Friday, December 25, 2009

sambal udang petai

Dah lama aku teringin nak makan sambal udang petai, tapi malas betul nak masak. Kadang2 tu bila pergi pasar, udang tak segar lah, petai tak cunlah, macam2 ler alasan.

Semalam semasa aku ke pasar malam ada pulak petai dan udang pun bolehlah, tak de lah segar sangat but still okay. So, aku pun belilah. Petang tadi entah apa mimpinya aku pun masak ler, sambal udang petai.

Sambal udang petai ni bukanlah makanan kegemaran aku pun, sebabnya sesekali je aku terasa nak makan. Kalau beli kat kedai tu, ada je yang tak kena dengan tekak aku ni. Kalau dah banyak songel tu, memang ada je yang alasan.


Tadaa!!!! Inilah hasil air tangan aku, Sambal Udang Petai. Yummy!! Yummy!!

footnote: dah lama aku teringin nak makan 'kuih bakar', aku tak tahu nama sebenar kuih tu, tapi aku panggil 'kuih bakar'. Hehehe... macam2 lah.

Thursday, December 24, 2009

hurrmmm......

Jiwa kacau, resah gelisah, insomnia, risau dan pelbagai rasa yang tidak menentu menghantui aku semenjak minggu lepas. Rasa takut untuk kecewa juga tidak ketinggalan untuk sama2 memeriahkan rasa hati.

Penantian itu satu penyeksaan, memang benarlah ungkapan itu. Benar2 rasa terseksa dengan apa yang dinantikan. E-mail pertama kuterima sebaik sahaja dia tiba di Jerman, sebagaimana janjinya padaku. Kemudian dia menyepi selama 2 hari menyebabkan aku benar2 terseksa. Dan malam ini dia kembali muncul dengan e-mailnya, membuatkan hampir separuh keresahan itu hilang.

Aku tahu kesibukannya buat masa ini, juga kesakitan yang dialami. Aku mencuba untuk faham tetapi sebagai manusia biasa aku kalah dengan emosi. Terukkan perangai aku ni?!

Kadang kala aku terfikir, mampukah aku bertahan with this long distance relationship? Furthermore its too complicated for this time being. Lot of things should I take into account, and of course to think about it deeply.

footnote: berserah tanpa usaha samalah seperti cubaan untuk bermimpi di siang hari.

Sunday, December 20, 2009

shopping, shopping and shopping .......again

Hari ni aku ke Shah Alam, pagi2 lagi aku dengan penuh semangat waja dan harapan yang menggunung tinggi aku melangkah ke destinasi together with my housemate. Dengan tujuan utama untuk bershopping, dah lah Jumaat lepas aku baru je habiskan sejumlah wang untuk bershopping. Shopping is a good therapy actually especially whenever we have a problem. Since lately I have a little bit problem regarding my relationship, so I took the opportunity of long weekend to go shopping and spend some more money.

As usual kalau ke Shah Alam, tiga serangkai inilah yang akan menjadi tumpuan aku untuk berpeleseran dan menghabiskan duit. After parked my car at the basement of SACC Mall, kami menapak ke P.A.S dan aku cuma memilih dua helai t-shirt sebelum kembali ke SACC Mall. Memandangkan perut kami sudah menyanyi lagu riang, we decide to have our 'brunch' at Noodle Station.

Inilah tempat kami singgah untuk mengisi ruang kosong perut kami.


And this is for my 'brunch', Springy Noodle with Thai Style. Rasanya? lagi sedap mee kat pasar malam. Tetapi memandangkan aku sebolehnya tak mahu membazir, maka licinlah pingganku dengan bantuan cili jeruk.


My drink, Mango Tea. Namun tiada yang istimewanya.


My desert for today, Vanilla Ice cream. Bayangkan macam mana aku boleh habiskan semua makanan tu. Betul2 macam perut stokin, hahaha!!!!

Setelah kenyang kami ke PKNS dengan tujuan yang sama, menghabiskan duit semampu mungkin. Sempatlah aku singgah seketika di Saba Media Islamic Centre, bertanyakan tentang buku agama yang boleh aku beli untuk si dia. Malangnya buku yang direkomenkan itu telah kehabisan stok. Pasti aku akan datang lagi few weeks later.

