Tuesday, November 17, 2009

kahwin campur

Hari ni sewaktu aku menyelak Utusan Malaysia, mataku tertancap pada rencana berkenaan kahwin campur dalam ruangan keluarga. Entah mengapa dalam banyak2 tajuk, kisah berkenaan kahwin campur ini begitu menarik minat aku.

Berikut antara petikan yang dimuatkan dalam akhbar tersebut:
"Perkahwinan campur yang juga satu bentuk eksogami (penyatuan dua bangsa berlainan) boleh dilihat dalam satu perspektif yang lebih luas iaitu percampuran bangsa.

Suatu masa dulu beberapa negara Barat pernah mengharamkan atau menyekat perkahwinan campur termasuklah Jerman semasa zaman pemerintahan Nazi, Afrika Selatan sewaktu dasar aparteid dan begitu juga di kebanyakan negeri di AS.

Pandangan masyarakat AS terhadap perkahwinan campur berbeza-beza mengikut umur dan generasi. Ia terbahagi kepada dua iaitu golongan egalitarianisme (fahaman yang memandang semua orang sama rata walaupun berbeza keturunan, bangsa serta agama) dan golongan konservatif budaya (yang terlalu mementingkan dan mempertahankan budaya, adat dan nilai).

Egalitarianisme lazimnya melibatkan golongan muda, yang melihat perkahwinan campur sebagai satu fenomena yang boleh diterima, sementara golongan konservatif menyifatkan ia sebagai satu larangan dan tidak boleh diterima dari segi sosial.

Bagaimanapun itu hanyalah pandangan individu. Biarpun 40 tahun lalu eksogami dianggap sebagai satu larangan di AS, segalanya berubah pada 12 Jun 1967 apabila Mahkamah Agung AS memansuhkan undang-undang yang melarang perkahwinan antara golongan kulit putih dengan bangsa lain. Keputusan itu turut dilaksanakan di 15 negeri lain."

.........................................................................................................
"Berbicara mengenai perkahwinan campur, kita tidak boleh mengelak daripada mengaitkannya dengan isu perbezaan kaum. Tidak dinafikan, perkahwinan sedemikian sedikit sebanyak boleh mengurangkan jurang antara kaum."
...........................................................................................................
"Anak-anak ini memerlukan 'tenaga' dan imaginasi yang lebih bagi menyeimbangkan dan menyanjungi dua budaya berlainan. Pasangan suami isteri pula seharusnya mampu menahan pandangan orang ramai tentang eksogami, perlu cukup kuat berdepan perbezaan budaya dan perlu cukup yakin untuk membesarkan anak-anak. Dalam membesarkan anak-anak, ibu bapa perlu mengamalkan kedua-dua budaya dan memberitahu anak-anak siapa diri mereka yang sebenar."

.................................................................................................
"Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul sekiranya seseorang mengamalkan perkahwinan campur?

Perkara pokok yang perlu ada dalam perkahwinan campur adalah kefahaman di mana hubungan yang dibina merupakan satu pertalian yang unik. Ia mungkin satu dalam sejuta. Sehubungan itu, perlu ada sikap saling membantu dan pasangan harus menyokong antara satu sama lain.

Selain itu, suami isteri juga perlu mengkaji dan meneliti latar belakang serta budaya pasangan masing-masing. Ia boleh membantu pasangan memahami masalah suami atau isteri jika ia melibatkan konflik budaya."

Pada dasarnya rencana ini hanyalah meliputi kisah di AS, dan tidak secara menyeluruh. Namun begitu, aku secara peribadi teramatlah menyokong akan perkahwinan campur. Sebab utama semestinya kerana aku memang mempunyai keinginan tersebut. Mesti best sebab ada dua keluarga yang berbeza dari segi agama, budaya, sosial dan sebagainya. Dan generasi yang bakal dilahirkan pun mesti unik. Di samping dapat mengembangkan agama, keluarga yang diwarisi juga bervariasi.

Tak kisah lah kalau seseorang itu nak kahwin dengan bangsa apa sekali pun, atau apa jua warna kulitnya. Yang penting, keserasian dan kerukunan dalam rumahtangga. Tak semestinya berkahwin sesama bangsa tidak akan kecundang. Yang penting, tepuk dada tanya selera. Apa jua pilihan anda, ingatlah bahawa kita hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah lebih jitu.

footnote: moga2 pertemuan yang terjadi ini akan berakhir dengan kesudahan yang membahagiakan, amin.

Saturday, November 14, 2009

banyak ke duitnya??!!!

Duit ohh... duit. Semua orang nak duit, cari duit. Duit tak pernah cukup walau sebanyak mana pun yang kita ada. Duit boleh menyebabkan orang bergaduh, kawan baik boleh jadi musuh ketat, saudara dah jadi orang asing. 'Makin besar periuk, makin banyak keraknya', perumpamaan yang selalu digunakan untuk menunjukkan betapa duit tak pernah cukup walau sebanyak mana pun yang kita dapat.

