Wednesday, September 30, 2009

visit Indonesia 2009

Pagi esok aku akan berangkat ke Padang dan seterusnya ke Bukittinggi bersama Bonda dan Sarah untuk pertama kalinya. Tak sabar, takut, cuak dan pelbagai rasa di hati. Takut dan cuak sebab petang tadi berlaku gempa bumi di Sumatera Barat dan Padang turut terjejas sehingga amaran tsunami dikeluarkan. Namun syukur pada Allah, amaran itu ditarik balik.

Jenuh aku cari maklumat di internet dan nampaknya Bukittinggi tidak dilaporkan terlibat. Dan kejap tadi aku bertanya pada Pak Erwin dan jawapan yang serupa juga kuterima, Alhamdulillah. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.

Ada jugak orang yang risau, hahaha... Tahu pun risaukan aku. Dan ingatan dari dia supaya aku menghantar e-mail once I get there, to ensure everything is okay. Insya Allah, akan aku usahakan sebab aku tak bawak laptop and broadband. Lagi pun broadband aku tak register roaming lagi, hehehe. May be I can use my handphone.

Bonda dan Sarah dah tidur, aku je yang belum. Bukan tak ngantuk tapi macam banyak je benda nak buat. Dah lah esok kena bangun awal2 pagi, takut terlepas flight. Tak ke haru kalau sumer orang bangun lewat esok... hahaha!!!

footnote: moga2 perjalanan kami akan dirahmati Allah hendaknya, Aminnn. Lagipun Bonda sakit lutut


Saturday, September 26, 2009

raya sakan, perut meragam

Pagi tadi aku dengan Bonda dan Sarah beraya ke rumah Pak Su Man, dekat je rumahnya. Lebih tepat menziarah sebenarnya. Pak Su adalah guru Quran aku suatu ketika dulu sehingga aku khatam Al-Quran dan mengenal tajwid dengan tepat. Kebiasaannya setiap kali pagi raya aku akan berkunjung ke rumahnya, tetapi tidak pada tahun ini. Kesibukan di rumah menyebabkan aku terlupa, tambahan pulak aku dan family sibuk beraya ke rumah saudara mara.


Pak Su terlibat dengan kemalangan beberapa hari sebelum Aidil Fitri. Sebelum aku berkunjung dia sibuk bertanyakan pada anak2 dan isterinya tentang aku. Maklumlah, selalunya aku akan muncul di pagi raya. Tidak ketinggalan sekiranya ada jiran2 yang bertandang, ditanya jika terlihat kelibat aku atau pun tidak. Dan aku lah satu2nya anak murid yang paling diingati kerana kebaikan.... hahaha (masuk bakul angkat sendiri). Terasa diri ini dihargai.


Hari ni, Bonda dan Ayah masak lemang lagi, atas permintaan istimewa dari aku. Bagi memenuhi keinginan anak kesayangan, Bonda dan Ayah berganding bahu menyediakannya, hahaha...!!! Seronok betul jadi anak kesayangan nih.


Akibatnya, malam ni aku sakit perut. Gila2 punya sakit perut nih. Masuk toilet dah tiga kali, tapi tetap tak hilang2 jugak. Bila berdiri makin menjadi pulak sakitnya. Aku rasa sebab makan banyak dan campur macam2. Itu sebab perut meragam nih. Maklumlah bulan Ramadhan yang lalu makan control, bila raya ni semua benda nak sumbat.


Dah lah tu, orang yang ditunggu juga tak kunjung tiba malam ni. Tapi rasanya aku tahu kenapa sebab semalam hujan lebat beserta ribut taufan. Lagi pun petang tadi aku diberitahu bahawa dia akan menghadiri majlis perkahwinan. Esok masih ada....


footnote: perancangan untuk beraya ke rumah Ja juga tidak kesampaian. Hujan lebat dan sakit perut membantutkan hasrat.

Friday, September 25, 2009

Salam Aidilfitri

Dah lama rupanya aku tak menulis kat blog ni. Bukannya apa, bila balik kampung je memang malas nak tulis blog. Walaupun setakat hari ni, internet okay je walaupun kadang2 tu semput lah jugak. Tambahan pulak macam2 aktiviti yang nak dibuat.