Segala barang keperluan yang aku perlukan telah kutemui. Kopak jugaklah wallet aku untuk dua hari 'Hari Berbelanja Hujung Tahun' ni. Jiwa kacau punya pasal, duit terbang melayang!


Dalam perjalanan pulang melalui Lebuhraya Elite, hujan turun dengan lebatnya beserta kabus. Aku menoleh jam di dashboard kereta, 1830hours. Just 10 minutes after his flight ETD. Barangkali hujan ini turut sama menangisi kekosongan hati yang ditinggalkan.


Gambar ini pun aku capture while driving. Nampak macam salji pun ada, hahaha... aku ni kuat betul berangan.

footnote: moga2 selamatlah perjalanan yang ditempuhi dan tiba ke destinasi dengan selamat.

Friday, December 18, 2009

1 Muharam 1431H

Hari ini merupakan hari pertama tahun baru dalam Kalendar Islam, 1 Muharam 1431 Hijrah. So, secara tak langsung hari ni merupakan cuti umum bagi kami di Malaysia. Seronok sebab aku dapat bercuti, tidur lebih lama dari biasa, hahaha... dan keluar shopping.

Tengah hari tadi aku ke Alamanda, sengaja memilih waktu sebegitu. Kononnya nak melihat adakah kelibat lelaki Melayu yang semestinya beragama Islam di kompleks membeli belah itu sewaktu Solat Jumaat berlangsung. Rupanya2 aku tersilap, agak ramai lelaki Islam yang menghabiskan waktu tersebut di Alamanda sedangkan di waktu yang sama mereka seharusnya berada di masjid. Sedangkan di Putrajaya sendiri terdapat masjid yang begitu hebat sekali!

Di tahun baru ini aku mengharapkan keredhaan Allah dan berdoa agar senantiasa berada di bawah payung rahmatNya. Bukan sahaja aku, malahan seluruh ahli keluargaku dan tidak ketinggalan buat semua insan di dunia ini, termasuklah mereka yang sentiasa berada dihatiku.

Dan di tahun baru ini juga menyaksikan takdir Allah yang memisahkan aku dan dia, walaupun bukanlah perpisahan secara total. Kerana sebelum ini pun kami sememangnya telah terpisah, tetapi tetap berada di dalam lingkungan waktu yang sama. Perpisahan kali ini akan menjadikan jurang waktu antara kami begitu berbeza dengan jarak yang semakin jauh.

He still in Laguna by this time but in his boss place since he already sold his house. Tomorrow he will be going to Manila and stay at his Ger friend's house there and his flight to Frankfurt is on Sunday, 1820hours. This morning I received an e-mail from him but unable to chat at night. Promised to send me e-mail once arrived in his home region. Understand his situation and I do hope he will have a safe journey ahead.

Dan bermula malam ini aku kembali tune on to KBS World channel, setelah sekian lama aku tinggalkan. Dan aku perlu mencari alternatif baru bagi mengisi ruang waktu yang kembali kosong.

footnote: Sarah masih marahkan aku sebab tinggalkan dia tempoh hari. Bukan marah, tetapi lebih kepada merajuk sebenarnya, hahaha..!!

Monday, December 14, 2009

rentetan sepanjang minggu

Lama sungguh aku tak menulis di dalam ini. Ada banyak benda yang ingin dikongsikan bersama, namun disebabkan rasa hati yang sedang bercelaru dengan rasa gundah maka tiada kesempatan untuk aku menitipkan kisah buat tatapan semua.

Jumaat lepas aku pulang ke kampung disebabkan cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, membawa pulang kereta Aril dan meninggalkan Qaseh sendirian di sini. Takut ada, risau pun ada. Qaseh tak pernah aku tinggalkan sendirian, tanpa pengawasan. Namun sempat aku titipkan pesanan pada mak cik jiran sebelah rumah. Terima kasih mak cik!

Pagi Sabtu aku ke Kota Bharu bersama2 Bonda, Sarah dan Hisyam yang beria2 nak join kitorang ke KB. Mi pulak telah bertolak lebih awal pagi dengan membawa motor Aril. Esok dia akan membawa pulang Chenta bersama Bonda, Sarah dan Hisyam.