Dan untuk tahun depan aku buat kerja gila. Mana taknya, dengan tahun 2009 ini masih berbaki sebulan lebih, aku dah booked flight ticket untuk ke tiga tempat untuk tahun depan. Macamlah duit banyak sangat, hahaha...!!!!

Sebagai pembuka untuk tahun 2010, aku akan ke Bandung lagi, kali ini semata2 untuk bershopping. Kononnya nak balas dendam sebab tak berpeluang untuk bershopping di Bukittinggi Oktober lalu. Setakat ni takde sesapa yang akan join aku, so I will be there alone from 20th till 22nd January. It just a short visit for shopping.

Pada 28 April aku akan ke Perth, dengan tujuan utama nak celebrate my 30th birthday there. And I will be back to KL on 2nd May. Kononnya nak duduk depan Swan River masa birthday aku tu. Dah alang2 aku ke sana, mesti lah nak tengok tempat orang. Kalau tak membazir je abis duit tapi sekadar duduk depan Swan River.

Baru kejap tadi aku booked tiket ke Banda Acheh. Memang dah lama aku teringin nak ke sana, nak menyaksikan kesan tsunami yang melanda Acheh few years back. Kali ni aku tak keseorangan sebab aku akan bawak Bonda dan Sarah, serta Mi. Kami akan ke sana pada 2 hingga 5 Julai.

Bila aku tengok itinerary ni, memang seronok sebab aku sure passport aku akan bercop. Taklah terasa sangat ruginya buat passport mahal2 kalau copnya satu, dua aje. Tapi yang tak bestnya bila difikirkan pasal duit. Buat plan macam duit berlambak, berguni2. Duit nak makan pun tak berapa nak cukup, ni nak melancong ke merata tempat. Iskk... iskkk.. iskk... nafsu mengalahkan orang bertaraf jutawan.

footnote: alangkah seronoknya kalau ada banyak duit. Macam2 boleh dibuat. Duit oh duit....

Thursday, November 12, 2009

di mana aku?

Petang tadi balik dari kerja aku singgah ke pasar malam Taman Seroja. Sementelah aku dah mula berpuasa Isnin dan Khamis, pasar malam adalah persinggahan terbaik untuk aku. Lagi pulak barangan dapur yang berbaki pun tinggal sikit. Dan beberapa hari ni aku asyik teringin nak makan sayur petola, campur lada hitam dan ikan bilis. Hurmmm... sedapnya, tambah pulak kalau makan dengan nasi panas2, pastu ikan goreng kasi garing. Sure tak ingat sesapa lagi dah, hahaha!! Diet pun dah terbang entah ke mana.

Dalam aku duk berpusing kawasan pasar, mata aku tetap tak lepas memandang sekeliling. Rasanya kaum pendatang makin bertambah di pasar ini. Tidak dapat aku pastikan pendatang dengan izin atau tanpa izin, dan dari mana datangnya. Cuma yang pasti golongan itu bukanlah warganegara Malaysia.

Sudahlah setiap pagi sewaktu aku dalam perjalanan untuk ke tempat kerja, pasti akan kelihatan kelompok warga asing ini sedang menunggu bas kilang untuk ke tempat kerja. Sekilas kupandang sudah ku tahu mereka ini adalah kaum pendatang yang datang mencari rezeki di bumi bertuah ini.

Lewat kebelakangan ini, media Malaysia heboh memperkatakan tentang kehadiran 'Pak Hitam' yang makin bertambah. Juga masalah yang ditimbulkan oleh golongan ini akhir2 ini. Beberapa orang wanita yang mengakui pernah mempunyai hubungan dengan 'Pak Hitam' ini juga turut muncul membuat pendedahan. Banyak yang buruk dari yang baik.

Entahlah, sampai bila Malaysia akan terus menjadi tempat lambakan golongan pendatang seperti ini. Tambahan pula yang datang tanpa izin, menyelinap masuk demi merebut peluang di bumi bertuah ini. Peluang yang sepatutnya direbut oleh warganegara, tetapi dibiarkan lepas ke tangan bangsa asing.

footnote: aku takut kalau2 suatu hari nanti wajah yang menghiasi negara ini sudah tiada kemelayuannya lagi.

Monday, November 9, 2009

dalam bahagia ada duka

Semalam aku menghadiri kenduri majlis perkahwinan Zuri di Felda Trolak Timur, Perak bersama dengan housemateku. Dah lama aku tak ke sana, lebih setahun. Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya jua sampai ke destinasi. Lebih malang aku langsung tak ingat rupa makcik, iyalah dah lama aku tak jumpa diorang. Sungguh tak sopan, hahaha!!


Zuri and her husband, sopan dan ayu di pelaminan. Zuri makin kurus, jealous aku tengok! Tapi wajah kedua2 pengapit masam je, sebab tu aku tak capture wajah diorang, hahaha!!!


Hantaran dari pihak pengantin perempuan kepada pengantin lelaki.


Dan ini hantaran dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.


Walaupun aku datang together with my housemate, she refused when i asked her to take pic together. Sudahnya aku dengan kak long bersama dengan pasangan pengantin. Kak long tiba agak lewat, memandangkan aku nak kenal tunang dia, maka aku pun tunggu lah diorang.


