Saturday, October 31, 2009

dalam hati ada cinta

Hari ni aku tak pergi jogging like usual weekend. Aku terjaga pukul 5 pagi, hujan renyai2. Pastu bila aku bangun pukul 6 pagi, hujan masih tak berhenti lagi. So, apa lagi aku pun tarik selimut sampai kepala lah. Pukul 9 pagi aku bangun sebab terasa lapar, lepas mandi dan masak hujan renyai2 masih lagi berterusan. Kalau diikutkan rasa, memang terasa nak berlingkar aje atas katil.
Lepas makan aku check e-mail dan ada orang tu send report pasal typhoon kat Philippine malam tadi. Malangnya report tu dalam bahasa Jerman, mana aku nak faham. Sepatah dua tu, ada lah yang aku boleh faham. Yang lain2 tu, baca aje bolehlah. Pronounce entah betul entah tidak. Log on into YM and chat for a while and he did translate to me, the report.
Malam tadi dia tak tidur katanya. Takut kalau2 ada benda buruk terjadi. Tambahan pulak bilik dia dimasuki air dari balkoni sebab saluran air kat balkoni doesn't work. Since last night brown out and get the electric back around 11.30 this morning. Banyak pokok tumbang nearby his house and now he went to sleep.
Berita di TV3 tengah hari tadi benar2 merisaukan aku. Laguna Province is horrible caused by the heavy rain last night and also the typhoon. His house in Laguna! But then, this disaster happen every year at the same time. They must prepare everything before the typhoon come.


footnote: cinta kadang kala memerlukan pengobanan yang bukan sedikit. Dan cinta juga menyebabkan manusia berubah laku. Jatuh cintakan aku?!

Sunday, October 25, 2009

sorotan sepanjang minggu

Dalam minggu ni, agak banyak jugak benda menarik yang terjadi. Sama ada secara kebetulan mahupun mengikut perancangan. Semuanya mewarnai kehidupan semua.

Perkara pertama yang menarik untuk dikongsi pada minggu ini pabila aku menerima undangan daripada salah seorang teman akrab aku sewaktu di IPT. Zuri bakal menamatkan gelaran gadisnya pada 8 November ini bersama jejaka pilihan hatinya. Insya Allah, kalau tak ada aral melintang, akan ke Trolak lah aku nanti. Lagi pun dah lama aku tak menjenguk keluarga di sana. Persahabatan antara kami tidak terbatas, menjangkaui hingga ke semua ahli keluarga. Kalau dulu sewaktu kurang sibuk, aku seringkali ke sana terutamanya sewaktu musim buah. Seronok kalau diimbau segala kenangan dulu.


Ini lah kad undangan yang kuterima di awal minggu ini.

Pada 22 October 2009, seorang ibu muda melahirkan bayi lelaki di dalam pesawat AirAsia dari Penang ke Kuching. About 20 minutes after take off, beliau mengadu sakit perut dan dengan bantuan anak kapal dan seorang doctor yang kebetulan onboard, ibu muda tersebut berjaya melahirkan seorang bayi lelaki. And the pilot take a good action to make a divert fly to LCCT as this is an emergency situation.


Inilah ibu muda yang bertuah itu, dikelilingi oleh anak kapal sewaktu dianugerahkan free flights for life di Hospital Putrajaya. Yang peliknya macam mana beliau boleh menaiki pesawat sedangkan apabila kandungan berusia 27 minggu ke atas, pregnant woman are not allowed provided with a letter from doctor. Entahlah, dan wanita ini mengandung 7 bulan, bercadang untuk melahirkan anak di rumah orang tuanya di Kuching but end up in flight!


Aksi base jump ini dirakam sewaktu para peserta membuat terjunan dari Menara KL pada 23 October lalu. Ini aksi dari Deane Smith, penerjun dari England. Adalah mamat tu ingatkan Menara KL tu twin tower. Hahaha!!! Buta fakta betul! But I can consider it since he's not a Malaysian.


Senyuman seorang juara! Valentino Rossi sekali lagi menjuarai perlumbaan MotoGP yang berakhir hari ini. Kejohanan antarabangsa ini berlangsung penuh meriah di Sepang International Circuit. Kejuaraan yang sukar untuk disangkal.

Pagi tadi lepas jogging aku pegi top fuel dan check tyre pressure. Pagi2 lagi aku dah hangin, mana taknya masa aku sampai tu adalah mamat tu tengah check tyre pressure jugak. Aku tak hangin sebab dia buat rutin tu, tapi yang hangin nya boleh pulak dia duk layan bersembang ntah apa2. Masa yang patutnya diambil tak lama mana, berjela2 jadinya. Nak bersembang ke, nak bergossip pun, biarlah berpada2, jangan menyusahkan orang lain.