Malamnya sekali lagi kami ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh, namun tak lah lama mana sebab Aril dapat call untuk bertugas pada malamnya. Sarah tak habis2 nak balik dengan Ateh naik kapal terbang.

Pagi Ahad agak kecoh buat seketika. Semuanya gara2 Sarah. Selepas pakaikannya kasut, aku ingat dia follow Bonda dan Mi. Aku masih berada dalam rumah dengan Aril, mengambil beg untuk turun ke bawah. Sampai di pertengahan jalan Hisyam bertanya di mana Sarah? Aku dengan confident nya kata kat bawah, dalam kereta lah kot. Sebabnya Bonda never let Sarah alone! Sampai ke kereta, tiada Sarah, cuma Bonda dan Mi. Terasa gugur jantung aku saat itu, Sarah tiada! Berlari kami ke arah tangga dan memanggil nama Sarah berulang kali.

Aku mencari di bawah, kawasan parking dan Bonda berlari naik ke tingkat atas. Sewaktu mendengar suara Sarah menyahut panggilan Bonda, lega rasa di hati. Walau dia bukan anakku, tetapi rasa kasih dan sayang padanya melebihi segalanya. Rupanya dia mengikut Mi, namun sewaktu Mi turun ke bawah, dia naik ke tingkat atas!

Bonda bertolak pulang menaiki kereta bersama Mi dan Aril menghantar aku ke airport. Flight aku 0905hours and no delay. Sampai di LCCT aku terus ke kaunter teksi untuk pulang ke rumah. Sesampainya di rumah sewaktu 1030hours, Qaseh masih setia menanti. Alhamdulillah, segala syukur ke hadrat Ilahi.

Sarah marah betul bila tak dapat naik kapal terbang, bila Bonda bertanya di mana Ateh? Cepat2 dia suruh Bonda diam. Sesampainya di rumah, habis gambar kapal terbang dikoyaknya. Marah betul anak dara aku sorang tu. Bila Bonda bercerita pasal kehilangannya, cepat2 dipotong. Tak mahu kisahnya diceritakan.

footnote: Sarah anak yang bijak, baik dan mendengar kata. 'Kehilangan'nya walau seketika seolah2 merentap pergi jantungku. Agaknya inilah rasa bagi mereka yang kehilangan anak tercinta.

Wednesday, December 9, 2009

siapa erk?

Pagi tadi ada seseorang menegur aku, dengan nama penuh. Tapi malangnya aku langsung tak ingat dan tak dapat nak recall siapakah dia. Dengan jujurnya aku tanyalah siapa dia sebab aku langsung tak ingat, tak nak bagi tahu plak. Takpe lah.

Bila difikir2kan balik, glamor jugak ke aku ni? Hehehe... mula lah nak perasan. Masalahnya bukan aku sorang je yang tak ingat, member aku yang kebetulan ada kat situ pun tak dapat nak recall jugak. Dah lah hari ni aku kena sindrom jiwa kacau, sumer benda aku lupa. Dari ID card, handphone, wallet sampai lah ke kunci kereta. Agaknya hari ni Hari Lupa Sedunia, tak? Sesuka hati, sesedap rasa je aku mewartakan hari.

footnote: pernah tak korang mengalami keadaan dimana ditegur oleh seseorang yang korang tak ingat langsung? Siapa erk?!

Friday, December 4, 2009

Natrah, Nadra atau Bertha Hertogh

Entah mengapa sewaktu melayari Utusan Malaysia Online, aku tertarik dengan rencana berkenaan Teater Natrah yang disambung persembahannya di Istana Budaya. Rencana ini mengingatkan aku tentang Natrah (atau mungkin juga dikenali sebagai Nadra oleh sebilangan orang), kisahnya pernah kubaca melalui buku yang dibeli oleh Along berbelas tahun dahulu. Dan setelah Along berumahtangga aku sudah tidak tahu di mana buku tersebut disimpan. Sementelah kisah Natrah berlalu dari ingatan buat seketika.

The Natrah tragedy as for me personally is a symbol of unity among Malaysian, Indonesian and Singaporean at that time. Here is a few important date in the chronology of her life which is I gather from the Wikipedia.

