tak larat. Yang sebenarnya tahap kemalasan dah jadi semaksima mungkin, hehehe. Maka jadilah alasan yang terhebat!


Ini figure tulang belakang yang aku dapat hasil carian Cik Google. Tulang ni nampak sihat je. Agak2nya tulang aku bentuk dia masih macam gini atau dah berubah? Mesti kalau aku ke klinik, doktor akan suruh aku buat x-ray tulang belakang. Lepas tu mesti aku boleh tahu macam mana bentuk tulang belakang aku yang sebenar.

Aku sebenarnya takut untuk menghadapi kenyataan. Aku takut kalau2 selepas pemeriksaan doktor, aku dah tak boleh buat kerja berat lagi. Aku dah tak boleh nak lasak2 macam sebelum ni. Aku tak nak risaukan Bonda dan keluarga. Aku takut kalau Bonda tahu, Bonda tak akan benarkan aku berhijrah. Dan yang paling aku takut kalau aku kena tinggalkan apa yang aku buat sekarang ini. Ketakutan dari dalam diri aku sentiasa menghantui dan menghalang aku daripada berhadapan dengan doktor. Buat masa ini, aku masih boleh bertahan dengan kesakitan ini.


Kalau aku minum Anlene ni, adakah tulang aku akan kembali sihat? Sebenarnya dari tahun lepas lagi aku dah minum Anlene ni, tapi biasalah aku ni mana ada konsisten bila buat sesuatu tu. Minum kejap, pastu berhenti lama. Dan stok Anlene yang aku beli sejak sebelum Ramadhan lalu masih lagi ada berbaki. Dah lama aku tak minum. Mungkin lepas ni aku patut kembali minum susu ni. Dan yang pasti aku hanya minum perisa coklat sahaja.

footnote: kenapalah aku ni degil dan sukar sangat nak jumpa doktor. Entah dari mana agaknya aku mewarisi kedegilan terlampau ini? Teringat kata2 pakcik jiranku, katanya perangai aku cukup pelik berbanding dengan adik beradikku yang lain. Perbezaan perangai yang membuatkan aku cukup pelik! Pelik ke? Hehehe... Biasa aja lah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...