Sehari sebelum raya, aku temankan Bonda ke Pasar Besar Dungun. Orang ramai sungguh, melilau lah jugak aku carik parking. Last2 aku parking je kat tepi jalan, tak masuk pun dalam parking lot sebab dah penuh.


Ramai betul orang berkunjung ke Pasar Besar Dungun ni. Entah siapa2 lah yang aku snap, asalkan okay aku pun snap aje. Time ni kami dah nak berangkat pulang ke rumah. Aku, Bonda, Aril, Fatah dan semestinya Sarah yang mengada2 tu.


Lepas balik dari pasar, Bonda dan Ayah prepare nak buat lemang, kegemaran anakanda2 tercinta, hahaha! Aku pun sama sibuknya, sibuk dengan menyibuk yang ntah apa2. Haaa... lupa pulak nak bagi tahu, Kak Ani dan anak2 dah balik hari Jumaat. Meriah lah jugak rumah dengan kerenah anak dan cucu yang nakal dan memeningkan kepala kami. Lemang ni dah nak masak pun, saja je letak gambar yang dah nak masak untuk menaikkan mood beraya.


Dan semestinya ini yang dah masak. Lemang Bonda dan Ayah kali ni paling best sebab lemaknya terasa. Sedap hingga menjilat jari, hahaha! Sesiapa yang tak makan lemang tu memang rugi lah!

Hari Raya tahun ni aku malas betul nak pergi beraya. Semua adik beradik aku balik beraya, terakhir tiba Kak Long and family, tiba di hari raya pertama lebih kurang pukul 12 tengah hari. Meriah sungguh!

Petang tu jugak kami berkonvoi ke rumah Mak Long dan Raya Ke-2 kami berkonvoi ke rumah Ayah De. Penatlah jugak sebab aku je yang tak bertukar driver walaupun setiap kereta ada dua driver, huwwaa!!!

Mudah-mudahan tahun depan kami masih diberi kesempatan untuk meraikan hari bahagia ini bersama2, Insya Allah.

footnote: Wil asked me why it takes too long to make Lemang? Hahaha.... tunggulah, one day you will understand why

Friday, September 18, 2009

balik kampung

Kalau mengikut perancangan awal, aku akan pulang ke kampung for this Hari Raya Eid Fitr on Saturday morning. But on the Thursday, out of blues my boss gave me an early release. I took this opportunity to go home early without telling Bonda. I want to make surprise to her.

Aku bertolak dari rumah Sepang pukul 3.15petang, singgah kat Mobil and top up
fuel. Pastu aku terus drive melalui Nilai dan keluar exit UPM sebelum terus ke Cheras dan MRR2. Malangnya bagi aku sebab aku terperangkap dalam traffic for more than two hours from Cheras - Ampang - Pandan Indah. Lepas Pandan Indah menghala ke tol Gombak keadaan dah clear. Aku stop solat Asar kat tol Gombak dan beli air untuk bekal berbuka puasa tengah jalan. Jalan agak licin sebab baru lepas hujan. Dalam berhati2 tu aku terdrive laju lah jugak.

Masa kat Karak tu aku dah terjumpa satu accident kat seberang jalan. Agak menakutkan jugak ler. Perjalanan aku teruskan dalam keadaan yang dah makin gelap. Inilah first time aku balik ke kampung lewat petang membawa ke malam. Dalam keadaan sekejap hujan, sekejap tidak, aku tak putus2 berdoa pada Allah dan bertawakal sepenuh
nya. Dalam perjalanan ke Karak, banyak jugak lah kemalangan yang sempat aku saksikan. Doa aku agar semuanya selamat. Memang aku tak mampu nak tolong diorang, sebab aku pun keseorangan dan takut akan keselamatan diri aku sendiri.

Aku berbuka puasa masa dalam perjalanan menghampiri Temerloh. Berbuka sekadar meneguk 100plus yang aku sempat beli sewaktu berhenti di tol Gombak. Aku teruskan perjalanan sebelum berhenti rehat dan menghantar short message to Wil while at R&R Gambang. Aku tidak berlama sebab tak berani, lagi pun orang yang berhenti rehat sudah mula meninggalkan tempat rehat. Aku pun apa lagi, angkat kaki lah. Perjalanan yang harus ditempuh masih berbaki dalam 200km.