  • Dilahirkan pada 24 Mac 1937 di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Maria Huberdina Hertogh atau Bertha Hertogh.
  • Diserahkan kepada Che Aminah Mohamad untuk dipelihara pada Disember 1942 sewaktu bapanya ditawan tentera Jepun.
  • Bertha Hertogh diberi nama Natrah dan dibawa pulang ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura pada 15 November 1945 dan dibesarkan dalam suasana dan pendidikan Islam.
  • 24 April 1950 Natrah telah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapore.
  • 28 April 1950 Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan kembali hak penjagaan ke atas Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim dari syarikat guaman S.C. Goho & Co.
  • 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuan dan Natrah dikeluarkan dari York Hill.
  • Dikahwinkan dengan Mansor Adabi di rumah bapa angkat Mansor di Seranggoon Road, Singapore pada 1 Ogos 1950 secara nikah gantung. Natrah berusia 13tahun manakala Mansor yang merupakan seorang guru berusia 22 tahun.
  • 12 Disember 1950 Hakim memutuskan Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Berlaku Rusuhan Natrah kerana kekecewaan masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu.
  • Turut berlaku protes di Karachi, Pakistan oleh masyarakat Islam di sana yang bersimpati dengan nasib Natrah.
  • Che Aminah meninggal dunia pada 1976 di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an.
  • Bertha Hertogh atau Natrah dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda akibat leukemia pada usia 72 tahun.

Tinggal kenangan: (Dari kiri) Peguam Ahmad Ibrahim, Natrah, Che Aminah, Mansor Adabi dan M.A Majid (bapa angkat Mansor).


Tinggal kenangan: Sewaktu kes perbicaraan di Singapura.


Antara gambar terakhir Natrah yang didapati dari Google Search; adakah senyuman yang terpamer pada wajah beliau benar2 melambangkan kebahagiaan?


Natrah bagi aku secara tidak langsung melambangkan kesucian kasih sayang yang terbina tanpa sempadan. Kasih sayang suci antara Natrah dan Che Aminah yang luhur hatinya diuji Allah dengan sebegitu rupa. Juga cinta antara Natrah dan Mansor Adabi yang tidak sempat bersama, rasa kasih dan cinta mereka abadi hingga ke akhir hayat. Aku pasti rasa cinta itu tetap ada dihati mereka walaupun masing2 telah melayari hidup dengan cara yang berbeza.

footnote: apakah agaknya kesudahan mereka sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada Che Aminah? Ujian Allah terhadap perhubungan mereka tetap tidak menghilangkan rasa kasih di hati masing2. Hanya Allah yang lebih tahu, apakah rahsia disebalik semua ini.

Wednesday, December 2, 2009

malas, penat, lesu; bercampur menjadi satu

Dah lama aku tak menulis kat laman ni. Memang dah lama. Bukannya takde apa yang nak ditulis, tetapi aku jadi tak ada mood. Hurmmm... entah lah.

Aidil Adha yang lepas aku pulang ke kampung. Untuk kali ini aku menunaikan kewajipan berqurban dan malangnya, aku lupa nak bawak kamera sewaktu berlangsungnya peristiwa tersebut. Mana nak ingat, asyik melayan kerenah Sarah yang semakin petah berkata2. Namun menghiburkan semua orang.

Sebelum Aidil Adha, banyak benda yang boleh ditulis untuk tatapan di kemudian hari, namun aku cepat terasa penat dan lesu, pastu macam biasalah, kemalasan menghantui.

Esok aku nak pegi service kereta, dekat Bangi je. Qaseh dah over mileage pun, tapi tak pe. Macam tak biasa buat pulak. Maybe pagi Jumaat aku kena pergi Cheras, hantar Aril untuk ambil kereta dia. So, I might take half day on that particular day. Still pending on his clearance.

Aku masih belum berkesempatan untuk bershopping lagi ni. Banyak benda yang nak dibeli, kasut jogging pun macam nak kena tukar baru aje. List items to buy dah berderet panjangnya, bila nak accomplish pun tak tahu lagi. Sementara Year End Sale yang berlangsung sekarang ni, eloklah diambil kesempatan tu.

footnote: kurang 20 hari lagi, ada orang tu akan 'balik kampung'. Merindulah aku nanti....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...