Itu belum habis lagi, masa aku tengah cari parking kat Pasar Salak tu lagi hangin aku dibuatnya. Ada lah satu kereta (kereta A) tu tak boleh nak keluar sebab laluan sempit. Aku pun bagilah isyarat kat kereta belakang suh reverse, boleh buat derk aje. Last2 terpaksalah aku keluar dari kereta dan cakap kat driver belakang aku tu. Okaylah, sebab lepas tu dia reverse jugak. Yang menambahkan kehanginan aku bila kereta kat depan aku, merupakan kereta yang sama kat belakang kereta A boleh buat bodoh je. Bukan nak bertolak ansur ke, berbudi bahasa sesama insan. Pak cik driver yang datang dari belakang boleh pulak block jalan, dah susah aku nak reverse. Hangin betul aku dibuatnya. Yang pasti semua yang terlibat adalah bangsa Melayu yang semestinya beragama Islam!

Apa salahnya sesama kita bertolak ansur, hormat menghormati antara satu sama lain. Kalau macam nilah gayanya, tak guna PM melaungkan 1Malaysia. Tapi yang hairannya kalau dengan bangsa luar, kemain lagi duk hormat. Kalau senyum tu boleh tembus sampai ke telinga lah. Sesama bangsa nak senyum pun susah, jangankan nak ucap terima kasih! Biarlah kalau orang nak kata aku kutuk bangsa sendiri pun, sebab inilah realitinya.

footnote: dia dah sembuh, lega rasa hati. Yang kelakarnya, dia kata tu punishment. Aku tak sampai hati nak cakap, alang2 dia dah cakap aku sambung ajelah... hahaha!!!! Biarlah terus menjadi rahsia antara kami berdua ;-)

Friday, October 23, 2009

macam nak demam jee....

Sehari dua ni aku rasa tak sedap badan lah. Agaknya sebab cuaca yang tak menentu ni kot. Kejap hujan lebat yang teramat sangat, pastu panas terik yang boleh mengeringkan air dalam lopak. Tapi hari ni tak de lah hujan pulak, kering jer. Harap2 esok tak hujan lah, sebab nak basuh baju banyak2. Minggu ni malas betul nak basuh pakaian kotor.

Tekak aku rasa semacam jer, gatal2 macam nak batuk. Minum air pun sama gak. Kalau difikirkan mana lah tekak tu nak selesa, asyik makan makanan yang bergoreng je. Tekak pun tahu jugak nak tukar selera, rebus ke, sup ke, apa2 aje lah. Asalkan berbeza, pandai lah tekak ni demand! hahaha!!

Kalau ikutkan hati yang malas, pagi esok nak je sambung tidur sampai matahari tegak berdiri atas kepala, tapi memandangkan diri perlu diajar untuk berdisiplin dan patuh pada peraturan yang dibuat, maka haruslah aku ikut peraturan yang aku buat.

footnote: agaknya aku dah terjangkit demam orang di sana, itu sebab aku pun rasa tak sihat je. Tapi, boleh percaya ke?

Sunday, October 18, 2009

argghhh.... tension lah

Since last few days I'm not be able to log in into Yahoo Messenger. I don't know what is the problem. Before this, everything is fine and I can easily log in but not latelay. When I did report a complaint to Celcom, they said since Broadband doesn't have IP address, so its hard to receive signal to log in into YM. But what make me curious is, why before this it seems no problem at all. And everything goes smooth and easy.

Tension betullah. Nak online and chatting pun susah. Bila log in and chat through mailbox memang lah boleh tapi masalahnya emoticons available is limited. And for sure no audibles at all. Pagi tadi pun problem jugak dan aku terpaksa online guna mailbox. But late afternoon okay lah pulak. Tapi aku pulak yang tak available sebab masa tu aku dah nak keluar pegi shopping.

Semalam aku kena standby, dengan erti kata lain kena kerja lah. Asalnya aku ingat lepas jogging nak pegi shopping, hari ni nak rehat je kat umah. Tapi malangnya perancangan tak menjadi. Pagi semalam aku tak sempat nak gi jogging pun. Tapi hari ni aku berjaya menghabiskan four rounds, extra one round from last week. Kira tolong cover untuk yesterday lah tu. Mula2 tu kaki aku sakit jugak macam last week but after second round the pain reduce and at the fourth round I am able to jog, not only walk. So, I hope by next week and the rest of it I'm be able to jog.

