Sunday, August 30, 2009

long weekend

Pagi tadi aku memang happy habis, hahaha..... Ada sesuatu yang membuatkan aku terbang melayang sampai tak jejak bumi, hahaha!

Aku pegi pasar Salak setelah sekian lama aku tak jejakkan kaki ke sana. Beli ayam, sotong dan ikan pastu aku terus balik. Lagipun masa tu macam nak hujan je dan aku pulak tak bawak payung, so some sort of rushing lah actually.

Balik rumah, lepas bersihkan sumer tu aku online jap, tengok ada offline message from someone. Reply and then aku sambung tidur. Ngantuk giler sebab dah lah malam tu tido lewat, pastu bangun sahur terus tak tidur sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi. Tidur lena sampai tak dengar azan Zuhur.

Lepas mandi dan solat, aku pegi PKNS Bangi. Nak beli gaun untuk anak dara aku sorang tu. Parking mak ai, penuh! Pusing sana, pusing sini, last2 aku parking kat tepi jalan je dengan doa agar selamat lah segalanya.

Ukuran yang mak bagi tu aku tak jumpa pun. Macam tak percaya pulak bila bahu Sarah 11" sebab bila aku cari baju yang ukuran bahunya 11" semuanya untuk umur 5 tahun ke atas. Kalau Sarah pakai mesti meleret ke kaki. Last2 aku pulang hampa.

Tapi sebelum balik, sempat lah jugak aku singgah kat Bazar Ramadhan yang kat belakang PKNS tu. Pusing keliling baru lah aku jumpa cara berlauk, tapi bila makan tak sedap langsung. Hmm... very bad for me. Takpelah, at least aku puas hati sebab dapat jugak makan walaupun tak sedap.

Aku called mak, mak bagi tahu aku esok dia nak pegi tengok bakal menantu. Ha..ha..ha... aku pulak yang terlebih excited. Tanya mak kot2 ada benda yang nak dibeli. Tangan aku ni macam dah gatal je nak beli barang. Tak dapat beli untuk diri sendiri, beli untuk adik pun jadilah. Kalau nak tunggu untuk aku, ntah bila baru aku dapat merasa sumer tu.

Lepas call mak, aku online lagi. Melayan 'buah hati' kat chatroom. Lately aku rajin pulak melayan sahabat di alam maya. Nak buat macam mana, dia rajin melayan kerenah aku. Pulak tu, by knowing him I realized something. Dan yang penting aku mula belajar tentang apa yang telah aku hampir lupakan tanpa aku sedar. He teach me a lot eventhough he's not a muslim yet!

footnote: soalan minggu ini: adakah anda percaya pada cinta di alam maya?



Tuesday, August 25, 2009

singgang tulang

Since second day puasa lagi aku teringin nak makan singgang tulang. Rindu dengan masakan mak. But unfortunately on Sunday morning aku terlewat untuk ke pasar pagi. Sudahnya gigit jari aje lah. Petang semalam memang ada pasar tani kat Taman Seroja, so aku pun beli lah sebatang tulang rusuk. And today, lepas balik keje tadi dengan penuh semangat aku pun masak lah singgang tulang. Masakan singgang ni memang glamer kat negeri Terengganu. Macam sup, tapi bukan sup. Rasanya pun best walaupun simple sangat.



Ini adalah bahan2 untuk direneh bersama tulang. Kunyit, halia, lengkuas, bawang merah dan bawang putih dihiris halus. Ketumbar, lada hitam dan asam keping. Kuantitinya sesuka hati. Tapi aku suka letak lada hitam dan lengkuas banyak2. Barulah rasanya ada umphh gitu.



Ini pulak tentulah bahan utamanya. Kalau takde ni, tak jadi singgang tulang. Tulang rusuk yang telah siap dibersihkan.