Aku dan kak long berposing atas katil pengantin. Sempat aku bisikkan pada Zuri sebelum melangkah pulang, kalau katilnya runtuh malam nanti jangan salahkan aku. Itu semua kak long punya angkara, hahaha!!!


Aku dan Liza, adik kak long. Ambik kesempatan menempel kat katil pengantin!


On the way balik, sempat aku capture pintu gerbang Bernam Jaya, sempadan Tanjung Malim. Cantik binaannya, aku just stop at the left side and snap a picture.


Awan mendung ini menyambut kepulangan aku di Salak Tinggi. Capture the pic while driving!

Rasanya baru semalam aku bergembira bersama teman2 sewaktu meraikan majlis perkahwinan Zuri. Hari ini kegembiraan aku disentap buat seketika. Terasa jantungku direntap putus pabila perkhabaran itu hinggap di deriaku. Pilu, sedih, perit semuanya bercampur baur menjadi satu dan tanpa segan silu airmataku mengalir laju membasahi pipi. Patutlah malam tadi aku begitu sukar untuk melelapkan mata!

Tidak kusangka begitu cepat dia akan kembali ke Jerman, sedangkan sebelum ini katanya tempoh itu masih berbaki dalam dua atau tiga tahun lagi. Tup2, he only have five minutes to decide whether to accept or not when he did asked this morning. After called his mom, he decided to agree to go back to Germany for his good sake. Or else, he will face a risk to get job after this.

Sukar rasanya untuk aku terima perpisahan ini. Dengan perbezaan tujuh jam, agak sukar untuk kami terus berhubung seperti sekarang ini. Doaku agar perhubungan ini akan terus berkekalan. Katanya dia turut memikirkan akan hala tuju perhubungan kami, tetapi masih belum beroleh jawapan yang pasti. Adat budaya, serta agama kami memang berbeza. Sepanjang aku mengenalinya, aku tertawan dengan sikap hormatnya pada agama yang aku anuti. Tidak pernah dia berkata sesuatu yang boleh mengguris hatiku. Namun katanya, my home is Germany, not asia.

footnote: love is sometimes difficult. Tapi kalau Allah telah mentakdirkan ia terjadi, maka ia akan tetap terjadi. Walau beribu halangan yang hadir, kesudahannya pasti yang satu!

Sunday, November 8, 2009

tak tahu atau buat2 tak tahu?

Hangin betul aku pepagi hari ni. Mana taknya, tempat untuk parking sikit punya banyak, boleh pulak diorang duk parking kereta tepi jalan. Dua2 belah pulak tu. Sudahnya jalan yang luas jadi sempit, kita nak lalu pun dah kena pelan2, takut tergesel. Kang calar pulak kereta kesayangan.

Nak kata tak tahu, benda tu common sense, parking lot is to park either car, motorcycle, or any vehicles. Not just to let empty. Nak kata tak sekolah, tengok kat kereta masing2 kemain lagi tampal sticker U itulah, U inilah, bagai2 sticker U lah yang ada. Kat kereta aku je takde tampal sticker U. Maklumlah masuk je U, tapi belajar tak abis pun. Takde Istiqamah!

footnote: petang tadi aku gi buat facial, housemate aku kata dah macam kena cakar dengan kucing dah muka aku. Hahaha..!!! esok nak gi kenduri, harap2 bengkak2 tu sumer hilang lah hendaknya.

Sunday, November 1, 2009

pertemuan di pasar pagi

Kelakar pulak bila tengok entry hari ni. Macam2 boleh difikirkan bila disebut pertemuan. Dan macam2 jugak yang boleh dibayangkan dengan pertemuan tersebut. Hahaha....

Pagi tadi aku ke pasar pagi Salak Lama lepas habis berjogging. Lepas menghabiskan duit dan tawaf seadanya, aku pun seperti biasa berjalan balik menuju ke kereta tanpa pandang orang2 kat sekeliling. Concentrate beb!

Tetiba aku dengar macam orang panggil nama aku, perlahan je. Tapi telinga aku ni memang telinga lintah pun, boleh dengar punyalah. Pandang kanan nak tengok sapa orangnya, rupa2nya abang dua pupu aku, dengan anak dia. Aku pun sembang lah, pastu wife dia datang. Aku memang dah lama tahu dia tinggal kat quarters bomba tu, cuma tak pernah pun nak pergi. Bila Bonda datang, ada jugak aku tanya nak pegi ke tidak. Biasalah Bonda tu, bukan nya rajin sangat nak ke mana2. Dia lebih suka duk mengemas rumah anak dara dia ni, hahaha...!!!

Dia pun macam was-was masa nak tegur aku, takut tersalah orang katanya. Iyalah, aku dah banyak berubah, tak macam dulu. Yang sama dan tak berubah aku tetap selekeh, macam dulu2 jugak. Yang ketara berubah badan aku yang dah berisi, tak slim macam dulu... huwwaaa hahaha!!!!

footnote: agaknya bila lah akan terjadi pertemuan antara aku dan dia. Pertemuan di alam nyata, bukan lagi sekadar pertemuan di alam maya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...