Petang tadi, lebih kurang dalam pukul 3 aku ke Alamanda Putrajaya. Kalau ikutkan rasa malas memang nak duk umah and sleep but bila difikirkan banyak barang2 yang belum beli maka dalam paksa aku pegi lah jugak. Dalam terpaksa kononnya lah kan, apa yang diborong macam sukarela je nak pegi shopping. Dari langsung tak termasuk dalam list, beg ini pun aku boleh beli pulak. Dah ada less 70%, rugi pulak rasanya kalau tak beli. Dah lah sekarang ni aku asyik nak berjalan je, kaki terasa gatal semacam je, hahahaha..!!!


Inilah antara barang2 yang aku beli. Sebenarnya beg tu aku suka yang lagi satu, tapi ada satu jahitan dia tu dah tetas and stok lain tak ada plak. So lepas duk tengok sana, belek sini aku ambik yang ini. Asalnya nak warna hitam, pun tak ada stok. Apa lah malangnya nasib aku hari ni. Last2 aku ambik yang ni, colour coklat ni pun cantik jugak. Yang penting aku dapat murah, dah lah masa nak pegi tadi lupa nak keluarkan duit. Yang ada dalam wallet pun cukup2 aje. Nak withdraw kat ATM shopping complex tu malas lah pulak. Bukan apa, yang duk berbaris menunggu giliran ramai lah plak. Okay lah, ada jugak balance. Esok2 sempat lagi keluarkan duit kalau tak cukup.

footnote: korang ada tak problem dengan Broadband bila nak log in into YM? Camana nak settle problem ni erk?

Wednesday, October 14, 2009

bosannyaaa......

Dua tiga hari ni aku rasa bosan yang amat sangat. Tak tahu apa sebab dan musababnya. Nak buat pape pun malas rasanya. Nak study pun lagi lah malas. Apa nak jadi dengan aku pun tak tahu lah. Nak update blog, lagi lah tak tahu aku nak tulis apa.

Balik rumah bosan, pegi keje pun bosan, jalan2 cari makan lagi lah bosan. Ntah, tak tahu lah apa yang tak membosankan. Yang pasti malam2 duk layan chatting tak pulak rasa bosan. Malahan kalau lambat mula2 lah hangin satu badan. Aku ni kan ada penyakit angin kus2. Hahaha...!!!

Ni aku baru je lepas layan chatting, tido awal lah pulak malam ni. Tapi tak pelah, dah terubat rindu di hati. Hahaha..!!! Memang boleh jadi gila kalau asyik dilayan je perangai tak betul ni.

Sunday, October 11, 2009

mulakan kembali

Bermula semalam, aku kembali mengunjungi stadium untuk berjogging setelah menyepi agak lama. Bulan lepas memang aku langsung tidak ke sana kerana bulan Ramadhan dan seterusnya bercuti panjang. Beberapa bulan sebelum Ramadhan pun aku memang dah jarang2 ke sana, sebabnya kemalasan melanda.

Lately aku cepat lenguh bila berjalan atau berdiri dalam tempoh yang agak lama. Ini menandakan aku perlu kembali beriadah dan mengurangkan kadar lemak yang dah sebati dalam diri. Kesan paling ketara sewaktu aku ke Padang tempoh hari. Kekerapan berulang alik di kawasan terminal menyebabkan kaki aku kekejangan pada malamnya. Lantas aku sedar itu petanda aku perlu mengembalikan kecergasan diri.

Asalnya aku nak jogging, tapi baru beberapa langkah menapak my leg pain. So, i just walking and make three rounds only. At first I was thinking to make four or five rounds but unable to do so because of my leg getting more pain. Today I'm also walking instead of jogging. Still got pain on my leg and manage to finish three rounds. Alhamdulillah, I'm promised to myself to do exercise every off day to return my fitness.

Wednesday, October 7, 2009

kek lagi

Balik kerja petang tadi aku singgah kat Kedai Kek dan Roti kat Taman Seroja ni. Ntah kenapa masa perjalanan pulang tadi aku teringin nak makan kek dan roti lah pulak. Since dah teringin, aku stop by aje lah kat kedai yang biasa aku singgah bila keinginan nak makan kek membuak2.


So, inilah kek yang aku beli tadi. Black Forest Sponge untuk half kilo ni harganya MYR24.00. Balik je umah aku terus selamatkan two slices and it taste good, not really sweet and i like it. May be because its sponge! Esok2 habis lah tu.... hahaha!

Besok apa pulak aku teringin nak makan yer? Hehehe... harap2 malam ni aku boleh mimpi lah apa yang nak dimakan esok!

Saturday, October 3, 2009

kul - padang - kul

Sebagaimana yang dirancang sebelumnya, kami berangkat ke Padang, Indonesia dengan AK 0470 jam 7.50pagi. My housemate send us to the LCCT airport early in the morning. While at the check-in counter, the girl asked me why want to go to Padang since there is an earthquake. But with confident I said from Padang I will go straight to Bukittinggi since Bukittinggi area is not affected.