Masukkan kesemua bahan2 dalam mangkuk tadi ke dalam periuk berisi tulang. Campurkan air sesuka citarasa dan garam semasinnya. Pastu letak periuk atas dapur, nyalakan api dan biarkan sehingga masak. Api jangan terlalu besar takut nanti tumpah, kan membazir pulak tu.


Tadaaa!! Ini lah hasilnya. Sedap kalau makan masa panas2. Ratah macam tu aje pun best. Dagingnya dimakan, kuah boleh dihirup begitu saja, tulang? Apa lagi, masukkan dalam tong sampah lah. Kalau mak mertua datang masa tengah makan pun boleh tak perasan. Hahaha..!


Monday, August 24, 2009

akhirnya

Hari ni dah masuk hari ketiga bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dan dengan tak disangka2 aku menerima satu khabar gembira.

Setelah sekian lama aku menanti dan berharap dan akhirnya ia datang kepadaku di bulan yang penuh Barakah ini. Setelah aku tidak lagi menaruh sebarang keyakinan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan aku rezeki ini.

Dalam aku kebingungan untuk menambah dana yang sedia ada bagi membawa mak makan angin, Allah telah membuka rezeki ini buat aku. Syukur yang tak terhingga.
Alhamdulillah, benar2 aku bersyukur ke hadratMu, ya Allah.



Sunday, August 23, 2009

bazar Ramadhan

Hari ni aku malas nak masak untuk berbuka puasa. Lagi pun aku tak tahu nak makan apa. Baru dua hari berpuasa aku dah blurr, tak tahu juadah apa yang best untuk berbuka. Kebetulan adik my housemate ada sekali, so three of us ke Bazar Ramadhan Salak Tinggi.

Rasanya tahun lepas lagi meriah sebab orang yang berniaga lagi ramai. Tapi tahun ni rasanya orang yang berniaga berkurangan. Tapi tak tahu lah kalau2 awal Ramadhan ni peniaga belum ada mood lagi. Hahaha..., nak berniaga pun kena ada mood jugak ke? Tapi pengunjung yang datang memang ramai. Kononnya nak beli nasi lemak ayam berempah, tapi sayang ayamnya dah habis. So, cancellah makan nasi lemak. Alih2 aku cuma beli dua biji pau untuk bersahur dan char koay teow special untuk berbuka.

Kuih kegemaran aku setiap kali Ramadhan iaitu tepung pelita dan cara berlauk pun tak jumpa hari ni. Masa tengah duk usha kuih favorite tu, ternampaklah sign kuih tepung pelita. Rupanya dah habis, sedih tul.... Aku tengok mak cik tu, macam kenal lah pulak. Aku pun dengan ramahnya tegurlah mak cik tu sebab mukanya yang familiar. Rupa2nya betullah mak cik tu jiran aku masa tinggal kat Taman Desa Vista, aku dah lupa nama dia tapi dia tetap ingat nama aku. Hihihi... teruk tul aku ni.

Aku ingat lagi masa aku duk kat TDV dulu, pagi2 mesti aku pegi beli nasi lemak, kadang2 kuih kat mak cik ni. Dulu aku duk menyewa sorang, dapur takde. Mak cik ni lah yang selalu bagi air panas masa first time mak datang. Kadang2 kuih lah, memang kenyang lah aku masa berjiran dengan mak cik ni. Tapi aku lupa nama dia... Huhu.. teruk tul aku ni.

Bila dah terjumpa mak cik tu, teringat lah pulak masa duk sorang2 dulu. Berbuka dah lah sengsorang, bila time sahur je aku drive tawaf satu Salak Tinggi cari mana2 restoran yang bukak untuk bersahur. At that time, tak banyak kedai makan yang bukak. Tapi rasanya sekarang ni banyak, sebab populasi masyarakat kat sini dah bertambah. Tapi sekarang aku dah tak mencari lagi, sebab dapur dah ada, hahaha...! Maklumlah, dulu baru mula kerja. So, banyaklah benda yang tak ada. Sekarang ni melebih2 pulak.