Ini gambar yang sempat aku snap masa tengah drive, that's why nampak blur semacam jer. Aku cuba cari untuk aktifkan cyber shot kat dalam program tapi tak jumpa lah pulak. Pada hal masa aku baru beli hari tu ada je, okay pulak tu.

Aku tiba di rumah hampir jam 11.40malam. Bonda dah pun tidur. Aku call Bonda apabila panggilan aku tak berjawab. Ini barulah surprise aku untuk kali ini. Akhirnya berjaya jugak aku, hahaha...!!!



Hari ni aku tolong Bonda buat tapai pulut. Inilah dia kegemaran aku, walaupun manis tetapi tetap menjadi kegilaan. Kata Wil, manisnya macam aku. Hahaha... pandai betul dia nak gula2kan aku.

footnote:
seronoknya bila berada di samping Bonda tercinta.

Monday, September 14, 2009

pizza hut

Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku teringin nak makan pizza, itu pun sebab ada someone yang duk mention dia kenduri pizza dengan his neighbours after working hard on the drainage that evening. Malam tu aku lapar giler, sebabnya teringin teramat sangat nak makan pizza. Memandangkan tak ada penghantaran ke kawasan rumah aku, so telan liur je lah. Nak keluar, kirim salam ajelah. The best part is, esoknya aku langsung tak ingat pasal pizza lagi dah.

Out of sudden, pagi tadi aku teringat pizza lah pulak. Sahih ni mengidam pizza yang tak dapat hari tu. Dah dekat seminggu baru hari ni aku teringin nak makan. Dari pagi sampai ke petang aku duk terbayang pizza je kat depan mata. Sudah! Penyakit mengidam bulan posa dah datang!

Dah lah petang tadi aku balik kerja lewat dari biasa. Semuanya gara2 surat yang nak kena hantar ke DCA. So, rela dalam paksa lah aku duk menyiapkan sumer tuh. Tapi dalam kepala otak dah terbayang pizza yang rangup, panas, wow... boleh meleleh air liur.

Balik rumah lepas mandi (walaupun tahu makruh tetap jugak buat) dan solat asar aku terus ke Nilai, the nearest Pizza Hut in town! Orang agak ramai, menunggu dalam 15 minit jugaklah baru siap order. Tunggu nak buat order adalah dalam lima minit gitu.


Dan inilah hasilnya, pizza yang berjaya kubeli petang tadi. Natijahnya, ada lagi yang tak habis tu. Itulah, orang tamak memang selalu rugi. Makan nak banyak, langsung tak beringat masa beli. Ikutkan sangat nafsu makan di bulan Ramadhan nih. Nafsu je lebih, makan nya tak banyak mana pun.

footnote: finally, pizza in my stomach now. tomorrow will be transfer into the toilet bowl!

Saturday, September 12, 2009

servis kereta

Hari ni aku pegi service Qasehku sebelum balik beraya minggu depan. Selasa lepas aku ada call Toyota Service Centre untuk buat appointment hari ni, pukul 10pagi. Aku sampai tadi lebih kurang pukul 9.45pagi, orang ramai betul hari ni. Agaknya everyone is looking to get car service before going back for Eid Fitr next week, including me. Menunggu memang memenatkan, tapi kali ni tak de lah boring sangat sebab aku dah prepare awal2. Aku bawak laptop and good for me because I'm already charged the battery last night. Kalau tak, tak leh nak guna jugak sebab tempat duduk yang dekat dengan power point dah penuh!

I feel uncomfortable with my Qaseh after serviced. Feel the hand brake is harden than before. May be this Monday I will call the service centre and make a complaint. Tengok dulu esok macam mana, kalau rasa boleh adopt, tak perlu lah nak call. May be on the next visit boleh lah complaint kalau tetap tak selesa.