Hujan lebat menyambut ketibaan kami di Bandara International Minangkabau Airport. Sewaktu kami tiba turut kelihatan adalah dua pesawat lain mendarat sama dan membawa gerombolan anggota tentera berdasarkan uniform mereka.


Gambar ni aku ambik masa tengah queue up untuk pemeriksaan pihak Imegresen Indonesia.


Dan inilah yang menyambut kami setelah keluar dari Balai Ketibaan. Sementelah sewaktu ketibaan kami, kehangatan sambutan lebaran masih lagi terasa. Sewaktu tiba, aku masih lagi tidak merasai kesan gempa bumi yang baru berlaku.

Aku terus menuju ke kaunter teksi untuk mendapatkan teksi ke Bukittinggi. Namun malangnya semua teksi telah habis ditempah. Setelah menunggu sekian lama aku diberitahu bahawa jalan utama ke Bukittinggi telah runtuh dan hanya satu jalan alternatif sahaja yang ada. Namun jarak yang jauh melambatkan perjalanan.

Sewaktu menunggu itu, satu kejadian yang tak disangka2 berlaku. Terminal airport bergegar! Ya, tanah yang kupijak bersama Bonda dan Sarah bergegar. Ramai orang yang berada dalam bangunan berlari keluar ke kawasan lapang sambil menjerit Gempa! Gempa! Aku tengok Bonda tengah peluk Sarah kuat2 dan aku beri isyarat supaya Bonda stay je kat situ. Bumi yang bergoyang menyebabkan aku rasa pening2 lalat.

Sepasang suami isteri yang duduk berdekatan dengan aku mengambil keputusan untuk ke jalan besar dan mendapatkan teksi sapu. Dia berjanji untuk menghubungi aku once they get the taxi and will ask the taxi driver to come and pick us up here, at the airport terminal building. Mereka berjaya mendapatkan teksi tetapi malangnya teksi berkenaan tidak mahu masuk ke kawasan terminal dan aku mengambil keputusan untuk pulang ke KL sekiranya berjaya mendapatkan tiket.


Sarah memang anak yang baik. Langsung tak meragam. Masa ni dia tengah makan biskut Chipsmore, baru lepas minum susu. Ini adalah ruangan terminal yang dibentang karpet untuk membolehkan orang ramai berehat, khasnya untuk mangsa bencana dari kawasan sekitar.


Bukit ini hanya kelihatan pada sebelah petang, setelah kabus berlalu. Ini pun masih lagi kelihatan kabus yang membaluti sebahagian puncak bukit yang tidak diketahui namanya.


Aku sempat ambik gambar orang ramai yang menunggu entah siapa2 di ruangan ketibaan terminal. Semuanya kelihatan berkeliaran tanpa tujuan, macam aku jugak.


Masa aku berulang alik ke kaunter AirAsia untuk mendapatkan tiket balik ke KL semula pada petang tu jugak, sempat aku capture gelagat orang yang berada di terminal ini. Pelbagai ragam dan kerenah yang boleh disaksikan.


Gambar ni aku ambik dari tempat aku melepak dengan Bonda dan Sarah sementara menunggu Kaunter AirAsia dibuka. Timbunan kotak yang membukit yang kelihatan di hujung itu merupakan kotak makanan bersama2 dengan kumpulan polis Indonesia yang menunggu untuk dibawa ke kawasan bencana.

Akhirnya setelah hampir sejam berdiri dan beratur kat kaunter, akhirnya aku dapat tiket untuk balik ke KL. Itu pun aku kena bayar hampir RP4 juta untuk tiga orang! Tapi tak pelah asalkan aku selamat pulang ke tanah air. Biarpun kerugian sebab tak dapat bercuti dan bershopping sebagaimana dirancang bersama Bonda dan Sarah. Insya Allah, kalau ada rezeki dan diizinkanNya, boleh lah aku bawak Bonda dan Sarah bercuti lagi. Mana tahu untuk lain kalinya aku boleh bawak Ayah bersama?!


Pemandangan Pekanbaru sewaktu A320 melintasi ruang udara untuk membawa kami pulang.


Dan inilah aksi si cilik sewaktu dalam penerbangan. Nak tahu apa yang diintai? Hahaha... dia sibuk je ngintai awek stewardess tu! Kami pulang dengan pakaian yang sama sewaktu pergi, tanpa makan dan mandi! Memang tak selesa tapi nak buat macam mana, terimalah seadanya. Inilah pengalaman yang tidak ternilai buat kami.

footnote: ada orang tu happy je bila aku dah selamat pulang ke KL, hahaha....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...