Urmm... besok hari ke-tiga berpuasa. Tadi call mak, aduhai mak siap mengira lagi 28 hari aku nak balik. Aduss... sedihnya, rasa macam nak nangis pun ada. Huwwaa...!


Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan buat semua

Esok bermulanya 1 Ramadhan bagi seluruh umat Islam di Malaysia dan hampir seluruh dunia. Malahan ada di antaranya yang telah menyambutnya lebih awal.

Sepatutnya malam ni aku kena pergi solat terawikh, tetapi kemalasan yang datang melampau2 lah pulak. Godaan syaitan memang susah nak tepis, hahaha... Semuanya alasan, kalau dah malas tu malas lah jugak.

Malam karang aku tak tahu nak bangun sahur ke tidak. Hai mata, macam malas je nak buka time cenggitu. Kalau terjaga tu, boleh lah sahur. Lagi pun esok cuti, lepas sahur tidur lewat pun tak ada hal, hehehe...

Pape pun, Selamat Menyambut Ramadhan buat semua. Semoga ibadah yang kita jalankan akan diberkati Allah. Dan sama2 lah kita berdoa semoga ibadah kita diberkati Nya. Ameen.


Tuesday, August 18, 2009

tiada lagi

Lepas kerja petang tadi while driving as usual lah, aku akan tune on radio to HotFM. Kebetulan pulak lagu yang on air masa tu lagu 'tiada lagi' version Amy Search. Dan lagu tu terngiang di telinga sehingga sekarang.

Aku rasa lagu tu memang sesuai dan seharusnya tepat untuk diriku buat masa ini. Tambahan pulak setelah apa yang terjadi semenjak dua menjak nih. Dalam pasrah tu, sempat lah pulak aku search lirik lagu ni kat internet. So, I'll paste it here. Next time kalau aku teringat lagu ni, boleh lah aku find it here je. Sambil2 tu boleh lah aku menyumbangkan suara aku yang dah sedia sumbang nih, hahaha.....


Sia-sia sudah
kita jalin cinta
bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
aku harus menahan
rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
tak mungkinkan menyatu
walau masih ada sisa cinta
biarkan saja berakhir sampai
di sini....

Tiada lagi yang kuharapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri tanpa dirimu
tiada lagi kata cintamu
takkan lagi ku bersama mu
biar kusimpan semua
kenanganku bersamamu

Sedih sungguh hingga menusuk jauh ke kalbu ku. Cehh.. jiwang lah pulak bila layan lagu ni.


Tuesday, August 11, 2009

kenangan lalu

Malam ni hangin betul aku, sebabnya internet tak dapat connection lah plak. Sekarang ni pun kejap okay, kejap tak. Sementara tunggu tu, aku belek album lama dan scan gambar yang aku rasa menarik. Gambar2 ni masa aku pegi Cameron Highland for the first time after a week dapat lesen dan baru beberapa hari dapat kereta. Masa tu of course lah Chenta.

Dari Sepang aku drive alone ke Sungkai, stop by ambik Ina dan Azuwa. Then we move to CH. Itulah kali pertama aku ke CH, aku pegi masa tu sebab nak tenangkan jiwa yang kacau, konon2nya lah. And at time time all of us still single but not now. Of course lah I'm still single but not both of them.


Kami singgah minum dan lepak2 kat sini masa on the way nak ke Tanah Rata.



Selepas penat mencari akhirnya berjumpa jugak kitorang dengan pondok telefon nih. Apa lagi, posing sakan lah. Malangnya pondok telefon ajer cantik tapi phone nya rosak.



Aku control ayu jer posing dengan buaian nih. Hmmm.... perasan pulak dah.



Perempuan dan bunga memang tak dapat dipisahkan, hahaha....



Sempat lagi aku berposing kat sebelah pokok tomato yang lebat ranum.



Inilah kami bertiga.