Lepas balik dari service center aku singgah kat Mines, looking for a pair of shoe for me. Very unlucky because haven't get any interesting one. Aku rasa Mines sekarang dah tak se best dulu. Dulu2 rasanya lg best, choices pun berlambak! Cuma yang bestnya Mines sekarang ni adalah parkingnya. Tadi aku singgah kat Sony Centre, beli battery extra for my digicam. Rugi pulak rasanya sebab masa beli camera dulu tak terus beli extra battery, kalau tak sure dapat 10% less. Beli tadi memang tak dapat apa2 lah but it's cheaper than ordinary photo shop. Sebelum ni aku tanya kat kedai semuanya harga MYR200 and above. Kalau yang recond pun harganya dah MYR100 over, quality not so sure. Better to get from Sony Centre.

Lepas Asar aku pergi Giant Nilai, pun hampeh jugak. Langsung tak ada apa2 yang menarik perhatian aku. Agaknya aku ni cerewet sangat kot. Sumer benda nak nampak nice, perfect and looking good.

footnote: nampaknya tahun ni aku takde kasut baru nak beraya. Huwaaa..!!!

Thursday, September 10, 2009

hari mengantuk sedunia!

Hari ni ngantuk giler! Dari pagi sampai ler time sekarang ni. Lepas sahur tadi, aku sambung cross stich yang tak siap2 lagi tu sambil berchatting. Lepas azan Subuh dan bersolat, aku sambung tidur lagi. Dan gi keje macam biasa lepas bangun balik dalam pukul tujuh lebih. Rasa ngantuk yang kuat membuatkan aku malas betul nak melangkah pegi keje.

Sampai office pun rasa ngantuk tak hilang lagi. Rasanya hari ni semua orang ngantuk kot. Sebab aku tengok office mate aku pun ngantuk jugak, confuse aku. Tapi kalau diorang ngantuk okay lah, sebab diorang tu sumer family. Aku yang bujang ni ngantuk pelik ke? Tak kot......... Ngantuk tu kan hak milik semua orang. Hahaha.....!!!!

Balik keje tadi pun aku sempat tidur kejap. Memang lah makruh sebab dah petang, tapi nak buat macam mana, dah ngantuk sangat. Mata pun dah terasa pedih semacam je. Hai mata, kenapa lah ko ngantuk sangat. Tapi bila time chatting takde lah pulak ngantuknya. Pelik ke? Hehehe.........

footnote: hari ni birthday anak dara aku yang ke dua. Happy Birthday sayang!


Tuesday, September 8, 2009

shopping raya

Minggu ni adalah minggu kedua berturut long weekend. Yang best adalah sebab aku dapat tidur lama2, syok betul. Hari Sabtu aku tak ke mana2 pun, duk rumah je. Bangun sahur, tak terus tidur. Lepas mandi, apa lagi sambung mimpi je lah.

Hari Ahad aku ke Shah Alam, hajatnya nak cari dress untuk Sarah, baju melayu untuk ayah dan buku yang Ustaz suggest kan tu. Penat betul aku tawaf tiga shopping complex yang berjiran tuh. Dah lah masa mula2 sampai tu aku dah ketension yang teramat sangat. Mana taknya, by that time I'm arrived there baru pukul 11.30pagi tapi parking sumer penuh. Jenuh aku duk pusing sana pusing sini, last2 aku parking kat luar petak. Itu pun adik yang jaga parking tu kata okay.

Lepas parking kat SACC Mall aku gi Plaza Alam Sentral, jumpa satu kasut yang menarik tapi ingat nak datang balik. Aku masuk The Store, wah sale giler2 nampaknya. Kat situ aje aku dah berhabis dekat MYR200, dah lama aku tak berhabis untuk diri sendiri. Inilah masa untuk balas dendam! Kalau diikutkan hati, mahu aku beli lagi, tapi Alhamdulillah diri ini masih boleh bersabar.

Pusing lagi keliling kot2 jumpa dress untuk Sarah, tapi hampa. Naik ke tingkat atas, jumpa kain pelikat untuk ayah, sambar je lah satu. Cari baju melayu, kebanyakannya orang jual pasang, ayah memang suka pakai dengan kain pelikat aje. Nak masuk balik ke kedai kasut yang mula2 tu, rasa macam malas je. Sudahnya menapak je keluar menuju ke SACC Mall.