Dan kesannya aku tetiba rasa rindu nak ke CH. Dulu mak pernah suarakan hajat nak ke CH, tapi bila aku ajak, mak kata dah tak terasa nak ke sana. Hmm... banyak lagi tempat menarik kat Malaysia ni sebenarnya. Aku jer yang tak tahu nak menghargai, asyik nak pegi negara orang je.


Sunday, August 9, 2009

lepak di hujung minggu

Weekend ni aku tak ke mana2. Plan asal nak jumpa Zuri dan Kak Long kena cancel because Kak Long got something to do this weekend. So that I wish I could relax on both days. Unfortunately, still can't relax. On Saturday, I went to TTDI to pick up my giant canister. So aku bukak google map and Alhamdulillah I manage to get there without lost.

At evening whenever I want to start my crosstich, found that one of the thread given to me were wrong code number. Around 1800hrs I went to PKNS Bangi, the nearest place that I could find that thread. And at night, I can start my crosstich....

Today I wake up late at noon, kononnya pagi tadi nak berkebun tapi tilam dan bantal macam biasalah, duk tarik2 suruh bermalas2an lebih lama. Dan petang tadi, dapatlah aku berkebun kejap, banyaklah jugak peluh yang keluar. Terasa macam kurang sekilo, hahaha.... Plan nak basuh kete tetap tak tercapai lagi. Tengoklah, kalau rajin hujung minggu akan datang ni baru basuh.

Sebenarnya mata dah rasa macam nak lelap, tapi duk tunggu email ni ha, tengah scanning and attaching pulak. Lama pulak lah masa yang diambil nih, dah berjanggut dah aku duk menunggu nih, hmmm.....



Thursday, August 6, 2009

lagu nostalgia

Tetiba je malam ni aku teringat amat tentang lagu ni. Lagu nostalgia, yang mengimbau kenangan lalu. Pasti mengusik jiwa. Cehh... apasal plak aku jadi jiwang karat malam ni. Hahaha....

Lagu ni macam berhantu pun ada, mungkin bagi orang lain lagu ni dah lapuk, tak memberi apa2 kesan pun. Tapi bagi aku, maknanya amat mendalam. Kali ni aku attachkan lagu yang memberi kesan yang mendalam bagi aku... hahaha...

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
sempat terpikir tuk kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

Jika memang masih bisa mulut ku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan tuk kembali

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

Memang lagu ni menyimpan sejuta nostalgia buat aku. Dah lama sebenarnya aku lupa lagu ni, tetapi ntah kenapa tiba2 aje aku teringat balik pasal lagu ni. Tapi lirik dia simple but catchy, memberi sejuta makna pada yang mendengar.



Tuesday, August 4, 2009

poligami oh poligami

Pagi tadi sewaktu berkesempatan berbual dengan teman2 selepas breakfast, aku dikhabarkan dengan berita bahawa ada antara orang yang aku kenali sedang berusaha untuk menambah isteri. Dengan erti kata lain, berpoligami.

Salah seorang teman yang agak rapat dengan aku sememangnya telah setahun beristeri dua. Dan aku langsung tidak terkejut pabila mendengar ura2 ini. Barangkali lelaki tidak pernah cukup dengan satu isteri agaknya.

Sewaktu membelek akhbar harian hari ini, aku turut dihidangkan dengan berita berkenaan dengan kelab poligami yang baru ditubuhkan. Kelakar betul, aku pun tak tahu apa tujuan sebenar kelab tersebut ditubuhkan.

Aku secara peribadi tidak menolak poligami, tetapi biarlah orang yang ingin mengamalkannya itu layak dan mampu. Bukan sekadar mampu dalam memberikan nafkah, tetapi juga mampu untuk berlaku adil dalam tanggungjawab kepada isteri2 dan juga anak2. Atas alasan apa pun seseorang itu ingin berpoligami, biarlah di atas landasan yang betul. Yang penting, jangan cuba untuk membohongi si isteri kerana wanita cukup anti dengan lelaki kaki pembohong.

Hargailah isteri anda selagi berpeluang. Dan jangan lupa dengan status sebagai ketua keluarga, anda bertanggungjawab untuk mendidik isteri dan anak2. Jangan nak fikir yang indah2 aje bila berpoligami, tetapi lupa dengan amanah yang harus dijalankan. Apa pun, tepuk dada tanya iman. Kuat atau tidak untuk menghadapi segala cabaran mendatang.


Sunday, August 2, 2009

floria putrajaya '09

Hari ni aku ke Precint 2, Putrajaya di mana berlangsungnya Floria Putrajaya '09 yang bermula semalam; 1 August hingga 9 August 2009. Aku bertolak dari rumah lebih kurang 10.30 pagi. Konon2 nya nak pegi awal, tapi tilam dan bantal menarik2 aku untuk lena lebih lama. Asalnya aku plan nak pegi dengan my housemate, but unfortunately yesterday she has to go back to her hometown because her father got sick. So, as planned aku pegi jugak, even though sengsorang. Tapi kalau pegi event macam ni rasanya better pegi sorang kot. Takut nanti tak sehaluan pulak laluan dan tujuan. Aku bukannya boleh percaya sangat kalau dah jumpa sesuatu tu. Pastu mula lah hilang jejak, hahaha....


Aku sampai dah almost 1100 hours after quit long looking for parking. Ingatkan aku antara yang terawal, rupa2nya dah ramai orang yang bertandang. Dari jauh masa aku tengah cari parking tu aku ternampaklah hot air balloon, ingatkan sempatlah aku nak merasa naik. Tapi dalam mimpi jelah. Rupa2nya hot air balloon tu start pukul 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. By that time aku sampai tu pun dah almost 1100 am, mana nak sempatnya. Tapi ada lagi sebelah petang, malas lah aku nak duk tunggu kat situ lama2. Nak datang balik sebelah petang memang lagi banyak malasnya.

Sebagai jurugambar amatur tak bertauliah, banyak lah jugak gambar yang aku snap. Dengan spek mata hitam aku langsung tak nampak orang lain. Lagi pun cuaca panas. Jenuh lah jugak aku duk jelajah, dari satu tempat ke satu tempat. Yang pasti orkid memang banyak dipamerkan. Cuma sayangnya aku bukannya rajin sangat nak bercucuk tanam sekarang ni. Pokok yang sedia ada pun banyak yang terbiar, malas betul nak mulakan kembali. Ni semua gara2 tinggalkan pokok2 tu lebih dua bulan.


Hajat di hati nak upload gambar banyak2, tapi tak dapatlah. Ini jer yang termampu untuk dikongsi bersama. Ni ntah apa jenis bunga mawar ni, tapi yang pasti cantik dan aku tanpa ragu2 terus je snap. Dengan penuh gaya sebagai seorang jurugambar amatur, hahaha.....


Ini pulak salah satu spesis orkid yang dipamerkan. Menarik sekali warna dan coraknya. Lupa pulak aku nak check apa nama spesis ni. Almaklumlah aku tengah gila nak ambik gambar je. Pantang nampak menarik di mata terus aku snap.


Dan ini pulak antara spesis periuk kera yang ada kat pameran tu. Menarik dan jarang2 ditemui. Mungkin aku yang tak perasan kot, rasanya pokok2 eksotik macam ni dah banyak yang dijual di merata tempat.


Ini dia my favorite flower. Warnanya aje dah cukup untuk menceriakan seluruh alam, mekar berkembang tanpa gentar. Memang sesuai sebagai penyeri laman. Macam aku lah, berseri2... Hahaha...., perasan lah pulak.!


Cantik tak gambar ni? Rasanya credit must be given to me as a photographer. A white orchid with the background of Tasik Putrajaya, pastu ada pulak jurai2 daun kelapa. Hmmm..., nice view.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...