First sampai aku ke MPH, cari buku untuk Wil, tapi malangnya tak ada. Pusing cari baju melayu ayah dan dress Sarah, ada satu stall tu jual dress tapi macam tak menarik sangat. Turun kat parking, lepas simpan barang kat dalam boot kereta aku menuju ke PKNS. Same things like Plaza Alam Sentral, baju melayu pasang! Beli satu dress untuk Sarah, warna pink. Dalam hati rasa macam nak beli lagi tapi bila mengenangkan lepas raya ni nak bawak dia pergi Padang - Bukittinggi, niat tu tidak diteruskan. Memang boleh giler lah bila tengok banyak dress untuk little girls yang cantik2. Harganya pun cantik jugak!

Aku masuk hampir kesemua kedai buku kat kompleks ni, tapi tak jumpa jugak. Bila aku balik rumah my housemate kata kenapa tak masuk kat Saba' Islamic Centre? Kat situ banyak buku2 agama dalam bahasa inggeris katanya. Aku pun terlupa dan langsung tak teringat nak naik ke tingkat atas. Nampaknya aku nak kena ke sana lagi, agaknya.

Dengan ada beberapa barang yang belum dibeli lagi, aku balik dengan rasa yang agak hampa. Aku tak tahu sempat ke tidak aku nak pegi beli barang2 yang belum cukup tu. This coming weekend, I am going to service my car; my love Qaseh. Sunday nak pegi ambik kerepek kat Sungai Pelek. Kerepek tu, kalau diorang call aku before Saturday, may be aku pegi ambik Saturday evening kot. So, Sunday I got time to go shopping, last before going back to my hometown.

footnote: kalau korang tahu kat mana ada jual buku2 agama dalam bahasa inggeris, please let me know. I am looking for the book title Miles Stone and Islamic Principles. I need urgently!


Friday, September 4, 2009

doaku bersamamu

Alhamdulillah, hari ni aku rasa begitu lega sekali. Persoalan yang dibangkitkan sebelum ini telah aku temui penyelesaiannya, tanpa melukai mana2 pihak. Tentunya terima kasih yang tak terhingga pada orang yang telah membantu aku, Ustaz Tengku dalam mencari jawapan.

Walaupun aku dan dia masih baru dalam berkenalan, tapi hubungan kami terlalu erat. Dalam tempoh yang tak sampai sebulan ini, terlalu banyak persoalan berkaitan Islam yang diutarakannya. Kadang2 tu aku terkedu jugak bila dengar soalan darinya. Dah lah english aku tak power mana, nak explain tu jenuh lah jugak. Nasib baik pakai taip je, kalau bercakap mahu tergeliat lidah aku dibuatnya, ha...ha...ha...!

Kekeliruan dan ketidakfahaman dia tentang mengapa seorang Islam dan seorang Kristian tidak boleh bersatu dalam sebuah ikatan perkahwinan kini terjawab. Begitu juga dengan hukuman ke atas dua gadis Iran yang murtad, pertanyaan tentang mengapa harus dihukum sedangkan tidak pada agama lain. Alhamdulillah, nampaknya dia berpuas hati dan jelas dengan penjelasan yang aku berikan. Bila aku bertanya mengapa dia seems interested in knowing Islam, he said when I gave him an answer for his every enquiry, he is more and more interested. And my pray is, semoga Allah membuka pintu hatinya untuk mendalami Islam dan seterusnya mendapat Nur hidayah Allah.

Tadi aku search kat internet, cari buku yang Ustaz suggest sesuai untuk dia baca. Tapi macam tak jumpa je. Aku dah janji dengan dia once I get the book, I'll send it to him and he is really wanted to have that book. Insya Allah esok kalau takde aral aku cuba cari dekat MPH. Harap2 jumpalah buku tu. Hanya inilah antara usaha yang boleh aku lakukan buat masa sekarang bagi menarik minatnya terhadap Islam. Mudah-mudahan di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, akan bertambah lagi saudara seIslam dengan izin Allah.

footnote: i will always pray for you and finally to choose Islam as your way..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...